Selamat pagi
Aku 'suka' bila tengok budak lower
six lalu lalang depan aku.*hakak marah nih… Dah la pakaian yang tak mengikut kriteria
tingkatan 6. Bukan itu sahaja, muka pun tak hormat langsung kami yang upper six
ni. Kalau tengok pakaian memang tak boleh dimaafkan sebab dah 3 minggu lebih
mereka masuk sekolah. Ice breaking semalam. :p
Tatacara pemakaian mereka yang
buat aku tersentak…tak da la tersentak cuma aku pula rasa bersalah.
Mereka pakai shawl. Ingat nak
pergi jejalan ke, kita sekolah dengan pelajar di aliran arus perdana.
sepatutnya ikut peraturan sekolah agar menjadi contoh kepada murid-murid lain.
Aku nampak seorang budak ni, pakai shawl sampai meleret ke bawah. Dia pin
tengah, sebelah kanan dia pin ke bahu dan biarkan sahaja sebegitu. Trend terkini
mungkin.
Sebelum ice breaking kami dengan
lower six wakil MPP dah bagitahu apa yang perlu dibaiki. *ice breaking tu macam
suai kenal dengan lower six, upper six ada buat bermacam-macam aktiviti. Apa
yang perlu dibaiki adalah,
pelajar lower 6 tidak dibenarkan merokok di
dalam tandas form 6, nanti konfem guru kanan tingkatan 6 akan ronda masa
kitaorang perhimpunan. Pelajar perempuan pula diorang dilarang memakai make up,
barang kemas, seluar slack ngan blouse(
pelajar melayu ) , dan shawl. Baju dan tudung yang dipakai haruslah warnanya
tak menyerlah dan takde batu/manik. Sebabnya, ramai guru akan complain pasal
budak form 6 yang lebih gojes dari cikgu-cikgu. Hehe.
Pasal shawl tu, aku rasa diorang
tak patut pakai. Sepatutnya pakai tudung bawal yang pin ke bawah tu je. Aku pakai
pin dari dalam sebab tak mau kasi nampak batu. Semua upper six pakai bawal. Nanti
masa dah mula semester mesti budak perempuan akan sibuk dan sure takde masa nak
bershawl kecuali mereka mahu bergaya sahaja di sekolah atau memang pandai
membahagikan masa.
Takyah bershawl, hakak tak galakkan. Nanti cikgu lelaki
terpikat kang! <Manade. Sebabnya nak lilit pun ambil masa, dari melilit
tudung tu ada faedahnya baca buku, baca al-quran ke sebelum pergi sekolah. Baru
ada keberkatan. Kan, kan.
Sebelum aku terlupa pengetua
sekolah aku hanya membenarkan pelajar form 6 pakai baju 3 kaler sahaja. Hanya
sekolah aku sahaja kah?
Bye. Assalamualaikum.
2 ulasan:
macam-macam fesyen bila tengok budak lower 6 masuk. ahhaa
entahlah. lower six kelihatan begitu bergaya, cun dan kachak sehingga aku rasa macam... what the, aku masuk sekolah model kah?
Catat Ulasan