Ahad, 6 Mac 2016

Kisah belajar



Hai.Terasa nak tulis kisah belajar.


Aku bukan sapa-sapa yang layak ditanya tentang belajar.Aku manusia biasa-biasa.Insyallah ingin berubah menjadi luar biasa.Siapa tahu.Aku rasa nak tulis kisah belajar aku bila aku baca satu novel ni.Novel hlovate yang aku pinjam daripada Pah.Mungkin bila aku tulis,baru aku sedar betapa kecilnya aku dalam dunia belajar.


Aku korek memori 12 tahun lepas,yang aku ingat aku tulis.Tak ingat tu memang taklah aku nak tulis.Kohkohkoh


Aku mula sekolah di pra sekolah. Ada cikgu namanya Rozita dan pembantunya Cik Mala,yang kerjanya duk di dapur siapkan makanan untuk kami.Masa ni pra sekolah masih makan di dalam bangunan pra sekolah.Pra sekolah ni dalam sekolah rendah.


Sekolah rendah.Aku rasa macam biasa.Takde beza.Cuma terasa lain.Makan beli sendiri,dah lain dengan pra sekolah.Aku masuk kelas selalu lambat.Aku tak tahu kenapa.Budak-budak yang tak berapa matang waktu itu.Masa tu aku suka ikut kawan.Haih.


Menjengah alam menengah.Aku sekolah harian biasa.Mula-mula dulu kayuh basikal.Punyalah jauh. Rasa penat.Tapi,lama-lama dah ok.Masa tu baru aku sedar betapa pentingnya ilmu.Dahla punya susah pergi sekolah.Kalau tak belajar elok-elok mesti menyesal punya.*Aku kayuh basikal setahun je*.

So,disebabkan kelas aku ada budak yang gila pandai,deme ajela yang dapat top 3.Aku dapat no. dalam belas-belas.Satu kelas form 3 ada 30 lebih.Semua pandai-pandai.Tambah lagi pelajar cina.


Dan aku ambil PMR.Aku tak terasa nikmat PMR macam mana.Sebab aku tak ada apa-apa.Lepas tu keputusan aku biasa-biasa saja,yang hanya melayakkan aku masuk kelas Akaun.Huhu.



Alam menengah atas.Aku masuk kelas kedua.Jumlah ahli kelas aku agak sedikit.Budak yang pandai gila tu dah pindah.So,macam takde persaingan kali ni. Masa ni la aku diberi motivasi.Aku mula ubah cara hidup aku.Aku ubah cara belajar,dulu kalau kerja tak siap aku buat juga tapi lambat.Kali ni aku buat betul-betul.Kan masa form 4,5 bertimbun-timbun kerja.Kerja cikgu yang paling garang aku siapkan dulu.Haha.


Masa  dah berubah.Dah takde zaman honeymoon untuk budak form 4 macam aku waktu tu.Semua kena pulun habis.Cikgu semua bagi nasihat yang hampir sama.

“SPM menentukan segala-galanya...”
“Inilah permulaan jalan hidup kamu...”
“Satu lorong untuk mengenal erti sebenar hidup...”

Dan lain-lain.


Masa ni baru aku sedar.Aku ada tempat bergantung.Tapi,aku kesal.Bila aku perlu aku ingat,bila tak perlu aku lupa.Aku sedar aku hanya menumpang.Semua nikmat dah diberi.Tapi aku tak hargai. Bermulalah penghijrahan aku jadi baik.Tak lah baik mana.Insyaallah akan jadi lebih baik lepas ni.Aku mula ingat Dia.


Form 5 lagi la gila habis.Kerja sekolah tak renti-renti.Ada je idea cikgu nak bagi kerja.Walaupun cikgu tak datang ,mesti cikgu akan bagi tau awal-awal  sekaligus beri kami kerja.Bagus sungguh. Haih.


Kalau satu kerja tak siap alamatnya,bertimbun-timbunlah kerja menunggu kau.Kau dah takleh lepak-lepak masa cikgu takde.Kau dah takleh sembang kosong masa cikgu ngajo.Kau...eh aku la.Aku kena buat catatan setiap masa.



Cikgu ada kata,

“Ilmu seperti sayap, jika tidak ditangkap ia akan terbang”


Di sini aku sedar,betapa bermaknanya setiap kata-kata cikgu.Orang dah tahu erti hidup.Aku ni tahu je,tapi rajin sangat nak ambil tahu.Haha.


Mula SPM aku pulun sehabis baik.Bila aku tak faham aku doa banyak-banyak.Bila tak tahu aku tanya terus kat cikgu.Kiranya keluar masuk bilik guru itu perlu.Hoho.Bila aku malas,aku ikhlas kan hati walau tak berapa ikhlas senonya.

Bila cikgu tak masuk kelas.Aku buat kerja yang tak siap.Bila rehat,aku korbankan masa tu untuk uruskan kokurikulum.Bila aku nak pergi jumpa cikgu,atau nak buat kerja-kerja lain aku akan tulis sebagai to-do-list apa yang aku nak buat nanti.


Cikgu kesayangan aku kata,


“Hidup ni mesti ada strategi.Balik sekolah ni pun dah fikir nak buat apa kan.Nak mandi dulu ke nak tidur terus”.Ayat mengenakan orang ni.


Aku rasa bazir masa, kalau buang  masa macam tu je.Jadi,nak belajar aku kena korbankan semuanya. Tenaga, masa dan usia.


Mulalah perjuangan SPM aku.Aku mula mimpi pelik-pelik.Tapi benda tu tak jadi. Alhamdulillah. Sebaliknya pula yang jadi.Musim SPM dah habis.Pastu aku dapat result.Aku rasa keputusan aku ok. Cuma 3 subjek je yang aku menyesal sangat-sangat.Tapi takpe benda dah jadi,nak ubah gred kat sijil pun dan takleh.Huhu.Inilah jadinya kalau main-main.Semua kesilapan tu salah aku.Bukan salah orang lain.Aku akui hakikat itu.


Masuk form 6. Aku tak terima yang aku ni masuk form 6.Aku dah tak macam dulu.Rasa malu pun ada.Iyalah cikgu sekolah lama dulu mesti harap kat aku tinggi2.Aku belajar pun tak semangat.Balik sekolah selalu tidur sampai ke petang.Kalau pening setiap hari tu perkara biasa.Pening dengan 4subjek membunuh tu.Masa ni 6 rendah.


Masa 6 atas.Aku dah boleh terima form 6 dalam hidup aku.Aku kini redha.

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya”
“Allah takkan melakukan sesuatu dengan sia-sia”

So aku ubah pandangan aku.Aku nak jadi positif macam kawan-kawan dalam kelas aku.Semua happy go lucky biarpun aku tahu diorang nak masuk u tapi ada yang tak de rezeki.Tapi mereka semua gembira je di tingakatan 6.Aku taklah segembira mereka.Aku biasa-biasa saja.


Aku tanya kawan aku,jawapan dia

“aku suka duduk(belajar) kat sini”
“buat apa kau nak fikir orang lain kata,bukannya diorang boleh ubah pun”


Aku bersyukur ada kawan sehebat tu.Mereka ada je yang dapat masuk u @ matrik.Tapi diorng tak pergi. Ada sebabnya.Aku tahu itu.


Inilah kisah belajar aku.Yang tak menarik tak yah ambil.Yang menarik tu catat lah kalau perlu.Aku insan biasa-biasa saja dan ingin menjadi luar biasa.Hikhik

Okey,itu je aku nak kongsi.Assalamualaikum.

Tiada ulasan: