Assalamualaikum.
Tak sangka masa berlalu
meninggalkan aku beribu memori.Terasa macam semalam baru ambil
SPM.Tup tup dah masuk sekolah balik.
Pada 25 Mei lepas, Huda masuk sekolah
baru.Sekolah lama takde form 6.Dengan azam yang baru, beg sekolah
baru dan kasut sarung hitam baru.Yang barulah kiranya.Huda pergi
sekolah pakai baju kurung biasa bukan baju sekolah.Baju kurung tak
baru,pakai je apa yang ada.Jimat kan?Ambil ekonomi kata ko.
Nama sekolah tu ialah STARS.
Tingkatan 6 di STARS ada 2
kelas,setakat ini k.Huda masuk kelas 6R1.Mula-mula masuk takut,
tumpang meja kawan.Esoknya baru tukar tempat duduk, sebab Apah dan
rakannya dah ubah kedudukan kerusi dan meja. Thanks Pah!
Hari khamis (28/5/15) semua pelajar 6R1
dan 6R2 ada aktiviti yang dikelolakan oleh pelajar 6Atas. Kami
dibahagikan kepada 6 kumpulan.Kumpulan Huda ada 8 orang.Ahlinya
terdiri daripada,jeng3 :
Fakree,zam,Khalas,Huda,Aida,Mila,Ain,Alin
Yang sporting gila adalah si
Fakree.Sampai joget2 atas pentas.Hahahak.Kalau takde dia, tak famous
ler kumpulan Huda.Hahaha.
Yang paling best kitaorang kena denda 2
kali sebab tak dapat hafal nama,tarikh lahir,tampat tinggal dan jawab
kuiz.Bila kakak n abang2 upper six kata aktiviti sesi petang pun kena
denda.Kitaorang pun mengeluh.
”kena denda lagi” .Pastu Mila cakap
macam ni,
“Macam tak biasa pulak kena
denda.Menari atas pentas pun kita dah biasa.Apa ar”Sambil angkat
tangan ke kiri dan ke kanan.
Actually,Tingkatan 6 ni best
apa.Taklah teruk.Okeyh2 jer.Semua kawan-kawan sporting,positive dan
gorgeous.
Last but not least,Moga Tingkatan 6 jalan terbaik untuk Huda
menuntut ilmu.Yang masuk tingkatan 6 tu jangan malu k.Tanggapan
serong kita selama ni hanya nightmare bukan realiti pun. Realiti
adalah lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.Jangan sedih2
sebab masuk form 6.
Kejayaan anda bukan terhenti setakat ini.Teruskan
usaha anda untuk mengejar 4 flat.Insyallah.
P/s : Rindu Huda untuk penulisan
seterusnya.
Assalamualaikum
1 ulasan:
akk pun bekas f6 gak...mmg bnyk kelebihan f6 yg org taktau...plg best hidup bebas hutang...peluang dpt u lagi cerah....alhamdulillah skang smbung ukm...all the best kayy..
Catat Ulasan