Assalamualaikum
Alhamdulillah.Tika ini aku terniat nak
tulis kisah kerja aku.Well,aku dah bagitau sebelum ni yang aku dah
berhenti kerja.Jadi,kesempatan yang ada ini, aku nak cerita sikit
tentang pengalaman aku semasa bekerja.Orite,aku nak bagitau yang aku
kerja sebagai juru jual.Jual barang.Retail assistant tak silap aku.
Masa mula-mula kerja,
“Macam mana ni kalau ada orang nak
beli?Dah la aku tak tahu apa-apa”
Tengok,belum kerja lagi dah
mengeluh.Mana rezeki nak datang.Asyik mengeluh aje.
Masa dah ada pengalaman kerja,
“Kerjanya senang je,layan orang pastu
letak barang dalam plastik dan jual barang tu.Siap!”
Tengok,tak kenal maka tak cinta.
Bila dah berhenti kerja,
“Rindunya nak kerja,nak layan
customer,nak susun barang,nak tag harga”
Wow,ekceli aku memang suka dengan kerja
tu.Bila aku kat rumah rasa boring aje.
Yups,aku berhenti kerja sebab nak
preapare apa yang patut untuk future study.Aku berhenti kerja
bersebab okeys.
Perangai pelanggan yang tak boleh
blah...
Aku nak cerita yang aku ada ramai
pelanggan.Sampaikan ada sorang mak cik ni kata,”hari tu mak cik
datang beli brooch kat sini lah.Hari tu mak cik datang dengan
anak”.Aku pun angguk aje lah.Dah ramai sangat,mana aku ingat.Dah la
aku ni pelupa.
Pelanggan ni ada banyak kategori.Tengok
baru 5 bulan kerja aku dah boleh beri pandangan.
Pelanggan yang...
1 mudah mesra dan senang beli barang
2 mudah mesra dan susah beli barang
3 banyak cakap dan senang beli barang
4 banyak cakap dan susah beli barang
mMudah mesra maksudnya,aku tanya
soalan,dia dengan senang hati jawab dan tanya aku soalan balik.
Ada kisah di sebalik pelanggan yang
mudah mesra.Ada seorang kakak ni,dia datang belek cincin.Then,aku
dengan ramahnya tanya umur dia.
“Umur akak berapa”
“Cer teka”,Sambil pandang aku.
“25”,Betul ke?aku bedal aje.
“Pandai”,See,amin aku jadi pandai.
“Umur adik?”,dia tanya aku balik
wei.Ini lah yang dikatakan mesra.
“Cer akak teka?”,Aku pulak
bermadah.
“18”.Amboi,terrel betul akak
ni.Macam ahli nujum aje.
“Betul tu”,
Tengok betapa pandainya
aku.Tak sangka kan.Sebelum ni ada jugak aku teka umur pelanggan,tapi
tak pernahnya tepat.At last,dapat jugak aku teka dengan
tepatnya.Clap,clap*tepuk tangan untuk aku.
Banyak cakap pulak orang yang banyak
tanya aku macam-macam benda.Contohnya,
*Brooch ni kalau jatuh batu nak buat
apa?
*Pin shawl ni ada bawah dia?
Punya la korek-korak rahsia tanya aku
macam-macam.Aku pun pening dibuatnya.Tapi,aku tak
kisah.Tanyalah.Bagus kalau yang banyak tanya.Tak lah menyesal nanti
bila beli.Bagus2
Gelagat manusia.Aku akan tengok
sometime yang berlaku depan mata aku.Contoh?
#Ada seorang husband yang agak muda
mendukung baby kecil,tengah duduk kat kerusi urut.Pastu baru datang
seorang wanita dengan 3 orang anak.Perhh,adik wanita tu rasanya,suami
dia outstation kot.Sebab lelaki tu Nampak muda sangat.Atau dia awet
muda?
#Ada seorang pasangan.Loving husband
and wife.Dah ada anak.Anak perempuan yang baru bertatih. Diorang
pimpin tangan baby tu.Si husband sebelah kanan,di isteri di sebelah
kiri.Sweet yah ampun.
#Ada seorang wife ang husband.Jalan
berdua aje.Pada aku mungkin diorang baru kahwin.Tengah jalan di rak
baju.Hanya berdua.Sweet apa.Jelous I.
Okeyh,cukup takat itu.Cerita pasal
kawan tempat kerja pulak.
mYang sebaya dengan aku :
Alin,Wani,Diana,Atikah,Mira,Hairul
Yang muda dari aku :
Boy,Airil
Yang tua dari aku :
Kak Ecah,kak Yan,kak Gy,kak Rabiah,Kak
Ika,Kak Ain,Kak Ema,Kak Anis.
Aku nak cerita tentang seorang
kawan.Dia baik,cantik dan agak ramah.Aku jumpa dia kat tempat
kerja,dia selalu datang jumpa aku.Baik kan,selalu jumpa aku.Nama dia
Ayie.Nama sebenar dia aku tak boleh bagitau,rahsia..hikhik.Aku masih
contact dia.Dia takde whatsup , dia cuma ada call dan sms. Aku sms
jer dia,tanya macam-macam.Lawak betul sembang dengan dia.Suara
dia,merdu-merdu aje.Hakhakhak. Itulah satu-satunya kawan yang sebaya
dengan aku dan yang rapat dengan aku,dan yang tahan dengan kerenah
aku. Ayie,Huda seronok kawan dengan Ayie.Biarpun kita dah tak jumpa
dah,Huda akan tetap ingat Ayie sampai bila-bila,walaupun Huda ni
seorang pelupa.Hahaha.Skema kan.Macam tu lah aku sembang dengan dia
kat sms.Skema pun skema lah.Janji Ayie seorang kawan yang baik.Huda
doakan Ayie berjaya di dunia dan di akhirat.Confirm menitis air mata
dia baca ayat aku.Hihihi.Aku jenis yang tak kisah kawan dengan siapa
pun, janji kawan dengan orang yang baik ,dan faham dengan sikap aku.
Alhamdulillah,aku dah lalui pengalaman
bekerja dengan jayanya.Kenangan semasa bekerja akan ku coret dalam
kotak memoriku.
Nasihat aku kepada yang nak bekerja
atau yang tengah bekerja :
Sentiasa senyum sebagai ubat duka,sebab
Achik Salmiah ada cakap,Urat senyum lebih pendek dari menarik urat
masam.Bila korang senyum senang jer,tak payah guna banyak
tenaga.Kalau tarik muka masam,kena kerutkan dahi,muncungkan bibir dan
kena kecikkan mata.Tengok,betapa susahnya tarik muka masam.So,baik
senyum jangan masam2.Tak cantik!Yeah,aku banyak belajar masa
kerja.Belajar menjadi lebih matang dan belajar untuk menilai manusia.
Lastly,think positive dalam apa jua
keadaan sekalipun.Jangan biarkan orang terus memandang sisi negative
dirimu.Sebab ramai yang bersangka buruk dari bersangka baik,tapi
bukan semua.Kebarangkalian orang akan, salah tafsir tentang diri
kita.Kita yang bijak di sangka kurang cerdik,kita yang baik di sangka
penyamun,kita yang ikhlas di kata terpaksa,kita yang bersedekah di
kata menunjuk-nunjuk.Jadi jangan biarkan diri kita memandang negative
terhadap orang lain. Sebabnya, kita akan dapat balasan yang setimpal
dengan apa yang dah kita buat.So,renungkan.
That’s all aku nak cerita.Mungkin
setakat ini yang aku nak sampaikan.
Thanks kepada yang sudi baca.
Apa yang baik hanya dari ilahi,dan yang
tak baik semestinya dari diri pemilik blog ini sendiri.
Bye semua,Assalamualaikum!Rindu aku
untuk penulisan seterusnya.