Rabu, 21 September 2016

Gy...ah dan giat MARA


Selamat sejahtera



Aku ada seorang sepupu bernama gy...ah. Dia sebaya dengan aku. Dia seorang yang pandai bergaya. Mengikut peredaran zaman. Aku ada gak cerita pasal dia dekat entry yang lepas-lepas.


 Aku tumpang kerja dekat mak dia punya kedai. Pengalaman kerja itu tak mungkin aku lupakan.




Sekarang aku nak cerita pasal gi..ah. Dia sambung belajar di giat MARA. Asalnya dia masuk f6 tapi berhenti sebab minat dia menjurus kepada kemahiran. Kira boleh la dia tambah stok kat kedai mak dia suatu hari nanti.


 



Seperti yang aku nyatakan di atas, dia sering mengikuti peredaran zaman. Jadi mesti kekorang semua tau dah dia ambil kemahiran apa. Tak yah kasi tau la...




Kemudian, aku ada borak pasal pembelajaran dia di giat MARA. Aku ringkaskan saja,





MARA bantu kita kalo kita buka perniagaan berasaskan bidang yang kita belajar di sana.


Yuran dalam RM400*lebih kurang


Belajar dalam 6 Bulan


Dapat elaun sebulan RM200


Tempat tinggal disediakan*takpasti kena bayar yuran penginapan dan makanan atau tidak


Ada uniform khas untuk budak2 giat MARA*kadang pakai tudung putih, kadang redah tudung hitam


Ada interview sebelum belajar di Giat MARA*Kalau lepas boleh belajar di sana


Kalau budak giat MARA sambung belajar, mereka akan menerima elaun*aku tak pasti sambung belajar dalam bidang yang sama ke idak


Cuti*tak tanya


Gy...ah kata sekelas ada lebih kurang 20 orang*Ikut la berapa ramai yang apply jurusan tu


Dalam kelas gi..ah yang paling tua 24 tahun, kakak sedara aku dah 30 series pun belajar di giat MARA.


Barang belajar macam kain disediakan oleh pihak giat MARA. Itu kalo ambil jurusan menjahit.



Bila gi...ah bagitau barulah aku sedar, kita perlukan kemahiran untuk menjamin masa depan.

 Kita boleh gak jimat duit. Misalnya, engko belajar menjahit di giat MARA, bila dah keluar mesti kau dah pandai jahit baju kurung, jubah, blouse, skirt, kebaya, baju kemeja, baju melayu, baju pengantin. Kan senang, nak raya ke kenduri ke hapa boleh jahit sendiri takyah tempah mahal-mahal.


 Kalau kome belajar memasak di giat MARA kome boleh je buka catering center bila dah terel masak. Kome boleh masak memacam makanan yang kome suka setiap masa untuk tambah lemak dalam badan. hehe.



Aku rasa aku pun patut ada kemahiran macam gy...ah. Banyak kebaikan kalau kita ambil kemahiran, buat tambah ilmu pengetahuan.


Bila kita banyak belajar, baru kita sedar banyak yang kita tak tahu sebenarnya.

Kalau mengkome masuk STPM, cuti lebih kurang 8 bulan untuk tunggu masuk universiti, kome boleh ambil giat MARA dalam 6 bulan. Sedikit sebanyak dapat tambah koleksi baju kurung kat rumah. Kalau rajin buat jualan online. Masyukkk ! Bye cau dulu.



p/s : Boleh la kome pergi kedai kakak  gy..ah di butik suffiyah dekat Aeon Seri Manjung.
Nak tahu lebih lanjut tentang giat MARA? Boleh la baca di laman web rasmi giat MARA.

Tiada ulasan: