Isnin, 25 September 2017

Kerja 8 bulan

Assalamualaikum





Hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku semasa bekerja selepas STPM. Hari tu aku ada post entry pasal ni. Klik sini





Ceritanya bermula selepas aku tamat peperiksaan STPM. Masa tu kakak aku balik kampung. Mak aku pun suruh aku kerja kat Pahang sebab kakak aku kerja kat sana. Aku tak jangka pun aku akan dapat kerja secepat ini. Rasa macam, kenapa awal sangat, takleh awal lagi ke? Hehe


Aku ingat lagi tarikh hari pertama aku bekerja, 17/12/16 hari sabtu.  Kakak  yang incharge aku suruh buat macam-macam kerja. Biasalah baru mula kerja mesti kena ragging dulu.



Selama 8 bulan aku kerja ni aku tinggal kat rumah sewa dengan mak ngah. Mak ngah ni macam kakak kitaorang. Dalam rumah sewa tu semua barang-barang dia macam peti ais, tv, mesin basuh, dan dapur gas. Dia tak berkira pun dengan kitaorang. Kitaorang seronok dan gembira duduk rumah tu. Alhamdulillah, mujur rumah sewa baru ni memudahkan mak ngah supaya tak pindah dah bila naik air. Rumah sewa mak ngah dulu dekat bawah jalan. Nama tempat pun paya dalam. So, sebulan lebih saja aku tinggal kat rumah tu sebab housemate baru kitaorang carikan rumah sewa yang jauh lebih selamat dan baik.


Aku rindu giler dengan rumah ni. Dah 6 bulan tinggal sini.



Bila duduk rumah sewa barulah ko tahu housemate ko baik ke tidak. Macam aku, housemate aku semua ok saja. Kadang-kadang aku memang ada berselisih faham antara satu sama lain, tapi bila aku kenang balik…masing-masing dah besar. Nak gaduh pun dah tak relevan. Aku terus terang kalo aku tak suka, biar masalah mudah selesai.












Kawan serumah aku : Kak Ain, Mak ngah kak Tikah, Aida.




Bila kat tempat kerja aku rasa seronok. Aku kerja sebagai cashier. Kadang-kadang aku rasa sedih, kadang-kadang kena puji. Jarang sangatlah kena puji. Apa yang aku dapat bila aku kerja sebagai cashier ialah kebanyakan orang akan pandang hina kerja kitaorng. Itu pandangan aku lah.


Hari last aku kerja


Setiap hari aku akan kira duit. Senang sangat, tapi kalo cuai ko kena tanggung ah. Aku pernah sort masa first day. Memang kena tolak gaji. Sob sob.




Masa kerja : 10 pagi hingga 10 malam. Cuti sehari seminggu.



Masa kerja ni jugak aku kumpul duit buat lesen motor. Setelah beberapa kali baru aku lulus. Aku memang tak leh lupa aku bawa motor kakak aku ikut jalan hutan ke pusat latihan memandu. Aku harap aku dapat kumpul duit masa cuti untuk buat lesen kereta pulak.


Masa ni aku punya lesen L nak mati, Aida lah satu-satunya kawan aku yang sanggup bawa aku pergi pejabat pos semata-mata nak tolong aku hidupkan lesen L. Padahal lesen L mesti hidupkan dekat JPJ. Terima kasih Aida.






Masa aku kerja aku ada balik kampung sebab aku ada ujian MEDSI dan aku takde rezeki. Aku redha. Aku pun tunggu UPU dan aku dapat sambung degree.




Aku tunggu selama 2 hari sebelum bagi tahu rakan kerja. Aku senyap je. Supervisor aku yang kecoh. Aku pun mengaku aku nak belajar. Muka diorang macam sedih. Memang sedih lah aku rasa.


Sebelum aku balik kampung kami satu rumah makan kat luar.




Kami makan nasi bujang je. Ini lah makanan yang paling sedap. Aku tak pernah makan menatang ni kat mana-mana.




Mula lah mingu sedih-sedih aku dekat kaunter.

“Lepas ni takde dah nak usik Huda”, Syu.
“Jangan datang sini pakai purdah sudah”, kak Azi.


Aku ingat lagi aku rebut kuih kapit coklat dengan Aida. Semua orang gelak. Memang aku ingat lah. Kak Azi bagi aku surat. Sedih aku.




“Huda baca kat rumah tau”, Kak Azi. Masa tu aku tengok mata dia merah.


Dan satu lagi, masa aku pergi office Kak Ruzi tanya aku, “Huda, tak nak buat majlis perpisahan ke”,



Aku senyum saja. Pastu supervisor cakap esok(hari last aku kerja) kita buat makan-makan. Semua boleh bawa makanan masing-masing. Kita makan sama-sama.





Aku rasa dihargai walaupun aku kerja baru 8 bulan. 



Masa hari terakhir aku kerja. Semua cashier menangis malam tu. Sebak kot. Kak minah acah-acah buat sibuk dekat kaunter satu. Padahal dia pun nangis sekali. Masa aku balik aku memang nangis, sedih dah 8 bulan kot kerja. Ada gak kawan sekerja bayar dekat aku tanya bila berhenti kerja. Aku memang sedih.




Kak Azi pernah cakap kat aku, “kesian Huda dulu kena gan kak Azi”, sob sob.




"Saya tahu awak budak baik, jangan cepat mengalah. Kalau orang tak suka kita, doakan supaya dia sukakan kita", Aida.


Akhirnya lepas berpenat lelah aku rasa alam pekerjaan, aku ditakdirkan untuk belajar. Aku sentiasa akan kenang pengalaman ni selamanya.



Botol air tu aku tinggalkan kat kak Ain sebagai kenang-kenangan.



Bye kak Ain, terima kasih banyak jaga koi. Baik-baik duk sana.





Selamat tinggal Temerloh! Terima kasih untuk 8 bulan ni.






Terima kasih kak Ain, Abang Faizal dan Aqil. Nanti maksu gi Temerloh lagi. Kak Ain tahan mata nak nangis.



Bila aku post aku minta maaf semua, Kak mina tulis dalam group

“Janganlah buat ayat nak mati”, haha. Selamat tinggal kawan-kawan. Cuti sem nak kerja sana boleh?



Ahad, 10 September 2017

I am coming .... IIUM!




 Assalamualaikum





5 September 2017, aku bertolak ke IIUM Gombak pukul 4 pagi. Sampai sana pukul 8 pagi . Aku pergi ICC Hall sebab pak guard kata daftar situ. Kemudian aku lihat semua pelajar-pelajar baru pergi ke mahallah masing-masing. Ok fine, aku terus ke mahallah Salehuddin, mahallah atas bukit dan mahallah yang paling jauh antara banyak-banyak mahallah. Itulah rumah aku sepanjang di UIA. 


Dah daftar mahallah kakak aku gan abang ipar tolong angkat barang masuk bilik kemudian kami pergi makan kat kafe Mahallah Zubir. Kafe Mahallah Zubir besar yang amat. Ada lebih kurang 30 jenis lauk dan sayur. Well, lepas makan nasi aku minta abah tapau nasi untuk aku. Alhamdulillah hari pertama aku tak beli apa-apa. Jimat wang aku uolls. Sekarang dah tak kerja tak boleh dah nak demand. Makan je bekalan yang mama bagi. Insyallah berkat dan sihat waalfiat.




Jadi, lepas makan semua abah hantar pergi mahallah. Di situ lah mereka tinggalkan aku. Huhuhu, sedih sebab mana pernah aku duk asrama sepanjang aku masuk sekolah.



Dan mulanya Taaruf Week kira orentasilah bagi dak-dak UIA/IIUM yang dikelolakan oleh dak-dak senior. Mulai detik itu kami semua digelar sister. Acah2 inggeris sangat. 







Buat matrik kad







Dekat stadium Syyaidina Hamzah








Majlis Ba'aih, rasmi dah jadi dak UIA







Dalam main hall.








Sebelum test tilawah






Test EPT dan APT






Ni gambar aku gan kakakku.


Okey, ada masa aku taip lagi. Doakan kejayaan aku di sini.



Assalamualaikum <3