Assalamualaikum
Aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Kita masih bernafas untuk
merasai nikmat raya. Pada jumaat lepas 15/7, telah diadakan Majlis Simfoni Raya
di sekolah aku.Jamuan raya di sekolah ini dah jadi biasa bagi aku biarpun tahun
ini kali ke-2 beraya di sekolah.
Selama seminggu sebelum hari jumaat, counsellor sekolah memberi
taklimat tentang program ini. Etika berpakaian, pakai kasut apa, kedudukan
setiap kelas di dewan, suruh setiap kelas
berbincang tentang makanan dan lain-lain. Maka, jenuhlah kami mendengar
perkara yang sama sepanjang minggu ini.
Tentatif program :
Datang sekolah macam biasa pukul 7.
7.20 pagi –Berbaris ikut kelas macam setiap hari.
7.40 pagi –Masuk ke kelas, bawa makanan,tikar,polisterin,
dan lain-lain ke dewan terbuka.
9.45 pagi –Majlis bermula.
Majlis dikendalikan oleh 2 orang pengacara dari kelas 6
rendah iaitu EMA dan pasangannya lelaki. Yang pengacara lelaki itu aku taktau
nama dia biarpun aku jadi fasi kumpulan dia masa buat ice breaking.
Semasa majlis, kami dihiburkan dengan persembahan nyayian
daripada pelajar, murid dan guru-guru. Ada yang nyayi lagu raya dan lagu
Indonesia, aku taktau tajuknya. Bila pelajar tersebut menyanyikan sebuah lagu
Indonesia yang aku tidak ketahui tajuknya, maka dewan bingit kerana para
pelajar menyanyi bersama. Kalau kome nak tahu, lagu ni dah kali ke-3 dinyayikan
di atas pentas terbuka stars selekoh tapi masih menjadi igauan setiap pelajar.
Aku tak masuk dalam kategori itu. Kalau nyanyi tu laju, kalau nak siapkan kerja
sekolah....
Dan kami juga mendengar si pengacara menemubual beberapa
orang responden dari kalangan murid, pelajar mahupun guru untuk menyampaikan
ucapan hari raya.
10.30 pagi –Makan.
11.30 pagi –Kemas dewan bersama-sama. Lipat tikar,susun
kerusi, kemas meja yang kita dah susun segala tupperware.
11.45 pagi –Bersedia meninggalkan dewan terbuka.
Sebelum meninggalkan dewan, kami seisi kelas 6A1 melihat
sekitar dewan. Melihat pelajar yang masih belum pulang, yang asyik berselfie
dan bergelak ketawa. Mungkin ini kali terakhir kami beraya bersama-sama kawan
di sekolah.
Bagi aku, program raya tahun ini lebih lancar dan ringkas.
Tahun lepas agak padat. Pengacara tahun lepas kawan sekelas aku, FARA dan
FAKHRI. Mereka jenis yang tak renti bercakap. Ada sahaja celoteh mereka, sama
macam dalam kelas terutamanya Fakhri. Hehe.
Tahun lepas ada pertandingan mengayam ketupat dan pelbagai
lagi pertandingan.
Tahun lepas juga, para pelajar dan murid duduk bercampur
lelaki perempuan. Kami bentang tikar dan duduk di atasnya.
Tahun ini, ustaz selaku ketua guru disiplin mengarahkan kami
agar tidak duduk bercampur. Jaga iktilat. Perempuan duduk atas tikar, lelaki
duduk atas kerusi di sekeliling dewan (di bawah khemah)
Aku harap aku dapat merasai nikmat beraya dekat sekolah
suatu hari nanti. Akan ku kenang segala kegembiraan kami beraya di sekolah agar
memori ini kekal dalam ingatan.
Maka sudah berakhirnya Hari Raya kami di sekolah sebagai
pelajar tingkatan 6.
Okey itu sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum.