Assalamualaikum korang. Stay safe at home.
Musim PKP ni asyik duk rumah saja. Masing-masing cuba mengisi
masa lapang. Ada yang memasak, try macam-macam menu di medsoc. Ada yang membaca
buku kegemaran dan tak lupa juga ada yang suka menonton drama. Aku letuww, Hewhew.
Baiklah, harini aku nak share satu lagi Chinese drama
bertajuk Crush. Drama ini diadaptasi daripada novel bertajuk I love you very much karya Mu Fu Sheng. Drama ni ada 24 episod.
Drama Crush baru je habis tayang minggu lepas. Aku baru
habis tengok semalam. Sebenarnyakan aku suka drama yang sedih-sedih sikit.
Mari kita lihat siapa pelakonnya.
Drama Crush menceritakan
seorang gadis bernama Sang Wu Yan iaitu pelajar tahun akhir bidang psikologi. Dia
sangat menyukai lagu yang ditulis oleh Yi Jin, iaitu seorang penulis lirik yang
misteri. Suatu hari, Wu Yan duduk di kerusi di tepi tasik. Dia mendengar lagu
kesukaannya di earphone. Dia sedang asyik menyanyi dengan suara yang sumbang.
Setelah habis menyanyi baru dia perasan ada seorang lelaki di kerusi sebelah. Dia
melihat lelaki itu yang sangat kacak di pandangan matanya. Dia telah jatuh
cinta kepada lelaki itu. Setelah beberapa minit, dia terus melarikan diri.
Wu yan perlu menjalani
praktikal dan dia memilih sekolah orang kelainan upaya. Di sanalah dia bertemu
dengan seorang lelaki yang cacat penglihatan (buta) bernama Su Nian Qin iaitu lelaki yang sama dia jumpa di tepi tasik. Su
Nian Qin seorang guru ganti di sekolah tersebut. Wu Yan berasa sangat gembira
kerana berada di tempat kerja yang sama dengan crushnya itu. Su Nian Qin seorang
yang berbakat dalam bermain piano walaupun dia mengalami masalah penglihatan.
Wu Yan sering kali mengintai Nian Qin bermain piano di bilik music.
Suatu hari Wu Yan mendengar lagu baru Yi Jin, dan dia menyedari bahawa dia sememangnya pernah dengar lagu itu sebelum ini. Dia meneka Su Nian Qin dan Yi Jin adalah orang yang sama. Setelah itu, Wu Yan terus bertanya kepada Nian Qin adakah dia ialah Yi Jin. Nian Qin hanya berdiam diri.
Nian Qin perasan yang Wu Yan suka kat dia.
Dia terus tanya awak suka kat saya ke? Wu Yan terus mengaku. Nian Qin berdiam
diri kerana dia sedar akan kelemahan dirinya yang tidak boleh melihat dan
masalah keluarganya. Wu Yan tidak kisah akan hal itu dan terus mendekatinya. Segala
cara dilakukan untuk pikat crushnya itu.
Kemudian, dipendekkan
cerita Nian Qin dan Wu Yan bercinta. Namun ibu Wu Yan tidak setuju dengan
hubungan mereka. Lebih-lebih lagi Nian Qin tak boleh melihat. Disebabkan itu,
ibu Wu Yan tidak pernah memberitahu tentang keadaan ayahnya yang sedang kritikal.
Namun, Wu Yan tahu melalui pak ciknya. Wu Yan dan Nian Qin putuskan hubungan.
3 tahun sudah berlalu, Wu
Yan menyambung pelajaran master sambil kerja part time di station radio. Manakala,
Su Nian Qin pula sudah menjalani pembedahan mata dan kini sudah boleh melihat.
Dia mengambil alih syarikat kerana kesihatan ayahnya yang sakit. Kedua-duanya
masih single. Setiap malam, Nian Qin akan mendengar siaran radio yang
dikendalikan oleh Wu yan dan sentiasa membawa MP3 pemberian Wu Yan ke mana-mana sahaja. Wu Yan juga masih mencintai lelaki
itu. Adakah mereka akan bertemu kembali?
Rating:9/10
Drama ni best sebab
lakonan Wan Peng happy go lucky macam drama my girlfriend is an alien. Walaupun
Evan Lin pertama kali berlakon, tapi sungguh berbakat. Chemistry tu ada. Hehew.
Selain tu, Evan Lin ada nyanyikan dua lagu untuk ost. Satu duet dengan Wan
Peng, satu lagi solo. Jalan cerita menarik, laju dan pelakon semua hebat
berlakon walaupun aku tak pernah tengok diorang berlakon sebelum ni. Dalam drama
ni juga, banyak lagu dimainkan seperti lagu Yi Jin yang dimainkan di radio,
lagu semasa karoke dan sebagainya. Ada satu lagu lama, 13 tahun lepas dimainkan
dalam drama ini. Aku suka lagu tu. Tajuknya, stars in the rain nyanyian Jin HaiShin.
Itu sahaja untuk review
hari ini. Zai Jian!
2 ulasan:
waaaaa..bes jugak ehh chinese drama..sbb belum lagi terjebak Chinese drama..
Macam comel cerita dia :)
Catat Ulasan