Sabtu, 4 Jun 2016

Seperti katak



Assalamualaikum





“Seperti katak sedikit hujan banyak bermain “

Katak yang melompat riang bila turunnya hujan.


Semuanya baik-baik belaka setakat ini. Ujian itu memang ada. Orang lain ujian lagi berat jiwa masih kental. Dah umur 19, setahun lagi dah tua. Manusia-manusia, sering mengadu domba.


Perit hidup itulah nikmatnya. Orang hidup tak ada rumah duduk bawah jambatan tepi-tepi lorong sunyi. Kita yang ada masalah kecik perlu bersyukur sebab hidup berbumbungkan atap. Tak kisah ar, atap zink ke asbestos ke.


Yang pemusnah adalah insan yang terasa diri lebih baik. Cara nak tahu orang tu tak baik?


Bila dia kawan dengan kau, cuba kau perhatikan dia. Ada tak dia ceritakan keburukan orang lain pada kau. Walaupun dia baik antara yang terbaik, sebab semua orang nak kawan dengan dia. Lihat mimik muka dia bila dia tak suka orang lain. Satu hari tak mustahil dia boleh buat perkara yang sama dekat kau.


Jangan disebabkan kejayaan kau menyebabkan penderitaan orang lain.


Setelah beberapa tahun aku mengkaji, aku dapat rumuskan bahawa, orang yang kita benci yang suka berkawan dengan kita. Lepas itu bermulalah lakonan yang tragis.



Lagi satu sebelum aku terlupa, aku suka dengan manusia yang


 tak ambil hati                                         
 buat kerja sendiri
sentiasa memaafkan orang lain
mendoakan kebaikan untuk orang yang ada disekeliling dia walau orang tu benci gila dekat dia



Aku doakan agar semua umat Islam sentiasa dimudahkan urusan, memperoleh ilmu yang berkat, sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan, sentiasa memaafkan orang lain, dilembutkan hati dan dapat menjadi muslim sejati.


Akhir kata, jangan jadi seperti katak sedikit hujan banyak bermain.



Assalamualaikum

Tiada ulasan: