Khamis, 5 Oktober 2017

Drama korea di tonton bulan 9


Assalamualaikum


Aku dah tengok 2 cerita korea bulan lepas.


1. Ruler : Master of the mask (40 episode)


Imej yang berkaitan


Watak-wataknya,

Yoo seung ho - Prince Lee Sun
Kim So Hyun - Han Ga Eun
L – Lee Sun
Yoon So Hee – Kim Hwa Gun


Cerita ni pasal zaman kerajaan  Joseon. Kisah sang maharaja yang pesangannya melahirkan seorang putera. Putera adalah anak kepada perempuan simpanan maharaja, sebab permaisuri tak boleh melahirkan anak. Permaisuri ni dia dengki dengan mak putera, sebab tu lah dia letak racun dalam air mandian bayi untuk mandikan putera yang baru lahir.


 Sebab kan air mandian tu menyebabkan putera yang masih bayi tidak berhenti menangis. Maharaja minta tolong kepada ketua kumpulan Pyunsoo, Dae Mok. Lepas tu, eloklah putera raja sampai lah dia dah besar panjang. Tapi dia kena pakai topeng sebab, dia kena lindungi diri supaya tak terkena penyakit lagi. Padahal dia kena racun.



News




 Kemudian bila dah besar dia jadi putera raja yang kacak tetapi ditakuti oleh rakyat jelata sebab pakai topeng. Dia sedih, sampaikan dia keluar istana dan jumpa jodoh dia, Ga Eun. 


Hasil carian imej untuk master of the mask




Kemudian  Lee Sun - L terpaksa berlakon jadi maharaja baru kerajaan Joseon. Kemudian …tengoklah sendiri. Tak best pulak aku cerita karang



Cerita ni serius lebih kurang Love in the moonlight. Tapi jalan cerita sahaja berbeza. Yang paling mengejutkan umur hero dan heroin dalam kedua-dua drama adalah sebaya. Entahlah, ada orang kata kedua-dua heroin ni memang saling bersaing di alam nyata.


Hasil carian imej untuk master of the mask


Dalam drama ni dia ada cerita pasal kumpulan Dae Mok yang cipta racun dan cipta ubatnya. Sebab tu lah kumpulan Punysoo ni kuat sebab kalo orang tak ikut dia, dalam 15 hari diorang akan meninggal sebab takde ubat.



Aku suka watak Hwa Gun, dia jatuh cinta dengan putera raja. Dia sanggup korbankan apa sahaja untuk jejaka idaman. Sampaikan atuk dia, Dae Mok tak sangka cucu dia lah pembelot kumpulan Pyunsoo. Yang saspennya, putera raja pun tak tau Hwa Gun yang selalu tolong dia ni cucu Dae Mok. 


Akhirnya, Hwa Gun bahagia. Dia memang jujur, dia kata ...



kalau awak bahagia saya pasti akan bahagia. Saya tak kisah kalau awak tak suka saya, asalkan saya dapat tengok awak bahagia, itulah saat yang paling indah buat saya.



Hasil carian imej untuk master of the mask


OST yang paling aku suka : Between seasons - Kim Yeon Ji



2. My Secret Romance (13 episode)


Hasil carian imej untuk my secret romance




Pelakon-pelakon,

Sung Hoon – Cha Jin Wook
Lee Yo Mi – Song Ji Eun


Cerita ni memang lawak. Kisah percintaan dua orang manusia. Kisah dia romantik gitu. Aku tengok je lah. Dah ada wifi laju ni, download saja. Yang bestnya ost cerita ni heroin yang nyanyi. Heroin ni ahli kumpulan Secret.  Bestkan dapat tengok diorang berlakon sambil dengar diorang nyanyi.




Imej yang berkaitan



Kalau nak tahu cerita ni pasal apa, kena lah tengok sendiri. Cerita ni romantik komedi. Sung Hoon memang hebatlah berlakon. Kacak dan mimik muka dia memang kelas! Dia ni atlet renang negara korea. Dia memang menunjukkan kebolehan dia dalam setiap drama. Dalam drama ni dia ada berenang, huyoo.. hebat uolls, inilah pertama kali aku tengok atlet/pelakon berenang dalam drama. Scene kat kolam renang yang aku takleh lupa.



Hasil carian imej untuk my secret romance





OST yang paling aku suka : Same - Song Ji Eun & Sung Hoon



Yang aku dapat simpulkan drama korea memang serius best. Tak sama lah dengan drama cliché kat tv sekarang. Cerita orang kaya kahwin dengan orang miskin. Takde cerita lain, semuanya sama. Ada watak ketiga yang balas dendam lah.




Kalau cerita korea dia cerita tentang kehidupan, pekerjaan, dan makanan diorang. Seronok tengok drama diorang kalau masa makan. Kemudian cameraman yang rakam setiap scene pasti cari tempat dekat korea yang cantik-cantik. Salah satu cara mereka menunjukkan kepada penonton keindahan negara korea.



Haha, ji eun tersadung. Lawaklah diorang ni.



Pelakon  sangat bersahaja, tidak melampau. Pelakon korea bila dah cakap sikit pun penonton dah cair. Mereka pun cakap straight forward, takdenya cakap berlapik-lapik. Dan akhir sekali yang aku perasaan, ost drama  diorang memang buat khas untuk setiap drama. Penyanyi ost memang orang yang sama tapi lagu diorang lain setiap drama.





Aku prefer tengok drama korea. Kalau nak tau drama korea best ke tidak tengoklah drama Descendent of The Sun. Ramai yang kata best! Song Jong Ki cakap je, semua kata sexy lah dia ni, hapa-hapa lagi lah.




Imej yang berkaitan


k bye

Tiada ulasan: