Assalamualaikum.Hai.
Aku sangat rindu zaman belajar.Sampai sekarang aku rindu
dengan sekolah.Semuanya. Baju , kasut,kawan dan cikgu sekolah.Yang paling aku
ingat ialah cikgu.Aku tak nak padam memori aku. Aku nak ingat semuanya.
Ingat tak hari tu aku ada post entri part i. Boleh la baca :p
Ini kisah kedua. Dari cikgu yang sama. Aku ingat dia sebab dia
ni lain. Lain daripada cikgu-cikgu yang pernah ajar aku.
Kisahnya :
Cikgu susah nak senyum. Kalau mood dia
baik, alhamdulillah. Kalau tak memang naya la jawabnya.
Aku paling ingat sebelum dia kelas, aku rasa seronok sebab
kawan-kawan sekelas aku semuanya duduk tempat masing-masing,takde bersembang,
dan yang paling best mereka bukak buku teks.
Bila dia bagi nasihat,apa yang dia cakap semuanya betul.
“Kalau dengan cikgu pun kurang ajar, kalau dengan mak ayah
apatah lagi”
“Tak datang sekolah. Nak jadi apa.Nanti dah kerja kamu cuti
selalu memang kena marah dengan bos”
“Saya suruh masuk chess tak nak. Bila dah habis pertandingan,
baru kamu cakap kenapa tak bagitahu.Kalau bagi tahu awal-awal pun bukannya
masuk”
“Kalau pergi lawatan, baiknya dapat pengalaman. Buruknya
habis duit.Semua benda dalam hidup ni ada baik, ada buruknya”
Kalau
dalam kelas dia garang, kalau jumpa dalam bilik guru dia jadi biasa.^^ Bukan
dengan semua orang dia baik. Dengan orang tertentu je.
Kalau kome nak tahu semua orang takut dekat dia.Sampaikan
ada yang benci dia,gumpat dia.Sedih aku bila cikgu-cikgu aku diumpat.Hukhuk
Hari tu kan,masa hari guru kakak aku ada bagi kad dekat
dia. Aku dengan kakak aku datang sekolah je terus letak kad dekat bawah pintu
bilik dia .Ala-ala bagi surat cinta. <3 Yang paling mengejutkan, aku nampak
banyak kad dekat bawah pintu bilik dia. Mungkin untuk dia dan cikgu sorang lagi
yang memang duduk dalam bilik tu.
Bukan itu je. Sebelum aku nak blah dari situ baru aku perasan
ada beberapa keping kad yang cikgu soletep dekat pintu bilik dia. Yang paling
aku ingat,
“Cikgu terima kasih kerana ajar saya. Kalau cikgu tak ajar
saya,saya rasa saya tak jadi manusia sekarang ini”
Aku kenal penulis kad ini. Budak india yang namanya cina. Dia
budak kelas hujung.
Beberapa hari kemudian aku nampak
kad kakak aku. Dia tampal dekat dinding belakang meja dia.Huhu. Terharu aku.
Dalam berpuluh keping kad yang dia ada la ¾ kad yang dia tampal dekat
dinding. Dia rajin gak tampal kad hari guru yang dia terima dekat pintu bilik
dia. Tapi tak kekal lama.
Hari tu,masa form 5 takdak cikgu
sivik,pastu datang la seorang cikgu ganti. Dia masuk form 6 dekat STARS Ipoh. Lepas keluar result penuh STPM dia cerita
dekat kitaorang yang cikgu tu jumpa dia. Dia kata :
“Saya ingat dia sombong,rupanya dia
seorang yang professional.Best la dia”
Nampak.Best tak cikgu kesayangan
aku?
p/s : cikgu ni pernah ajar maksu dan
2 orang cikgu aku
Aku rasa itu je aku nak tulis.
Bai.Assalamualaikum
2 ulasan:
semua orang kalau boleh mesti nak kembali ke zaman sekolah kan..
selalunya cikgu yang garang, jarang senyum n suka bagi nasihat lah yg kita akan igt bila dah habis sekolah..heheh
wah... bertuah dapat cikgu macam tu :)
Catat Ulasan