Ahad, 7 Ogos 2022

Pengecualian bayaran balik PTPTN

 Assalamualaikum dan hai semua!







Lama dah tak menaip di sini. Alhamdulillah aku dah graduate dari UIA bulan Oktober tahun 2021. Sungguh cepat masa berlalu dan kini aku sudah bekerja. Mencari pengalaman di alam pekerjaan dan semoga dapat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Hehe 


Insyallah aku akan konvo UIA kali ke-37 di UIA Gombak pada minggu hadapan. Aku bersyukur selama hampir 4 tahun menimba ilmu di Pagoh aku telah berjaya dapat PTPTN secara percuma dengan beberapa syarat tertentu. Aku hanya ingin berkongsi rahsia dan pengalaman yang mungkin berguna kepada peminjam PTPTN yang masih belajar.







Baiklah aku teruskan ye, hehe rasa kekok pula bila lama tak menaip. Hehehe


1. Mula-mula kita perlu daftar untuk membuat pinjaman PTPTN semasa tahun pertama pengajian. Jumlah pinjaman PTPTN yang diterima adalah mengikut kos dan pendapatan ibu bapa. 


2. Semasa dalam pengajian macam biasa kita perlu belajar rajin-rajin dan lebih baik kiranya dapat deanlist setiap sem. Sebenarnya aku takdelah dekan setiap sem. Cuma rezeki kan, PTPTN perlu dapat CGPA untuk first class semasa akhir pengajian baru boleh dapat pengecualian bayaran balik PTPTN. CGPA untuk first class degree berbeza tau mengikut kos dan universiti.


Alhamdulillah aku tak sangka boleh dapat first class even rasa mcm ngam ngam je CGPA yang aku dapat.





3. Kemudian, lepas habis intern atau dah habis semua sem baru buka laman web pengecualian bayaran balik PTPTN dan try mohon. 


Isi permohonan seperti yang diminta, upload beberapa dokumen yang perlu disahkan oleh main campus dan tekan submit. Tunggu dalam beberapa bulan dan boleh check sama ada permohonan berjaya ataupun perlu pengesahan dokumen lagi sekali.


Untuk kes aku, aku lebih satu sem sebab celpad kat UIA Gombak jadi kena bayar untuk satu sem yang lebih tu. Kalau terkurang satu sem, maksudnya habis pengajian awal pun kena bayar jugak. Kira kena ngam ngam la tempoh pengajian ikut surat perjanjian PTPTN tu.


Setelah berborak dengan kawan-kawan, seseorang yang tidak bayar PTPTN akan memberi effect kepada ahli keluarga. Contoh, Ali tak bayar PTPTN bila dia ada anak, anak dia tak dapat pinjaman PTPTN. Maksudnya, Ali kena settelkan bayaran pinjaman PTPTN. Walau macam mana sekalipun, hutang tetap perlu dibayar.


Oh ye, pengecualian bayaran balik PTPTN ni hanya untuk pengajian ijazah sarjana muda/degree sahaja ye. PTPTN juga tak beri pinjaman semasa short sem. Pinjam PTPTN yang bertindih dengan biasiswa/pinjaman lain juga kena bayar tau. 


Kepada yang sedang membayar hutang PTPTN good job, teruskan perjuangan anda. Insyallah tak lama lagi habis lah membayar tu. 


Terima kasih PTPTN kerana banyak membantu dalam pengajian saya semasa di UIA.


Itu sahaja perkongsian untuk kali ini, kalau nak tanya apa-apa boleh komen di bawah ye. Assalamualaikum.

 

2 ulasan:

NaSa berkata...

Alhamdulillah tahniah berjaya dapat pengecualian bayar balik PTPTN tu. saya pun baru habis. now tengah tunggu konvo utk dapatkan semua sijil tu pastu baru akan mohon pengecualian jugak

Rahsia Hati Huda berkata...

Terima kasih. Oh yeke, good job NaSa, semoga berjaya!