Jumaat, 31 Julai 2015

Terapi ais



Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cakap pasal ais.Aku suka makan ais.Tapi,tak baik untuk kesihatan.Aku tahu hakikat itu tapi aku suka,kenapa tah.

For sure,aku suka sebab bila masuk dalam mulut terus cair.Rasanya kat situ yang seronoknya.Okey,straight to the point  aku  ada buat satu terapi.Melibatkan ais.

Tika ini masa aku masih bekerja.

G-R ,sepupu aku yang ajar.Masa itu malam.Aku dan G-R memang ada minat yang sama.Makan ais begitu sahaja.Teruk kan?

Pastu G-R ada ajar aku.Untuk kecantikkan.Aku  pun tengok.Punya-punya tengok aku pun try.Dah try adalah perubahan.

Bahannya sangat simple, iaitu AIS semata-mata.

Caranya amat mudah.Letakkan ais di permukaan wajah anda.Pastikan semua permukaan wajah di sapu dengan ais.Sapu?yups,sebab ais kan akan cair kalau terkena haba.Jadi aku guna istilah itu.Maaf kalau aku guna perkataan yang salah. 

Sapukan seketul ais dipermukaan wajah anda  selama 15 minit*Lebih lama, lebih elok

Kebaikan :Mengecutkan jerawat dan menyegarkan wajah anda.

Selamat mencuba!

P/s : Thanks G-R sebab ajar kita
Bye!Assalamualaikum J

Jawapan pelik.



Assalamualaikum.

Penuh bersemangat Huda taip entry ini.Biasalah,bila ada idea kena taip laju-laju.Nanti takut idea lari.
Ini kisah Huda di alam persekolahan,

Masa kelas Ekonomi Asas ,setiap akhir kelas cikgu akan ajukan soalan.Soalan cikgu lebih kurang begini :
“Ada apa-apa nak tanya?”

Ada lah berapa kerat yang menanya.Bila dah takde soalan, cikgu akan cakap :

“Tak takde soalan?takde soalan cikgu yang tanya karang”

Semua rakan kelas aku dah kering soalan.So, dengan malang sekali kami akan berdiri.Berdiri sampai ada insan yang cerdik boleh jawab soalan cikgu dengan jayanya.Aha.Soalannya pendek tapi susah nak jawab.
Soalannya begini,

“Saya hantar anak saya ke sekolah.Saya jimatkan wang,jadi saya beli benda yang penting aje untuk anak saya.Benda apa tu?”

Masa ni kami baru mula sekolah masa form 5 dulu.
Macam-macam jawapan ada.


“Cikgu, kasut!”
“Beg sekolah”
“Alat tulis”
“Pakaian”

Cikgu geleng kepala dan bagi alasan kenapa jawapan tu tak betul.Last sekali ada budak kelas aku dapat duduk.Nak tahu apa jawapannya....curious kan.

“Buku latihan”

Erk,simple betul.Soalan macam kacang pun kami tak dapat jawap.*sambil tutup muka.

Betul jugak jawapan tu.Kalau tak de buku latihan macam mana nak buat latihan.Macam mana nak cerdik.Ye tak ye jugak.
Sejak hari tu aku belajar sesuatu.

Jangan pandang rendah atas benda yang remeh.

Persoalannya di sini apa yang peliknya?

Peliknya bila ada kawan Huda beri jawapan “Alat tulis” then, ada yang lain tak berapa faham jawab “pensil,pemadam dan pembaris”.

Samalah dengan jawapan “pakaian”.Ada je manusia yang jawap “stoking,baju,seluar”.
Nampak?Kat sini pun kita dah tahu tahap kepandaian seseorang.Malah lebih malang lagi bila terkena kritikan dan perlian oleh sang cikgu.Sadis sungguh.Memang pedih dan menusuk tapi kita akan cerna dan ubah diri kita.Dan yang utama jangan pandang remeh.Think positive.

“Macam manalah nak dapat A kalau benda kecik ini pun tak reti nak fikir”
Sedih kan.Tapi itu pembakar semangat untuk kita terus berjaya.Jangan jadikan kritikan sebagai penghalang untuk anda terus berjaya.

“Aku akan dapatkan A,cikgu tengoklah nanti”,cakap dalam hati.
Lastly,aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang dah ajar aku.Thanks cikgu.Kalau cikgu takde saya mungkin tak dapat ilmu.Sayang cikgu.

Okey,itu je aku nak cerita.Bye!

-Assalamualaikum

Rabu, 22 Julai 2015

Sekadar alasan

Assalamualaikum.

Alasan,alasan,alasan..
Semua orang suka cipta alasan
Sungguh sukar untuk ku taip perkataan alasan
Nanti akan berubah menjadi alas san
Ingat alas meja ke?

Lama rasanya kita tidak bersua.Rindu sungguh aku dengan blog aku yang terlalu indah ini.
Aku hanya manusia,yang sentiasa memperbaiki diri.

Amboi,sarkastik betul.Ayat dah berbunga tu.Sat..aku nak tanya.
Semua kat luar tu suka reka alasan dak?

Mula-mula aku bagi tahu definisi alasan mengikut pengetahuan aku.
Alasan merupakan sebab yang sengaja direka untuk mempertahankan sesuatu perkara.Actually, alasan wajar diluahkan kalau kita berada dalam situasi  yang memerangkapkan diri sendiri.Sebagai contoh,
Aku buat latihan Ekonomi Asas.Then,bila dah siap aku pun relax.Tak payah gusar memikirkan apa yang akan terjadi di kelas EA.Keesokan harinya,ada budak kelas aku nak pinjam.Dengan berat hati aku bagi,sebab tak nak timbul fitnah dan gaduh.Bila cikgu kutip dan cikgu confirm akan semak time tu jugak.Aku dah rasa lain macam.Cikgu tu serius best!Setiap kesalahan dalam latihan dia nampak. Dan akan bagitau kesalahan setiap pelajar dalam kelas.Dan yang paling menakutkan bila mood cikgu tak baik. Malangnya,cikgu tengok jawapan aku dengan budak tu sama.Budak yang tiru aku punya jawapan sebijik-sebijik.Lebih malang bila cikgu fitnah aku.Cikgu cakap aku tiru budak yang tiru aku.TAMAT

Apa perasaan aku?

SEDIH.

Pengajaran : pasni aku tak nak bagi tiru dah.Titik.Noktah.Fullstop!
Alasan apa yang aku bagi?Aku tidak berujar.Aku jenis yang tak suka cipta alasan.So,aku lebih suka berdiam diri.

Frasa yang kena dengan situasi aku :

Lebih Baik Diam, Dari Berkata-kata.

Jangan simbah minyak tanah, ke atas api.

Yang berlalu biarlah berlalu.Biarkan kisah itu menjadi memori indah dalam hidupku.Ahaks.

Jadi,aku dah cerita kisah yang agak pahit semasa zaman sekolah aku.Aku tak nak toleh belakang.Biarlah kau bahagia wahai kenangan.

Aku hanya nak kongsi apa yang aku rasa.Aku rasa cikgu sedar yang cikgu dah salah anggap dengan aku.Sebabnya,aku tak pernah lupa nak siapkan latihan yang dia bagi. Alhamdulillah aku dapat A tengah untuk subjek tu.

Aku ada cipta alasan masa jumpa dia lepas ambil result,
“Cikgu,saya tak dapat A+,saya dapat A single aje”
“Kamu memang”

Punya relax cikgu menjawab,mood tengah baik letuww.

Alasan buat aku sakit hati.Mungkin korang tak pernah rasa macam apa yang aku rasa.Tapi,tengoklah nanti. Akan ada peristiwa yang akan buat kau benci dengan alasan.Yang pernah rasa tu confirm rasa sakit hati kan?

Akhir kata,jangan biarkan alasan memakan diri anda.

Hasil carian imej untuk alasan

See you,sorry kalau ayat aku menyentap!

P/s : Kita perlu berubah untuk ubah diri kita.

Bye,Assalamualaikum.