Assalamualaikum semua.
Dah beberapa hari aku dalam kelas bila cikgu sedang mengajar
aku asyik teringat dengan cikgu kesayangan aku. Cara mereka mengajar, cara
mereka memadatkan waktu pembelajaran, cara mereka beri kerja sekolah dan cara
mereka memberi hukuman cukup membuat aku nak kembali ke alam persekolahan.
Jika anda pernah membaca entry cikgu kesayangan #1 dan #2
anda mesti tahu kronologi cikgu kesayangan yang aku sayangi.
Bila aku taip perkataan sayangi, aku teringat Fakhri,
“Assalamualaikum Cikgu Fatimah yang kami kasihi dan kami
sayangi sepenuh hati”, dia bagi ucapan selamat sebelum kelas bermula. Budak geo
memang macam-macam kerenahnya. Kami yang budak eko penuh dengan skema.
Hukhukhuk.
Masih cerita tentang seorang guru kesayangan aku. Paling aku
ingat semasa dia mengajar kami sekelas di menengah atas. Dua tahun yang penuh
suka duka.
Cikgu kesayangan aku sangat mementingkan masa. Dia kalau
murid masuk kelas lambat mesti dia akan tanya lepas murid tu masuk kelas. Bila
dia dalam perjalanan ke kelas dia nampak kami ada buat perbincangan atau
periksa baju masa perbarisan dia akan datang paksa kami masuk kelas untuk belajar.
Sikap dia agak tegas, sebab itulah kami jadi manusia yang semakin berdisiplin
skang ni. Muhaha
Bila kami tidak buat kerja sekolah, dia suruh siapkan masa
tu juga. Dan mesti rakan sekelas yang dah siap tugasan juga terkena tempiasnya.
Kami dinasihat benda yang agak logik. Dia kaitkan kerja sekolah yang tak siap
dengan kehidupan seharian.
Begitu juga dia menasihatkan kami sepanjang waktu subjek dia
tentang cabaran hidup. Itu pula semasa hujan, ramai rakan kelas tak datang.
Maka, wujudnya nasihat tentang disiplin waktu kerja jika kami bekerjaya kelak.
Masa satu atau dua masa dia meleteri kami perkara yang bermanfaat. Bila kawan
aku picit pen atau koyak-koyak lapik meja dia akan suruh kami berhenti dan
kawan yang lain akan memandang kawan yang kena tegur. Sangat malu apabila
diperhatikan sebegitu.
Kalau kami tak tahu, dia acah acah suruh tanya. Tapi kami
macam biasa ego, tak tahu tapi berlagak pandai. Dia lah satu-satunya guru yang
sangat memahami. Cara dia adalah dengan mengugut.
“Kalau kamu tak nak tanya, saya tanya kang”, kami pun dah
mula kesejukan.
Bermulalah seorang demi seorang rakan sekelas berdiri memberi
jawapan. Jawapan tak lengkap kena berdiri, yang betul dia macam bajet tak bagi
duduk. Inilah namanya cikgu yang sayang pelajar. Bila dah ada pelajar yang berjaya
duduk dia suruh pelajar yang berdiri ulang jawapan pelajar yang berjaya duduk
dengan selengkap-lengkapnya. Biasanya pelajar yang duduk itulah pelajar yang
terakhir ditanya oleh cikgu.
Kami dilarang membuka dan meyelak nota mahupun
buku semasa menjawab soalan yang diutarakan.Tak lengkap lenguh kepala lutut.
Hua hua huaa.
Tapi bila aku tak tahu apa-apa
di form 6, aku takut nak tanya. Cikgu macam dah anggap kami semua pandai. Tapi
sebenarnya kami hanya berlagak pandai dan malu nak tanya. Kan bagus ada cikgu
macam cikgu kesayangan.
Cikgu punya mood ikut baju, kalau baju merah naya je kami
semua. Mesti tak selamat hari tu.
Bila cikgu tanda buku, cikgu ada tulis A. Tulisan A tu aku
ingat dia nak kata aku punya buku cemerlang, tapi bila aku perasaan setiap kali
dia tanda buku memang dia tulis A. Rupanya itu tandatangan dia.
Cikgu juga tak sempat tanda buku kami, dia memang selalu
kutip buku setiap hari. Dan sebab itu la aku siapkan dulu kerja sekolah yang
dia bagi berbanding subjek lain.
Aku pula bila subjek dia, buku latihan dan nota aku tulis
cantik-cantik. Tapi tak pernah dia tulis kata-kata semangat.
Aku rasa dia nak kami ikhlas dalam membuat kerja sekolah,
bukan aci siap tiru kawan.
Bab tiru ni aku dah tulis dalam entry sebelum ini.
Cikgu kesayangan akan semak buku latihan lepas kami semua
dah hantar. Dia selak-selak semua buku kami selepas itu. Aku melihat dia dengan
penuh debar, lebih-lebih kawan-kawan aku yang buat kerja sekolah meniru orang.
Kena lah hukumanya. Dia tengok 2 buku yang sama jawapan, dia suruh 2 murid itu
berdiri dan bagi sebab. Sejak dari tu tabiat meniru dah berkurangan dari
kalangan 5Akaun. Untuk subjek tu saja lah.
Cikgu sebelum keluar kelas dia bagi kerja sekolah dan pesan
suruh siapkan kerja sekolah dengan sepenuh jiwa raga. Kadang kala dia suruh
cari maksud sesuatu konsep. Esoknya kena tanya, tanya, dan tanya sehingga kami
menulis jawapan untuk kertas SPM sebenar baru dia berhenti bertanya tentang
subjek yang dia ajar...lega semuanya sudah selesai.
Cikgu kesayangan aku ada aura. Sebelum dia masuk kelas kami
dah ketakutan. Baca buku selaju yang mungkin sebelum ditanya apa-apa. Kena bersedia,
jangan tangan kosong sahaja.
Bunyi tapak kasut dia pun boleh buat kami gerun. Dia dah datang,
semua tunduk pandang buku laju-laju. Bila cikgu datang, terdiam sekejap.
Bila cikgu lain masuk selepas kelas dia, cikgu baru masuk
kata :
“Kena marah lagi ke, muka masam je semua ?”
Kami hanya diam sebab dah tak berperasaan dan agak tergamam
dengan kata-kata cikgu kesayangan yang amat bernilai, dan kadang-kadang apa
yang dia cakap sangat terkena dengan kami. Jadi kami termalu sendiri. Hanya dia
satu-satunya cikgu yang mampu berbuat begitu kerana dia sangat sayangkan
murid-murid dia.
Cikgu kesayangan ada berpesan,
“ Kalau nak belajar, belajar sekurang-kurangnya sampai
ijazah, baru hidup terjamin”
Dia juga ada nasihatkan kami tentang isu semasa, adab dengan
ibu bapa dan adab mengemas kelas. Bila kelas kami kotor, sebelum mula kelas dia
suruh kami sapu sampah dan kutip sampah yang ada di dalam meja mahupun di atas
lantai. Katanya, baru selesa nak belajar. Ilmu pun senang nak masuk.
Biarpun kadang-kadang aku rasa nak marah dia *dalam hati lah,
tapi bila aku menginjak dewasa, baru aku sedar alangkah baiknya kalau aku masih
ada cikgu macam dia.
p/s : Maaf kerana ambil masa anda untuk membaca memori silam
aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan