Sabtu, 25 Jun 2016

Tadarus al-Quran.Iftar.Qiam


Assalamualaikum



Sekarang aku masih di rumah selepas pulang dari sekolah seawal 8 pagi. Semalam ada majlis khatam al-quran, iftar dan qiamualail.


Sebenarnya majlis ini wajib bagi pelajar aliran agama. Pelajar dari kelas lain boleh menyertai progam ini. Jadi aku kenalah pergi sebab terlibat sama dengan tadarus al-quran. Kumpulan tadarus ada 10, ketua kumpulan dari kelas KAA. Ketua kempulan aku SITI HAWA dari 5KAA. Ahli tadarus kami ada 11 orang. Setiap kumpulan baca 3 juzuk.



Cerita semalam, datang ke sekolah jam 4.15 petang. Daftar nama dan tandatangan.



5.15 - Masuk surau. Ustaz kata tadarus mula jam 5.45 jadi kami diminta membaca al-Mathurat bersama-sama.


5.45 - Tadarus al-quran. Yang ngaji semua lelaki. Bagusss. Yang perempuan asyik bersembang sehingga ditegur  oleh ustazah berkali-kali. Apakehal budak-budak nih…


Haaa lepas baca doa khatam al-quran semua  peserta tadarus diberi sedikit cenderahati yang memang berbaloi.


Air kotak perisa Laici-kotak besar, Buku wirid&doa sesudah tahlil, 5 jenis biskut lexus paket kecik, dan duit raya. Tahun lepas dapat biskut sahaja, bukan biskut lexus. Alhamdulillah, cikgu kata sumbangan untuk program tadarus.iftar.qiam tahun ini memberangsangkan.






6.45 - Tahlil


7.00 - Sedia ambil makanan secara layan diri. Perempuan makan di kantin dan lelaki makan di bawah khemah, di atas tikar. Yang ini memang aku respect budak KAA. Ambil makanan pun bertenang dan sabar dengan kami yang ambil makanan dulu. Yang paling best lady first!


Oh ya makanan berbuka puasa kami adalah nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, udang goreng tepung, buah tembikai, air sirap, air asam limau, air tebu dan aku macam  nampak air warna oren. Air oren kot. Dan kudapan seperti popia goreng sambal, cucur badak, pulut panggang dan lain-lain.


7.45 - Solat Maghrib
8 - Bacaan Yasin
8.45 - Solat Isyak
9.00 - Solat Terawih


10.30 – Ceramah tengah malam. Ramai pelajar ketawa.  Tiba-tiba blackout jam 11.55 masa ustaz cerita pasal org munafik. Kemudian ceramah terpaksa berakhir di situ. Semua pelajar agak keciwa.Aku memang respect pelajar KAA. Takde lari-lari bila blackout, statik sahaja. Mula2 gelak, masa mula blackout terus sunyi. Lepas lama bising balik.


11.00 – makan tengah malam. Roti sosej, kuih masa berbuka, kuih sampan  dan air kopi.


12.00 – Tidur. Terpaksa tidurkan diri sebab budak-budak bising sebab mana merasa tidur bersama kawan. Sekali setahun. Aku pun tidur dalam kebisingan budak-budak KAA.


4.00 – Bangun
4.30 – Qiamulail
5.00 - Sahur. Nasi putih, ayam masak kicap dan telur dadar. Air koko dan teh.
5.45 – Solat subuh
6.15 – Kuliah subuh
7.00 – Kemas barang
7.15 – berkumpul di kantin bagi majlis penutupan.
7.45 – Balik


Masa kami tadarus kan macam-macam bacaan budak-budak aku dengar.


Aku harap mereka dapat baca dengan lebih baik lagi untuk hari ini dan seterusnya.


Aku juga dapat nasihatkan diri aku agar jangan terlalu memandang tinggi dengan sesiapa.


Biarpun mereka dari kelas KAA, mereka tetap manusia biasa.


Ada seorang budak, ahli kumpulan aku...asyik melihat aku saja. Tapi aku tahu dia baik.


Dan masa inilah pelbagai jenis tudung keluar. Shawl, instant shawl, shawl yang aku tak ketahui namanya(shawl kosong tapi tak berapa nak licin) dan banyak lagi.


Program ini juga disertai oleh bekas murid sekolah ini, kawan Pah. Kami yang form 6 nih entah kenapa rasa malu. Mereka dah habis belajar kami lagi setengah tahun baru habis form 6. HUHUUU


Ini lah sahur kedua dan terakhir aku di sekolah. Aku sangat sedih dan aku akan ingat segala pengalaman ini.


Itu sahaja. Assalamualaikum.

Khamis, 23 Jun 2016

Giveaway Diagnosis Apokalips by stnrsyfh


Assalamualaikum

 
Klik banner untuk sertainya

  • "SAYA NAK DIAGNOSIS APOKALIPS . SEMOGA DIAGNOSIS APOKALIPS MENJADI MILIK SAYA"

Tamat : 10 Julai 2016


Mari sertai giveaway ini!


Assalamualaikum.

Mencari maklumat ekonomi



Assalamualaikum






Belakangan ini aku semakin sibuk. Sibuk dengan kerja kursus, kerja sekolah dan ditambah lagi dengan kerja yang lain.


Sekarang ni aku dalam makmal sekolah, mencari data PKS yang entah mana menyoroknya. 

Puas aku buka beribu tab, sampai sekarang dia tak muncul.


Okey, masa ekonomi dah nak habis aku pergi dulu.

Doakan aku agar dapat siapkan kerja kursus BM dan EKO dengan jayanya.

Moga semua ahli kumpulan BM sedar periksa dah tak lama termasuk aku, result sem 2 pun dah nak keluar. Wake up!

Sabtu, 18 Jun 2016

Giveaway Shawl Raya by Aryana Couture



Assalamualaikum


Kawan blogger yang nak melaram bersama  :





Klik banner untuk sertainya.


Tamat : 25/6/16 (Ahad)


Rabu, 8 Jun 2016

GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} JUN 2016


Assalamualaikum




HADIAH BUKU PRE-LOVED PILIHAN :

  1. Opah Gangnam Style - Zulaihah Karim
  2. Whatever You Say I Am - Anwar Hadi
  3. Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ? - Dr. Hayya Bilal
  4. Kembara Afghanistan - Siti Noridah Ab. Rahaman
  5. Dyspnea Kehidupan - Hadi Saharudin
  6. ESC - Budak Tomato

Buku pilihan aku adalah ESC-BUDAK TOMATO sebab buku ni menarik!

Tamat : 20 JUN 2016


Jom join!


Anime

Assalamualaikum.




Kome mesti tahu apa itu anime. Ala kartun jepun tu. Haaa, malam tadi aku ada abaca sebuah komik versi bahasa Melayu yang bertajuk Cinta Untuk Dijual karya Kauro. Yang dah baca tu kita seppp.


Sebenarnya, aku tak pernah pun baca anime. Aku hanya pernah baca muslim show dan majalah ujang. Majalah ujang masa aku kecik-kecik dulu best gila y’know.


Aku baca komik ini dalam satu jam . Aku tak tau aku mula baca bila, yang aku tahu 12.27 aku dah habis baca.


Komik ini senang nak faham, kelakar, menggedik, gaduh dan lawak juga ada. Cerita ni sesuai la untuk remaja. Kanak-kanak tak sesuai, akak tak galakkan. Budak-budak baca buku cerita Nabi terdahulu. Yang tu memang sesuai.



Komik ini lukisan dia boleh tahan cantik. Kira nak baca saja. Ayat pun santai dan mudah faham.



Sinopsis :


Cerita ini mengisahkan Mika dan Miya. Mereka adik beradik. Mereka dah kehilangan orang tua sejak 10 tahun yang lalu. Restoren Raku Ramen adalah peninggalan kedua ibu bapa mereka. Mereka usahakan sehingga kini. Restoren Raku Ramen mereka kurang mendapat sambutan atas factor tertentu. Kemudian, Mika seoraang pemuda budiman datang ke gerai Gelato rakannya bernama Pitou. Di hadapan gerai dia terlihat seorang gadis dan pemuda yang bertengkar. Gadis itu bernama Virginia. Bermula dari insiden itu mereka kian akrab.



Nak tahu lebih lanjut?


Sila lah beli di mana-mana kedai buku yang menjual komik ini.



Komik ini setebal 165 muka surat.

Dicetak oleh Percetakan Tatt Sdn Bhd.

Bye !

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA




Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Isnin, 6 Jun 2016

Nyamuk kian berleluasa


Assalamualaikum


Hai mengkome. Semenjak akhir-akhir ini banyak nyamuk yang berkeliaran sekitar kawasan aku. Bila duduk rumah kena gigit nyamuk, bila pergi surau pun nyamuk tetap gigit aku. Nyamuk nih mana datangnya?     Pelik aku. Ni aku nak marah…






Kat sekolah pun kawan aku cerita kat rumah dia banyak nyamuk sampai kena pasang kipas masa tidur. Heh.


Kat surau haritu menangis-nangis bayi  kena gigit nyamuk sampai merah-merah telinga dia.


Masa aku berjaga malam, aku duduk dalam kelambu dengan kakak. Boleh pula aku tak perasan terletak siku dekat tepi kelambu, 5/6 benjol kecik nyamuk gigit siku aku. 


Aku rasa macam nak lempang je nyamuk tu. Nasib la aku perasan nyamuk ni gigit tangan aku dari bawah kelambu, sekali aku tepuk je semua hilang nyawa. :p


Pagi keesokkan harinya, tangan aku dah okey, takde benjol-benjol.



Kenapa banyak sangat nyamuk?

Sabtu, 4 Jun 2016

Shahiba



Assalamualaikum semua.





Aku masa sukan form6 aritu ada cadang nak sertai shahiba, last minute Udin gan Afiq yang gantikan tempat kami.


Yang paling aku tak lupa buku yang aku tulis perkataan, markah dan senarai peraturan bermain shahiba yang aku bagi kat budak berdua tu telah pun HILANG.

Kau ghase.






Okey aku teruskan cerita.


Sebelum ini, aku tak pandai main shahiba, tetapi disebabkan budak form 3 tahun lepas jadi juara pertandingan shahiba peringkat daerah, aku pun menuntut dengan dia.









Dia budaknya baik. Hormat orang tua. Yang sedihnya segala ilmu yang dia curahkan kepada  aku, sebahagiannya aku tulis dalam buku yang HILANG tu dan sebahagiannya semakin pudar dalam memori ingatan aku.







Sebenarnya bermain Shahiba sangat seronok, tak boleh terbayang dengan kata-kata.

Boleh tambah kosa kata.

Shahiba ni nak main dia ada masa, tapi aku dah lupa.


Pemainnya macam biasa ada 4 orang.

Markah dikira berdasarkan huruf dan papan shahiba yang berwarna hitam, merah dan kuning dibawah nih,






Aku main benda ni aci bedal je janji dapat markah lebih. Heee


Kalau guna huruf x, y, z lagi banyak dapat markah.


Aku harap aku dapat teruskan bermain Shahiba. Shahiba bukan sahaja menjana minda malah membuatkan anda lebih cekap dan tangkas.


Okey itu sahaja yang boleh aku bicarakan. 



Jom main Shahiba.


Bye2     :)


Seperti katak



Assalamualaikum





“Seperti katak sedikit hujan banyak bermain “

Katak yang melompat riang bila turunnya hujan.


Semuanya baik-baik belaka setakat ini. Ujian itu memang ada. Orang lain ujian lagi berat jiwa masih kental. Dah umur 19, setahun lagi dah tua. Manusia-manusia, sering mengadu domba.


Perit hidup itulah nikmatnya. Orang hidup tak ada rumah duduk bawah jambatan tepi-tepi lorong sunyi. Kita yang ada masalah kecik perlu bersyukur sebab hidup berbumbungkan atap. Tak kisah ar, atap zink ke asbestos ke.


Yang pemusnah adalah insan yang terasa diri lebih baik. Cara nak tahu orang tu tak baik?


Bila dia kawan dengan kau, cuba kau perhatikan dia. Ada tak dia ceritakan keburukan orang lain pada kau. Walaupun dia baik antara yang terbaik, sebab semua orang nak kawan dengan dia. Lihat mimik muka dia bila dia tak suka orang lain. Satu hari tak mustahil dia boleh buat perkara yang sama dekat kau.


Jangan disebabkan kejayaan kau menyebabkan penderitaan orang lain.


Setelah beberapa tahun aku mengkaji, aku dapat rumuskan bahawa, orang yang kita benci yang suka berkawan dengan kita. Lepas itu bermulalah lakonan yang tragis.



Lagi satu sebelum aku terlupa, aku suka dengan manusia yang


 tak ambil hati                                         
 buat kerja sendiri
sentiasa memaafkan orang lain
mendoakan kebaikan untuk orang yang ada disekeliling dia walau orang tu benci gila dekat dia



Aku doakan agar semua umat Islam sentiasa dimudahkan urusan, memperoleh ilmu yang berkat, sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan, sentiasa memaafkan orang lain, dilembutkan hati dan dapat menjadi muslim sejati.


Akhir kata, jangan jadi seperti katak sedikit hujan banyak bermain.



Assalamualaikum

Jumaat, 3 Jun 2016

Segmen Encik Kidal : "Marhaban Ya Ramadhan"



Assalamualaikum

Klik banner untuk sertainya






Niat puasa





Perkara-perkara yang membatalkan puasa


Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.


  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.


  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).


  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.


  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.


  • Kedatangan haid atau nifas.


  • Gila sekalipun hanya sekejap masa.


  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


  • Bersalin.


  • Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.



Nikmat berpuasa

Bagi aku lah puasa adalah satu kewajipan bagi semua umat Islam tanpa mengira usia. Bila tibanya bulan puasa macam-macam nikmat kita dapat. Antaranya adalah nikmat bersahur di awal pagi, nikmat berpuasa menahan haus dan lapar serta nikmat berbuka bersama ahli keluarga. Tak lupa juga dengan solat sunat terawih di malam hari.


Sebenarnya banyak lagi nikmat yang Allah bagi masa bulan puasa macam melipat kali ganda pahala dan sebagainya. Kalau kita kira banyak nikmat puasa yang tidak kita sangka.

 Okey kita pergi pula kepada...



Pengalaman yang seronok semasa ramadhan 



Dapat makan macam-macam makanan. Makanan yang jarang jumpa pun ada misalnya buah sagu yang warna merah, minum sekali dengan air sirap dll.

Dapat jimat duit. Kalau dapat duit sekolah masa bulan puasa boleh simpan dalam asb untuk masa depan.

Masa bulan puasa aku ikut mak aku pergi tadarus al-Quran masa cuti sekolah. Best!

Dapat solat terawih sama-sama dengan makcik-makcik.

Dapat insafi diri, kita insan lemah. Semua  nikmat dah diberi, tapi masih meminta lagi. Haih...

Haa.. masa bulan Ramadhan juga adanya program tadarus al-Quran dekat sekolah. Aku ada gak sertai bersama budak-budak. Yang paling aku tak boleh lupa seorang pelajar tingkatan 3 yang mengaji dengan lancar sekali dengan bertajwid, kalah aku tau. Aku sayu mendengar dia mengalunkan bacaan al-Quran. Rupanya dia nih sebenarnya anak cikgu sekolah rendah aku. Heee

Dapat tahan nafsu. Nafsu lapar dan dahaga.


Okey itu sahaja rasanya.


Mangsa tag :


           Zumyhuna            /         Kei konves           /          Tomodochi


Email :

                                                 nurfarah_huda@yahoo.com


Kepada semua kawan-kawan jemput sertai segmen ini.


Selamat menyambut bulan Ramadhan 


Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan berpuasa.


Bye. Assalamualaikum :)




Hlovate si penulis



Asslamualaikum kawan.


Hari ini entah macam mana ada idea nak tulis pasal novel. Ingatkan lepas dah berpuluh novel aku baca lepas spm hari tu nak tinggalkan terus semua benda tu. Tapi,semuanya dah berubah atas sebab nafsu. Nafsu nak menghabiskan masa dengan membaca novel.


Novel ada yang baik dan buruk. Yang buruk dijadikan sempadan. Yang baik tu dijadikan teladan. Aku mula baca novel seawal usia 12 tahun. Masa tu aku kat rumah kakak aku. 2 novel dia yang kami berlima baca bergilir-gilir. Masa tu aku cuti sekolah.


Kini aku dah baca berpuluh-puluh novel. Bila aku terkenang balik apa yang aku buat, aku rasa tak patut pun bazir masa macam tu jer. Ada je benda lain yang berfaedah yang boleh aku buat masa tu. Takpe-takpe benda dah jadi mana boleh buat apa dah. -__-


Terlebih panjang pulak mukadimahnya.Heee
.



Aku baru baca novel Hlovate. Aku mula baca tahun lepas. Tahun ni aku baca lagi 3 novel dia. Aku sebenarnya nak baca novel-novel dia lepas terbaca satu novel dia. Jadi aku memang tak tanya pun kawan kelas aku. Sebabnya diorang muka budak belajar je. Masakan baca novel. Hehe. Rupanya masa ekonomi yang cikgu takde seminggu kat sekolah tu, baru aku tahu Pah ada novel Hlovate. Yang lagi best aku pinjam 3 novel sekaligus. Hari berganti hari, minggu berganti minggu aku pun dah selesai menelaahnya. Haha.


Okey ni dia novel yang aku dah baca :


1.       aA+Bb
2.      5 Tahun 5 Bulan
3.       Versus
4.       [tunas]




 
Semua novel ni aku pinjam dekat pah kecuali novel aA+bB



aA+bB tu serius sweet.Benz dan Addin. Dua-dua ego.Benz nak protect Addin masa kat Jusco,tapi Addin salah faham. So,lepas dah kahwin pun diorang ego. Dah matured, tapi egomaniac. Haha. Lepas suku novel, kisah alam rumah tangga bermula. Bila Nina,adik Benz datang rumah mereka,  barulah hubungan diorang baik. Baik sikit je. Ada pengajaran dalam cerita ni. Kisah Addin dan Benz yang berubah jadi lebih baik. Masa tu lah beri impak sikit. Bacalah kalau ada masa. Cerita nih seriusy best !



5 Tahun 5 Bulan kisah orang belajar luar negara. Nak belajar luar negara boleh baca novel ni. Banyak cerita pasal medic. Kisah Johanna dan Afiq. Apeh, Nina dan Nana adik Afiq. Cerita ni kebanyakannya kisah pengalaman belajar luar di negara. Ada unsur saspen dalam novel nih. Bacalah.



Versus cerita pasal Minn Edina dan Ashraff Omar. Minn dan AO. Masa baca novel ni la aku tahu apa itu Bugs Bunny. Dalam novel ni cerita pasal skate dan budak street. Pastu Minn jadi baik. AO pun nak jadi baik jugak. Novel ni islamik habis. Tumbs up.



[tunas] kisah belajar Addin dan Benz dan budak bertujuh tu Magnificent Seven masa form 4/5. Aku memang terkesan sangat. Belajar punya lah bersungguh siap tulis formula, rajah lagi. Yang tak leh blah bila dia cakap E=mc square. Minat pulak aku science stream even aku kelas akaun. *minat kejap je. Memang best lah cerita ni. Bagi semangat untuk belajar. Kalau kome nak ikut cara belajar diorang ni sure kome boleh berjaya. Itu pun kalau usaha lebih dan tawakal. Kisah Benz yang tak ada perasaan dan Addin yang selamba habis. Boleh pulak Addin kenakan si Eve tu. Berani gila dia kacau MSG.




Novel  Hlovate ada unsur keagamaan. Tenang je bila baca novel ni sebab ayat dia pun senang nak faham. Buku dia padat walaupun hanya 500 muka surat dan ke atas. Aku memang tabik habis sebab buku dia semuanya ok. Tak memeningkan. Takde yang cliché. Semuanya best/memberi kesan walaupun cerita dia biasa-biasa saja. Bacalah kalau tak percaya. :)





Semua konflik wujud antara hero dan heroin tak lebih dari itu. Takde kisah pakwe makwe ke apa. Semua cerita ni takde couple. Yang ada hanya nikah kahwin je baru cerita hidup rumah tangga. Adegan romantik tu takde sangat. Ada tu ada, tapi takde lah terlebih romantik. Serius aku suka novel-novel dia. Aku sarankan korang baca. Tak rugi. Dapat tambah ilmu agama sebanyak sikit, dapat ubah sikap, dan dapat memberi inspirasi untuk sentiasa berusaha.



Jadi ada banyak pengajarannya. Kepada semua jangan segan silu baca novel Hlovate. Penuh inspirasi wei.


Biarpun muka kulit novel hlovate tak berapa cantik, tapi isi dia sangat cantik. Aku recommend korang baca novel ini. Heee.



Orang kata contengan jalanan best. 

Bagi aku semua novel hlovate best, tak sama dengan novel-novel lain. 



Yang paling aku suka novel aA+bB sebab kisah alam rumah tangga yang sweet habis. Kalau nak rasa yang lebih gemak pasal Nur Addin Shah dengan Benz Alif kena baca [Tunas] dulu. Cerita dalam novel hlovate kita takleh jangka pengakhirannya :)








Itu  je aku nak cerita. 

Jom baca kawan-kawan.

Bye...