Assalamualaikum semua
Sudah lama tidak bersua. Semoga korang sihat-sihat belaka. Hehe. Pada 7 Februari 2020 maka tamatlah cuti semester, maka masuklah pelajar-pelajar UIA Pagoh untuk semester 2, 2019/2020. Terasa sangat sekejap cuti walaupun sudah sebulan kami bercuti.
Sem lepas, aku telah bekerja selama sebulan lebih di Mosha. Sebenarnya, idea pembukaan Mosha ni diilhamkan oleh senior kerana di main campus, UIA Gombak pon ada jual Mosha.
Dalam jadual ni memang xde nama Huda. HAHAHAHA
Semasa cuti, aku hanya bekerja selama 13 hari. Masih setia dengan bos lama. Sebenarnya, bos dah tamat kontrak dengan kantin sekolah yang aku pernah kerja sebelum ni. Boleh klik sini kalau nak baca. Jadi aku bekerja dengan beliau di rumahnya kerana bos ada buat kantin kat belakang rumah. Pekerja kat situ yang tetap ada 3 orang jadi kalau termasuk aku gan kakak jadi 5 orang. Tapi aku memang dah inform bos aku nak kerja sekejap je dan beliau pon suruh masuk kerja pada 16 Januari 2020.
Pejam celik-pejam celik dah habis kerja. Selamat tinggal memori. Segala yang telah berlaku hanya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Zai Jian Mak iti, Kak jura, Nani he lao ban.
Sekarang sudah masuk week 2 kat UIA Pagoh. Bagi aku cuti semester kali ini sangat sekejap berbanding dengan cuti semester sebelum ini.
Semoga cuti-cuti semester yang akan datang aku dapat manfaatkan dengan lebih lagi. Korang kalau cuti buat apa? Hehe
13 ulasan:
rajinnya setiap kali cuti sem mesti kerja :D
Selamat masuk sem baru ^^
@mazni : Hehe. Saja kerja sbb nak cari duit poket & pengalaman :)
@ray : tenkiuu ray
heee you're welcome
Kalau cuti saya memang hobi mengemas rumah ^^' and then baca buku2 cerita yg dah lama tak dibaca sebab kononnya tak ada masa tu lol. Selamat kembali ^^
@amyzana : Oh yeke. Baguslah tu amy, masa tu dpt lah digunakan sebaiknya. Chaiyok!
Rajin ah kamu keke
Alhamdulillah, bagus la tu. Cuti sem dimanfaatkan sepenuhnya. Produktif sikit macam tu...jana pendapatan pon ye
Mekasih. Kekeke
Iye betol tu bed :)
Nadia ada buku teme ni, impian jalanan tapi dari start beli tak start baca lagi susah betul nak lapangkan diri untuk membaca :(
Oh yeke.. takpe, insyallah masa lapang itu akan tiba suatu hari nanti. :)
Catat Ulasan