Assalamualaikum semua. Sihat ke?
Hari ini hari kedua kuarantin di IIUM Pagoh. Disebabkan harini takde kelas, aku terpanggil untuk buat satu review drama favourite aku. Drama ni dah ditayangkan tahun lepas dan aku suka sangat drama ni. Sebenarnya aku dah lama tengok drama ni, dari haritu lagi nak tulis kat blog. Harini baru ada mood nak tulis. Muhehehe. Best ke drama ni? Chinese drama best ke? yes, chinese drama best. Tahun 2020 banyak sangat Chinese Drama yang best-best keluar. Sampai aku tak tahu nak tengok yang mana satu. Orite kita kembali kepada review drama. Okey, drama apa tuuuu?
Tajuk drama ni The Romance of Tiger and Rose.
Jumlah episode: 24 episode
Genre: Time travel, romantic comedy, wuxia drama
Terbitan: Tecent Video (boleh tengok drama ni di apps Wetv)
Tayangan: 18 Mei 2020 - 1 Jun 2020
Sebelum itu, mari kita lihat siapa watak utama yang membintangi drama ini:
Ding Yuxi sebagai Han Shuo
Zhou Zi Xin sebagai Chen Chu Chu (Puteri Kedua)
Seng Ying Hao sebagai Pei Heng (Jodoh tak jadi Chen Qian Qian)
Zhao Xin sebagai Chen Yuan Yuan (Puteri Pertama)
Patrick Quan sebagai Su Mu (Crush Chen Yuan Yuan)
Chen Ming Hao sebagai Su Zi Ying
Wu Yi Jia sebagai Zi Rui (Pembantu Chen Qian Qian)
Liu Shu Yuan sebagai Bai Ji (Pembantu Han Shuo)
Drama The romance tiger and rose mengisahkan tentang seorang penulis skrip bernama Chen Xiao Qian. Dia berusaha menyakinkan seorang pelakon lelaki yg dia dah aim utk jadi watak utama dalam skrip yang dia sedang siapkan. Namun lelaki itu bertanya banyak soalan. Jadi, Xiao Qian pun pulang ke rumah tanpa mendapat persetujuan dari pelakon han untuk membintangi drama tulisannya. Dia pon menyambung lagi sedikit skripnya yang masih berbaki.
Kemudian, Chen Xiao Chen berusaha menulis skrip sehingga habis selama berberapa hari tanpa tidur. Setelah dia menaip perkataan tamat, dia tertidur kepenatan. Apabila membuka mata, Chen Xiao Chen berasa sangat pelik. Di manakah dia sedang berada? Sekeliling biliknya sungguh asing. Dia tiba-tiba terfikir, semua ini ditulis di dalam skripnya.
Maka, Chen Xiao Qian menjadi puteri ketiga kerajaan Hua Yuan yang bernama Chen Qian Qian. Chen Qian Qian seorang yg sangat berani, jujur, ikhlas dan sangat berpendirian tegas. Segala apa yg dia ingin lakukan, dia akan lakukan dengan terbaik sehingga ibunya tidak dapat berbuat apa-apa. Chen Qian Qian meminta untuk dikahwinkan dengan Han Shuo, Putera kerajaan Xuanhu.
Sebenarnya, pemilik kota Hua Yuan(ibu Chen Qian Qian) ingin mengahwinkan Han Shuo dengan Puteri Kedua. Namun, tindakan puteri ketiga ni telah menguburkan hasrat ibunya itu. Disebabkan Chen Qian Qian telah masuk ke dalam drama tulisannya sendiri, segala plot sudah dia ketahui. Namun, cerita yg ditulis telah berubah sedikit plotnya kerana sepatutnya dalam episode 3 drama itu... Puteri ketiga telah mati diracun oleh Han Shuo.
Tetapi, Puteri Ketiga berjaya menyelamatkan dirinya daripada diracun. Oleh itu dia kekal menjadi watak dalam cerita tersebut. Kita beralih kepada tunang puteri ketiga iaitu Pei Heng. Pei Heng sebenarnya sangat menyukai puteri ketiga tetapi lantaran sikap puteri ketiga yang berani, tak tahu malu dan suka makan sahaja jadi dia tidak mengakui rasa cinta kepada Chen Qian Qian. Dalam senyap dia cemburu kepada Han Shuo.
Pada awal cerita Han Shuo tidak menyukai Chen Qian Qian. Dia bersetuju untuk berkahwin dengan Puteri dari Kerajaan Hua Yuan kerana kepentingan peribadi. Tetapi disebabkan ketulusan Chen Qian Qian menyelamatkan dia daripada dibunuh kerana minum air tulang naga iaitu warisan turun temurun diraja Hua Yuan, dia mula jatuh cinta terhadap isterinya itu. Kenapa puteri ketiga nak menyelamatkan Han Shuo? Kerana kalau han shuo mati, cerita yang dia tulis takkan berakhir.
Dalam pada masa yang sama, Chen Qian Qian memanggil 3 orang penulis terkenal di Kota Hua Yuan untuk meminta pendapat mereka berkenaan skrip yang dia tulis. Bagi tidak nampak obvious, Chen Qian Qian menggambarkan semua watak dengan buah-buahan iaitu,
- Pisang - Han Shuo
- Oren - Chen Qian Qian
- Apple - Chen Chu Chu
- Peach - Pei Heng
- Ceri - Su Zi Ying
Korang rasa dapat tak Chen Xiao Qian keluar dari skrip yang dia tulis? Kalau korang nak tahu kisah selanjutnya, apa yang terjadi kepada Puteri Pertama, Puteri Kedua, Puteri Ketiga, Han Shuo, Pei Heng? Korang kena tengok drama ni. I highly recommended. Drama ni dah confirm untuk ada season 2, dikhabarkan Zhao lusi tidak dapat menjadi heroin sebab jadualnya yang penuh. Sedihnya :(
Rating: 9/10
Apa yang aku suka dekat drama ni adalah penulis skrip berjaya menonjolkan bombastik di permulaan cerita. Lakonan Zhao Lusi dan Ding Yuxi sememangnya beyond expectation. Selain itu, drama ini juga mengetengahkan konsep gender inequality di mana wanita tarafnya tinggi, lelaki tarafnya rendah di Kota Hua Yuan. Namun sebaliknya bagi Kota Xuanhu. Gender inequality yang diketengahkan nampak menarik kerana kita dapat lihat bagaimana kaum wanita bila memimpin. Nampaklah konsep feminisme yang ditonjolkan dalam drama ni.
Pemilihan pelakon yang sesuai juga menjadikan drama ini best. Plot yang ditulis rapi dan kita tak boleh expect apa akan jadi next episode. Sebenarnya aku lebih prefer drama historical/wuxia sebab dapat lihat istana, pakaian, makanan, budaya dan pemandangan yang sangat indah. Terasa hidup di zaman dahulu kala yang sangat tenang.
Dalam interview, Zhao Lusi share yang dia pergi interview untuk memegang watak Chen Qian Qian ni. 5 orang yang diinterview, tetapi hanya dia sorang yang berjaya. Dan Zhao Lusi sendiri cakap dia tak expect langsung drama ni akan famous. Buat pengetahuan semua, Zhao Lusi selalu berlakon dalam drama time travel seperti Oh My Emperor, Love Better Than Immorality dan sebagainya. Jadi, lakonan dalam drama ini lebih baik. Bahkan semasa ditayangkan drama ini, Zhao Lusi ada satu lagi drama iaitu Love for Thousands Years tetapi tidak sepopular The Romance of Tiger and Rose. Daripada The Romance of Tiger and Rose juga, Zhao Lusi terkenal dan menjadi duta untuk beberapa produk.
Okey, itu sahaja entry kali ini. Berjumpa lagi di lain entry! Assalamualaikum.
4 ulasan:
Tak pernah layan cdrama sebab syok dengan kdrama je hehehe tapi next time boleh la layan cdrama ni pulak 😂
@Atiqah Najihah: oh yeke, dulu sy minat kdrama. Tapi skrg beralih arah ke cdrama. Tapi ada tengok kdrama sikit2. Ada jugak cdrama yg remake kpd kdrama mcm scarlet heart ryeo, mr Queen dll.
lama tak tengok citer cina. herlokk muka pelakon :p
@Mazni Munawar: ihik, nnti mazni try lah tengok sekali. Hehe
Catat Ulasan