Jumaat, 6 Disember 2019

E-portfolio Usrah Budi 3



Assalamualaikum guyss


First of all I will introduce myself



My name is Nur Farah Huda Binti Basir. I am 22 years old.  I am major in Malay for International at IIUM campus Pagoh. I love to learned something new. I love pink colour maybe after I working at Super Cowboy i guess. Hehe. You can read here. I hope one fine day I will graduate on time and get work after my convocation. As we know, life is too short so that we should appreciate everything around us. Feel free to read my previous posts to get know me more. I hope you guys enjoy reading my blog.


Subhanallah, langit Pagoh so beautiful.


It's been a while since I updated this blog.

This semester, I took Usrah Budi 3 section 502 under Naqibah's sister Farah Shahirah.


What I gained throughout the Usrah Budi 3 class was that I was able to improve my communication skills. This is because during the class, Sister Farah will asked each of the students to comment on the topics discussed on a weekly basis. In addition, I have many friends from various majors as I am usually one class with only one major in compulsory subject matter.

Furthermore, Usrah Budi 3 also allowed each of the students to have leadership qualities as we are divided into two groups to organize two programs. Our team organized a successful explorace program on November 21, 2019. Through the program, we were able to foster a spirit of cooperation among the team members, be effective in managing unforeseen situations and each committee providing full cooperation to run the program. Below is a picture of Usrah Budi class 3,


On the first class, Kak Farah asked each of us to describe people who sat next to
 us and Aisa draw donut you know. I am speechless. Hehehe




This is on our 4th classes, we have presentation about haq and batil




Then, we need to make our own quotation and give to people around 
musolla or mahallah cafe 





Aisa give her quotation to Farahain.





Another group organize traditional and indoor games at musolla




They are playing Jutaria




Our group organize Explorace Hagung at B4




One of our checkpoint which is botol puaka





This is our Usrah Budi 3 Section 502 classmates but still not complete



I hope next semester I can take Usrah Budi 4 as the last Usrah Budi that offered in UIA. I hope that, this Usrah Budi not only learned in class, but also can be applied in our daily life. Thank you to our Naqibah, sister Farah Shahirah guiding us this semester. Actually, this is my first entry in english. Feel free to type a comment.  



This is IIUM Pagoh full with beautiful and fluffy sky. Masyallah :)


Insyallah we will see in next entry! Bye-bye 


Jumaat, 13 September 2019

Cuti sem sudah berlalu


Assalamualaikum kawan-kawan.






Sudah lama rasanya tak menaip di blog. Okey lah, sekarang baru seminggu aku daftar masuk UIA. Jadi masa yang terluang ni boleh lah aku kongsikan pengalaman semasa cuti semester. Cuti semester kali ni agak lama, lebih kurang 3 bulan. Lama pon terasa ekejap je dah habis cuti. padahal rasa macam semalam je baru balik rumah. HAHAHAHAHA.

Tanpa melengahkan masa lagi, meh aku ceritakan…

Balik rumah haritu masih bulan Ramadhan. Jadi aku duduk kat rumah sahaja. Selepas sehari kakak aku balik rumah lebih kurang selepas seminggu raya aidilfitri. Bos kecik suruh datang kerja. Jadi aku mula bekerja di kantin sekolah menengah sains.


First time inchi bos letak nama kat papan putih. Semorang excited.


Kerja nya macam kerja orang dapur. Sediakan makanan, susun makanan, susun minuman, basuh pinggan mangkuk, lap pinggan, basuh periuk dan lain-lain lagi. Kantin sekolah ini ada juga menyediakan perkhidmatan catering. Jadi, kalau ada catering aku join aje, tapi aku datang pukul 7 pagi. Pekerja tetap datang pukul 2 pagi sebab diorang dah biasa. Muhehehhe. Aku hanya kerja kantin selama sebulan sahaja. Alhamdulillah banyak aku dapat pengalaman kat situ. 



Oh ye, kalau nak kerja kantin ni kena ambil suntikan pengendali makanan. Boleh je nak suntik kat klinik awam atau swasta. Kalau nak cepat kat klinik swasta sebab kalau kat klinik awam kena tunggu orang ramai baru boleh suntik. Gituuu. Pastu, kena pergi kursus pengendalian makanan. Nanti lepas habis kursus dapat sijil. Jadi kena ada dua benda kalau korang nak kerja kantin. Suntikan dan kursus.




Geng membawang. Geng mak-mak.


Kat sekolah ni aku ada join larian, mcm tahu2 je aku nak kurus. HAHAHAHAHA.



Jika ada masa terluang pada hari sabtu ahad dan kalau aku tiada catering aku meniaga takoyaki. Aku berniaga di waterfront Bagan Datoh. Kerja ni dari pukul 4 pm – 10.30 pm.



 
Takoyaki panas-panas. Nyum nyum.


Kerja meniaga takoyaki lagi mudah sebenarnya dari kerja kantin sebab kerja takoyaki hanya memerlukan fokus semasa mengolek-golekkan takoyaki. Ahhh gitu. Di samping itu, aku kena sediakan bahan-bahan untuk memasak takoyaki dan memasak pada kelajuan maksima kerana customer nak cepat kan. Oh ya, takoyaki yang aku meniaga ni orang order baru aku buat. Cengitu.

Takoyaki ni aku tak bubuh bonito flakes lagi :)



First time aku berniaga kat pasar malam, biasanya aku niaga kat waterfront je.



Aku berhenti kerja kantin sebab nak ambil lessen kereta. Sebenarnya lama dah aku nak ambik lessen kereta, tapi baru ni berkesempatan. Sebelum ni aku ambik lessen motor semasa bekerja di Super Cowboy. Boleh klik sini kalau nak baca pengalaman aku bekerja di sana. Aku pakai ejen, ada orang yang hantar ambik tu. Alhamdulillah akhirnya aku lulus. Tapi tak berani lagi nak bawak.



Semoga aku berani bawak kereta pasni.



Selepas itu, aku duduk rumah. Menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih tinggal. Semasa aku di rumah, aku ada jugak pergi meluangkan masa pergi ke Teluk Senangin dan Kuala Woh.

Okey itu sahaja pengalaman yang aku perolehi sepanjang cuti semester 3 bulan. Kenangan bersama kawan-kawan kerja, ejen lesen dan pengalaman menjual takoyaki takkan dapat aku lupakan. Terima kasih untuk 3 bulan ini.


Selamat tinggal kantin! Banyak kenangan kita bersama. 


Ketemu lagi di lain entry. Bye2




Isnin, 8 April 2019

Program Mobiliti ke Malang Surabaya



Assalamualaikum semua





Pada cuti mid sem yang lepas, batch aku terpilih untuk menyertai program Jelajah Bahasa Telusuri Budaya ke Malang, Indonesia. Jangan tanya aku kenapa nama dia malang :)



Sebelum kami ke Malang, Indonesia. Kami perlu membuat persiapan dan menyediakan kelengkapan untuk menjalankan program di sana. Kami mengambil masa hampir sebulan lebih untuk merapikan segala proses kami dari pergi sehingga lah selamat pulang ke Malaysia terchenta. Macam jauh sangat je bunyinya. Hahahaha.






Kami seramai 26 orang pelajar yang terdiri daripada 24 orang pelakar jurusan MLCOM dan 2 orang pelajar jurusan ENCOM telah berlatih dikir barat setiap malam. Pada waktu latihan tersebut, kadang kala berlaku salah faham, arahan tidak sampai dan sebagainya. Namun, setelah mengharungi banyak latihan akhirnya berjaya juga dikir barat kami dan paling mengejutkan lecturer belanja kek semasa di Indonesia. Alhamdulillah.



Baiklah mari aku kongsikan program mobiliti ini selanjutnya.

Kami pergi ke Malang pada 19 Mac sehingga 24 Mac 2019

Kami diringi oleh 5 orang dosen (lecturer)




Tentatif program di Malang, Indonesia

19 Mac 2019    Bertolak ke KLIA (kitaorg bertolak jam 2 pagi)




Sambil menunggu di ruangan menunggu kita snap gmbar dulu





First dinner di Malang





20 Mac 2019    SMA 3 Malang, Indonesia


Pengepala sekolahnya bertudung hitam, sian amir tak nampak muka


21 Mac 2019    Panti Asuhan Muhammadiyah







Diorg ni asyik sebut upin ipin, suka bangat sik sama upin ipin




Jadi fasi untuk sukaneka, nama checkpoint kami peri-peri bahasa





22 Mac 2019    Universitas Brawijaya








Kami dilecture mengenai bahasa Indonesia




Semoga ketemu lagi teman-teman 





23 Mac 2019    Tour Kota Malang


Kampung warna warni Jodipan


24 Mac 2019    Pulang ke Malaysia (kitaorg bertolak jam 1 pagi)




Kami telah membawa Misi Al Kahfi oleh Yayasan Warisan Ummah Islam (YWUI)

Kalau nak baca lebih lanjut    <Boleh tekan link sini>

Alhamdulillah banyak yang kitaorg belajar sepanjang di sana.







Aku bersyukur jadi rakyat Malaysia sebab di Indonesia kehidupan mereka agak susah. Kalau nak pergi solat tu kadang2 takde tirai. Kalau ada tirai pon tak semua yang ada tirai dan tirai agak nipis. Jadi, aurat tu kena jaga sebaiknya supaya tidak dilihat oleh orang bukan mahram.



Kedai makan bakso ni agak popular, ramai artis Indonesia pernah makan kat sini.
 Bakso dia pun enak.





Makan-makan


Semoga ketemu lagi Indonesia. Alhamdulillah, akhirnya selamat pergi dan balik. Semoga kita bersyukur apa adanya di negara kita. Pengalaman di Indonesia akan ku kenang buat selama-lamanya... cewahhh. Terima kasih semua komiti, teman-teman satu batch. Kenangan yang sangat indah. 


Ketemu lagi di lain entry :)










Sabtu, 2 Mac 2019

Cuti sem sebulan

Assalamualaikum




Masa mula2 naik sem haritu kitaorang jogging 


Sudah lama tidak bersua. Sekarang dah masuk week 6 di UIA Pagoh. Jadi, aku curi sedikit masa untuk menaip entry ini.

Selama cuti sebulan, aku menjaga anak sedara yang baru saja bersunat kerana kakak sulung first time ada anak yang bersunat jadi mak aku yang menjaga sepanjang tempoh berpantang. Boleh lah main dengan diorang. Hehe



My love <3



Kemudian, kami pergi ke kenduri sepupu abah dan terus ke Pahang untuk menghantar anak buah kesayanganku pulang ke rumah mereka. Bila anak sedara tinggal di rumah aku suka masak-masak sebab diorg suka makan kek dan ice cream. Bila diorg dah balik ke Pahang aku seolah kehilangan dan hiba menyelubungi diri. Sebabnya. selama mereka duduk sekali dengan aku, aku selalu buli diorang dan diorang suka mengusik aku. Jadi bila diorang dah takde... rumah jadi sunyi. Aku takde dah adik. T__T



Sebenarnya aku study week masa duduk kat rumah selama 3 minggu. Jadi aku hanya study kat rumah. Bila sudah 3 minggu berlalu aku pulang ke UIA Pagoh untuk menempuhi exam Tilawah II. <Nak nota Tilawah boleh klik sini> Boleh dikatakan masa aku sampai UIA Pagoh tu, Blok B2 memang sunyi. Hanya aku sorang dalam bilik yang memuatkan 8 orang penghuni. Selama beberapa hari tersebut aku tinggal sebilik dengan Aqilah. Sempatlah mengulang kaji untuk tilawah II kerana balik awal. Takpe, balik awal pon okey. Insyallah tak jadi apa-apa sebab ada je orang tak balik dan tinggal dalam bilik seorang diri sepanjang study week.






Sempat lagi selfie sebelum masuk dewan exam







Kemudian, aku pulang ke Perak dan mencari kerja. Untuk pengetahuan semua,peluang pekerjaan di kawasan rumah aku tak berapa nak ada. Jadi, aku hanya berpeluang untuk bekerja di kantin sekolah. Actually aku pernah kerja kat kantin tu selama seminggu pada cuti semester yang lalu. Boleh klik di sini untuk baca. Aku kerja kantin selama 3 minggu. Mula-mula kerja orang ingat aku kak Farah (kembar aku). Hakikatnya aku orang yang berbeza. Tapi layankan aje. Diorang bukan tahu pon. Muhehehehe.





canteen mate <3



Aku kerja kantin waktu sekolah. Manakala pada hari sabtu dan ahad aku meniaga takoyaki citarasa asia di waterfornt Bagan Datoh, betul-betul berada di hadapan replika kapal di tepi sungai Perak. Replika kapal tu atas darat uollls. Hahaha.



Takoyaki Citarasa Asia, kalau nak jual takoyaki boleh search fb dan ig. Gambar ni aku ambik masa masakkan utk groupmate entrepreneurship sem lepas :) Sos takoyaki dah basi sebab lebih 2 minggu tak guna. So ada bonito flakes dgn kuewpie je, rasa dia tak jauh beza... tapi kalo ada sos lagi sedap!




Alhamdulillah, dapatlah sedikit duit belanja. Sebenarnya aku suka kerja time cuti sem, kalau ada masa waktu study pon aku nak kerja, sebab nak cari duit  dan nak cari pengalaman. Semoga aku dapat cari kerja part time yang menjamin masa depan dan boleh diletakkan di dalam resume seperti guru ganti. Doakan aku supaya dapat peluang itu dan berani untuk mohon di PPD.




 Untuk cuti sem yang akan datang aku harap dapat ambik lesen kereta ataupun mengambil short sem untuk mengurangkan credit hour masa long sem di samping memendekkan tempoh study. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Gituuu. Insyallah. Semoga yang membaca ni pun dapat memanfaatkan cuti sem atau cuti anda sebaiknya... wish you all the best!

Khamis, 10 Januari 2019

Mari belajar Tajwid dengan mudah



Assalamualaikum

Hari ni aku nak share nota mengenai tajwid memandangkan aku ambik Tilawah II sem ni. Pelajar UIA diwajibkan untuk ambil subjek tilawah jika tidak lepas ujian tilawah semasa taaruf week. Bila stress belajar subjek berat, masuk kelas tilawah rasa tenang. Jika kita faham tajwid, mudah untuk kita baca al-Quran dengan tartil.


















Setakat itu sahaja entry kali ini. All the best korang yang ambik exam Tilawah. Semoga bermanfaat!