Jumaat, 21 Disember 2018

Maka berakhirlah tahun pertama di UIA Pagoh terchenta




Assalamualaikum semua





Terasa cepat masa berlalu. Terasa seperti semalam aku baru daftar masuk ke UIA Pagoh. Tak sangka sem depan aku dah jadi pelajar tahun 2. Kenangan semasa sem 1 masih terpahat dalam ingatanku. 


Ada ke UIA kat Pagoh? Sejak bilanya ada cawangan kat Pagoh? Pagoh tu kat mana ek? *sambil letak jari telunjuk kat hidung. muhehehe


UIA Pagoh baru dibuka selama 3 semester, jadi pasti ramai yang tidak mengetahui kewujudan UIA Pagoh kan?


Di UIA Pagoh ada satu kulliyah sahaja iaitu Kulliyah of Language and management (KLM) dan mempunyai 4 jurusan iaitu :


  1. Malay for International Communication (MLCOM)
  2. English for International Communication (ENCOM)
  3. Arabic for International Communication (ARCOM)
  4. Tourism Planning dan hospitality Management (TPHM)
Sekarang sudah tahu kan kewujudan UIA Pagoh?

Ok kita sambung semula,



Kami batch MLCOM yg ke 8 pada mulanya ada 28 orang pelajar. Namun masuk semester kedua, seorang kawanku  pindah ke UIA Gombak sebab tukar jurusan. Tapi tidak mengapa, yang pergi biarkan pergi… yang masih ada kita hargai. Dengar cerita ada lagi sorang batch kami nak tukar jurusan sem depan. Jika hati kata pergi, maka pergilah mencari minat sendiri.




Sepanjang 2 semester yang telah berlalu, banyak kenangan yang tercipta. Segala duka, tawa kami harungi bersama. Seperti sedia maklum, UIA Pagoh baru dibuka selama 2 tahun. Jadi segala infrastruktur ada yang tidak lengkap. Misalnya, Wifi hanya ada di kulliyah, café mahallah dan surau mahallah sahaja.



 Jika mahu berjimat, pelajar-pelajar akan turun ke surau seusai solat isyak untuk menyiapkan assignment dan meluangkan cuti hujung minggu di café dan surau mahallah. Pihak UIA Pagoh menyediakan perkhidmatan bas pada hari khamis ke Muar. Pak cik bas akan hantar kami jam 3 petang dan kami diambil jam 9 malam di stesen bas bentayan.



 Jika duduk di UIA Gombak pelajar-pelajar menaiki bas rapid T200 dengan mengakses kad rapid pelajar. 


Baiklah, sekarang aku nak kongsi gambar-gambar sepanjang 2 semester di UIA Pagoh tercinta.





Dari jauh nampak macam rumah flat >_<






Yang bestnya kat klm ni ada smart board, touch screen. 
Tapi takleh tulis pen marker lah sbb nnti dia rosak.






Pelajar-pelajar sem 1 yang ambik komunikasi kena buat teater
untuk subjek Introduction to world literature





Ni lah penonton teater kami. Lecture Theater 1, b3






Kami yang ambik subjek Usrah Budi 1 diwajibkan join program ni 




Boleh dikatakan bonding batch kami agak kuat, so masa ni kitaorg 
sambut birthday Nisa






Masa sem 1 aku ada join usrah, masa ni kitaorg pergi riadah di Gunung Ledang, lebih kurang 30 minit dari UIA Pagoh.






 
Last class bersama prof Paitoon. Semoga ada kelas bersama beliau 
untuk sem yang akan datang.





Yang ni lecturer paling muda dalam KLM, Encik Faiz.




Last class UNGS 2090 bersama Dr. Salwa






Orang lain balik cuti PRU, kitaorg ada yang tak balik. 
Jadi kitaorg jalan-jalan Melaka. 






Pertemuan terakhir satu kelas masa sem 1, masa ni kami berbuka puasa bersama 







Pagoh suatu tempat yang nyaman dibarisi dengan pokok kelapa sawit
 dan gunung (Prof Sanat, 2018)








Ramadhan ke-11 di UIA Pagoh. Semoga kita ketemu lagi untuk 
Ramadhan yang berikutnya.





Bagi seorang pelajar yang pernah mendiami UIA Gombak sewaktu di CELPAD sememangnya merindui kenangan di sana. 

Pagoh berada di kawasan luar bandar. Malah jauh dari pemodenan jika mahu dibandingkan dengan UIA Gombak yang sudah lengkap infrastrukturnya. Jika di  UIA Gombak ada kemudahan Bas Rapid, jumlah bas yang mencukupi, dan ada Wifi di mana-mana sahaja. Walaupun tak laju di kawasan tertentu tapi masih ada. 




Tapi tak mengapa, kehidupan di Pagoh juga sangat menyeronokkan. Kami dapat outing bersama kawan-kawan ke Muar. Kami juga dapat buat latihan teater dan presentation di belakang blok*sebab belakang blok tempat parking agak luas. Kalau kereta takde boleh jogging kat situ. Dan semestinya kita kena bersyukur apa adanya. Hal ini kerana, pepatah ada berbunyi, 


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri".



Semoga kami pelajar-pelajar UIA Pagoh dapat menikmati 4 tahun pengajian dengan seronok dan menghargai setiap moment di sini dengan sebaiknya. 




Masa ni check out dari Mahallah Salahuddin kat UIA Gombak.

Selasa, 11 September 2018

Pengalaman bekerja semasa cuti sem




Assalamualaikum.


Sudah lama aku tidak menaip entry di blog ini. Meninggalkan blog ini berhabuk kerana kesibukan dengan kehidupan seharian. Okey, sekarang aku dah masuk sem baru dan genap week 2 di UIA Pagoh. Assignment dah siap, ada lagi yang bakal menyusul. Jadi, ada masa terluang ini, meh aku ceritakan sedikit pengalaman aku sepanjang cuti sem 3 bulan haritu.





Balik je Perak masa tu bulan Ramdhan, aku hanya duduk rumah dan tidak bekerja. Bila tibanya hari raya aku bekerja menjual takoyaki. Takoyaki tu berjenama Takoyaki Citarasa Asia by @takokuhq.  Aku kerja jual takoyaki ni dalam 3 hari je.


Ni lah rupa takoyaki takoku.hq



Kemudian, aku ikut kakak sulung balik Pahang. Aku ingin mencari rezeki di negeri orang. Maka tinggallah aku kat rumah sewa dengan kakak aku yang lagi sorang, kak Ain. Kat rumah sewa kami duduk berlima, kak Ain, Mak Ngah, Fafa, dan Shuhada. 









Benarlah orang kata, hidup dengan kawan-kawan tak sama bila tinggal dengan mak ayah. Tapi, sis tabahkan hati… niat nak dapat pengalaman dan berdikari hidup sendiri dengan bantuan kakak ku dua orang tu.






Kemudian, tibalah masa aku nak balik Perak. Aku ragu-ragu sama ada nak balik pada 21 Ogos atau 28 Ogos sebab Hari Raya Aidil Adha pada 22 Ogos. Akhirnya aku last kerja di Super Cowboy pada 20 Ogos 2018 dan balik Perak malam 21 Ogos. Maka tamatlah kerja aku sebagai pembantu jualan di pasaraya borong tersebut. Pada hari terakhir aku bekerja, rasa sedih dan sayu sebab akan meninggalkan kerja yang aku dah buat selama 2 bulan. 





Kakak  dua orang ni belanja lunch hari last day kerja




Aku agak terkilan sebab dulu selepas STPM aku ada memang kerja di Super Cowboy tapi sebagai juru wang. Boleh baca di sini. Bila aku kerja semula, ramai yang kecam aku… termasuklah supervisor aku. Rasa sedih pulak. Kata-kata supervisor aku yang masih aku ingat,




“Kau seperti burung yang terkurung dalam sangkar, sudah dilepaskan tetapi masuk ke dalam sangkar semula”,




“Huda kenapa tak nak kerja kat tempat lain, kerja yang lagi mudah. Macam kedai runcit ke. Kerja kat sini berat. Orang perempuan tak sesuai kerja sini sebab kena angkat barang berat-berat”,




Tapi tidak mengapa, pengalaman bekerja kat sini aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Pada masa yang sama, aku kenal dengan ramai kawan baru dan ada juga kawan lama yang masih kerja di situ. 





Masa aku mula-mula masuk kerja, aku ditempatkan di Blok A, blok paling mantap sebab semua pekerja blok A namanya bermula dengan Huruf H, Hairul, Hafizol, Hafizuddin dan Huda. Kemudian, seminggu sebelum aku nak berhenti kerja aku dipindahkan di blok HIJ. Kawan-kawan blok HIJ semuanya perempuan kecuali Boy. Aku pindah blok HIJ sebab aku dah nak berhenti  kerja, jadi office nak bagi pekerja di blok A berdikari tanpa aku. Hehehe, kelakar tapi itu lah hakikatnya. Disebabkan aku dah tak ke blok A, datanglah Hairul(kapten aku di blok A) bertanya khabar aku di blok HIJ. Kawan-kawan blok HIJ yang aku takleh lupa ialah Kak Moni, Kak Syira, Mak ngah, Kak Ita, Syamimi dan Boy.








Lepas raya Haji, aku kerja di kantin sekolah sains di kampung aku. Memandangkan lagi seminggu aku nak balik UIA Pagoh, aku hanya kerja 5 hari di kantin. Aku kerja dari pukul 6.40 pagi sehingga 6 petang. Pengalaman yang aku timba di kantin sangat seronok sebab aku belajar cara penyediaan makanan yang betul. Di kantin aku juga dapat kenalan baru iaitu Mak Ity, Aini, Kak Gee, Kak Zah, Kak Siti dan Mak Intan. Semoga cuti sem akan datang aku dapat kerja di kantin semula selepas ambil kursus penyediaan makanan.


Kerja kat kantin kita kawan dengan mak-mak



Sekian itu sahaja cerita cuti sem aku.Dapat aku simpulkan aku bekerja 3 kerja iaitu kerja jual takoyaki, pembantu jualan di Super Cowboy dan kerja kantin. Alhamdulliah I glad to meet them in my life. Semoga kita ketemu lagi my workmates.



“Macam mana nanti kita satu tempat kerja, mesti aku buat-buat tak kenal kau”, -Boy

Isnin, 21 Mei 2018

Review novel Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan





Assalamualaikum


Dah 5 bulan berlalu aku baca pelukis jalanan. Terima kasih kepada Fatimah kawan sekelas masa di CELPAD yang sudi meminjamkan bukunya kepada aku. Arkitek jalanan pula aku pinjam dari housemate aku di UIA Pagoh, Ain Afiqah. Memang dari dulu aku teringin nak baca kesemua buku Teme memandangkan ramai yang memberi komen positif. So, here we go…




Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah

Mula-mula dulu ada orang cakap kat aku buku Teme best giler siot! Aku pun inkuiri nak tahu apa kenamanya si Teme ni. Jadi aku mula melihat instagram miliknya. Aku  tak boleh tahan ketawa lihat satu post berkaitan hari graduasi Teme. Dia tutup muka dengan buku Pelukis Jalanan. 


Pada hari yang dingin di dalam billik yang sejuk, classmate aku bercerita tentang Teme. Kemudian Afiqah kata,


“Awak kena ada buku dia sebab buku dia penuh dengan motivasi. Awak patut ada!”, aku sebenarnya lebih suka pinjam buku daripada beli.


Kemudian Fatimah kata,


“Tak pe Huda, nanti kita balik rumah kita bawak buku Pelukis Jalanan bagi awak pinjam”, Fatimah tak pernah tak sweet.


Pelukis Jalanan mengisahkan perjalanan hidup Teme Abdullah bermula dari kehidupannya di asasi sehingga belajar dalam bidang Architecture di UK. Di sana Teme terpaksa bertungkus lumus mencari kerja sampingan untuk membiayai kehidupannya kerana tidak memperoleh biasiswa. Kenapa buku ini diberi tajuk Pelukis Jalanan? Ada sebabnya. Nak tahu pengakhiran buku ini? Kenalah dapatkan ia di pasaran ataupun pinjam kat sesiapa macam aku. Hehe



Plot dalam buku ini sangat tersusun. Ada bahagian yang paling sedih membuatkan sesiapa sahaja menangis terutamanya yang berhati tisu.







Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah


Buku ini aku pinjam dekat Ain Afiqah, my lovely housemate. Sebelum ini kalau aku outing kat Muar aku tenung je buku ni kat Wetex Parade. Sekarang aku dah berjaya menghabiskan pembacaan.


Arkitek Jalanan mengisahkan tentang Teme Abdullah yang kehidupannya lebih maju dari Pelukis Jalanan. Kisah Teme di tahun akhir pengajian. Kisah cabaran dia dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Kenapa pulak nama buku kedua Teme ini berjudul Arkitek Jalanan? Ada lah sebabnya, jadi jangan melepaskan peluang untuk membaca buku ini. Insyallah anda akan dapat manfaatnya.



Buku ini bukan hanya menceritakan kisah hidup penulis tetapi juga berkisar tentang motivasi yang mampu menaikkan semangat belajar dalam kalangan pelajar. 

Petikan yang menarik dalam buku ini,


"Aku dah mula. Sama ada aku tamatkan dengan yang terbaik, atau aku langsung tak payah mula dahulu...", Teme

Alhamdulillah Teme dapat memgarang cerita yang santai dan menarik. Aku teringin nak baca kisah pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sebab aku nak tahu perjalanan kehidupan mereka di perantauan. Teme berjaya tulis kisah hidupnya walaupun dia mengubah sedikit jalan ceritanya agar tidak diketahui orang terdekat,


Insyallah aku akan baca 2 karya terbaru Teme bertajuk Impian Jalanan dan Empayar. Masih juga meminjam dari insan baik hati. Hee


Kenapa aku suka pinjam buku?

Sebab aku rasa pinjam lebih baik dan insyallah aku ada rezeki suatu hari nanti aku akan beli buku-buku yang memberi manfaat yang sewajarnya disimpan untuk dibaca oleh anak cucu ku kelak. 

Dan Teme sendiri pernah tulis kat insta story yang dia kata, 

"kepada yang terbeban nak beli buku aku korang pinjam dengan kawan pon takpe, sebab banyak benda lain yang korang patut laburkan daripada beli buku aku"


Apa  pandangan anda mengenai Teme Abdullah?

Jumaat, 12 Januari 2018

Satu semester di CELPAD



Assalamualaikum






Sebagai pelajar UIA, semua direct intake wajib mengambil English Placement Test (EPT). Setiap pelajar mesti melepasi band masing-masing untuk masuk kuliyah atau memulakan semester pertama. Dan nak diringkaskan cerita, aku tak lepas EPT. Akhirnya aku kena belajar di  Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD). Pelajar-pelajar CELPAD atau dak-dak CELPAD akan belajar writing task 1,writing task 2, reading dan speaking.


Pada akhir semester kena ambil EPT semula. Kami semua yang tak lepas EPT tak boleh ke Pagoh untuk kuliyyah Languange and Management (KLM) mahupun ke Kuliyyah Sains di Gambang atau Kuantan. Kami kena belajar english di Gombak.







Aku ada seorang kawan, Mirza. Masa taaruf week dia asyik cakap benda yang sama,


"Huda, insyaallah kita sama-sama ke Pagoh", 



"Nanti Huda ke Pagoh, insyaallah", hanya ini yang aku mampu cakap untuk tidak menghampakannya.




Akhirnya, Mirza berjaya ke Pagoh. Setiap kali aku buat ig story pasal EPT dia selalu dm aku untuk bagi sokongan. Speechless 









Untuk belajar di CELPAD, yurannya sama macam orang yang dah masuk kuliyyah. Sangat menyedihkan.


Tujuan EPT  untuk menentukan tahap proficiency pelajar dalam Bahasa Inggeris.



Aku sangat bersyukur dapat masuk CELPAD. Sebabnya aku memang lemah bahasa inggeris. Alhamdulillah semua lecturer aku sangat memahami dan supporting. Walaupun 3 orang leturer aku melayu, dan seorang India diorang tak pernah sedikitpun cakap Bahasa Melayu semasa mengajar, kecuali pada minggu terakhir. Aku sangat impress sebab diorang boleh cakap bahasa inggeris dengan baik dan lancar dan aku faham.






Last class with madam Narmee




Our funny lecturer, Sir Azman Abdul Rahman



Sepanjang aku berada di CELPAD banyak perkara yang aku belajar. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku bercakap dengan pelajar luar negara. Walaupun aku tak lancar dalam bahasa inggeris, diorang sangat memahami. Diorang anggap kita macam kawan diorang. Sangat lega dan syukur ke hadrat illahi.



Insyallah kelak aku ke Pagoh, aku takkan pernah lupa kenanganku di CELPAD.











Dan aku sekarang dah ambil EPT dan semoga aku dan kawan-kawan dapat exit untuk memasuki kuliyyah masing-masing.



Aku bersyukur sebab dapat merasa kehidupan di Gombak. Insyallah ada banyak perkara menarik di Pagoh. Kepada semua kawan sekelas, nanti konvo kita jumpa balik ye!