Memaparkan catatan dengan label IIUM Pagoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IIUM Pagoh. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2022

37th IIUM Convocation Ceremony 2022

 Hi guys & Assalamualaikum




Harini aku nak share pengalaman menghadiri majlis konvokesyen IIUM kali ke-37 sesi ke-12. Untuk pengetahuan semua, disebabkan PKP konvokesyen IIUM diadakan 3 kali dalam setahun iaitu pada bulan 3, bulan 8 dan bulan 11.


Jadi, konvokesyen aku telah diadakan pada 18 Ogos 2022 (Khamis). Tak sangka, dah konvo. Rasa macam semalam pergi daftar masuk UIA. Rasa macam semalam kenal dengan kawan-kawan kat Pagoh. Betul lah kan, masa berjalan begitu pantas. 


Baiklah tanpa membuang masa aku nak cerita sedikit berkenaan majlis konvokesyen tersebut.

Aku bertolak ke Gombak pada 17.8.2022 (Rabu) dengan menaiki ETS Tapah. 




8.50 am ETS Tapah

11.00 am KL Sentral

11.50 am UIA Gombak


Sesampai di KL Sentral aku gan kakak singgah kejap di NU Sentral untuk beli kasut konvo, singgah watson, beli pretzal & boost. Takde lah kejap nak dekat sejam jugak ehehehe



Pastu ummi tolong ambil kitaorg dan terus menuju ke IIUM Gombak untuk ambil robe, mortar board, multimedia card. Semasa ambil robe, aku terserempak dengan Nadia roomate masa di Pagoh. Kitaorg pergi solat makan di student mall dan bergambar di CELPAD.


Kitaorg balik jam 6.30 pm dan sampai di hotel lebih kurang jam 7 pm. Malam tu kitaorang keluar gan Tiara ke Melawati Mall bersama Hanis.



18.8.2022 (Convocation day!)

Aku asyik terjaga je. Pastu solat subuh dah gerak ke IIUM pada 8.40 am untuk sesi photoshoot bersama kawan-kawan seramai 8 orang (Mira, Ummi, Qiha, Nisa, Farhah, Diba, Fahmi, Huda)



Kitaorg mula photoshoot pada 11 am sehingga hampir jam 1 pm. Kemudian, family aku dah sampai di CAC Hall. Abang aku ambil di CELPAD dan sampai CAC Hall pada 1.30 pm, lama kan sebab jalan jammed teroks.




Aku bergambar kejap kat luar CAC Hall dan selepas itu aku masuk ke dewan CAC Hall. Bila masuk tu, teringat time TaWe dulu. Tak sangka dah konvo, dah dewasa, dah masuk alam pekerjaan.


Majlis bermula jam 2.30 pm dan berakhir pada jam 5 pm. 



Tentatif

2.30 sesi penyampaian scroll 

3.30 Nyanyian daripada Citra IIUM ( Ayah dan ibu & laskar pelangi)

4.00 Ucapan


Lepas keluar CAC Hall, aku bergambar di padang depan dewan bersama family dan kawan-kawan. Terasa sedih sebab tak berpeluang bergambar dengan semua kawan-kawan. Entah bila kita akan ketemu lagi. Mungkin time korang kahwin nanti ehehe.




Bila mendengar selawat burdah dialunkan terasa sayu di hati. Siapa sangka, aku berjaya menimba ilmu di IIUM. 


Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mama abah, adik beradik, keluarga, kawan-kawan, pensyarah, kakak naqibah, dan lain-lain kerana sentiasa bersama sepanjang menuntut ilmu di IIUM tercinta. Tanpa kalian semua, saya mungkin tidak dapat sampai ke tahap ini.


Kepada kawan-kawan, all the best for your future, I happy if u happy. No matter what, all memories we create together in IIUM I will never forget. Thank you IIUM give me chance to study here & meet kind people. May Allah bless all of you.



Assalamualaikum <3




Khamis, 8 Julai 2021

Selamat Tinggal IIUM Pagoh

 

Assalamualaikum semua.


Kembali lagi dalam entry kali ini.


Tidak tahu kapan kita ketemu lagi



“Awan di Pagoh sangat cantik. Pasti akan dirindui semua di bawahnya. Keindahan alam ciptaan tuhan tiada tolok bandingnya. Namun, aku terlupa waktu sangat pantas berlalu sehinggalah aku sedar detik ini merupakan kali terakhir aku belajar di sini”.



Kuliyyah, last pergi dengan Nis



Harini aku nak cerita sedikit tentang pengalaman menghabiskan sebanyak 3 tahun lebih belajar di IIUM Pagoh. Sebenarnya kan, aku hanya tinggal intern dan insyallah aku akan habiskan perjalanan degree ini. Aku akan bahagikan kepada dua bahagian iaitu perubahan di IIUM Pagoh dan hari-hari terakhir berada di Pagoh.


1. Perubahan IIUM Pagoh


Awan Pagoh sungguh indah


Sejak pertama kali melangkah kaki ke IIUM Pagoh, aku begitu tertarik dengan keindahan awan dan pokok-pokok yang berada di sana. Sepanjang 3 tahun lebih belajar di Pagoh terdapat beberapa perubahan yang aku lihat dan mungkin akan berlaku kemajuan suatu hari nanti. Baiklah, aku akan senaraikan beberapa kemudahan yang sudah tersedia di IIUM Pagoh,


  • Sudah ada aircond di surau mahallah.

Bye surau, di sinilah tempat meeting, discussion, usrah, program etc.



  • Kerusi di kafe mahallah juga sudah ditukar dengan yang baru.

Bumbu Kito & Woobi kita jumpa lagi


  • Ada mesin sukida di kafe untuk isi air.
  • Terdapat penapis air cuckoo di pantry surau.
  • Wifi sudah dipasang di beberapa buah bilik berbanding sebelum ini wifi hanya tersedia di kafe dan surau mahallah selain di kampus.
  • Ada pagar kecil di belakang kafe iaitu jalan shortcut untuk ke dobi atau 7E. Namun begitu, pagar kecil tersebut jarang dibuka dan ada timingnya.
  • Peralatan sukan yang boleh dipinjam dengan MRC Sport seperti tali skipping, bola, ping pong dan sebagainya.
  • Terdapat swimming pool bagi kelas swimming & ada padang archery di Edu Hub Pagoh.


Padang archery, berangin walaupun terik



Jom jogging, bakar lemak yang degil tu T-T



  • Ada kolam ikan di tepi Kafe mahallah. Pak cik Kafe Bumbu Kito dan beberapa pelajar IIUM suka memberi roti kepada ikan.

Kolam ikan mahallah Zaid. Jangan lupa bawa roti ya.


Alhamdulillah sekarang sudah ada sedikit kemajuan setelah hampir 4 tahun IIUM Pagoh dibuka. Tahniah kepada semua pelajar yang akan menimba ilmu di sini. Nikmatilah moment moment anda di sini kerana waktu study merupakan hal yang indah dalam hidup kita. Semoga suatu hari nanti kita boleh belajar secara fizikal dan anda dapat pulang ke kampus.

 


2. Hari-hari terakhir di Pagoh


Bilik terakhir yang didiami sepanjang tinggal di mahallah Zaid Harithah


Semester lepas aku pulang ke mahallah untuk menggunakan wifi. Pelajar UIA Pagoh yang pulang ke mahallah perlu kuarantin selama 10 hari di B4. Kemudian kami mendaftar bilik di B1 bagi semester ini. Jika entry sebelum ini aku pernah share pengalaman ERTL di rumah dan ERTL di IIUM Pagoh (boleh klik kalau nak baca) iaitu sewaktu 2 semester lepas. Pada ketika itu, hanya beberapa pelajar sahaja yang pulang ke kampus. Namun, kali ini ramai pelajar yang mengambil keputusan untuk belajar di mahallah. Aliah kata pelajar yang pulang ke kampus ini adalah insan yang tersakiti di rumah. Hehehe. Pastinya ada sebab-sebab tertentu siapa tahu.



Tanda arah blok Kuarantin



Perkara yang menarik sekali adalah aku sebilik dengan orang yang sudah kenal tapi belum pernah sebilik. Jadi, ini merupakan pengalaman baru yang sangat menarik. Aku sebilik dengan Atin, Nis, Mek, Sanah, Piya dan Mira z. Terlalu banyak perkara yang kami luangkan bersama. Antaranya,


  • Riadah waktu petang (jogging, badminton, bola tampar, workout, blurpees)


Parking depan B1, tempat exercise


  • Sambut Birthday (Hanya Anis dan aku sahaja yang tak sambut sebab belum sampai masanya)
  • Memasak bersama (Sebenarnya takleh memasak tapi sebab kitaorg tak boleh keluar & pihak IIUM pon ada sedekahkan beras, telur & minyak)



Butir nangko masak bersama mek Klate




Di mahallah juga ada pokok kedondong, belimbing dan juga pelam



  • Makan sama-sama (menu sedap yang dimasak oleh rakan-rakan)
  • Makan luar (Tapi tak pernah sebilik sbb mek selalu tak join)
  • Solat Jemaah (masa bulan puasa)

Semua perkara ini menjadikan aku lebih aktif betul berbanding semester-semester lepas. Kami juga berpeluang menyambut ramadan dan pertama kali beraya di bumi Pagoh. Walaupun agak sedih tak beraya di rumah tapi pengalaman beraya di Pagoh takkan dapat dilupakan.



Pemandangan ketika kuarantin


Kadang-kadang kita takkan tahu bila kita akan bertemu lagi dengan mereka. Mereka yang sentiasa menghiburkan hati di kala sunyi. Menjadi penyeri setiap hari walau badai menimpa. Mereka sentiasa berada di sisi. Kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam hati. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan dengan insan yang sangat baik, positif dan penuh inspirasi. Setiap orang akan datang dan pergi dalam hidup kita. Tapi takkan pernah ada yang sama. Jadi, hargailah setiap orang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana kita takkan pernah tahu bila kali terakhir kita akan berjumpa dengan mereka. 


Akan merindui bangunan ini, penuh kenangan dan misteri.



Aku sangat terkesan dengan kata-kata mek,


“Balik ke Pagoh satu rezeki buat mek, sebilik dengan korang satu rezeki buat mek, masuk uia pon satu rezeki buat mek dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup mek adalah satu rezeki buat mek”.



Tempat berteduh sepanjang belajar di Pagoh




Hanya tinggal kenangan



Kala ini aku rasa sangat sedih kerana aku takkan tahu bila lagi kesempatan untuk bertemu dengan rakan-rakan sepanjang degree. Harapnya semua MLCOM batch 8 berjaya di mana jua kalian berada. Terima kasih batchmate, housemate, compartment mate dan kawan-kawan. Jasa baik anda saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Sedih mahupun gembira akan menjadi ingatan buat selamanya.


 Terima kasih IIUM Pagoh, ada rezeki kita berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Jumaat, 22 Januari 2021

Study

 Assalamualaikum


Comel je mak buatkan, hehe thank you mak!




Berikut merupakan memori semasa study. Harap entry yang ditulis dapat mengenang kenangan lalu yang tak mungkin berulang kembali. Ahgitu.


1. Busy and hate copycat

2. Dunia seorang pelajar

3. Sukan Terakhir

4. Periksa

5. Keputusan SPM Huda

6. Dapat pergi UKCG

7. Huda pergi UKCG?

8. Aku dapat matrikulasi Perlis

9. Seminggu di Tingkatan enam

10. Jawapan pelik

11. Tak sangka jadi begini

12. Pertandingan netball peringkat Daerah Hilir Perak

13. Cikgu Kesayangan #1

14. Cikgu Kesayangan #2

15. Cikgu Kesayangan #3

16. Kerja kursus in progress

17. Budak eco in the class

18. Sem 2 sudah berlalu

19. Budak lower six

20. Kerja kursus in the progress

21. Mencari maklumat ekonomi

22. Tadarus al-Quran, Iftar, Qiam

23. Jamuan Raya

24. Keputusan MUET sesi Julai 

25. Majlis Graduasi Pra-Universiti Kali ke-9 Sesi 2015/2016

26. Kelebihan Tingkatan 6

27. Semester 3 sudah berakhir merangkap hari terakhir di Tingkatan 6

28. I am coming... IIUM!

29. Satu semester di CELPAD

30. Maka berakhirlah tahun pertama di UIA Pagoh terchenta

31. Mari belajar tajwid dengan mudah

32. Program Mobiliti ke Malang Surabaya

33. E-portfolio Usrah Budi 3

34. ERTL di rumah vs IIUM Pagoh

35. Selamat Tinggal IIUM Pagoh



Tak sangka lepas dah senaraikan, rupanya banyak entry pasal study. Hehehe. Bila baca entry dulo-dulo lahai, nampak sangat tak matangnya. Semoga kenangan belajar ini menjadi salah satu memori indah dalam hidupku. Bertemu dengan seseorang yang baru di setiap tingkat pembelajaran dan akhirnya terpisah membawa haluan masing-masing. Semoga kawan-kawan di luar sana sentiasa berjaya di mana jua kalian berada.


Selamat tinggal!

Ahad, 20 September 2020

ERTL di rumah vs IIUM Pagoh


Assalamualaikum. Hi everyone!




Classmate



Terasa bersawang blog ini. Cuti sem belum habis lagi. Waktu yang terluang ini, aku ingin kongsikan pengalaman semasa ERTL. Pihak IIUM melakukan kelas percubaan sebelum ERTL yang sebenar. Hal ini demikian untuk memastikan capaian internet memuaskan, keselesaan belajar jarak jauh dan dikelilingi dengan persekitaran yang baik. Jika mempunyai sebarang masalah, pelajar dibenarkan untuk pulang ke mahallah atas alasan yang munasabah. Aku hanya berpeluang menghadiri kelas selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku pulang ke IIUM Pagoh tercinta.  Baiklah, aku akan teruskan kepada point utama. Ghghghghghghgh…


  

Masa ni hujan renyai-renyai





1. Makanan

ERTL di rumah seperti biasa makanan tersedia. Boleh memasak segala benda yang nak makan. Menarik bukan?

ERTL di IIUM Pagoh. Setiap hari aku melihat menu bumbu kito kat status wasep mak cik kafe. Beli atau tak? Termasuklah group wasep Edu Hub Pagoh. Pelbagai makanan delivery yang sangat menyelerakan. Sapa yang tak kuat iman jangan buka phone, nanti terbeli semua. Ghghghghghgh. Tipu jer.

“Fatin mau makan apa harini?”

 

Hanya satu makanan yang dibuat sendiri





2. Pengangkutan

ERTL di rumah tak perlu keluar ke mana-mana. Disebabkan time tu PKP jadi elok kiranya meluangkan masa di rumah sahaja dengan menghadiri kelas. Namun, jauh di sudut hati aku ingin keluar dari terperuk di rumah ini. Tapi, ada baiknya duduk di rumah yedok?

ERTL di IIUM Pagoh

Aku melihat awan, sangat cantik ciptaan tuhan.

“Fatin… cantikkan?”

“Terima kasih!”

“…awan yang cantik”.  :<







Semasa di IIUM Pagoh aku hanya keluar 3X sahaja. Sekali pergi ke Pagoh jaya, membeli barang-barang keperluan di Speedmart dan melencong terus ke Panchor menikmati makanan di restoren Haji Masjuki.







Kali kedua dan ketiga pergi ke 7 Eleven bersebelahan Mahallah. Kali pertama aku dan Fatin menikmati mee segera di sana. Sungguh enak, terkenang memori semasa bekerja di Pasar raya. Kali kedua pergi ke 7 Eleven hanya membeli dan terus pulang kerana ada polis melepak di situ. Cheese.

 







3. Kemudahan internet

ERTL di rumah memerlukan aku membeli data yang banyak untuk menampung kelas yang agak banyak. Setiap pengorbanan orang berbeza.

ERTL di IIUM Pagoh aku hanya menggunakan kemudahan wifi yang tersedia. Boleh menonton drama pada waktu lapang lagi. Ghghghgh

 


Cantikkan awan Pagoh




4. Kos sara hidup

ERTL di rumah tidak memerlukan kos. Makanan dan kelengkapan tersedia. Cukup semuanya.

ERTL di IIUM Pagoh terikat dengan pembelian makanan yang enak-enak belaka serta kelengkapan lain termasuklah pembelian barang secara online. Percaya atau tidak, menu yang disediakan oleh mak cik kafe berbeza dengan menu yang dijual semasa semester biasa. Mungkin meraikan kami yang kesepian merindui makanan ibu?




Semasa di IIUM Pagoh, ada beberapa perkara yang aku suka lakukan misalnya melakukan senaman ringan di compartment kosong (bilik Aisyah), yang ni kadang-kadang bila ada mood. Ghghghgh. Kedua, menukar menu hampir setiap hari supaya dapat menaikan nafsu makan. Memikirkan menu untuk esok menjadi kebiasaan aku dan Fatin. Melihat telefon, scroll menu, bertanya mau kah? Kalau tak setuju cari menu yang digemari. Perkara itu berulang kembali setiap hari. Pasti aku sangat rindui.







Aku tidak pasti adakah kelas online akan berulang kembali. Namun, detik ini harus aku hargai. Menghitung hari demi hari, bila agaknya kelas atas talian akan berakhir? Aku tidak pasti.








Terdapat perkara misteri di Mahallah yang telah aku gan Fatin alami. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Yeayy!







Aku akui, Pagoh sungguh sepi. Hanya awan yang berarak di atas sana. Kemudian pergi menjauh sedikit demi sedikit. Aku sangat bersetuju bila pelajar UIA Pagoh memuji awan Pagoh yang sangat indah. Uwu





Ayuh pulang!






Bye bilik





No more level 4






Oh iye, aku ada buat video sepanjang ERTL di IIUM Pagoh. Tetapi hanya memuatkan beberapa scene sahaja. Cukup untuk dijadikan memori sampai bila-bila. <<<Klik sini>>> atau lihat di bawah,


 


Kelas online korang macam mana?