Jumaat, 31 Julai 2015

Jawapan pelik.



Assalamualaikum.

Penuh bersemangat Huda taip entry ini.Biasalah,bila ada idea kena taip laju-laju.Nanti takut idea lari.
Ini kisah Huda di alam persekolahan,

Masa kelas Ekonomi Asas ,setiap akhir kelas cikgu akan ajukan soalan.Soalan cikgu lebih kurang begini :
“Ada apa-apa nak tanya?”

Ada lah berapa kerat yang menanya.Bila dah takde soalan, cikgu akan cakap :

“Tak takde soalan?takde soalan cikgu yang tanya karang”

Semua rakan kelas aku dah kering soalan.So, dengan malang sekali kami akan berdiri.Berdiri sampai ada insan yang cerdik boleh jawab soalan cikgu dengan jayanya.Aha.Soalannya pendek tapi susah nak jawab.
Soalannya begini,

“Saya hantar anak saya ke sekolah.Saya jimatkan wang,jadi saya beli benda yang penting aje untuk anak saya.Benda apa tu?”

Masa ni kami baru mula sekolah masa form 5 dulu.
Macam-macam jawapan ada.


“Cikgu, kasut!”
“Beg sekolah”
“Alat tulis”
“Pakaian”

Cikgu geleng kepala dan bagi alasan kenapa jawapan tu tak betul.Last sekali ada budak kelas aku dapat duduk.Nak tahu apa jawapannya....curious kan.

“Buku latihan”

Erk,simple betul.Soalan macam kacang pun kami tak dapat jawap.*sambil tutup muka.

Betul jugak jawapan tu.Kalau tak de buku latihan macam mana nak buat latihan.Macam mana nak cerdik.Ye tak ye jugak.
Sejak hari tu aku belajar sesuatu.

Jangan pandang rendah atas benda yang remeh.

Persoalannya di sini apa yang peliknya?

Peliknya bila ada kawan Huda beri jawapan “Alat tulis” then, ada yang lain tak berapa faham jawab “pensil,pemadam dan pembaris”.

Samalah dengan jawapan “pakaian”.Ada je manusia yang jawap “stoking,baju,seluar”.
Nampak?Kat sini pun kita dah tahu tahap kepandaian seseorang.Malah lebih malang lagi bila terkena kritikan dan perlian oleh sang cikgu.Sadis sungguh.Memang pedih dan menusuk tapi kita akan cerna dan ubah diri kita.Dan yang utama jangan pandang remeh.Think positive.

“Macam manalah nak dapat A kalau benda kecik ini pun tak reti nak fikir”
Sedih kan.Tapi itu pembakar semangat untuk kita terus berjaya.Jangan jadikan kritikan sebagai penghalang untuk anda terus berjaya.

“Aku akan dapatkan A,cikgu tengoklah nanti”,cakap dalam hati.
Lastly,aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang dah ajar aku.Thanks cikgu.Kalau cikgu takde saya mungkin tak dapat ilmu.Sayang cikgu.

Okey,itu je aku nak cerita.Bye!

-Assalamualaikum

Tiada ulasan: