Ahad, 20 September 2020

ERTL di rumah vs IIUM Pagoh


Assalamualaikum. Hi everyone!




Classmate



Terasa bersawang blog ini. Cuti sem belum habis lagi. Waktu yang terluang ini, aku ingin kongsikan pengalaman semasa ERTL. Pihak IIUM melakukan kelas percubaan sebelum ERTL yang sebenar. Hal ini demikian untuk memastikan capaian internet memuaskan, keselesaan belajar jarak jauh dan dikelilingi dengan persekitaran yang baik. Jika mempunyai sebarang masalah, pelajar dibenarkan untuk pulang ke mahallah atas alasan yang munasabah. Aku hanya berpeluang menghadiri kelas selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku pulang ke IIUM Pagoh tercinta.  Baiklah, aku akan teruskan kepada point utama. Ghghghghghghgh…


  

Masa ni hujan renyai-renyai





1. Makanan

ERTL di rumah seperti biasa makanan tersedia. Boleh memasak segala benda yang nak makan. Menarik bukan?

ERTL di IIUM Pagoh. Setiap hari aku melihat menu bumbu kito kat status wasep mak cik kafe. Beli atau tak? Termasuklah group wasep Edu Hub Pagoh. Pelbagai makanan delivery yang sangat menyelerakan. Sapa yang tak kuat iman jangan buka phone, nanti terbeli semua. Ghghghghghgh. Tipu jer.

“Fatin mau makan apa harini?”

 

Hanya satu makanan yang dibuat sendiri





2. Pengangkutan

ERTL di rumah tak perlu keluar ke mana-mana. Disebabkan time tu PKP jadi elok kiranya meluangkan masa di rumah sahaja dengan menghadiri kelas. Namun, jauh di sudut hati aku ingin keluar dari terperuk di rumah ini. Tapi, ada baiknya duduk di rumah yedok?

ERTL di IIUM Pagoh

Aku melihat awan, sangat cantik ciptaan tuhan.

“Fatin… cantikkan?”

“Terima kasih!”

“…awan yang cantik”.  :<







Semasa di IIUM Pagoh aku hanya keluar 3X sahaja. Sekali pergi ke Pagoh jaya, membeli barang-barang keperluan di Speedmart dan melencong terus ke Panchor menikmati makanan di restoren Haji Masjuki.







Kali kedua dan ketiga pergi ke 7 Eleven bersebelahan Mahallah. Kali pertama aku dan Fatin menikmati mee segera di sana. Sungguh enak, terkenang memori semasa bekerja di Pasar raya. Kali kedua pergi ke 7 Eleven hanya membeli dan terus pulang kerana ada polis melepak di situ. Cheese.

 







3. Kemudahan internet

ERTL di rumah memerlukan aku membeli data yang banyak untuk menampung kelas yang agak banyak. Setiap pengorbanan orang berbeza.

ERTL di IIUM Pagoh aku hanya menggunakan kemudahan wifi yang tersedia. Boleh menonton drama pada waktu lapang lagi. Ghghghgh

 


Cantikkan awan Pagoh




4. Kos sara hidup

ERTL di rumah tidak memerlukan kos. Makanan dan kelengkapan tersedia. Cukup semuanya.

ERTL di IIUM Pagoh terikat dengan pembelian makanan yang enak-enak belaka serta kelengkapan lain termasuklah pembelian barang secara online. Percaya atau tidak, menu yang disediakan oleh mak cik kafe berbeza dengan menu yang dijual semasa semester biasa. Mungkin meraikan kami yang kesepian merindui makanan ibu?




Semasa di IIUM Pagoh, ada beberapa perkara yang aku suka lakukan misalnya melakukan senaman ringan di compartment kosong (bilik Aisyah), yang ni kadang-kadang bila ada mood. Ghghghgh. Kedua, menukar menu hampir setiap hari supaya dapat menaikan nafsu makan. Memikirkan menu untuk esok menjadi kebiasaan aku dan Fatin. Melihat telefon, scroll menu, bertanya mau kah? Kalau tak setuju cari menu yang digemari. Perkara itu berulang kembali setiap hari. Pasti aku sangat rindui.







Aku tidak pasti adakah kelas online akan berulang kembali. Namun, detik ini harus aku hargai. Menghitung hari demi hari, bila agaknya kelas atas talian akan berakhir? Aku tidak pasti.








Terdapat perkara misteri di Mahallah yang telah aku gan Fatin alami. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Yeayy!







Aku akui, Pagoh sungguh sepi. Hanya awan yang berarak di atas sana. Kemudian pergi menjauh sedikit demi sedikit. Aku sangat bersetuju bila pelajar UIA Pagoh memuji awan Pagoh yang sangat indah. Uwu





Ayuh pulang!






Bye bilik





No more level 4






Oh iye, aku ada buat video sepanjang ERTL di IIUM Pagoh. Tetapi hanya memuatkan beberapa scene sahaja. Cukup untuk dijadikan memori sampai bila-bila. <<<Klik sini>>> atau lihat di bawah,


 


Kelas online korang macam mana?

Review Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo


Assalamualaikum dan hai semua



Related image



Harini saya nak review tentang satu drama jepun yg bertajuk love last forever. Drama ini adalah drama live action iaitu adaptasi daripada manga Maki Enjoji yg bertajuk Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo. Drama ini diarahkan oleh kenta tanaka, ada 10 episode biasa dan 10 episode special. Episode biasa ada dlm 45 minit manakala episode special ada dlm 15 minit. Drama ini mula ditayangkan pada 10 Januari tahun ini. Genre drama ini adalah romantic medical. Drama ini dilakonkan oleh Mone Kamishraishi dan Takeru Satoh sebagai watak utama.


Koi wa Tsuzuku yo Doko made mo (manga) - Anime News Network


Love lasts forever mengisahkan tentang Sakura Nanase iaitu Mone Kamishraishi dan Kairi Tendo iaitu Takeru Satoh. Sakura Nanase menyukai Kairi Tendo iaitu seorang doktor sehinggakan dia belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang nurse kemudian bekerja di hospital yg sama dengan Kairi Tendo. Sakura berusaha mengejar pujaan hatinya itu. Dalam cerita ni apa yg saya suka adalah :



1. Sikap


Iaitu janganlah kita mudah berputus asa. Dekat dlm citer ni ada satu scene yg sakura ni dia baru kerja kat hospital tu. Kemudian dia kena marah dengan pesakit tu sbb salah ambik darah. Disbbkn itu sakura trauma nak ambik darah pesakit. Nasib baiklah Kairi Tendo tolong dia dan sakura berusaha bersungguh-sungguh utk kuatkan semangat dia. Semoga dia boleh buat benda tu walaupun dia takut.


2. Pandorama dan budaya org Jepun


Contohnya di Kagoshima, Osaka dan Tokyo di mana tempat penggambaran drama tersebut. Pemandangan yg cantik. Budaya jepun ditonjolkan melalui makanan seperti cream croquet, ramen, onigiri, sake,  japanese sweet buns dan takoyaki. Manakala budaya jepun turut ditonjolkan dlm pakaian di mana watak kakak kairi tendo memakai kimono.


3. Semangat kerjasama


Terdapat pesakit yg melarikan diri daripada wad kerana tidak tahan tekanan. Pesakit tersebut tertekan kerana tidak dpt keluar dari hospital dan berniat utk bunuh diri. Jadi doktor dah nurse bertungkus lumus cari pesakit ni. Akhirnya sakura berjaya menyelamatkan pesakit tersebut.


4. Kita jgn bersangka buruk dengan orang


Contohnya pesakit yang marah Sakura tu, dia tak nak duduk kat hospital. Dia selalu marah isteri dia tapi sebenarnya dia nak keluar dari hospital sbb dia tak nak susahkan isteri dia lagi kerana isteri dia yg cari duit utk keluarga mereka.


Istimewanya drama ini adalah ada bbrp scene yg diubah dari manga berdasarkan perbincangan antara pengarah dan pelakon utama sendiri. Scene yg diubah sangat menarik minat penonton. Kalau nak tahu scene apa yg mereka ubah. Korang kena tengok drama ni.




Sebagai kesimpulannya, kita mestilah bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yg kita lakukan dan walaupun nampak mustahil tapi sebenarnya bila kita berusaha kita pasti akan berjaya.



Okey, saya nak awak semua tonton drama ini sbb memang terbaik dan banyak pengajaran. Cerita ni merangkul 5 anugerah pada tahun ini.


104th Drama Academy Award

Best Drama — Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo / Love Lasts Forever (Koitsuzu)
Best Actress — Kamishiraishi Mone / drama Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo
Best Supporting Actor — Sato Takeru / drama Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo
Best Supporting Actress — Karina / drama Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo
Best Drama theme song — I LOVE…from Officialé«­ç”·dism / drama Koi wa Tsuzuku yo Dokomademo




Apa yg saya dpt simpulkan adalah cinta pertama tak semestinya cinta sejati. Saya bagi 9/10 bintang. Plot yang menarik, lakonan dari hati dan ost yang best! Itu sahaja perkongsian dari saya utk harini. Bye2.


Anda boleh tengok versi video di sini. <<<Klik sini>>>

Sabtu, 2 Mei 2020

Review buku penulisan Teme Abdullah




Assalamualaikum dan salam PKP semuanya



Pagi yang indah ini, aku ingin membuat review 4 buah novel nuklian Teme Abdullah. Siapa kenal Teme angkat tangan! Hikhik. Empat buah novel ini telah dibeli oleh kakak aku. Dia sangat meminati penulisan Teme. Begitu juga dengan aku. Disebabkan aku tidak membeli buku Teme, jadi aku hanya meminjam dari kakakku.


Empat buah buku yang aku perkatakan tadi adalah ;

1. Impian Jalanan

2. Signature Jalanan

3. Empayar

4. Empayar 2








Keempat-empat novel ini sememangnya menjadi impian aku untuk membacanya. Sebelum ini aku pernah buat review buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Boleh klik di sini untuk membaca review tersebut.


Kita terus kepada agenda utama,



1. Impian Jalanan





Impian Jalanan menceritakan tentang Iskandar seorang murid sekolah rendah tahun satu. Budak kecik ini sangat minat melukis dan suka berangan. Iskandar mempunyai seorang kakak yang bijak. Iskandar atau nama gelarannya Ikiy mempunyai sedikit masalah pada otot matanya yang menyukarkan dia untuk mengenal simbol. Jadinya, Iskandar terpaksa memakai cermin mata sewal usia 5 tahun. Impian jalanan juga menampilkan watak Arif dan Teacher Jayanti. 


Kisah dalam buku ini memberi inspirasi kerana kegigihan Iskandar menunjukkan bakat melukisnya melalui pertandingan melukis poster dan lukisan di mural sekolah. Cerita ini mempunyai dua babak. Babak pertama kisah Ikiy semasa zaman sekolah rendahnya dan babak kedua kisah Iskandar yang sudah dewasa bersama sahabatnya, Ahmad. Apa yang terjadi kepada Ikiy yang dulu? Sudah berjayakah dia apabila sudah dewasa? Jadi, korang kena lah baca buku ini kerana plot penceritaan yang digarap rapi dan penuh saspen.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

Aku perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you’re happy with yourself.



Buku ini aku baca semasa cuti sem, tapi tak ingat cuti sem yang mana. Penulisan novel ini sangat menarik, penggunaan ayat yang mudah difahami dan mesej pengarang berjaya disampaikan kepada pembaca. Buku ini adalah adik kepada Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan.



2. Signature Jalanan







Buku ini menceritakan kisah seorang Ben yang berusia 17 tahun. Ben memasuki sekolah berasrama penuh semasa tingkatan 4. Ben seorang yang sangat aktif kokurikulum dan juga kurikulum. Ben seorang yang sangat meminati subjek Sejarah manakala, sahabatnya Oki memiliki kelebihan dalam subjek Matematik Tambahan. Joe merupakan sahabat sekelas Ben, dia seorang yang agak lemah dalam subjek matematik tambahan dan beberapa subjek lain. Alif  pula seorang pelajar yang mempunyai masalah kewangan. Zack merupakan pengerusi BADAR yang juga merupakan seorang pelajar aliran agama. Penceritaan yang digambarkan oleh Teme ringkas dan santai namun banyak pengajaran yang kita boleh perolehi. Jika sesiapa yang merindukan zaman sekolah menengah, anda disarankan untuk membaca buku ini. Pilihan yang sangat tepat!



Ayat yang aku suka dalam buku ni ;

“Tak apa Ben. Allah nampak usaha kau…”


Kisah Signature Jalanan sememangnya mengingatkan aku kepada zaman sekolah menengah yang sudah aku lalui 6 tahun yang lalu. Lamanya masa meninggalkan kita. Tiba-tiba jer dah habis sekolah kan. Seterusnya, pengalaman aku sebagai pekerja kantin di sekolah asrama meningatkan aku kepada adik-adik di sana. Aku hampir lupa nama mereka semua, ada yang aku ingat hanya muka mereka sahaja. Tapi ada beberapa orang yang aku ingat nama pendek diorang ; ban, air bandung, Syabil, Jeh, kwn jeh, spek mata. Pastu kan weyh, aku boleh bayangkan muka Ben, Oki, Joe, Alif gan Zack. Aku hanya bayangkan muka budak2 kat sekolah tu.


Ben  - Akmal Safwan
Oki  - Danial Putra
Joe   - Johan Nawi
Alif  - Fawwaz
Zack - Jehh


Seorang ni namanya Dilan (bukan nama sebenar). Aku panggil dia Dilan sebab muka cam filem Dilan. Dia sudah tidak bersekolah di sekolah asrama itu disebabkan satu hal yang telah terjadi (Dilan pun masuk sekolah tu masa tingkatan 4 sama macam Ben). Itulah kehidupan, berbuat baik pun akan disalah tafsir. Semoga Dilan berjaya walau di mana jua Dilan berada. Kak Huda gan Kak Farah akan sentiasa ingat kat Dilan. Hehehehehe.



3. Empayar








Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama mengisahkan tentang pelatih 8492 yang diterima sebagai penuntut di Madrasah Taming Sari semasa zaman pemerintahan Kesultanan Aradhanapura. Di madrasah tersebut semua penuntut, pahlawan(ketua setiap ambilan) dan penghulu akan menggunakan nama rahsia bernombor empat angka. Kenapa mereka tidak menggunakan nama sebenar? Dalam buku ini juga menceritakan kisah 8492 bersama pahlawan 1636, pelatih 6480, pelatih 2335, Datuk kanan putih, Mualim Jawa dan warga Madrasah Taming Sari. Penghulu Madrasah Taming Sari iaitu Tuan Mursyid Bija sangat tertarik dengan sifat dan ilmu yang dimiliki oleh 8492. Dalam masa yang sama Putera Aradhana Sastera telah melarikan diri dari istana. Ke manakah Putera Aradhana Sastera menghilang? Segala kemusykilan akan terungkai jika anda menghabiskan pembacaan buku Empayar.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

“Beginilah 6480…, apa kata kita bersahabat? Aku guru kau bila kau perlukan nasihat. Dan kau pula guru aku bila aku perlukan nasihat. Boleh?”


Sebenarnya sudah dua kali aku ingin membaca buku ini. Tetapi dua kali itu juga aku hanya baca satu per empat daripada buku kerana tiada mood untuk membaca apa-apa buku pada ketika itu. Selain itu, jujur aku katakan penggunaan nama watak empat angka memberikan sedikit kesukaran untuk aku menghayati plot penceritaan. Cewah. Baru-baru ni semasa musim PKP, aku berjaya menghabiskan pembacaan selama 2 hari. Hal ini disebabkan aku cuba mengosongkan fikiran, mengambil mood dan menghafal nama karakter untuk fokus kepada pembacaan. Penggunaan ayat yang santai dan ringkas menyebabkan aku meneruskan pembacaan untuk mengetahui jalan cerita seterusnya. Selain itu, buku ini juga banyak menulis mengenai hadis dan ayat al-Quran yang bersesuaian dengan plot penceritaan. 



4.  Empayar 2







Empayar 2 : Hikayat Mukjizat daripada Iblis merupakan kesinambungan kepada empayar yang pertama. Kisah yang kedua ini menceritakan bagaimana Jemaah Ar-Rayatusuwd di bawah pimpinan Imam Abu Aswad menceroboh Madrasah Taming Sari. Hal ini juga disebabkan oleh penghulu madrasah, Tuan Mursyid Bija yang telah meninggal dunia membuka peluang kepada mereka untuk mengambil alih pentadbiran Madrasah. Orang kanan Abu Aswad iaitu Abu Aiman seorang yang mengikut sahaja arahan ketuanya tanpa membantah. Abu Hajar selaku panglima askar Ar-Ridhwan pula seorang yang sangat baik, namun beliau terpaksa akur akan arahan ketuanya. Namun, perjuangan Jemaah Ar-Rayatusuwd hanya bertopengkan Islam sahaja. Empayar 2 akan memaparkan perjuangan askar Orang Laut di bawah pimpinan Daeng Anding untuk menyelamatkan Madrasah Taming Sari. Berjayakah mereka menyelamatkan madrasah itu dari cengkaman Imam Abu Aswad dan Jemaah Ar-Rayatusuwd?



Setakat itu sahaja review buku Teme. Sekarang aku masih menanti buku Teme yang seterusnya iaitu Selamat Tinggal Purnama. Buku ni dikeluarkan 2 jilid sekaligus. Tak sabarnya nak baca. Insyallah nanti bila-bila rajin, aku buat review pasal buku Selamat Tinggal Pernama pulak okeeee. 






Selamat berpuasa semua. Bye2