Khamis, 8 Julai 2021

Selamat Tinggal IIUM Pagoh

 

Assalamualaikum semua.


Kembali lagi dalam entry kali ini.


Tidak tahu kapan kita ketemu lagi



“Awan di Pagoh sangat cantik. Pasti akan dirindui semua di bawahnya. Keindahan alam ciptaan tuhan tiada tolok bandingnya. Namun, aku terlupa waktu sangat pantas berlalu sehinggalah aku sedar detik ini merupakan kali terakhir aku belajar di sini”.



Kuliyyah, last pergi dengan Nis



Harini aku nak cerita sedikit tentang pengalaman menghabiskan sebanyak 3 tahun lebih belajar di IIUM Pagoh. Sebenarnya kan, aku hanya tinggal intern dan insyallah aku akan habiskan perjalanan degree ini. Aku akan bahagikan kepada dua bahagian iaitu perubahan di IIUM Pagoh dan hari-hari terakhir berada di Pagoh.


1. Perubahan IIUM Pagoh


Awan Pagoh sungguh indah


Sejak pertama kali melangkah kaki ke IIUM Pagoh, aku begitu tertarik dengan keindahan awan dan pokok-pokok yang berada di sana. Sepanjang 3 tahun lebih belajar di Pagoh terdapat beberapa perubahan yang aku lihat dan mungkin akan berlaku kemajuan suatu hari nanti. Baiklah, aku akan senaraikan beberapa kemudahan yang sudah tersedia di IIUM Pagoh,


  • Sudah ada aircond di surau mahallah.

Bye surau, di sinilah tempat meeting, discussion, usrah, program etc.



  • Kerusi di kafe mahallah juga sudah ditukar dengan yang baru.

Bumbu Kito & Woobi kita jumpa lagi


  • Ada mesin sukida di kafe untuk isi air.
  • Terdapat penapis air cuckoo di pantry surau.
  • Wifi sudah dipasang di beberapa buah bilik berbanding sebelum ini wifi hanya tersedia di kafe dan surau mahallah selain di kampus.
  • Ada pagar kecil di belakang kafe iaitu jalan shortcut untuk ke dobi atau 7E. Namun begitu, pagar kecil tersebut jarang dibuka dan ada timingnya.
  • Peralatan sukan yang boleh dipinjam dengan MRC Sport seperti tali skipping, bola, ping pong dan sebagainya.
  • Terdapat swimming pool bagi kelas swimming & ada padang archery di Edu Hub Pagoh.


Padang archery, berangin walaupun terik



Jom jogging, bakar lemak yang degil tu T-T



  • Ada kolam ikan di tepi Kafe mahallah. Pak cik Kafe Bumbu Kito dan beberapa pelajar IIUM suka memberi roti kepada ikan.

Kolam ikan mahallah Zaid. Jangan lupa bawa roti ya.


Alhamdulillah sekarang sudah ada sedikit kemajuan setelah hampir 4 tahun IIUM Pagoh dibuka. Tahniah kepada semua pelajar yang akan menimba ilmu di sini. Nikmatilah moment moment anda di sini kerana waktu study merupakan hal yang indah dalam hidup kita. Semoga suatu hari nanti kita boleh belajar secara fizikal dan anda dapat pulang ke kampus.

 


2. Hari-hari terakhir di Pagoh


Bilik terakhir yang didiami sepanjang tinggal di mahallah Zaid Harithah


Semester lepas aku pulang ke mahallah untuk menggunakan wifi. Pelajar UIA Pagoh yang pulang ke mahallah perlu kuarantin selama 10 hari di B4. Kemudian kami mendaftar bilik di B1 bagi semester ini. Jika entry sebelum ini aku pernah share pengalaman ERTL di rumah dan ERTL di IIUM Pagoh (boleh klik kalau nak baca) iaitu sewaktu 2 semester lepas. Pada ketika itu, hanya beberapa pelajar sahaja yang pulang ke kampus. Namun, kali ini ramai pelajar yang mengambil keputusan untuk belajar di mahallah. Aliah kata pelajar yang pulang ke kampus ini adalah insan yang tersakiti di rumah. Hehehe. Pastinya ada sebab-sebab tertentu siapa tahu.



Tanda arah blok Kuarantin



Perkara yang menarik sekali adalah aku sebilik dengan orang yang sudah kenal tapi belum pernah sebilik. Jadi, ini merupakan pengalaman baru yang sangat menarik. Aku sebilik dengan Atin, Nis, Mek, Sanah, Piya dan Mira z. Terlalu banyak perkara yang kami luangkan bersama. Antaranya,


  • Riadah waktu petang (jogging, badminton, bola tampar, workout, blurpees)


Parking depan B1, tempat exercise


  • Sambut Birthday (Hanya Anis dan aku sahaja yang tak sambut sebab belum sampai masanya)
  • Memasak bersama (Sebenarnya takleh memasak tapi sebab kitaorg tak boleh keluar & pihak IIUM pon ada sedekahkan beras, telur & minyak)



Butir nangko masak bersama mek Klate




Di mahallah juga ada pokok kedondong, belimbing dan juga pelam



  • Makan sama-sama (menu sedap yang dimasak oleh rakan-rakan)
  • Makan luar (Tapi tak pernah sebilik sbb mek selalu tak join)
  • Solat Jemaah (masa bulan puasa)

Semua perkara ini menjadikan aku lebih aktif betul berbanding semester-semester lepas. Kami juga berpeluang menyambut ramadan dan pertama kali beraya di bumi Pagoh. Walaupun agak sedih tak beraya di rumah tapi pengalaman beraya di Pagoh takkan dapat dilupakan.



Pemandangan ketika kuarantin


Kadang-kadang kita takkan tahu bila kita akan bertemu lagi dengan mereka. Mereka yang sentiasa menghiburkan hati di kala sunyi. Menjadi penyeri setiap hari walau badai menimpa. Mereka sentiasa berada di sisi. Kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam hati. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan dengan insan yang sangat baik, positif dan penuh inspirasi. Setiap orang akan datang dan pergi dalam hidup kita. Tapi takkan pernah ada yang sama. Jadi, hargailah setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana kita takkan pernah tahu bila kali terakhir kita akan berjumpa dengan mereka. 


Akan merindui bangunan ini, penuh kenangan dan misteri.



Aku sangat terkesan dengan kata-kata mek,


“Balik ke Pagoh satu rezeki buat mek, sebilik dengan korang satu rezeki buat mek, masuk uia pon satu rezeki buat mek dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup mek adalah satu rezeki buat mek”.



Tempat berteduh sepanjang belajar di Pagoh




Hanya tinggal kenangan



Kala ini aku rasa sangat sedih kerana aku takkan tahu bila lagi kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan sepanjang degree. Harapnya semua MLCOM batch 8 berjaya di mana jua kalian berada. Terima kasih batchmate, housemate, compartment mate dan kawan-kawan. Jasa baik anda saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Sedih mahupun gembira akan menjadi ingatan buat selamanya.


 Terima kasih IIUM Pagoh, ada rezeki kita berjumpa lagi dan selamat maju jaya!