Assalamualaikum. Hai
semua!
Apa khabar? hǎo jiǔ bu jiàn. dà jiā hǎo.
Lama rasanya tak menaip
kat sini. Muhehehe. Pada waktu lapang, aku suka buka
youtube dan melihat beberapa video yang menarik dan boleh tenangkan fikiran. Oleh
itu, tanpa membuang masa lagi aku nak share my top 3 favourite youtuber:
1. 李子柒 Liziqi
Liziqi merupakan seorang
wanita yang tinggal bersama neneknya di kota Sichuan, China. Video beliau
berlatarbelakangkan kedamaian kota Sichuan yang sangat indah. Liziqi bukan
sahaja seorang yang cantik tetapi juga seorang yang rajin berusaha. Jika
dilihat dalam setiap video Liziqi, rumahnya indah dengan pelbagai tanaman yang
tumbuh menjalar. Dikelilingi dengan bunga dan sayur-sayuran. Liziqi seorang
yang berkebolehan dalam,
Memasak . Bertukang .
Berkebun/bercucuk tanam . Menjahit . Mengait
Untuk pengetahuan semua,
Sichuan merupakan sebuah desa di China. Walaupun Liziqi tinggal bersama
neneknya di Sichuan, beliau berjaya menarik perhatian ramai peminat sehingga
dikenali oleh orang China melalui video beliau. Beliau juga telah ditemu bual
oleh beberapa pihak atas kehidupannya yang sangat mendamaikan.
Liziqi dan neneknya <3
Liziqi bercucuk tanam
Liziqi memasak
Melihat video Liziqi
boleh mendatangkan kedamaian, menaikkan semangat, menjadikan kita rajin sikit,
hehehe. Selain itu, Liziqi juga ada sound background yang tersendiri iaitu
Liziqi Music. Lagu tersebut merupakan sound background music traditional
Chinese. Sungguh mendamaikan. Aku juga menggunakan sound background liziqi
dalam video mandarin. <Klik sini kalau nak tengok video mandarin>
Tinggal lah di mana pun, kalau rajin berusaha pasti akan berjaya!
Sebab suka tonton video
Liziqi: Jadi bersemangat lepas tengok Liziqi rajin bekerja
2. 해그린달 haegreendal
Seorang youtuber dari
Korea Selatan. Seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai seorang suami dan
seorang anak lelaki. Anak lelaki beliau dipanggil Little Captain. Konsep video
haegreendal adalah berbentuk minimalist. Seperti drama korea, haegreendal juga
menampilkan banyak sudut dalam video. Beliau juga ada membuat satu video bagaimana ingin mengambil angle yang cantik semasa shoot video. Sungguh
menarik!
Sedapnya :3
Haegreendal menonjolkan
kehidupan seharian beliau semasa sendirian di rumah Ketika suami bekerja dan
little captain berada di sekolah. Beliau banyak meluangkan masa dengan mengemas,
membersihkan rumah, memasak, berpicnic dan bermain masak-masak dengan little captain.
Baru-baru ini Instagram Sangmi.like telah dihacked. Nasib baik haegreendal ada
dua Instagram iaitu Sangmi.like dan haegreendal.
Bekal picnic little captain
Oh ya, pada setiap video
haegreendal pasti akan diselitkan kata-kata indah berbentuk nasihat yang
ditujukan khas buat penonton videonya. Kata-kata yang menarik & terkesan
berjaya menyentuh hati penonton. Misalnya,
Kata-kata nasihat dalam video haegreendal
Kadang kala, pada waktu
malam haegreendal akan makan tengah malam berdua bersama suaminya ketika little
captain sudah tidur. Haegreendal akan memasak snack ringan tetapi cukup
mengenyangkan. Buat pengetahuan semua, haegreendal tidak memperlihatkan wajah
beliau, hanya wajah little captain sahaja yang dapat dilihat dalam video.
haegreendal dan suaminya makan late night snack
Sebab suka tonton video
haegreendal: nasihat yang diberikan sangat terkesan di hati.
3. Nami のくらし
Nami merupakan seorang
wanita bekerjaya yang tinggal seorang diri di Jepun. Nami berkongsi kehidupan
beliau seperti mengemas, membersihkan, membeli barang-barang memasak,
jalan-jalan, dan memasak. Hampir kesemua masakan beliau adalah menu diet.
Kurang goreng-goreng, kurang garam, kurang manis dan banyak sayur-sayuran.
Sangat sesuai jika korang nak resepi diet, boleh rujuk video nami のくらし.
Hehehehehe.
Nami dan sayur berpisah tiada. muhehehe
Makanan yang menyihatkan
Kadang kala Nami akan membawa penonton melihat keindahan kota Tokyo. Penonton dapat melihat
keindahan pokok sakura, kota Tokyo, serta kemajuan negara matahari terbit
tersebut.
Nami juga seorang peminat
teh. Setiap video beliau pasti akan ada teh yang pelbagai.
Teh kucing sangat kawaii
Sebab suka tengok video
nami: Menu sihat untuk hidup yang sihat!
Selain ketiga-tiga
youtuber di atas, terdapat beberapa youtuber lain yang aku minati. Antaranya adalah,
Alright, itu sahaja untuk
entry kali ini. Korang mesti ada youtuber yang korang minat kan, sharelah di ruangan komen okey. Boleh saya tambah dalam list. Hehehehe. zài jiàn. xiè xie dà jiā.
Assalamualaikum.