Assalamualaikum. Hai kawan.
Sejak mula sekolah tahun ni, aku
memang rajin buat kerja kursus. Senior kata kerja kursus senang nak dapat
markah. Tapi memang tak senanglah membuatnya. Masakan tidak aku kena korbankan
tidur di waktu petang. Semata-mata nak
jadi jurugambar dan wartawan terkemuka. Kehkehkeh <cara gelak Fikri yang
suaranya boleh tahan macam suneo dalam doremon.Kah kah kah. *maaf ye Fikri.
Jadi aku dengan muka tak tahu
malu menerejah rumah orang. Maaf ye, den bagi salam dulu baru terjah.
Semua rumah kalo boleh aku nak
terjah. Tapi takpe ah, dah banyak sangat aku berkeliaran cari orang. Sampaikan
ada mak cik yang bengang dengan aku sebab datang banyak kali. Aku okey je. Mak
cik don’t worry siap kerja kursus saya tak datang dah. Sebenarnya, mak cik tu
cikgu sekolah rendah aku. Malu aku masa kali kedua datang rumah dia. Kali
pertama tok sidang je ada, suami cikgu. Tapi aku buat pandai je. Berhemah la
oii. Dah tingkatan 6 ^^
Realitinya aku pergi 2 buah rumah
je. Dan aku pergi 3@4 kali juga ke dewan. Rumah tu aku pergi dekat 5 kali.
Banyak kan? >__<
Hari 1- Apa ya aku nak tanya? tanya
je la apa-apa.
Hari 2- Hari ni kena jumpa dia,
ada benda aku lupa tanya.
Hari 3- Aku lupa pulak minta carta
organisasi kampung.
Hari 4- Gambar aku tak minta
aritu. Macam mana ni?
Hari 5- Alah, lupa pulak tangkap
gambar temubual.
Jadi aku kenalah berkunjung ke
rumah sampel aku berkali-kali.
Macam-macam dah aku rasa. Haritu
datang rumah tok syiidang dia tidur. Apa la aku ganggu orang nihh.
Hari tu aku jumpa mak cik dah 2
kali sebab pak cik yang aku temubual tu keluar ada hal.
Kes yang paling tak boleh lupa
bila aku ditemubual. Sepatutnya aku yang menemubual, tapi sekarang ni aku yang
ditemubual. Berpeluh gak dahi menjawabnya. Sabar je la. =..=
Soalan yang pak cik/mak cik tanya
aku :
Kakak kamu yang sulung tu dah
berapa orang anaknya?
Kakak kamu yang kahwin tu duduk
mana? Kerja apa?
Kamu ada berapa orang adik
beradik?
Yang tak boleh blah,
“Pak cik pura-pura tanya kat saya
soalan, nak tangkap gambar nih”
“Bila kamu nak kahwin”, loyar
buruk pulak pak cik nih.
“Lambat lagi :p”
“Kamu ambil subjek apa kat
tingkatan enam”
“Bahasa Melayu, Ekonomi,
Sejarah……erm ha Pengajian Am”
“Apa maksud permintaan”,
“aaaarr…oh Keinginan,kesanggupan
dan kemampuan individu untuk memperoleh barang dan perkhidmatan pada tingkat
harga tertentu dalam jangka masa tertentu”,pak cik sekadar mengangguk.
“Bila harga barang naik apa
jadi?”
“Lebihan penawaran”,
“Apa akan berlaku?”
“kemelesetan ekonomi”,
“eh, inflasi. Apa kamu ni. Soalan
ini pun tak tahu. Macam mana nih”,ambik kau sebijik.
“Dah tangkap”,
“Mari tengok gambarnya”,
“Boleh le tu”,sambil melihat
gambar di screen telefon.
Dalam banyak-banyak orang yang
aku temubual. Pak cik ni sorang je yang jawab menepati kriteria aku. Mungkin
sebab dia seorang ustaz. Dia umur dah 70 tahun lebih. Gaya cakap pun macam
orang dulu-dulu. Tapi dia memang terbaik. Bila aku tanya dia jawab dengan
jelas. Bila aku taip apa yang dia cerita pastu tunjuk kat cikgu, cikgu kata
BAGUS. Biasanya cikgu tak suka kami guna ayat laras BM. Dengan adanya pak cik
yang pernah ajar pengetua sekolah aku, maka cerita tentang surau, sekolah
rendah agama dan masjid menjadi lengkap. Aku hanya taip je dan dia bagi gambar.
Baikkan dia. Aku doakan dia dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik
dan dimurahkan rezeki.
Assalamualaikum.