Khamis, 29 Mei 2014

Gemuk ke?

Assalamualaikum... 

Gemuk?Maksud gemuk ialah mempunyai berat badan yang berlebihan.Boleh dikatakan sebagai obes dan kegendutan.Lebih makan.Semua orang tak suka gemuk.Termasuklah aku.Kalau gemuk kita susah nak bergerak.Nak buat kerja pun payah.

Cerita pasal gemuk ni semalam ada orang kata aku gemuk.Masa study group,adalah orang tu namanya Encik K.Dia cakap aku gemuk.Macam tak percaya.Badan orang gemuk biasanya gempal.Aku taklah gempal sangat.Masih cun.Haaaaha*perasan kejap.





Mulanya dia nak cerita dia ronda perumahan awan dengan sepupu dia.So,dia tiba-tiba cakap badan sepupu dia tu,gempal-gempal macam aku.

Aku tak boleh kata apa.Nak ketuk kepala dia pun tak boleh.Aku dengan dia bukan muhrim.Tak boleh sentuh.So aku sambung kerja sekolah aku balik.Hampir siap pun kerjanya.Atas bantuan Encik K dan dua orang lagi kawan.Baru sehari cuti dah jumpa balik.Rindu dengan diaorang kut.

Apa-apa pun,aku tak nak jadi gemuk. Nak berdiet-diet ni bukannya benda yang senang.So,kalau ada rakan blogger yang nak share cara-cara untuk kuruskan badan,boleh tulis komen di bawah.Itu sahaja entry untuk kali ini.Selamat bercuti semua.

Assalamualaikum.#MayGodBlessYouAll