Jumaat, 3 Jun 2016

Segmen Encik Kidal : "Marhaban Ya Ramadhan"



Assalamualaikum

Klik banner untuk sertainya






Niat puasa





Perkara-perkara yang membatalkan puasa


Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.


  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.


  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).


  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.


  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.


  • Kedatangan haid atau nifas.


  • Gila sekalipun hanya sekejap masa.


  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


  • Bersalin.


  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.



Nikmat berpuasa

Bagi aku lah puasa adalah satu kewajipan bagi semua umat Islam tanpa mengira usia. Bila tibanya bulan puasa macam-macam nikmat kita dapat. Antaranya adalah nikmat bersahur di awal pagi, nikmat berpuasa menahan haus dan lapar serta nikmat berbuka bersama ahli keluarga. Tak lupa juga dengan solat sunat terawih di malam hari.


Sebenarnya banyak lagi nikmat yang Allah bagi masa bulan puasa macam melipat kali ganda pahala dan sebagainya. Kalau kita kira banyak nikmat puasa yang tidak kita sangka.

 Okey kita pergi pula kepada...



Pengalaman yang seronok semasa ramadhan 



Dapat makan macam-macam makanan. Makanan yang jarang jumpa pun ada misalnya buah sagu yang warna merah, minum sekali dengan air sirap dll.

Dapat jimat duit. Kalau dapat duit sekolah masa bulan puasa boleh simpan dalam asb untuk masa depan.

Masa bulan puasa aku ikut mak aku pergi tadarus al-Quran masa cuti sekolah. Best!

Dapat solat terawih sama-sama dengan makcik-makcik.

Dapat insafi diri, kita insan lemah. Semua  nikmat dah diberi, tapi masih meminta lagi. Haih...

Haa.. masa bulan Ramadhan juga adanya program tadarus al-Quran dekat sekolah. Aku ada gak sertai bersama budak-budak. Yang paling aku tak boleh lupa seorang pelajar tingkatan 3 yang mengaji dengan lancar sekali dengan bertajwid, kalah aku tau. Aku sayu mendengar dia mengalunkan bacaan al-Quran. Rupanya dia nih sebenarnya anak cikgu sekolah rendah aku. Heee

Dapat tahan nafsu. Nafsu lapar dan dahaga.


Okey itu sahaja rasanya.


Mangsa tag :


           Zumyhuna            /         Kei konves           /          Tomodochi


Email :

                                                 nurfarah_huda@yahoo.com


Kepada semua kawan-kawan jemput sertai segmen ini.


Selamat menyambut bulan Ramadhan 


Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa.


Bye. Assalamualaikum :)




1 ulasan:

Tomodachi berkata...

tq tag saya :3