Ahad, 6 Disember 2015

Pandang rendah atau tinggi



Assalamualaikum semua.

Huda nak kongsikan dan ulas tentang pandangan orang.Kenapa kat dunia ni orang suka  member tafsiran masing-masing?Adakah andaian mereka sama dengan realiti?

Pandang rendah

Situasi :

Nampak je macam selekeh tak cantik perangai tak semenggah
Tapi,kita tak tahu mungkin dia selekeh sebab tak nak orang terpikat dengan dia.Mungkin dia tak make up utk jaga kecantikan wajah atau mungkin dia sengaja bersikap demikian kerana cara itu sesuai dengan diri dia.

Kita tak tahu,jadi berhenti jadi pengkritik dalaman.Khasnya,kepada diri Huda.


Pandang tinggi

Situasi :
Anak saya masuk sekolah asrama.Sudah pasti anak saya seorang yg bijak. =_=
 Kita tak pasti pun yg bersekolah asrama ni pandai.Kenapa pulak yg duduk asrama confirm pandai.Ada je orang tak duk asrama pandai.Kita kena sedar hakikat itu.

Huda pun pernah alami.Ada je insan yang pandang rendah kat Huda.Apa yang Huda perlu buat?

>Huda hanya buat kerja sendiri,dan teruskan hidup dengan lebih ceria.Sebenarnya itu adalah dugaan.Tempuhlah dugaan utk terus berjaya.

Yang pandang tinggi tu ada,tapi buat Huda rasa malu.Huda buat kerja macam biasa dan berlakon macam tanggapan tu salah.

Macam ni lah.

Huda pandai masak,(konon)pastu Huda pun masak la tak berapa cantik rupanya.Tapi rasanya sedap k.
Lebih kurang lah.Huda mana pandai masak T_T

Pengajarannya :

Tak perlu pandang rendah atau tinggi.Semua manusia sama.Pangkat,harta,darjat tak menjamin kebahagiaan.Kebahagiaan yg hakiki adalah bersyukur dengan apa yang kita ada.Tak kisah la miskin ke kaya.Semua manusia sama, tak ada beza.Semua yang kita ada hanya pinjaman sementara. Jadi, mulai detik ini hapuskan pandang rendah dan terlebih kagum.Siapa kita untuk menilai manusia. Jadi, ubahlah sebelum terlambat.

Assalamualaikum.Bye2

Tiada ulasan: