Sabtu, 14 Ogos 2021

Review Chinese Drama Crush 2021

 

Assalamualaikum korang. Stay safe at home.

 

Musim PKP ni asyik duk rumah saja. Masing-masing cuba mengisi masa lapang. Ada yang memasak, try macam-macam menu di medsoc. Ada yang membaca buku kegemaran dan tak lupa juga ada yang suka menonton drama. Aku letuww, Hewhew.

 

Baiklah, harini aku nak share satu lagi Chinese drama bertajuk Crush. Drama ini diadaptasi daripada novel bertajuk I love you very much karya Mu Fu Sheng. Drama ni ada 24 episod.


 



Drama Crush baru je habis tayang minggu lepas. Aku baru habis tengok semalam. Sebenarnyakan aku suka drama yang sedih-sedih sikit.


Mari kita lihat siapa pelakonnya.

 

Evan Lin        |        Wan Peng


Drama Crush menceritakan seorang gadis bernama Sang Wu Yan iaitu pelajar tahun akhir bidang psikologi. Dia sangat menyukai lagu yang ditulis oleh Yi Jin, iaitu seorang penulis lirik yang misteri. Suatu hari, Wu Yan duduk di kerusi di tepi tasik. Dia mendengar lagu kesukaannya di earphone. Dia sedang asyik menyanyi dengan suara yang sumbang. Setelah habis menyanyi baru dia perasan ada seorang lelaki di kerusi sebelah. Dia melihat lelaki itu yang sangat kacak di pandangan matanya. Dia telah jatuh cinta kepada lelaki itu. Setelah beberapa minit, dia terus melarikan diri.






Wu yan perlu menjalani praktikal dan dia memilih sekolah orang kelainan upaya. Di sanalah dia bertemu dengan seorang lelaki yang cacat penglihatan (buta) bernama Su Nian Qin iaitu lelaki yang sama dia jumpa di tepi tasik. Su Nian Qin seorang guru ganti di sekolah tersebut. Wu Yan berasa sangat gembira kerana berada di tempat kerja yang sama dengan crushnya itu. Su Nian Qin seorang yang berbakat dalam bermain piano walaupun dia mengalami masalah penglihatan. Wu Yan sering kali mengintai Nian Qin bermain piano di bilik music.




 


Suatu hari Wu Yan mendengar lagu baru Yi Jin, dan dia menyedari bahawa dia sememangnya pernah dengar lagu itu sebelum ini. Dia meneka Su Nian Qin dan Yi Jin adalah orang yang sama. Setelah itu, Wu Yan terus bertanya kepada Nian Qin adakah dia ialah Yi Jin. Nian Qin hanya berdiam diri.





Nian Qin perasan yang Wu Yan suka kat dia. Dia terus tanya awak suka kat saya ke? Wu Yan terus mengaku. Nian Qin berdiam diri kerana dia sedar akan kelemahan dirinya yang tidak boleh melihat dan masalah keluarganya. Wu Yan tidak kisah akan hal itu dan terus mendekatinya. Segala cara dilakukan untuk pikat crushnya itu.






Kemudian, dipendekkan cerita Nian Qin dan Wu Yan bercinta. Namun ibu Wu Yan tidak setuju dengan hubungan mereka. Lebih-lebih lagi Nian Qin tak boleh melihat. Disebabkan itu, ibu Wu Yan tidak pernah memberitahu tentang keadaan ayahnya yang sedang kritikal. Namun, Wu Yan tahu melalui pak ciknya. Wu Yan dan Nian Qin putuskan hubungan.






3 tahun sudah berlalu, Wu Yan menyambung pelajaran master sambil kerja part time di station radio. Manakala, Su Nian Qin pula sudah menjalani pembedahan mata dan kini sudah boleh melihat. Dia mengambil alih syarikat kerana kesihatan ayahnya yang sakit. Kedua-duanya masih single. Setiap malam, Nian Qin akan mendengar siaran radio yang dikendalikan oleh Wu yan dan sentiasa membawa MP3 pemberian Wu Yan ke mana-mana sahaja. Wu Yan juga masih mencintai lelaki itu. Adakah mereka akan bertemu kembali?

 

Rating:9/10


Drama ni best sebab lakonan Wan Peng happy go lucky macam drama my girlfriend is an alien. Walaupun Evan Lin pertama kali berlakon, tapi sungguh berbakat. Chemistry tu ada. Hehew. Selain tu, Evan Lin ada nyanyikan dua lagu untuk ost. Satu duet dengan Wan Peng, satu lagi solo. Jalan cerita menarik, laju dan pelakon semua hebat berlakon walaupun aku tak pernah tengok diorang berlakon sebelum ni. Dalam drama ni juga, banyak lagu dimainkan seperti lagu Yi Jin yang dimainkan di radio, lagu semasa karoke dan sebagainya. Ada satu lagu lama, 13 tahun lepas dimainkan dalam drama ini. Aku suka lagu tu. Tajuknya, stars in the rain nyanyian Jin HaiShin.

 

Itu sahaja untuk review hari ini. Zai Jian!

Khamis, 8 Julai 2021

Selamat Tinggal IIUM Pagoh

 

Assalamualaikum semua.


Kembali lagi dalam entry kali ini.


Tidak tahu kapan kita ketemu lagi



“Awan di Pagoh sangat cantik. Pasti akan dirindui semua di bawahnya. Keindahan alam ciptaan tuhan tiada tolok bandingnya. Namun, aku terlupa waktu sangat pantas berlalu sehinggalah aku sedar detik ini merupakan kali terakhir aku belajar di sini”.



Kuliyyah, last pergi dengan Nis



Harini aku nak cerita sedikit tentang pengalaman menghabiskan sebanyak 3 tahun lebih belajar di IIUM Pagoh. Sebenarnya kan, aku hanya tinggal intern dan insyallah aku akan habiskan perjalanan degree ini. Aku akan bahagikan kepada dua bahagian iaitu perubahan di IIUM Pagoh dan hari-hari terakhir berada di Pagoh.


1. Perubahan IIUM Pagoh


Awan Pagoh sungguh indah


Sejak pertama kali melangkah kaki ke IIUM Pagoh, aku begitu tertarik dengan keindahan awan dan pokok-pokok yang berada di sana. Sepanjang 3 tahun lebih belajar di Pagoh terdapat beberapa perubahan yang aku lihat dan mungkin akan berlaku kemajuan suatu hari nanti. Baiklah, aku akan senaraikan beberapa kemudahan yang sudah tersedia di IIUM Pagoh,


  • Sudah ada aircond di surau mahallah.

Bye surau, di sinilah tempat meeting, discussion, usrah, program etc.



  • Kerusi di kafe mahallah juga sudah ditukar dengan yang baru.

Bumbu Kito & Woobi kita jumpa lagi


  • Ada mesin sukida di kafe untuk isi air.
  • Terdapat penapis air cuckoo di pantry surau.
  • Wifi sudah dipasang di beberapa buah bilik berbanding sebelum ini wifi hanya tersedia di kafe dan surau mahallah selain di kampus.
  • Ada pagar kecil di belakang kafe iaitu jalan shortcut untuk ke dobi atau 7E. Namun begitu, pagar kecil tersebut jarang dibuka dan ada timingnya.
  • Peralatan sukan yang boleh dipinjam dengan MRC Sport seperti tali skipping, bola, ping pong dan sebagainya.
  • Terdapat swimming pool bagi kelas swimming & ada padang archery di Edu Hub Pagoh.


Padang archery, berangin walaupun terik



Jom jogging, bakar lemak yang degil tu T-T



  • Ada kolam ikan di tepi Kafe mahallah. Pak cik Kafe Bumbu Kito dan beberapa pelajar IIUM suka memberi roti kepada ikan.

Kolam ikan mahallah Zaid. Jangan lupa bawa roti ya.


Alhamdulillah sekarang sudah ada sedikit kemajuan setelah hampir 4 tahun IIUM Pagoh dibuka. Tahniah kepada semua pelajar yang akan menimba ilmu di sini. Nikmatilah moment moment anda di sini kerana waktu study merupakan hal yang indah dalam hidup kita. Semoga suatu hari nanti kita boleh belajar secara fizikal dan anda dapat pulang ke kampus.

 


2. Hari-hari terakhir di Pagoh


Bilik terakhir yang didiami sepanjang tinggal di mahallah Zaid Harithah


Semester lepas aku pulang ke mahallah untuk menggunakan wifi. Pelajar UIA Pagoh yang pulang ke mahallah perlu kuarantin selama 10 hari di B4. Kemudian kami mendaftar bilik di B1 bagi semester ini. Jika entry sebelum ini aku pernah share pengalaman ERTL di rumah dan ERTL di IIUM Pagoh (boleh klik kalau nak baca) iaitu sewaktu 2 semester lepas. Pada ketika itu, hanya beberapa pelajar sahaja yang pulang ke kampus. Namun, kali ini ramai pelajar yang mengambil keputusan untuk belajar di mahallah. Aliah kata pelajar yang pulang ke kampus ini adalah insan yang tersakiti di rumah. Hehehe. Pastinya ada sebab-sebab tertentu siapa tahu.



Tanda arah blok Kuarantin



Perkara yang menarik sekali adalah aku sebilik dengan orang yang sudah kenal tapi belum pernah sebilik. Jadi, ini merupakan pengalaman baru yang sangat menarik. Aku sebilik dengan Atin, Nis, Mek, Sanah, Piya dan Mira z. Terlalu banyak perkara yang kami luangkan bersama. Antaranya,


  • Riadah waktu petang (jogging, badminton, bola tampar, workout, blurpees)


Parking depan B1, tempat exercise


  • Sambut Birthday (Hanya Anis dan aku sahaja yang tak sambut sebab belum sampai masanya)
  • Memasak bersama (Sebenarnya takleh memasak tapi sebab kitaorg tak boleh keluar & pihak IIUM pon ada sedekahkan beras, telur & minyak)



Butir nangko masak bersama mek Klate




Di mahallah juga ada pokok kedondong, belimbing dan juga pelam



  • Makan sama-sama (menu sedap yang dimasak oleh rakan-rakan)
  • Makan luar (Tapi tak pernah sebilik sbb mek selalu tak join)
  • Solat Jemaah (masa bulan puasa)

Semua perkara ini menjadikan aku lebih aktif betul berbanding semester-semester lepas. Kami juga berpeluang menyambut ramadan dan pertama kali beraya di bumi Pagoh. Walaupun agak sedih tak beraya di rumah tapi pengalaman beraya di Pagoh takkan dapat dilupakan.



Pemandangan ketika kuarantin


Kadang-kadang kita takkan tahu bila kita akan bertemu lagi dengan mereka. Mereka yang sentiasa menghiburkan hati di kala sunyi. Menjadi penyeri setiap hari walau badai menimpa. Mereka sentiasa berada di sisi. Kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam hati. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan dengan insan yang sangat baik, positif dan penuh inspirasi. Setiap orang akan datang dan pergi dalam hidup kita. Tapi takkan pernah ada yang sama. Jadi, hargailah setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana kita takkan pernah tahu bila kali terakhir kita akan berjumpa dengan mereka. 


Akan merindui bangunan ini, penuh kenangan dan misteri.



Aku sangat terkesan dengan kata-kata mek,


“Balik ke Pagoh satu rezeki buat mek, sebilik dengan korang satu rezeki buat mek, masuk uia pon satu rezeki buat mek dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup mek adalah satu rezeki buat mek”.



Tempat berteduh sepanjang belajar di Pagoh




Hanya tinggal kenangan



Kala ini aku rasa sangat sedih kerana aku takkan tahu bila lagi kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan sepanjang degree. Harapnya semua MLCOM batch 8 berjaya di mana jua kalian berada. Terima kasih batchmate, housemate, compartment mate dan kawan-kawan. Jasa baik anda saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Sedih mahupun gembira akan menjadi ingatan buat selamanya.


 Terima kasih IIUM Pagoh, ada rezeki kita berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Khamis, 10 Jun 2021

Review Chinese Drama The Untamed

Assalamualaikum semua


Lan Zhan & Wei Ying

Hari ni aku nak review satu lagi chinese drama, bertajuk The Untamed. Drama ni sering menjadi perbualan hangat dari pertama kali ditayangkan pada 2019 sehingga kini. Jadi, aku pun masuklah drama The Untamed ni dalam list. Bila dah habis tengok, aku speechless, terkedu, sedih dan happy at the same time. Sebenarnya, aku dah lama dengar ost The Untamed iaitu Wuji dan Bu Wang. Sumpah makna lagu ni sangat mendalam. Aku yang belum tengok drama lagi bila dengar lagu dah rasa sedih, inikan pula bila dah tengok drama lagi sedih feeling dia sebab lirik tu memang kena dengan drama. Setiap bait lirik yang ditulis sangat bermakna dan memberi kesan. T-T


Chen Qing & Bi Chen



Sebagai seorang yang meminati Wuxia drama, The Untamed merupakan sebuah drama yang paling best antara yang aku dah tengok. Walaupun drama ni basically bukan berfokus kepada genre romantik tetapi lebih kepada friendship. T-T


Baiklah, mari kita lihat siapa pelakon nya,


Wang Yibo sebagai Lan wang ji/ Lan zhan/ Han Guang Jun


Xiao Zhan sebagai We wu xian/ Wei Ying (Anak angkat ketua Puak Jiang)

  • Xuan Lu sebagai Jiang Yanli (Kakak Jiang Cheng)
  • Jiang Cheng (Adik Yanli)
  • Lan Xi Chen/ Ze Wujun (Abang Lan zhan)
  • Meng Yao/ Jin Guang Yao (Anak luar nikah Ketua Puak Jin)
  • Jin Zi Xuan
  • Jin Ling/ Jin Ru Lan (Anak Yanli & Jin Zi Xuan)
  • Wen Chao
  • Wen Ning
  • Wen Qing
  • Wen Yuan/Lan Si Zhui
  • Nie Ming Jue
  • Nie Huai Sang 
  • Xue Yang





5 puak utama dalam drama ni:

  • Puak Lan dari Gusu
  • Puak Nie dari Qinghe
  • Puak Jiang dari Yunmeng
  • Puak Jin dari Lanling
  • Puak Wen dari Qishen



Drama The Untamed bermula apabila Wei Wu Xian terbangun dari tidur yang panjang. Rupanya bukan tidur, dia bangun dari meninggal (macam tak logik kan). Kemudian dia mengimbau kembali 16 tahun yang lalu...


Puak Lan mengadakan pertemuan antara kesemua puak di Gusu. Mereka perlu menghantar wakil untuk mendengar peraturan puak Lan. Di sana lah We Wu Xian seorang yang suka bercakap dan jujur orangnya bertemu dengan seorang lan zhan yang senyap sunyi. Hehehe. Namun begitu, setiap ujaran Wu Xian sangat bermakna dan telus dari hati yang menarik perhatian Lan Zhan sedikit demi sedikit. 




Di saat semua orang tekun belajar, Wu Xian dengan berani bermain dengan meletakkan pelekat di belakang baju ketua puak Lan yang sedang menyampaikan ilmu kepada semua yang berada di dewan belajar. Oleh itu, wu xian dihukum menyalin sebanyak 3000 kali peraturan puak Lan ditemani oleh Lan Zhan. 


Wei Wu Xian sempat mengusik Lan Zhan


Semasa di Gusu terdapat dua orang adik beradik dari puak Wen bernama Wen Qing dan adiknya Wen Ning. Mereka berdua merupakan wakil puak Wen yang lewat menghadiri pembelajaran tersebut. Hakikatnya, puak wen tidak pernah memghadiri pembelajaran puak Lan sebelum-sebelum ini. Pembelajaran tu untuk meningkatkan ilmu pertapaan diorang. Lebih kurang macam tu. Dia kena tengok baru faham, sebab susah sikit nak explain. Mereka dihantar oleh ketua puak Wen kerana suatu misi yang mesti diakuri. Wen Qing perlu mencari serpihan besi Qin yang sangat penting kerana ia dapat mengawal dunia. Cewahh, macam lawak je. Hahahaha. Oleh itu, Wen Qing berusaha mencari batu tersebut. Tetapi tidak berjaya. 


Sayang betul Wen Qing kat adik dia, Wen Ning



Setelah pembelajaran itu, semua puak pulang ke tempat masing-masing. Maka bermulalah puak wen yang ingin menghapuskan puak-puak lain demi serpihan batu Qin. Malang sekali, ketua puak jiang dan isterinya terbunuh. Btw, Wei Wu Xian ni anak angkat puak Jiang. Ketua puak Jiang ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Namun ketiga-tiga orang tersebut sudah seperti adik-beradik iaitu Yanli, Wei Wu Xian dan Jiang Cheng. Maka tinggallah mereka bertiga generasi puak Jiang. 


"Tiada siapa yang dapat memisahkan kita"- Yanli


Seteruk mana pun Wei Ying, Yanli tak pernah marahkan adiknya T-T



Dalam pertempuran di Yunmeng, Jiang Cheng kehilangan teras emasnya. Jiang Cheng, Yan Li dan Wu Xian diselamatkan oleh Wen Qing dan Wen Ning walaupun punca onar daripada puak Wen. Kiranya dua beradik ni baik lah, diorg tak suka pun gan puak sendiri sebab kejam giler. 




Selepas itu, kemuncak cerita di mana wuxian mempertahankan semua puak Wen yang masih ada  setelah semua puak bersatu menyerang dan membunuh ketua puak Wen dan pengikutnya. Oleh itu, kesemua puak membenci Wu Xian. Namun, hanya ada seorang yang tetap mempercayai Wei Ying tanpa ragu. Siapa agaknya?





Ya, Lan Zhan. 


Dia yang melihat ketelusan hati Wu Xian yang semua orang tak nampak. Semua orang nampak Wu Xian ni seorang yang suka main-main, nakal, baran dan suka cari gaduh je. Tapi sebenarnya Wu Xian seorang yang sangat ikhlas dan berpegang kepada ayat "dapat menegakkan keadilan dan hidup tanpa sesalan".





Maka, Wu Xian pun tinggal di tambunan kubur dan hidup di sana. Mereka bercucuk tanam sayur-sayuran untuk kelangsungan hidup. Di sana terdapat seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun bernama Wen Yuan. Yuan sangat rapat dengan Wu Xian, dia akan peluk kaki Wu Xian tak lepas. Sangat comel kan. Kemudian, Lan Zhan bertemu Wu Xian di pasar apabila Yuan dengan tidak sengaja memeluk kaki Lan Zhan. Scene ni kelakar giler. Comel pun iya.


Kisah selanjutnya, kesemua puak bergabung untuk menentang Wu Xian di tambunan kubur, maka kesemua telah meninggal. Namun, hanya 2 orang puak Wen yang terselamat  iaitu Wen Ning dan Wen Yuan. Lepas tu dah habis flashback... fuh 33 episode flashback, walaupun hanya flashback tapi cerita ni sumpah sedih. Pengorbanan untuk menegakkan kebenaran di saat semua menepis kejujuran. Hanya Wu Xian yang berani bersuara mempertahankan keadilan. Lan Zhan merupakan seorang sahabat yang setia menanti kehadiran Wei Wu Xian selama 16 tahun. T-T 16 tahun, bukan sekejap ya, namun tempoh tidak meruntuhkan persahabatan mereka.




Wei Wu Xian ditemani Lan Zhan merungkai satu per satu rahsia yang membelangu fikiran semua puak. Rupa-rupanya mereka tertipu dengan seseorang yang pura-pura baik. Siapakah dia? Bagaimana kisah ini berakhir? Dapatkah Wei Ying menegakkan keadilan? Adakah Lan Zhan dipersalahkan kerana mempertahankan Wei Ying?


Jalan cerita, pemilihan pelakon, lokasi pengambaran, editing skills, skrip dan semangat sepasukan mereka semua sangat memberi kesan kepada penonton.

Rating: 10/10 

Terima kasih kerana menghasilkan sebuah masterpiece yang akan diingati sampai bila-bila.


Fan meeting di Thailand



Rabu, 2 Jun 2021

Review Chinese Drama Hello Mr. Gu

 

Assalamualaikum semua.


Hari ini aku nak share satu Chinese drama yang cute, romantik dan tunang kontrak gitu. *serius bukan kahwin kontrak*


Drama ni sangat mudah untuk difahami dan sangat sesuai ditonton oleh semorang. Kalau korang pernah belajar bahasa mandarin, korang akan ingat sheng ci yang sudah belajar di dalam kelas.


Baiklah, drama ini bertajuk... Hello, Mr Gu.



Hero dan heroin pelakon baru, first time tengok diorng berlakon. Tapi lakonan dia sangat menyakinkan dan tak puas tengok lepas drama dah habis. Maknanya drama ni best lah kan, sebab peminat nak tengok lagi. 


Ini adalah pelakon utama drama Hello, Mr Gu.



Chen Jing Ke sebagai Gu Nan Zhou

Yan Zhi Chao sebagai Zhou Jian Qing


Hello Mr Gu mengisahkan seorang lelaki bernama Gu Nan Zhao yang membuka wasiat yang ditinggalkan oleh bapanya agar mengahwini anak perempuan kawan baiknya iaitu Zhao Jian Qian. Oleh itu, Nan Zhou melakukan pelbagai perkara untuk mengorat Qing Qing. Sebenarnya Nan Zhao tak suka pon kat Qing Qing, dia hanya ingin penuhi keinginan ayahnya sahaja. Walaupun dengan pelbagai cara yang romantik sekalipun, Qing Qing tetap tidak tertarik dan berminat dengan lelaki dingin seperti Nan Zhou.





Oh ya, Nan Zhou ni CEO Nebula Animation. Manakala, Qing Qing pula seorang pekerja part time melukis komik di sebuah syarikat animasi. Mereka bertemu buat kali pertama pun sudah bergaduh. Jadi, mana lah sesuai kan. Namun begitu, Qing Qing terpaksa juga menerima penawaran Nan Zhou kerana ingin melangsaikan hutang ibu bapanya yang berjumlah 2 Juta. Btw, Qing Qing ni dah tiada mak ayah, dia 2 beradik je dengan abang dia yang sangat protective ya. Hehehe.


Oleh itu, Nan Zhou dan Qing Qing menjadi pasangan tanpa rasa cinta berbekalkan kontrak yang panjang betul. Ibu Nan Zhou sangat suka kepada Qing Qing. Jadi mereka berdua terpaksa berlakon menjadi pasangan kekasih di hadapan ibu Nan Zhou dan abang Qing Qing. Hahahaha




Dalam masa yang sama Nan Zhou mempunyai penyakit di mana dia tidak boleh melihat orang yang ramai, nanti dia pengsan. Hal ini kerana Nan Zhou trauma dengan kenangan silam yang meragut nyawa abangnya. Jadi, setiap bulan Nan Zhou kena menerima rawatan di pusat psikologi. Namun, Nan Zhou tidak mahu pergi. Qing Qing adalah insan yang tidak jemu memujuknya dan membuat pelbagai cara dengan tipu sunat agar tunang palsunya itu pergi menerima rawatan tersebut. Qing Qing ni kira concern lah orangnya. Ihik




Dalam diam, sifat jujur dan telus Qing Qing membuatkan Nan Zhou semakin hari jatuh hati kepada wanita tersebut. Qing Qing juga begitu, dia telah pun jatuh cinta kepada Mr. Gu. Hal ini kerana Nan Zhou telah menolongnya melangsaikan hutang ibu bapanya serta memberi dia tumpang di rumahnya.

 

Dapatkah Nan Zhou meluahkan perasaannya kepada Qing Qing?




Kalau korang nak tahu happy ending atau tidak, boleh tonton drama ni okeii. Nak tonton di mana? Buka play store kat phone, download apps WeTv. Nanti boleh tengok kat situ okey.


Drama ni hanya 30 episode setiap episode hanya 30 minit. Aku habiskan drama ni dalam 3 hari, sebab once dah tertengok, susah nak stop. Hehehehe. Tapi ikut drama juga. Sebenarnya lama dah aku tak layan drama genre romantik komedi macam ni. Sekarang aku menonton sebuah drama bertajuk The Untamed, harap-harap dapat habiskan sebelum balik rumah. Hehe

 

Okey itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Stay safe guys. Assalamualaikum.

Review Chinese Drama Love Is Sweet

 

Assalamualaikum semua.


Harini aku nak share satu Chinese drama yang aku susah nak move on. Tajuk Chinese drama tersebut adalah jeng jeng jeng… Love is Sweet. 

Love Is Sweet (2020) -36 episode

Mari kita lihat siapa gerangan pelakon drama ini.


Bailu sebagai Jiang Jun

Luo Yuxi sebagai Yuan Shuai


Drama love is sweet bermula di mana Jiang Jun menghadiri temu duga di syarikat pelaburan MH di Shanghai. Nak dipendekkan cerita Jiang Jun merupakan empat calon akhir yang bakal terpilih menjadi pekerja di syarikat tersebut. Namun, kehadiran Yuan Shuai sebagai panel di peringkat terakhir temu duga menyebabkan Jiang Jun tersingkir untuk diterima bekerja di MH. Namun, sepanjang MH menjalankan temu duga, tiada calon terakhir yang tersingkir. Apa hubungan Jiang Jun dengan Yuan Shuai sebenarnya? 




Sebenarnya mereka merupakan kawan sejak kecil lagi. Yuan Shuai menyedari bahawa Jiang Jun mempunyai penyakit tidak boleh menangis. Jika Jiang Jun menangis, dia akan pengsan dan mengalami alergik di bahagian muka. Oleh itu, Yuan Shuai yang risau teman waktu kecilnya itu akan menangis tidak tahan dengan tekanan yang bakal dihadapi apabila bekerja di MH nanti. Jadi, dia membuat keputusan untuk menyingkirkan Jiang Jun.


Tetapi Jiang Jun tidak menyerah kalah. Dia tetap mencari pelbagai cara agar dapat diterima masuk dalam MH. Akhirnya Jiang Jun menjadi pekerja di MH. Jiang Jun berasa pelik kerana dapat menyewa rumah yang murah harganya, rupa-rupanya Yuan Shuai pemilik rumah tersebut.


Kenapa Yuan Shuai ni baik sangat kat Jiang Jun ya?




Bermula lah kehidupan bekerja Jiang Jun, berkerja sekali bersama bos merangkap kawan masa kecil yang sudah 10 tahun tidak berjumpa. Kenapa Jiang Jun ni anti sangat dengan Yuan Shuai, namun jejaka itu tidak pernah menyerah kalah dan tetap menyukainya dalam diam.


Dapatkah Yuan Shuai memikat hati Jiang Jun?




Perkara yang aku suka dalam drama ni:

  • Cerita ni laju, setiap episode kelakar
  • Lakonan bailu & Leo ada chemistry yang kuat, mcm betul2 couple
  • Genre romantic komedi
  • Storyline drama ni laju, rasa nak tengok lagi dan lagi

Sapa yang suka drama yang light2, nakkan nafas baru & tak cliché, anda digalakkan untuk menonton drama ni. Kalau korang ada suggestion chinese drama yang best2 boleh komen di bawah okiee.




Sabtu, 6 Mac 2021

Review The Romance of Tiger and Rose

Assalamualaikum semua. Sihat ke?






Hari ini hari kedua kuarantin di IIUM Pagoh. Disebabkan harini takde kelas, aku terpanggil untuk buat satu review drama favourite aku. Drama ni dah ditayangkan tahun lepas dan aku suka sangat drama ni. Sebenarnya aku dah lama tengok drama ni, dari haritu lagi nak tulis kat blog. Harini baru ada mood nak tulis. Muhehehe. Best ke drama ni? Chinese drama best ke? yes, chinese drama best. Tahun 2020 banyak sangat Chinese Drama yang best-best keluar. Sampai aku tak tahu nak tengok yang mana satu. Orite kita kembali kepada review drama. Okey, drama apa tuuuu?


Tajuk drama ni The Romance of Tiger and Rose.

Jumlah episode: 24 episode

Genre: Time travel, romantic comedy, wuxia drama

Terbitan: Tecent Video (boleh tengok drama ni di apps Wetv)

Tayangan: 18 Mei 2020 - 1 Jun 2020

Sebelum itu, mari kita lihat siapa watak utama yang membintangi drama ini:


Zhao lusi sebagai Chen Xiao Chen (Penulis skrip) & Chen Qian Qian(Puteri Ketiga)


Ding Yuxi sebagai Han Shuo


Zhou Zi Xin sebagai Chen Chu Chu (Puteri Kedua)

Seng Ying Hao sebagai Pei Heng (Jodoh tak jadi Chen Qian Qian)

Zhao Xin sebagai Chen Yuan Yuan (Puteri Pertama)

Patrick Quan sebagai Su Mu (Crush Chen Yuan Yuan)

Chen Ming Hao sebagai Su Zi Ying

Wu Yi Jia sebagai Zi Rui (Pembantu Chen Qian Qian)

Liu Shu Yuan sebagai Bai Ji (Pembantu Han Shuo)




Drama The romance tiger and rose mengisahkan tentang seorang penulis skrip bernama Chen Xiao Qian. Dia berusaha menyakinkan seorang pelakon lelaki yg dia dah aim utk jadi watak utama dalam skrip yang dia sedang siapkan. Namun lelaki itu bertanya banyak soalan. Jadi, Xiao Qian pun pulang ke rumah tanpa mendapat persetujuan dari pelakon han untuk membintangi drama tulisannya. Dia pon menyambung lagi sedikit skripnya yang masih berbaki.






Kemudian, Chen Xiao Chen berusaha menulis skrip sehingga habis selama berberapa hari tanpa tidur. Setelah dia menaip perkataan tamat, dia tertidur kepenatan. Apabila membuka mata, Chen Xiao Chen berasa sangat pelik. Di manakah dia sedang berada? Sekeliling biliknya sungguh asing. Dia tiba-tiba terfikir, semua ini ditulis di dalam skripnya.



Maka, Chen Xiao Qian menjadi puteri ketiga kerajaan Hua Yuan yang bernama Chen Qian Qian. Chen Qian Qian seorang yg sangat berani, jujur, ikhlas dan sangat berpendirian tegas. Segala apa yg dia ingin lakukan, dia akan lakukan dengan terbaik sehingga ibunya tidak dapat berbuat apa-apa. Chen Qian Qian meminta untuk dikahwinkan dengan Han Shuo, Putera kerajaan Xuanhu. 





Sebenarnya, pemilik kota Hua Yuan(ibu Chen Qian Qian) ingin mengahwinkan   Han Shuo dengan Puteri Kedua. Namun, tindakan puteri ketiga ni telah menguburkan hasrat ibunya itu. Disebabkan Chen Qian Qian telah masuk ke dalam drama tulisannya sendiri, segala plot sudah dia ketahui. Namun, cerita yg ditulis telah berubah sedikit plotnya kerana sepatutnya dalam episode 3 drama itu... Puteri ketiga telah mati  diracun oleh Han Shuo. 


Tetapi, Puteri Ketiga berjaya menyelamatkan dirinya daripada diracun. Oleh itu dia kekal menjadi watak dalam cerita tersebut. Kita beralih kepada tunang puteri ketiga iaitu Pei Heng. Pei Heng sebenarnya sangat menyukai puteri ketiga tetapi lantaran sikap puteri ketiga yang berani, tak tahu malu dan suka makan sahaja jadi dia tidak mengakui rasa cinta kepada Chen Qian Qian. Dalam senyap dia cemburu kepada Han Shuo. 






Pada awal cerita Han Shuo tidak menyukai Chen Qian Qian. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan Puteri dari Kerajaan Hua Yuan kerana kepentingan peribadi. Tetapi disebabkan ketulusan Chen Qian Qian menyelamatkan dia daripada dibunuh kerana minum air tulang naga iaitu warisan turun temurun diraja Hua Yuan, dia mula jatuh cinta terhadap isterinya itu. Kenapa puteri ketiga nak menyelamatkan Han Shuo? Kerana kalau han shuo mati, cerita yang dia tulis takkan berakhir.


Dalam pada masa yang sama, Chen Qian Qian memanggil 3 orang penulis terkenal di Kota Hua Yuan untuk meminta pendapat mereka berkenaan skrip yang dia tulis. Bagi tidak nampak obvious, Chen Qian Qian menggambarkan semua watak dengan buah-buahan iaitu,

  • Pisang - Han Shuo
  • Oren - Chen Qian Qian
  • Apple - Chen Chu Chu
  • Peach - Pei Heng
  • Ceri - Su Zi Ying




Korang rasa dapat tak Chen Xiao Qian keluar dari skrip yang dia tulis? Kalau korang nak tahu kisah selanjutnya, apa yang terjadi kepada Puteri Pertama, Puteri Kedua, Puteri Ketiga, Han Shuo, Pei Heng? Korang kena tengok drama ni. I highly recommended. Drama ni dah confirm untuk ada season 2, dikhabarkan Zhao lusi tidak dapat menjadi heroin sebab jadualnya yang penuh. Sedihnya :(


Rating: 9/10 


Apa yang aku suka dekat drama ni adalah penulis skrip berjaya menonjolkan bombastik di permulaan cerita. Lakonan Zhao Lusi dan Ding Yuxi sememangnya beyond expectation. Selain itu, drama ini juga mengetengahkan konsep gender inequality di mana wanita tarafnya tinggi, lelaki tarafnya rendah di Kota Hua Yuan. Namun sebaliknya bagi Kota Xuanhu. Gender inequality yang diketengahkan nampak menarik kerana kita dapat lihat bagaimana kaum wanita bila memimpin. Nampaklah konsep feminisme yang ditonjolkan dalam drama ni.





Pemilihan pelakon yang sesuai juga menjadikan drama ini best. Plot yang ditulis rapi dan kita tak boleh expect apa akan jadi next episode. Sebenarnya aku lebih prefer drama historical/wuxia sebab dapat lihat istana, pakaian, makanan, budaya dan pemandangan yang sangat indah. Terasa hidup di zaman dahulu kala yang sangat tenang.


Dalam interview, Zhao Lusi share yang dia pergi interview untuk memegang watak Chen Qian Qian ni. 5 orang yang diinterview, tetapi hanya dia sorang yang berjaya. Dan Zhao Lusi sendiri cakap dia tak expect langsung drama ni akan famous.  Buat pengetahuan semua, Zhao Lusi selalu berlakon dalam drama time travel seperti Oh My Emperor, Love Better Than Immorality dan sebagainya. Jadi, lakonan dalam drama ini lebih baik. Bahkan semasa ditayangkan drama ini, Zhao Lusi ada satu lagi drama iaitu Love for Thousands Years tetapi tidak sepopular The Romance of Tiger and Rose. Daripada The Romance of Tiger and Rose juga, Zhao Lusi terkenal dan menjadi duta untuk beberapa produk.


Okey, itu sahaja entry kali ini. Berjumpa lagi di lain entry! Assalamualaikum.