Assalamualaikum
“Suatu tempat yang tidak asing bagi diriku. Melakukan
pekerjaan tanpa mengira masa. Jam di dinding masih berjalan. Aku masih di sana
ralit melakukan pekerjaan. Aku sedar musim covid-19, tidak perlu memilih kerja.
Peluang ini harus aku ambil kerana masih ada lagi orang lain yang tiada kerja.
Alhamdulillah, 24 hari yang sangat berharga. 24 hari yang akan aku ingati
sampai bila-bila.”
Pada cuti semester yang lalu, aku telah bekerja di kantin.
Seperti entry sebelum ini, aku pernah berkongsi pengalaman bekerja di kantin
semasa cuti semester. Boleh baca di sini,
Kisah satu
Long story short, aku bekerja dengan kakak di kantin.
Disebabkan musim covid-19, jadi tiada order masa tu. Jadi kak Jura dan mak Ity
pon cari kerja lain. Semasa kitaorang masih cuti semester, bos panggil kerja.
Bukan kantin sekolah tapi kantin di belakang rumah inchi bos. Kerja macam orang
kat dapur. Penyediaan makanan, bungkus makanan dan hantar makanan. Sapa yang
tak reti masak pon boleh kerja, latihan sebelum jadi isteri. Tiber :>
Okey, aku nak share mengenai suasana tempat
kerja, masa bekerja, rehat, jarak tempat kerja dari rumah, kelebihan kerja kat
kantin dan skop kerja.
1. Suasana tempat kerja sangat selesa. Ada kipas dan pengudaraan
yang baik.
2. Masa bekerja tak tentu, kadang-kadang jam 7 pagi, 4 pagi dan
kalau ada catering untuk kenduri kahwin…masanya tidak menentu.
3. Rehat pula hanya pada waktu makan dan solat sahaja. Tapi okey
la kerja macam kat dapur, kena kemas-kemas, potong-potong bahan untuk memasak
dan sebagainya.
4. Jarak tempat kerja dari rumah hanya 5 minit. Alhamdulillah
paling dekat dari pekerja lain.
5. Kelebihan kerja kat kantin, boleh stay kat homestay bos kalau
bos ajak dan pastinya esok tu kena masuk kerja sebelum subuh. Kelebihan yang kedua boleh makan makanan kat kantin. Jangan buat
bos makan hati dengan perangai kita sudah. Ekekeke. Kemudian, aku juga belajar cara lipat napkin. Satu jenis je tapi. Okey lah kan. Berjaya gak aku lipat napkin semasa emergency. HAHAHAHA. Sabar je lah.
6. Skop kerja kantin adalah potong-potong bahan-bahan untuk
dimasak, menghantar makanan, membasuh segala pinggan mangkuk yang telah
digunakan, mengelap meja, membasuh periuk nasi, menyapu, dan mengemop. Namun
begitu, kadang-kadang ada extra kerja yang kitaorang buat. Misalnya mengemas
dan membersihkan homestay. Kedua, membasuh, mengampai, melipat dan meletakkan
semula cadar, sarung bantal, napkin, lapik meja ke tempat asal. Ketiga
menghantar makanan lebih kat kantin di dapur rumah bos. Keempat, ambil
bahan-bahan memasak kat dapur bos kalau dia suruh ambil. Kelima, mengemop
bahagian depan rumah bos.
Cukuplah 3 minggu lebih aku bekerja di kantin. Mula-mula rasa
macam nak berhenti. Tapi disebabkan kerja ni bukan hari-hari maksudnya ada
banyak order baru kitaorang kerja. Okey lah kan. Nak berhenti kerja, esok dah
cuti. Jadi boleh relax sekejap. Berulang perkara yang sama sehingga nak masuk
sem semula. Nikmatnya masa lapang dengan
waktu rehat kalau bekerja. Jadi, hargainya masa itu kerana ada yang bersengkang
mata untuk mencari sesuap nasi. Sedangkan ada orang yang tertipu dengan nikmat
dunia macam main telefon duapulohempatjam. Hahahaha, aku pon sama je.
Okey, itu sahaja entry kali ini. Korang buat apa kat rumah?
6 ulasan:
rajin huda buat kerja2 dapur camni. kalau saya tk minat sgt kerja kitchen sbb penatt hahaha
tpi bagusnya boleh up skill2 masak :p
Mazni Munawar : Hehe.. best2. Tapi huda tolong sediakan bahan2 je. Boleh la penat sikit. Betul tu dpt tingkatkan skill di dapur. Ah gitchuu.
kantin homestay ke? ingatkan kantin sekolah. ahaha
Hanamiko sakura : Sebelum ni bos sy ada kontrak gan kantin sekolah. Pastu kontrak dah habis. Pastu dia buat kantin kat blkng rumah, sbb kadang2 ada org order mknn delivery utk jamuan dsb. Boleh baca entry sebelum2 ni sy ada kerja di kantin sekolah :)
wish u goodluck n happy working :)
m al fazi : Thank you :)
Catat Ulasan