Rabu, 19 Februari 2020

Cuti sem lagi



 Assalamualaikum semua


Sudah lama tidak bersua. Semoga korang sihat-sihat belaka. Hehe. Pada 7 Februari 2020 maka tamatlah cuti semester, maka masuklah pelajar-pelajar UIA Pagoh untuk semester 2, 2019/2020. Terasa sangat sekejap cuti walaupun sudah sebulan kami bercuti.






Sem lepas, aku telah bekerja selama sebulan lebih di Mosha. Sebenarnya, idea pembukaan Mosha ni diilhamkan oleh senior kerana di main campus, UIA Gombak pon ada jual Mosha.





Dalam jadual ni memang xde nama Huda. HAHAHAHA





Ini lah view setiap kali bekerja





Aliah ambik order





Semasa cuti, aku hanya bekerja selama 13 hari. Masih setia dengan bos lama. Sebenarnya, bos dah tamat kontrak dengan kantin sekolah yang aku pernah kerja sebelum ni. Boleh klik sini kalau nak baca. Jadi aku bekerja dengan beliau di rumahnya kerana bos ada buat kantin kat belakang rumah. Pekerja kat situ yang tetap ada 3 orang jadi kalau termasuk aku gan kakak jadi 5 orang. Tapi aku memang dah inform bos aku nak kerja sekejap je dan beliau pon suruh masuk kerja pada 16 Januari 2020. 


kantin baru



Pejam celik-pejam celik dah habis kerja. Selamat tinggal memori. Segala yang telah berlaku hanya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Zai Jian Mak iti, Kak jura, Nani he lao ban.




Punch card masih masa mcm kat kantin


Sekarang sudah masuk week 2 kat UIA Pagoh. Bagi aku cuti semester kali ini sangat sekejap berbanding dengan cuti semester sebelum ini.







Semoga cuti-cuti semester yang akan datang aku dapat manfaatkan dengan lebih lagi. Korang kalau cuti buat apa? Hehe