Sabtu, 23 Julai 2016

Karlie Kloss Wajah Baru Topshop


  
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan.





Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Topshop iaitu sebuah Kedai pakaian yang menawarkan pelbagai pakaian mengikut trend semasa. Semestinya Topshop akan menampilkan pelbagai model terkenal bagi mengayakan pakaian keluaran Topshop.


Jika kempen sebelum ini Topshop memaparkan model antarabangsa terkenal yang cukup disegani iaitu Cara Delevingne dan Gigi Hadid, koleksi untuk musim panas dan musim bunga untuk tahun 2016 pula Topshop memilih Karlie Kloss sebagai wajah yang baru. Model muda yang berasal dari Amerika ini juga merupakan salah seorang Victoria’s Secret Angel dari tahun 2013 hingga tahun 2015. Beliau juga merupakan seorang model yang terkenal biarpun berusia 24 tahun pada tahun ini.


Model antarabangsa yang tidak asing lagi ini kini bekerjasama dengan photographer terkemuka New York, Tyrone Lebon untuk kempen kali ini. Kempen 2016 ini membawakan koleksi pakaian streetwear memaparkan gaya bersahaja Karlie.






Bagi penggemar setia Topshop Malaysia boleh menjangkakan pelbagai pilihan pakaian streetwear yang stylish dan unik pada harga yang cukup berpatutan. Temui koleksi tops, jeans, jackets dan aneka rangkaian pakaian wanita yang lain termasuklah koleksi kasut dan aksesori wanita.


Penggemar setia Topshop haruslah memiliki koleksi pakaian dan aksesori Topshop agar lebih kelihatan cantik dan menawan bak Karlie Kloss. Hehe






Jenama British yang terkenal dan popular ini boleh ditemui di pusat-pusat membeli belah di sekitar ibu kota. Bukan itu sahaja, kini koleksi pakaian Topshop juga boleh anda temui di secara online di portal-portal online terpilih salah satunya adalah ZALORA Malaysia. Di ZALORA, anda boleh membuat pembelian dengan amat mudah dan menikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pulangan semula juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.




Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dengan adanya laman web Zalora, anda semestinya dapat memiliki pakaian dan aksesori wanita yang sangat menarik dari Topshop.








Assalamualaikum

Tiada ulasan: