Isnin, 21 Mei 2018

Review novel Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan





Assalamualaikum


Dah 5 bulan berlalu aku baca pelukis jalanan. Terima kasih kepada Fatimah kawan sekelas masa di CELPAD yang sudi meminjamkan bukunya kepada aku. Arkitek jalanan pula aku pinjam dari housemate aku di UIA Pagoh, Ain Afiqah. Memang dari dulu aku teringin nak baca kesemua buku Teme memandangkan ramai yang memberi komen positif. So, here we go…




Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah

Mula-mula dulu ada orang cakap kat aku buku Teme best giler siot! Aku pun inkuiri nak tahu apa kenamanya si Teme ni. Jadi aku mula melihat instagram miliknya. Aku  tak boleh tahan ketawa lihat satu post berkaitan hari graduasi Teme. Dia tutup muka dengan buku Pelukis Jalanan. 


Pada hari yang dingin di dalam billik yang sejuk, classmate aku bercerita tentang Teme. Kemudian Afiqah kata,


“Awak kena ada buku dia sebab buku dia penuh dengan motivasi. Awak patut ada!”, aku sebenarnya lebih suka pinjam buku daripada beli.


Kemudian Fatimah kata,


“Tak pe Huda, nanti kita balik rumah kita bawak buku Pelukis Jalanan bagi awak pinjam”, Fatimah tak pernah tak sweet.


Pelukis Jalanan mengisahkan perjalanan hidup Teme Abdullah bermula dari kehidupannya di asasi sehingga belajar dalam bidang Architecture di UK. Di sana Teme terpaksa bertungkus lumus mencari kerja sampingan untuk membiayai kehidupannya kerana tidak memperoleh biasiswa. Kenapa buku ini diberi tajuk Pelukis Jalanan? Ada sebabnya. Nak tahu pengakhiran buku ini? Kenalah dapatkan ia di pasaran ataupun pinjam kat sesiapa macam aku. Hehe



Plot dalam buku ini sangat tersusun. Ada bahagian yang paling sedih membuatkan sesiapa sahaja menangis terutamanya yang berhati tisu.







Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah


Buku ini aku pinjam dekat Ain Afiqah, my lovely housemate. Sebelum ini kalau aku outing kat Muar aku tenung je buku ni kat Wetex Parade. Sekarang aku dah berjaya menghabiskan pembacaan.


Arkitek Jalanan mengisahkan tentang Teme Abdullah yang kehidupannya lebih maju dari Pelukis Jalanan. Kisah Teme di tahun akhir pengajian. Kisah cabaran dia dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir. Kenapa pulak nama buku kedua Teme ini berjudul Arkitek Jalanan? Ada lah sebabnya, jadi jangan melepaskan peluang untuk membaca buku ini. Insyallah anda akan dapat manfaatnya.



Buku ini bukan hanya menceritakan kisah hidup penulis tetapi juga berkisar tentang motivasi yang mampu menaikkan semangat belajar dalam kalangan pelajar. 

Petikan yang menarik dalam buku ini,


"Aku dah mula. Sama ada aku tamatkan dengan yang terbaik, atau aku langsung tak payah mula dahulu...", Teme

Alhamdulillah Teme dapat memgarang cerita yang santai dan menarik. Aku teringin nak baca kisah pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sebab aku nak tahu perjalanan kehidupan mereka di perantauan. Teme berjaya tulis kisah hidupnya walaupun dia mengubah sedikit jalan ceritanya agar tidak diketahui orang terdekat,


Insyallah aku akan baca 2 karya terbaru Teme bertajuk Impian Jalanan dan Empayar. Masih juga meminjam dari insan baik hati. Hee


Kenapa aku suka pinjam buku?

Sebab aku rasa pinjam lebih baik dan insyallah aku ada rezeki suatu hari nanti aku akan beli buku-buku yang memberi manfaat yang sewajarnya disimpan untuk dibaca oleh anak cucu ku kelak. 

Dan Teme sendiri pernah tulis kat insta story yang dia kata, 

"kepada yang terbeban nak beli buku aku korang pinjam dengan kawan pon takpe, sebab banyak benda lain yang korang patut laburkan daripada beli buku aku"


Apa  pandangan anda mengenai Teme Abdullah?

2 ulasan:

sabrinashekhahmad berkata...

pernah tengok teme dekat twitter. tapi tak sangka buku novel tu menceritakan tentang kisah hidup beliau sebenarnya. so inspiring!

Rahsia Hati Huda berkata...

@sabrinashekhahmad : iye sabrina, buku dia menceritakan kehidupan beliau yg diubah sedikit. Lepas baca buku dia memang memberi inspirasi :)