Assalamualaikum semua.
Seperti biasa Huda menaip lagi untuk
entry kali ini.Hari ini Huda ingin kongsikan tentang bersyukur.
Huda perlu bersyukur yang Huda ada keluarga. Huda ingatkan
diri Huda untuk sentiasa mendoakan setiap ahli keluarga agar menjadi lebih
baik.Nak bahagia ,mesti kena banyak
berdoa.kan.
Huda tak ramai kawan.Tapi Huda perlu hargai kawan-kawan yang
masih ada disekeliling Huda.Huda ada dengar kat radio.Datuk Fadilah kamsah ada
kata,
“kalau kita nak anak kita baik,bijak.Kita kena sentiasa
berdoa untuk kawan-kawan dia.Sentiasa berdoa seperti ini.Ya Allah engkau perelokkanlah
akhlak kawan-kawan anakku,mudahkanlah mereka menerima ilmu dsb”-lebih kurang
la,manalah Huda tiru sebijik-sebijik
.
Jadi apa salah kiranya kalau kita berdoa untuk kawan-kawan
kita.Berdoa kebaikan untuk mereka kerana mereka yang meluangkan banyak masa
dengan kita berbanding ibu bapa.
Huda tak kaya tapi Huda perlu bersyukur.Yang paling penting
ialah kaya hati.Hati Huda tak kaya ok.
Kaya hati maksudnya hati yang sentiasa
mengingati penciptanya.Lebih kuranglah.Misalnya kita sentiasa
beristigfar/berzikir dalam apa jua keadaan sekalipun.Tengah tengok
tv,memasak,menulis pun boleh berzikir dalam hati.Tak rugikan kalau
berzikir.Malah tanpa sedar, kita dah dapat banyak pahala.Jadi bersama-samalah
kita membasahi lidah dengan berzikir.
Kita tak kaya.kita tak mewah.Kita hidup biasa-biasa
saja.Tapi hati sentiasa tenang.Tenang kerana sentiasa bersyukur dengan apa yang
kita ada.
Kita kena sentiasa programkan minda agar sentiasa positif
dan ceria.Hal ini kerana,apa yang kita tulis dan apa yang kita fikirkan adalah
matlamat.Yang paling berkesan ialah apa yang kita fikir.Jadi, programkan minda
anda.Berubah ke arah positif untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur.
Akhir sekali,Huda bersyukur Huda dapat hidup,makan,dan masih
bernyawa lagi.Itu semua nikmat. Nikmat tu bila-bila je boleh ditarik balik.Yang
masih boleh makan.Makanlah selagi berdaya.Tapi berhenti sebelum kenyang ya.Hehe.Yang masih hidup terutamanya Huda
perlu beryukur dengan mentaati perintahNya.
Okey, itu saja yang Huda ingin
kongsikan .Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan