Hai semua, assalamualaikum
Semalam aku baru sahaja habis menonton satu Chinese drama.
Rasanya dah lama tak buat review. Sekarang aku lebih berminat menonton Chinese drama
berbanding Korean drama.
Baiklah, aku akan teruskan review Drama Go Ahead.
Go Ahead mengisahkan tiga orang adik beradik lain mak,
lain ayah. Tapi mereka hidup bahagia sebagai satu keluarga. Saling menyokong
antara satu sama lain dan tolong menolong tatkala seorang dari mereka mengalami
kesusahan atau sedang bersedih.
Watak utama dalam drama ni ada 3 orang iaitu,
Li Jian Jian – Seven Tan
Ling xiao – Song Wei Long
Macam mana diorang boleh
jadi 3 beradik?
Baiklah, Li Jian Jian
tinggal bersama ayahnya, Li Haichao di sebuah apartment atau flat, entah la. Hahaha. Kemudian, ada sebuah
keluarga polis iaitu Ling He Ping bersama isterinya, Chen Ting dan anaknya Ling
xiao pindah atas rumah Jian Jian. Nak dipendekkan cerita Chen Ting meninggalkan
suami dan anaknya atas sebab-sebab tertentu. Ketika Ling xiao duduk di tangga,
dia diajak oleh Jian Jian dan Li Haichao untuk makan bersama hampir setiap
hari.
He ZiQiu pula hadir dalam
hidup Li Haichao apabila ibu ZiQiu, He Mei meninggalkan ZiQiu bersama neneknya.
Disebabkan nenek ZiQiu bukan orang senang jadi dia mengabaikan pendidikan cucunya itu. Maka Li Haichao dengan ikhlas ingin menyara ZiQiu tanpa mengharapkan apa-apa
balasan. Sebenarnya, Li Haichao seorang duda dan dijodohkan dengan ibu He ZiQiu
iaitu He Mei oleh jiran bernama mak cik Qian. Tetapi He Mei tidak mahu
berkahwin lagi. Dia ada pendirian sendiri dan terus membawa diri ke Shen Zhen untuk bekerja di sana.
Maka Jian Jian dapat
abang secara express. Dengan itu, Jian Jian seorang lah perempuan dalam keluarga
itu. Jadi, ketiga-tiga anak itu tiada kasih sayang dari seorang ibu. Tapi
mereka tetap teruskan hidup seperti biasa, sehingga lah ketika kedua-dua abangnya habis sekolah
menengah. Ling xiao terpaksa melanjutkan pelajaran ke Singapura kerana ingin
menjaga ibunya walaupun ibunya pernah meninggalkannya sewaktu kecil. ZiQiu pula
sambung belajar ke UK kerana dia sedar keluarganya itu tidak mampu untuk
membiayai pelajarannya. Jadi dia ambil keputusan untuk tinggal bersama ayah
kandungnya, Zhao Hua Guang.
Setelah 9 tahun berlalu, Ling
xiao dan ZiQiu pulang ke rumah. Kepulangan mereka semestinya dinanti oleh
kedua-dua bapa, Ling pa dan Li pa. Tapi Jian Jian berasa akward kerana sudah 9
tahun tidak ketemu. Tetapi Jian Jian masih menganggap kedua-dua abang angkatnya
itu sebagai abang kandungnya. Kemudian konflik berlaku apabila Chen Ting
datang untuk menghantui hidup Ling Xiao. Ibu ZiQiu, He Mei pula menemui Li Haichao
untuk memulangkan wang yang dipinjam suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Jian Jian
ada dua orang sahabat iaitu Qi Ming Yue dan Tang can. Kedua-duanya mempunyai
ibu yang tidak memahami.
Watak yang paling aku
suka adalah Li Haichao, dia seorang ayah yang penyayang, ikhlas dan bertanggungjawab.
Dia ni kesian, asyik kena pergi blind date je sebab jiran-jiran risau sebab dia
menduda terlalu lama. Li Haichao pandai memasak, dia dah jadi ibu dalam keluarga
kecil diorang. Li Haichao juga ada kedai mi. Dengan menjual mi lah dia menyara
Jian Jian, Ling Xiao dan ZiQiu.
Cerita ni nampak real
walaupun hanya sekadar lakonan. Sememangnya wujud ibu yang macam ni. Nakkan
yang terbaik untuk anak-anak tetapi kadang-kadang berlebihan, membuatkan
anak-anak rasa tertekan. Dalam drama ni ada 4 ibu yang berbeza sikap. Kalau korang nak tahu apa sikap 4 ibu ini, korang kena tengok sendiri. Memang best, kisah ini tentang kehidupan & kasih sayang antara ahli keluarga tanpa hubungan darah.
Kita tengok pula kepada tajuk,
Go Ahead. Mula-mula aku tak tahu kenapa tajuk dia macam ni, asal lagu opening
dia sedih giler. Lepas dah tengok beberapa episode baru lah aku tahu, ni kisah
sedih rupanya. Tapi… ada je scene kelakar, yang buat korang tak kering gusi. Aku suka scene Jian Jian, Qi Ming
Yue dan Tang Can, bagaimana diorang boleh berkawan masa di sekolah menengah
sehinggalah menjadi housemate.
Ini pertama kali aku
tengok drama Seven Tan. Ada sorang kawan aku ni, Fatimah dia cakap citer ni
best. Aku pun try tengok memandangkan ada Song Wei Long gan Steven Zhang. Dan
bila dah tengok, takleh berhenti. Best dan very recommended! Series weyh aku tak skip langsung.
Episode yang buat bergenang air mata:
1. Ep 5 (birthdy ziqiu, throwback Li Hai Chao ambil Zi Qiu kat kampung, ziqiu kena sindir dgn makcik2 kat kedai mi)
2. Ep 11 (Li Jian Jian sedih kedua2 abangnya pergi sambung bljr, tengok langit ada kapal terbang, naik bas sorang2)
3. Ep 23 (Zi Qiu teringat masa dia kecik, dia kena ejek dgn kawan2, "He Zi Qiu penumpang")
4. Ep 33 (Zi Qiu teringat masa kecik jalan tepi sungai, antara kenangan terindah bersama ibunya, He Mei)
5. Ep 40 (Chen Ting baca blog jian jian tulis mengenai anaknya, Ling Xiao)
Kalau sapa2 yang suka drama genre sedih & pasal keluarga sangat recommended utk tonton drama ni.
Aku bagi 9/10 untuk drama ini. Terima kasih kerana berjaya buat aku menangis seawal episode 1 dan 2. Hampir setiap episode aku menangis tau. T_T
Okey, itu sahaja untuk entry kali ini.
Bye2, asslamualaikum <3
4 ulasan:
comel pelakon kanak-kanak dia. nampak menarik juga jalan ceritanya :) ♕Tiara Sapphire♕
Tiara Sapphire : Haah 3 pelakon kanak2 tu comel sangat. Lagi2 Jian Jian. Tiara try lah tengok, sangat menarik citer ni
sememangnya terbaik citer ni. Sebagai seorang anak dan ibu, drama ni banyak bagi kita satu sudut pandangan baru daripada menjadi tipikal asian mom. ^^
aienienka : kan, cerita ni bnyk nasihat tentang kehidupan. Saling hormat & sayang antara satu sama lain tanpa ada hubungan darah.
Catat Ulasan