Khamis, 16 April 2015

Kerja 5 bulan


Assalamualaikum

Alhamdulillah.Tika ini aku terniat nak tulis kisah kerja aku.Well,aku dah bagitau sebelum ni yang aku dah berhenti kerja.Jadi,kesempatan yang ada ini, aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku semasa bekerja.Orite,aku nak bagitau yang aku kerja sebagai juru jual.Jual barang.Retail assistant tak silap aku.

Masa mula-mula kerja,

“Macam mana ni kalau ada orang nak beli?Dah la aku tak tahu apa-apa”

Tengok,belum kerja lagi dah mengeluh.Mana rezeki nak datang.Asyik mengeluh aje.

Masa dah ada pengalaman kerja,

“Kerjanya senang je,layan orang pastu letak barang dalam plastik dan jual barang tu.Siap!”

Tengok,tak kenal maka tak cinta.

Bila dah berhenti kerja,

“Rindunya nak kerja,nak layan customer,nak susun barang,nak tag harga”

Wow,ekceli aku memang suka dengan kerja tu.Bila aku kat rumah rasa boring aje.

Yups,aku berhenti kerja sebab nak preapare apa yang patut untuk future study.Aku berhenti kerja bersebab okeys.

Perangai pelanggan yang tak boleh blah...

Aku nak cerita yang aku ada ramai pelanggan.Sampaikan ada sorang mak cik ni kata,”hari tu mak cik datang beli brooch kat sini lah.Hari tu mak cik datang dengan anak”.Aku pun angguk aje lah.Dah ramai sangat,mana aku ingat.Dah la aku ni pelupa.

Pelanggan ni ada banyak kategori.Tengok baru 5 bulan kerja aku dah boleh beri pandangan.
Pelanggan yang...

1 mudah mesra dan senang beli barang
2 mudah mesra dan susah beli barang
3 banyak cakap dan senang beli barang
4 banyak cakap dan susah beli barang

mMudah mesra maksudnya,aku tanya soalan,dia dengan senang hati jawab dan tanya aku soalan balik.
Ada kisah di sebalik pelanggan yang mudah mesra.Ada seorang kakak ni,dia datang belek cincin.Then,aku dengan ramahnya tanya umur dia.

“Umur akak berapa”
“Cer teka”,Sambil pandang aku.
“25”,Betul ke?aku bedal aje.
“Pandai”,See,amin aku jadi pandai.
“Umur adik?”,dia tanya aku balik wei.Ini lah yang dikatakan mesra.
“Cer akak teka?”,Aku pulak bermadah.
“18”.Amboi,terrel betul akak ni.Macam ahli nujum aje.

“Betul tu”,

Tengok betapa pandainya aku.Tak sangka kan.Sebelum ni ada jugak aku teka umur pelanggan,tapi tak pernahnya tepat.At last,dapat jugak aku teka dengan tepatnya.Clap,clap*tepuk tangan untuk aku.

Banyak cakap pulak orang yang banyak tanya aku macam-macam benda.Contohnya,
*Brooch ni kalau jatuh batu nak buat apa?
*Pin shawl ni ada bawah dia?

Punya la korek-korak rahsia tanya aku macam-macam.Aku pun pening dibuatnya.Tapi,aku tak kisah.Tanyalah.Bagus kalau yang banyak tanya.Tak lah menyesal nanti bila beli.Bagus2
Gelagat manusia.Aku akan tengok sometime yang berlaku depan mata aku.Contoh?

#Ada seorang husband yang agak muda mendukung baby kecil,tengah duduk kat kerusi urut.Pastu baru datang seorang wanita dengan 3 orang anak.Perhh,adik wanita tu rasanya,suami dia outstation kot.Sebab lelaki tu Nampak muda sangat.Atau dia awet muda?
#Ada seorang pasangan.Loving husband and wife.Dah ada anak.Anak perempuan yang baru bertatih. Diorang pimpin tangan baby tu.Si husband sebelah kanan,di isteri di sebelah kiri.Sweet yah ampun.

#Ada seorang wife ang husband.Jalan berdua aje.Pada aku mungkin diorang baru kahwin.Tengah jalan di rak baju.Hanya berdua.Sweet apa.Jelous I.

Okeyh,cukup takat itu.Cerita pasal kawan tempat kerja pulak.

mYang sebaya dengan aku :

Alin,Wani,Diana,Atikah,Mira,Hairul

Yang muda dari aku :

Boy,Airil

Yang tua dari aku :

Kak Ecah,kak Yan,kak Gy,kak Rabiah,Kak Ika,Kak Ain,Kak Ema,Kak Anis.

Aku nak cerita tentang seorang kawan.Dia baik,cantik dan agak ramah.Aku jumpa dia kat tempat kerja,dia selalu datang jumpa aku.Baik kan,selalu jumpa aku.Nama dia Ayie.Nama sebenar dia aku tak boleh bagitau,rahsia..hikhik.Aku masih contact dia.Dia takde whatsup , dia cuma ada call dan sms. Aku sms jer dia,tanya macam-macam.Lawak betul sembang dengan dia.Suara dia,merdu-merdu aje.Hakhakhak. Itulah satu-satunya kawan yang sebaya dengan aku dan yang rapat dengan aku,dan yang tahan dengan kerenah aku. Ayie,Huda seronok kawan dengan Ayie.Biarpun kita dah tak jumpa dah,Huda akan tetap ingat Ayie sampai bila-bila,walaupun Huda ni seorang pelupa.Hahaha.Skema kan.Macam tu lah aku sembang dengan dia kat sms.Skema pun skema lah.Janji Ayie seorang kawan yang baik.Huda doakan Ayie berjaya di dunia dan di akhirat.Confirm menitis air mata dia baca ayat aku.Hihihi.Aku jenis yang tak kisah kawan dengan siapa pun, janji kawan dengan orang yang baik ,dan faham dengan sikap aku.

Alhamdulillah,aku dah lalui pengalaman bekerja dengan jayanya.Kenangan semasa bekerja akan ku coret dalam kotak memoriku.

Nasihat aku kepada yang nak bekerja atau yang tengah bekerja :

Sentiasa senyum sebagai ubat duka,sebab Achik Salmiah ada cakap,Urat senyum lebih pendek dari menarik urat masam.Bila korang senyum senang jer,tak payah guna banyak tenaga.Kalau tarik muka masam,kena kerutkan dahi,muncungkan bibir dan kena kecikkan mata.Tengok,betapa susahnya tarik muka masam.So,baik senyum jangan masam2.Tak cantik!Yeah,aku banyak belajar masa kerja.Belajar menjadi lebih matang dan belajar untuk menilai manusia.

Lastly,think positive dalam apa jua keadaan sekalipun.Jangan biarkan orang terus memandang sisi negative dirimu.Sebab ramai yang bersangka buruk dari bersangka baik,tapi bukan semua.Kebarangkalian orang akan, salah tafsir tentang diri kita.Kita yang bijak di sangka kurang cerdik,kita yang baik di sangka penyamun,kita yang ikhlas di kata terpaksa,kita yang bersedekah di kata menunjuk-nunjuk.Jadi jangan biarkan diri kita memandang negative terhadap orang lain. Sebabnya, kita akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah kita buat.So,renungkan.

That’s all aku nak cerita.Mungkin setakat ini yang aku nak sampaikan.

Thanks kepada yang sudi baca.

Apa yang baik hanya dari ilahi,dan yang tak baik semestinya dari diri pemilik blog ini sendiri.

Bye semua,Assalamualaikum!Rindu aku untuk penulisan seterusnya.

Isnin, 13 April 2015

Menganggur selepas SPM? 12/4/15


Hai.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Amboi,panjang beno salam aku hari ni.Dah lama tak jumpa blog.Rindu la.
Alhamdulillah aku sihat.Korang macam mana?Macam silap aje soalan aku tadi.Sepatutnya,

“Korang apa khabar”

..whateverOkeyh,baca balik tajuk.Macam pelik benar entry kali ni.Pelik macam tuan dia.Menganggur selepas SPM.Yeah..actually,aku kerja lima bulan.Pastu dah berhenti dan tanam anggur kat rumah.Tunggu berbuah aku ngap.Okeyh,aku dah melalut tahap 4.

Aku bersyukur dapat peluang untuk kerja.Kerja dengan mak sedara.Ala...kerja biasa-biasa je.Jadi retail assistant kat xx Enterprise.Ceh,rahsia kan aku.Tak nak bagitau.Malu*letak emotion monyet tutup muka.
Pengalaman aku masa kerja aku takkan lupa.Itulah satu-satunya pengalaman kerja yang aku ada,sekat ini.Nak tak nak,aku terus dihantar ke rumah mak cik aku untuk jadi retail assistant.

Rasa macam terlebih bijak pun ada.Ada ke patut aku tak bagitau retail assistant tu apa?
Aku pun sebenarnya tak tahu nak panggil kerja tu sebagai apa.Search sendiri la ye.Maklumat di hujung jari.Ngee~

Then,ada sorang kakak yang kedainya depan kedai aku bagi tengok resume dia.Yang akhir dia tulis retail assistant untuk pengalaman bekerja.Aku pun bedal cakap macam tu kat entry ni.

Cukup lima bulan,aku pun dengan merendah diri mengundur diri dari jadi retail assistant.Bye!
Aku tinggalkan semua kenangan dalam kepala.Ada jugak aku tulis biodata budak sebaya aku yang kerja kat situ.Saja duk boring lepak time kerja,saja curi masa diorang.Boleh selak-selak biodata tu time aku dah study nanti.

Konon tulis study.Mood macam nak menganggur belajar pulak rasanya.Thee
Habis pasal kerja,aku pun duk rumah.Macam biasa aku buat kerja rumah.

Buat tu ,buat ini.Aku memang duduk kat kampung,belajar sana.Rasa lega dari hiruk pikuk kota.Rasa lapang.Tapi tak lama,bila ada lalat bising aku pun sentap kemain.Diam terus.Pastu dah elok balik.
Biasalah bila malas buat kerja mula kena marah.Biasalah tu rasa dah lali.Alah bias tegal biasa.

Aku bersyukur dapat duduk rumah.Masa kerja dulu 2 kali je cuti. Hari lain kerja memanjang macam dah rupa terdesak takde duit.Hahaha.Aku patut bersyukur yang aku ada kerja,orang lain kat luar kesian banyak kali minta kerja tak dapat-dapat.See,this is life.Life is no like petik jari.*Pluck pluck!

Orite,aku berhenti setakat ini dulu.Cerita panjang-panjang confirm tak habis.

Rindu aku untuk entry seterusnya! Wassalam.

Baca novel lepas habis SPM 12/4/15


Assalamualaikum.

Aku ni tak abis-abis SPM,SPM,SPM.Entah apa-apa.Cerita SPM dah tutup okey,lepas ni tak payah tulis bab spm lagi.Aku tak janji.

Alkisahnya,aku ni peminat novel..tak kisah cerita pasal apa.Tapi yang lebih menjurus kepada genre CINTA.Rasa nak muntah pulak.

Okeyh,lepas habis je spm,aku habiskan masa aku dengan membaca novel cinta time kerja.Mana aku dapat novel?Aku rembat je sapa-sapa punya.Asal jumpa aku bedal je baca.Jahat macam penyamun, kan aku ni.Hakhakhak!

Aku pinjam.Dari macam-macam orang atau kakak.
Okey,aku senaraikan novel yang dah aku telaah dengan rajin gilos..

1.Cinta Kontrak –Nurul Ain Syuhada
2.Doktor Cinta –Dyadila
3.Suamiku tak romantic,tapi autistic –Farisha Imani
4.Coke&Sundae –Lya Abdullah
5.Lafazkan Kalimah Cintamu –Siti Rosmizah
6.Gila Kau? –Dyadila
7.Sha & Shah –Sha Ibrahim
8.Suami aku ustaz –Hannah Dhaniyah
9.Andai itu takdirnya –Siti Rosmizah
10.Gadis Edisi Terhad
11.Muhammad Al-Fatih –Abdul Latip Talib
12.Encik Sayang dan miss sweetheart –Sara Aisya
13.Gelak tergolek –Wan Azlan
14.Bukan kerana aku tak cinta-E-man Sufi
15.Apa saja untukmu sayang –Zya Za
16.Bicara Hati –Damya Hanna
17.Saya Pilih Awak –Lynn Allyna
18.Kau Perempuan Itu –Sri Sarah
19.Pergilah air mata –Hanni Ramsul
20.Diari Mat Despatch Lelaki Baik –Bahruddin Bekri
21.Aa+Bb-Hlovate

Aku cerita sikit ye..random.

Untuk novel,Bukan kerana aku tak cinta.Punya la aku khusyuk membaca membayangkan watak dalam tv.Tup-tup bahagian belakang ada gambar penulis dan penulis tu pakai tudung.At last,baru aku tahu dia perempuan.Aku ingat e-man sufi tu lelaki .Nampak macam apa je.

Karya Abdul Latip Talib.Serius best tertonggeng.Macam kisah islamik zaman dulu.Cerita yang agak susah nak faham.Tapi penulis pandai gambarkan keadaan yang berlaku.Ayat yang santai,senang nak faham,dan yang paling penting bunga sastera tu ada.Ceh,puji kemain.Itu ikut citarasa aku.Korang punya pandangan aku tak tahu.Rambut sama hitam,hati lain-lain.

Andai itu takdirnya dah banyak kali aku baca.Tetap best walau cerita agak smooth.Okey,nice job writer!Aku tetep feel yang sama.Sedih yah ampun.Tengah tunggu AIT2 pulak.Wee~
Gelak tergolek tu cerita macam apa je.Aku malas nak komen.Ikut korang la.Pada aku,budak-budak jangan baca buat rosak otak aje.Pening aku ingat cerita dia.Baik tak payah ingat.Buang Karen aje.Sorry ye..jangan marah,ini pandangan aku aje.

aA+bB,cerita ni agak santai,ada lawak,pengetahuan medic,cerita dia menarik,padat,terus kepada tajuk,bunga cerita tu lengkap,boleh jadi rujukan kalau nak buat novel.Ada teknik saspen,imbas kembali.Serius aku tak tipu.Mula-mula aku tengok la muka depan dia.Ermm,macam tak best aje!Itu lah gatal sangat mulut aku mengkritik.Bila ada orang cakap best-best.Sambil cerita sikit-sikit kat aku.Aku pun baca lepas dia.Sambung cita...Cerita dia mudah faham.Feel tu sampai.Tak de banyak huraian,jadi cerita tu padat.Aku paling suka novel yang takde huraian,aku lebih suka baca dialog.Kan best?Takde pening-pening nak fikir.Contohnya,dia pakai shawl corak biru campur kelabu.Dia jalan menyusuri lorong yang kosong. Macam tu la.Macam apa je.Buat abis Karen je baca.Hahahaha.

Lafazkan kalimah cintamu.Hahahaa.Gelak dulu.Aku gila nangis tak ingat.Menganggis aku baca tang bab awal dia.Dah le masa tu aku maca time kerja,mak cik aku yang lagi sorang dia kata “Kenapa kamu menangis?”Aku pun cakap tengah baca novel nuklian SR.Pastu dia kata ,“ohh..mak cik pun sedih baca buku tu,yang Zril nak kawin dengan sepupu dia kan?”aku pun angguk kepala.Padahal,mak cik tu dah salah tafsir,dia ingat aku baca kisah Leya.Yang benonya kisah Aqilah.Hish,hish,hish*sambil geleng pala.Tak paham aku.
Cerita aku,

Sepupu aku kata yang aku ni pengkritik yang hebat.Hahaha.Perli aku la tu.Aku kritik takde sapa larat dengo.Dengan nada,riak,gaya yang tah apapa.Okey la tu.Sekiranya aku mengkritik maksudnya di sini yang aku ni berfikir.Takde la kering je otak aku tak berfungsi.Aku rasa macam berfikir di luar kotak pulak.Rasa nak muntah pulak.Uhuk!
Pengajaran,

Aku memang suka mengkritik.Tapi takde lah melampau.Aku cakap benda yang luhur dari ceruk hati.Pheww.Aku sedar ramai yang minat novel ni beri macam-macam pandangan.Bila bukak je goodreads aku tengok ada orang komen pasal novel tu lah,novel ni lah.Bila baca rensasi depa,rasa macam penulis ni kerdil bebenor.Kesian aku nengok novel yang kena bush.Komen kemain.Cerita tak berapa menarik la,banyak typo,cerita susah faham dan cerita tu lebih baik dari cita ni rasanya.Boleh pulak banding-bandingkan dengan novel lain.Pulak dah.

Bagi aku,kita harus :

1.Renungkan diri
First,renung balik diri kita.Cari kelemahan diri kita.Jangan tundingkan jari nak salahkan orang lain,macam kita ni perfect sangat.Nobody perfect.Kita kena ingat,”What you give,you’ll get back”

2.Perbaiki diri
Dah cari apa salah kita,cuba cari cara nak ubah diri kita.Asyik fikir cons aje.Cer lihat diri kita,kita Cuma manusia.Janganlah komen bagai nak rak sampai penulis takut nak berkarya.Kesian3.
3.Ubah mentaliti

Ubah cara kita berfikir.Berikan pro and cons dia.Jangan asyik fikir negative aje .Rosak la minda kita.Kalau ada yang tak suka,cakap lah dengan cara yang lebih elok.Cara korang bush tu nampak cruel.Kesian penulis-penulis kat luar tu.Kita kena fikir jugak perasaan orang lain.Kesian novel yang takde taraf.Hish3.Penulis still boleh ubah cara dan jalan cerita kasi menarik.See,betapa positive nya aku.Wekh.*Muntah jap.

Last but not least,aku minta maaf kalau ada tersalah taip.Maaf kalau aku gunakan ayat yang menyakitkan hati dan sebagainya.Maaf jugak untuk kritikan aku yang telus.
Orite,see you next time.Bye2

Assalamualaikum.

Rensasi Novel aA+bB dan pengajarannya 12/4/15


Assalamualaikum.

Bertemu kita hari ini.Syukur ke hadrat ilahi.

Hari ini aku nak rensasikan sebuah novel yang pelik tajuknya.Bukan setakat tajuk namun begitu juga dengan penulisnya sendiri iaitu,Hlovate.Cerita yang ku sangka tak best,sungguh jauh meleset.Aku baca buku ni sebab aku dengar yang buku ni best sesangat.Pengenalan aku bertemu dengan novel ni bila aku pinjam dari kak ngah yang baik hati.Mulanya aku cakap kat kak ngah
.
“kitaorang nak pinjam novel.Nanti kak ngah bagi kitaorang novel yang best-best”

Selamba derk aje aku order.Kurang asam punya adik ipar.Hahahaha.At first aku tanya abang aku,mana novel yang kak ngah janjikan.kemain sastera ayat aku
.
“Entah,takde rasanya”

Suara semacam aje.Pastu dia suruh aku tanya sendiri kat kak ngah kat whatsup.Aku pun memang dah pelik dengan sikap abang ngah aku.Pastu,korek punya korek aku pun redah bilik dia yang macam sarang tikus.Hahahaha.Aku ambil plastic putih yang ada 8 buku tebal kat atas katil dia. Akhirnya, dapat jugak!Hancus punya abang.Duku kang.

Orite,kita sambung ye!Mukadimah yang tak ok bagi aku.Tak ok sebab Nampak meleret.Kena ubah kasi menarik dari biasa.Kita kena selalu ubah untuk terus berjaya.ahaks!

Cerita ni agak sempoi,menarik,susunan ayat yang senang dibaca,ayat yang gramatis,pengakhiran yang tidak ku jangkakan.Yang paling aku tak boleh lupa,meleleh aku baca cita ni.

Okeyh,my rensation...

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan kisah hidup Nur Addin Shah yang sungguh rumit.Hidupnya bertambah rumit apabila terpaksa bergelar seorang isteri kepada Benz Alif yang menjadi musuh ketatnya sejak di bangku sekolah lagi.Dia kelu tanpa kata.Adakah hidupnya kekal sebagai housemate semata-mata.Dua-dua ego dengan perasaan masing-masing.Dua-duanya tidak sebulu.Apabila Nina, adik ipar Addin berkampung di rumah mereka,hidup mereka mula berubah rentak.Addin yang digelar didi mula menyenangi kehadiran Benji si suami.Hidup mereka mula berbunga bahagia.Tetapi, bahagia mereka tidak lama.Didi baru tersedar yang Ayie rakan yang menolongnya ketika mahu ke Lisse adalah benji.Didi rasa yang Benz hanya mahu memainkan perasaannya.Namun atas accident yang berlaku dia mula rapat kembali dengan Benji.Hidup mereka mula ceria dengan orang ketiga.

Namun, dengan kekuasaan Allah Didi keguguran.Hati ibu bapa mana yang tidak sedih atas kehilangan itu. Addin mula menyendiri.Bnji pula sering menyejukkan hati Didi tapi didi tetap sama. Masih meratapi pemergian si baby.Suratan takdir menentukan yang Benji akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.Kala itu,radio yang memberi ceramah mula membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri dengan ilahi.Didi pula berubah atas kerelaan hati dan nasihat di suami.

‘Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali.Jika anak itu lahir,mungkin tidak akan menjadi anak yang baik.Maka dia reda anak itu berjumpa Tuhannya dalam kedaan fitrah yang masih suci.Dan mungkin Allah tidak memberinya anak itu keranadia dan isteri belum menjadi ibu bapa yang baik untuk anak itu,walaupun mereka dah ada seorang anak.Kita perlu sentiasa fikir.Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia’

Konklusinya,Didi redha dengan ketentuan sang pencipta.Sejak itu ,mereka suami isteri mula mendekati Tuhannya.Mereka akhirnya bahagia bersama seorang cahaya mata yang diberi nama Falah.
Orite,aku tahu synopsis aku panjang berjela dan nampak tah apapa.Hahahaha.Best cita ni.Rugi kalau tak baca.Aku minta maaf sebab ceritakan sampai habis.Tapi aku tak cerita lagi sepenuhnya.Ada lagi adegan-adegan yang aku tak boleh lupa dan aku tahan jari aku dari taip benda tu.Best,tak caya sudah.Mulanya aku renung novel ni macam nak tak nak aje.Yes,aku admit yang frasa,don’t judge the book by it’s cover itu ada betulnya.Aku rasa bersalah sebab tak pandang sebelah mata pun dengan novel ni.
Pengajarannya di sini,

Aku baru sedar yang setiap benda tak kira hidup atau tidak kita jangan pandang rendah sebab Allah dah aturkan sesuatu yang sangat strategik untuk kita .

Contohnya la dalam hidup aku sendiri.Time kerja dulu aku ada kenal sorang kakak ni nama dia Aisyah dan aku panggil Kak Ecah.Mula-mula kenal dia macam sombong tak mahu pandang muka orang bila bercakap.Sampai sepupu aku yang darjah enam cakap,

“kakak tu muka macam penjahat”

Apa reaksi aku?Aku buat bodoh le.Apalagi,aku ni pun blur jer.Boleh pulak bila Kak Ecah buat lawak aku tak gelak,pastu beberapa saat lepas tu baru aku gelak.At last,aku sedar yang kak Ecah ni baik.Layan je kerenah aku.Sometimes,bila dia baik hati dia akan belanja aku apa-apa.Aku ni jenis yang tak kisah.Bila orang bagi, aku ambil je.Janji halal boleh dimakan.Orang kat Syria tu tak cukup makan,takut nak makan.Jadi kat sini dengan selesanya aku menjamah makanan pasar malam yang disedekahkan oleh Kak Ecah kepada aku. Alhamdulillah.May Allah ease you life,Kak Ecah!

Bila aku nak berhenti kerja aku cakap la yang malam ni nak balik kampung.Dia kabo kat aku macam ni,
“Kalau kamu pergi,akak boring la.Tak de kawan sembang.Nanti akak buat muka jahat balik la”,ujar kak Ecah serius sambil menegok hedfonnya.

Aku pun senyum sumbing.Tengok ,realitinya jangan memandai nak judges orang sebab aku ada buat frasa sendiri,

YOU JUGDES ME,I HATE YOU!

Macam terlalu kejam kot frasa aku tu.Aku tahu reality dan kita punya persepsi tak sama.Mungkin bila kita kenal seorang rakan,muka dia bengis semacam macam kak Ecah,then dia tak senyum langsung dan tak pandang langsung muka kita bila kita tanya macam-macam.Tapi sebetulnya dia tu memang baik.

So,not late to say you judges me i hate you!Well,aku dapat ilham untuk reka frasa ni bila ramai orang kata aku ni sombong.Aku sedih,tapi aku tak nak nangis.Bazir masa je.Kesian kan aku.padan muka,sapa suruh muka sombong sangat.Huhuhuhu.

Jadi chill and positive.Biarlah orang nak anggap kita ni apa janji teruskan hidup dengan usaha.Orite,terlampau panjang rasanya aku menaip.Bye!Rindu aku untuk penulisan seterusnya.Daa,chow.

Assalamualaikum.

Ahad, 12 April 2015

Aku dapat matrikulasi Perlis


Assalamulaikum,

Aku tak tahu nak cakap apa.

Aku tengah pening sebenarnya.Nak pergi atau tak.Jauh kot dari rumah aku.Aku pun suruh abang aku checkkan guna sms.Tanpa disangka aku dapat.Aku gembira ,at the same time aku takut.Yups,takut kalau tak boleh bawa time kat sana nanti.Aku akan keseorangan.Dah tak berdua.Jadi,mulai sekarang aku kena buat keputusan sendiri.Dah tak boleh main-main macam dulu.Dah tak boleh ikut-ikut orang dah.Kalau aku kata 1 jadi aku akan buat 1.Takde dah ubah apa-apa.

Aku bersyukur sebab Allah bagi peluang kat aku untuk menuntu di sana biarpun tak berapa pasti lagi. Insyaallah dengan niat aku yang tulus.Aku akan berusaha untuk kejar 4 flat.Kalau dapat pointer 3 ke atas pun dah kira ok.

Sekarang ni,aku tak boleh nak lari dari reality.Mungkin suratan aku akan belajar di sana.Alhamdulillah,dengar kata KM kat Perlis Akaunya memang terbaik.Jadi,aku takkan lepaskan peluang untuk balas dendam untuk subjek tu kat sana nanti.Nak dapatkan A+ kononnya.Masa SPM haritu Prinsip Akaun aku hanya dapat B.

See,betapa malasnya aku.Malas belajar then bila dapat result aku cakap kat cikgu yang aku tak dapat A untuk PA.Apa kelas nak salahkan orang.Takde life betul.

In the nut shell,aku doakan semua yang ke KM akan Berjaya menuntut ilmu di sana. Bye,Assalamualaikum.

Isnin, 6 April 2015

Clue Segmen Kad Cinta #3


Assalamualaikum

Huda mempunyai 32 kad cinta yang mempunyai pelbagai corak warna.

4 keping daripadanya tiba-tiba hilang sebab Segmen Kad Cinta pertama.

Sekeping Kad Cinta dicuri tanpa sengaja oleh insan bernama Atikah kawan Jia yang pakai objek berkanta dua.

5 keping selebihnya lenyap dalam dunia Segmen Kad Cinta#2

Beberapa keping kad cinta yang boleh dihitung dengan helaian rambut telah disponsor kpd pembuat giveaway

Persoalannya,berapakah jumlah kad cinta yang tinggal dalam simpanan Huda?

Jeng..jeng..jeng..

P/s : Jawab jangan tak jawab,klu dah ada tinggal komen aje.

5 pemenang bertuah dicari

Nak join? Klik SINI utk komen berapakah jumlah baki Kad Cinta.

Jemput join semua.Semoga anda berjaya!

Ahad, 5 April 2015

Hadiah Segmen Kad Cinta#2 bakal dipos!

Assalamualaikum

Alhamdulillah kelmarin tarikh last bagi detail.Actually,pemenang ada 13 orang...tapi yang bagi detail 3 orang sahaja.

Huda rasa nak marah,tapi tak perlu kot.Dah orang tak nak tuntut tak kan nak marah.Takpe,hadiah tu semua Huda akan jadikan hadiah untuk giveaway yang lain.

Ada tiga pemenang sahaja yang bagi detail.Insyallah kalau tak de hal,Huda pos minggu ni.Tapi tak confirm bila.

Yang dah menang tapi tak bagi detail minta maaf ye!Huda dah bagitau kat entry tu.
Mungkin ada yang tak perasan sebab terlalu banyak join giveaway.Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab mengambil bahagian dalam skc#2.

Akhir kata,Huda minta maaf kalau terkasar bahasa.

Jangan sedih-sedih okeyh,Anda boleh join segmen kad cinta #3.Jemput join semua!
Nantikan entry Clue Segmen Kad Cinta #3.Ada jawapan di situ.

skc#3 tamat : 20/4/15

Jumaat, 3 April 2015

Huda pergi UKCG?

Assalamualaikum.

Tak sangka,hari ni genaplah 5 hari Huda ukcg.Alhamdulillah lega.Tak banyak sikit ringan beban di dada.Bila belum pergi Huda dah terlebih excited.Soalan yang Huda selalu fikir,

"Bila nak buat latihan ni"

"Bila nak balik rumah lusa nak ke ukcg,adoi"

"Kalau aku lewat bangun nanti macam mana"

Itu baru tiga persoalan.Itu pun pening kepala aku nak fikir.Dah la Huda kerja dengan mak sedara.Duduk rumah anak dia.Akhirnya,Huda balik rumah hari Ahad lepas balik kerja.Sebelum balik pun kerja?Ofcourse nak ringankan beban mak cik nak jaga kedai.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada mak sedara Huda yang bagi Huda pengalaman berniaga.Pejam tidur,celik bagun....eh apa Huda merepek ni.Heheehee.

Akhirnya,Huda dah berhenti kerja.Total up,kalau tak silap 5 bulan Huda jadi peniaga.Banyak susah wo.Nasib Huda banyak bersabar,kalau tak..nahas semua pembeli yang menyakitkan hati..Huda cekik korang semua.hihihi....Jahat tak?

Okey,sambung balik bab ukcg.Huda pergi Isnin lepas bersamaan 30/3/15.

Nak di buat cerita,Huda pergi ni first day.Entah betul atau tak tak confirm okey.

Huda pergi dengan mak,abang ngah,dan akak Huda.Dalam kereta lagi Huda baca apa yang patut.Zikir,selawat,doa untuk hilangkan gemuruh.Fuhh,lepas baca....alhamdulillah lega.

Then,dah sampai Huda pun tunggu kemain lama.Dah sampai awal,kena lah tunggu peserta lain yang tak sampai lagi.Akhirnya,masa yag dinanti telah tiba.Pukul 8 pagi masuk dewan.Rasa macam nak jawap SPM pulak.Feel lebih pulak.Muahaahah.

Kat dalam dewan dah la sejuk.Tapi Huda biasa jer..control cun konon.Kat dewan semua peserta ukcg kena jwap soalan insak,sama macam soalan objektif.Senang je.Jawap wajar dengan tidak wajar jer.Jawap le mana-mana pun.Asal jawab.hihihi.

Soalan tu ada 195.Bahagian A ada 135 soalan.Bahagian B ada 60 soalan.Jawap laju-laju tau.Takut tak cukup masa nanti.

Nak diteruskan cerita,ada sambungan pulak untuk ujian kecergasan.Ada 5 checkpoint.Okey tak yah cakap banyak Huda taip ye,

1.Check BMI NORMAL

2.Bangkit tubi 4/5

3.Lompat Quadrant 20

4.Kalis sisi 38

5.Bleep 2

Yang Huda boldkan takde kaitan ye.Itu nota jer.Nak ingatkan diri sendiri.

Kalau nak tahu 5 checkpoint tu macam mana,search je google.Nanti ada keluar gambar dia.Nak tahu kalis sisi tu macam mana?Taip kat search bar.Keluar lah gambar dia nanti.Don't worry okey!

Pastu Huda pun balik.Dah tamat,balik le apalagi...rasa penat semestinya.Dan tanpa dijangka Huda ada jumpa kawan yang satu group dalam watsup masa kat ujian kecergasan.Punya lah tak perasan.Padahal lari sebelah jer.

Kawan watsupp yg jumpa kat ukf,
*Saifullah
*Naim
*Habibullah

Izharnya,Huda berdoa agar dapat ke temuduga ipg.Doakan Huda ye!

UKCG dah berlalu.Takutnya kalau tak dapat pergi temuduga.

Sabarlah wahai hati...Mungkin Allah dah aturkan yg terbaik untuk aku.Kita hanya merancang,tapi Allah yg menentukan.

Okey,thanks banyak-banyak buat silent readers yang baca aku punya entry cute ni..hahaha perasan sekejap.Aku tahu korang baca tapi malu nak komen kan?

P/S : Jemput join skc#3
Doakan kiatorang berjaya melanjutkan pelajaran.
Huda memang gelarkan diri dengan panggilan HUDA dan Aku.Maaf kepada yang tak selesa.


Bye,assalamualaikum.

Khamis, 2 April 2015

Senarai peserta skc#2

Assalamualaikum!

Senarai peserta skc#2 :

1-http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
2-http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
3-http://duniazumal.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta-2.html
4-http://zarachingu.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html?m=0
5-http://nurfatihahhijau.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
6-http://lostintheflowerland.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
7-http://myimpiannaad.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
8-http://eatmakeread.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
9-http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
10-http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta-2.html
11-http://ohresepiku.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
12-http://sakuraungu92.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
13-http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
14-http://loveneddy.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
15-http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
16-http://najmi-faiq.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
17-http://catatanhati93.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
18-http://cowament.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html

Terima kasih sebab sudi join.Jemput join skc#3!

Pemenang Segmen Kad cinta#2


Helowws,macam lama jer tak jumpa.Hahahaha,


Okey,tanpa membuang masa Huda nak umumkan semua pemenang skc#2.

Pemenang-pemenangnya :

1.http://loveneddy.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
2.http://lostintheflowerland.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
3.http://sakuraungu92.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
4.http://ohresepiku.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
5.http://ladiesingreen.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
6.http://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
7.http://cowament.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
8.http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
9.http://zarachingu.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html?m=0
10.http://catatanhati93.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
11.http://najmi-faiq.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
12.http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta2.html
13.http://jombercontest.blogspot.com/2015/03/segmen-kad-cinta-2.html

Fuh..jenuh Huda menaip....Huda pilih peserta menggunakan khidmat cik Random.org

Okeyh,Kepada pemenang semua sila bagi detail di no. 011 35291993. <SMS
Hantar detail guna sms okey..SMS!Watssup takde okey,

Nama penuh :
Alamat :
No. telefon :
Link  penyertaan :

Tarikh last bagi detail : 5/4/15 jam 2 petang

Okeyh..tahniah semua.Yang tak memang,mungkin rezeki anda bukan di skc#2.

Jangan lupa join skc#3.Bermula esok,tapi Huda dah terlebih eksaited.Skc#3 kena fikir sikit jer..Tapi Giveaway dia simple habis.Tak yah buat entry kott..Orite.Ada masa Huda taip lagi yer..Yang tak menang mungkin rezeki anda lebih luas utk menang GA lai.Amin..

Ingat bagi detail guna sms ye!JANGAN guna Watssup.Okeyh?

P/s : Rindu Huda utk lain entry.Doakan kami berjaya melanjutkan pelajaran.

Rabu, 1 April 2015

Segmen Kad Cinta#3

Assalamualaikum.

Okey hari ni Huda nak buat satu lagi giveaway comel.Yang lain daripada GA Huda yg sebelum-sebelum ini.

Dengan lafaz bissmillahhirrahmanirrahim saya lancarkabn SKC#3.Okeyh, baca ayat seterusnya.Read on!

Syarat-syarat :
*Follow blog ini
*Like page Rahsia Hati Huda

TAK PERLU BUAT ENTRY

Cara super simple,
Teka berapa keping postcard cinta yang ada di tangan Huda.

Pemenang x Lima orang

Pemenang yg memberikan jawapan yg tepat akan memenangi postcard cinta.

Letakkan diruangan komen :
Jumlah poscard cinta
Link blog
Nama Penuh
Alamat
No. Telefon

Pemenang akan diumumkan apabila hadiah sudah dipos.


P/s : komen anda tidak akan diterbitkan.Jangan risau.Huda jaga privasi kalian semua.


Mula : 3/4/2015.12am
Tamat : 20/4/2015.12pm

Good luck dear bloggers!

Jangan malu-malu untuk join.
Ini segmen teka berapa postcard yg ada kat tangan Huda.

KLUE DI SINI 

Huda takkan marah kalau salah.Chill,tenangkan diri dengan join GA super santai ini.Penyertaan anda amat-amat dialu-alukan.

Andai Huda salah minta maaf ye!

Assalamualaikum...

Segmen Kad cinta #2 sudah tamat!

Assalamualaikum

Bersua kembali di entry ini.Pejam celik-pejam celik skc#2 dah tamat.Yeah!Tahniah kepada semua peserta sebab join.

Di sini Huda nak maklumkan yg hadiah akan dikurangkan.

Actually,Huda tulis ada 20 hadiah kan?

Jadi,di sini Huda akan bagi 13 hadiah sahaja.

Kenapa Huda kurangkan?

*Penyertaan tidak melebihi 20 orang
*Jimatkan perbelanjaan,sebab Huda dah takde income(dah berhenti keje,nak preapare utk future study)
*Huda nak bagi hadiah lebih untuk skc#3 insyallah.

Alhamdulillah,skc#2 menerima 18 penyertaan.

Tahniah kepada yang dah join.

Okeyh, di sini Huda nak bagitau yang akan menyusul Segmen Kad Cinta #3.

Semua bloggers dijemput join,

Bila mula skc#3?   As soon as possible. (Lepas habis proses bagi detail utk pemenang skc#2)

Pemenang akan diumumkan pada malam ini.Insyaallah kalau takde hal Huda buat entry pemenang skc#2.

Okeyh,itu aje untuk entry kali ini.May Allah ease your life.

P/s : Huda dah ke ukcg.Doakan Huda berjaya ke temuduga ye!
       Doakan batch '97 agar dapat sambung study dengan success.

Asslamualaikum.