Jumaat, 21 Disember 2018

Maka berakhirlah tahun pertama di UIA Pagoh terchenta




Assalamualaikum semua





Terasa cepat masa berlalu. Terasa seperti semalam aku baru daftar masuk ke UIA Pagoh. Tak sangka sem depan aku dah jadi pelajar tahun 2. Kenangan semasa sem 1 masih terpahat dalam ingatanku. 


Ada ke UIA kat Pagoh? Sejak bilanya ada cawangan kat Pagoh? Pagoh tu kat mana ek? *sambil letak jari telunjuk kat hidung. muhehehe


UIA Pagoh baru dibuka selama 3 semester, jadi pasti ramai yang tidak mengetahui kewujudan UIA Pagoh kan?


Di UIA Pagoh ada satu kulliyah sahaja iaitu Kulliyah of Language and management (KLM) dan mempunyai 4 jurusan iaitu :


  1. Malay for International Communication (MLCOM)
  2. English for International Communication (ENCOM)
  3. Arabic for International Communication (ARCOM)
  4. Tourism Planning dan hospitality Management (TPHM)
Sekarang sudah tahu kan kewujudan UIA Pagoh?

Ok kita sambung semula,



Kami batch MLCOM yg ke 8 pada mulanya ada 28 orang pelajar. Namun masuk semester kedua, seorang kawanku  pindah ke UIA Gombak sebab tukar jurusan. Tapi tidak mengapa, yang pergi biarkan pergi… yang masih ada kita hargai. Dengar cerita ada lagi sorang batch kami nak tukar jurusan sem depan. Jika hati kata pergi, maka pergilah mencari minat sendiri.




Sepanjang 2 semester yang telah berlalu, banyak kenangan yang tercipta. Segala duka, tawa kami harungi bersama. Seperti sedia maklum, UIA Pagoh baru dibuka selama 2 tahun. Jadi segala infrastruktur ada yang tidak lengkap. Misalnya, Wifi hanya ada di kulliyah, café mahallah dan surau mahallah sahaja.



 Jika mahu berjimat, pelajar-pelajar akan turun ke surau seusai solat isyak untuk menyiapkan assignment dan meluangkan cuti hujung minggu di café dan surau mahallah. Pihak UIA Pagoh menyediakan perkhidmatan bas pada hari khamis ke Muar. Pak cik bas akan hantar kami jam 3 petang dan kami diambil jam 9 malam di stesen bas bentayan.



 Jika duduk di UIA Gombak pelajar-pelajar menaiki bas rapid T200 dengan mengakses kad rapid pelajar. 


Baiklah, sekarang aku nak kongsi gambar-gambar sepanjang 2 semester di UIA Pagoh tercinta.





Dari jauh nampak macam rumah flat >_<






Yang bestnya kat klm ni ada smart board, touch screen. 
Tapi takleh tulis pen marker lah sbb nnti dia rosak.






Pelajar-pelajar sem 1 yang ambik komunikasi kena buat teater
untuk subjek Introduction to world literature





Ni lah penonton teater kami. Lecture Theater 1, b3






Kami yang ambik subjek Usrah Budi 1 diwajibkan join program ni 




Boleh dikatakan bonding batch kami agak kuat, so masa ni kitaorg 
sambut birthday Nisa






Masa sem 1 aku ada join usrah, masa ni kitaorg pergi riadah di Gunung Ledang, lebih kurang 30 minit dari UIA Pagoh.






 
Last class bersama prof Paitoon. Semoga ada kelas bersama beliau 
untuk sem yang akan datang.





Yang ni lecturer paling muda dalam KLM, Encik Faiz.




Last class UNGS 2090 bersama Dr. Salwa






Orang lain balik cuti PRU, kitaorg ada yang tak balik. 
Jadi kitaorg jalan-jalan Melaka. 






Pertemuan terakhir satu kelas masa sem 1, masa ni kami berbuka puasa bersama 







Pagoh suatu tempat yang nyaman dibarisi dengan pokok kelapa sawit
 dan gunung (Prof Sanat, 2018)








Ramadhan ke-11 di UIA Pagoh. Semoga kita ketemu lagi untuk 
Ramadhan yang berikutnya.





Bagi seorang pelajar yang pernah mendiami UIA Gombak sewaktu di CELPAD sememangnya merindui kenangan di sana. 

Pagoh berada di kawasan luar bandar. Malah jauh dari pemodenan jika mahu dibandingkan dengan UIA Gombak yang sudah lengkap infrastrukturnya. Jika di  UIA Gombak ada kemudahan Bas Rapid, jumlah bas yang mencukupi, dan ada Wifi di mana-mana sahaja. Walaupun tak laju di kawasan tertentu tapi masih ada. 




Tapi tak mengapa, kehidupan di Pagoh juga sangat menyeronokkan. Kami dapat outing bersama kawan-kawan ke Muar. Kami juga dapat buat latihan teater dan presentation di belakang blok*sebab belakang blok tempat parking agak luas. Kalau kereta takde boleh jogging kat situ. Dan semestinya kita kena bersyukur apa adanya. Hal ini kerana, pepatah ada berbunyi, 


"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri".



Semoga kami pelajar-pelajar UIA Pagoh dapat menikmati 4 tahun pengajian dengan seronok dan menghargai setiap moment di sini dengan sebaiknya. 




Masa ni check out dari Mahallah Salahuddin kat UIA Gombak.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

serious saya pun baru tahu pasal uia pagoh sebab selama ni tahu uia ada kat gombak dgn petaling tu je(tpi petaling dh tutup kan?)

okaylah dapat kampus baru, masih cantik lagi. you look happy with your new mates! :D

zarul farhana berkata...

Seronok zaman study ni.. .
Gud luck utk sem ke2 nnti

Rahsia Hati Huda berkata...

@mazni Haah, kat PJ dah tutup. Sekarangan pindah asasi semua kat kuantan. UIA ada 3 cawangan, kat Gombak, Kuantan dan Pagoh. Tapi Pagoh baru setahun lebih.

@farhana Kan, seronok2... Thank uuu

Farah berkata...

Saya un baru first time dengar pasal UIA Pagoh ni. Dan baru tahu juga UIA ada tawar tourism course :O

Dr Ana Daud berkata...

Asm adik. Boleh tanya. Pendaftaran utk program yg di kampus pagoh utk yg baru mendaftar tahun satu di pagoh atau di gombak?

Dr Ana Daud berkata...

Ada tak kenal sesiapa dari kursus pelancongan dan hospitaliti? Terima kasih

Nazif berkata...

Assalamualaikum, nak tnya untuk tukar cos dari uia pagoh susah ke nak dapat?

Layyin berkata...

Hi, sebelum brpindah ke pagoh tu berape lame kene stay di uia gombak?

Rahsia Hati Huda berkata...


@Farah : Oh yeke. Ramai je yg tak tahu kewujudan UIA Pagoh ni sbb baru 2 tahun dibuka.

@unknown : Boleh2. Biasanya di Gombak. Tapi, ada jugak orientasi di Pagoh.

@unknown : Ada. Saya ada kawan jurusan pelancongan dan hospitaliti. Kenapa ye?

@Nazif : Senang je nak dapat. Tapi kemungkinan lambat dapat. Once dah isi borang tukar kos, dah 2, 3 sem kat Pagoh baru dapat tukar sebab ikut turn. Kawan akak dah sem 3 kat Pagoh baru dapat tukar kat uia gombak. Nak tolak tak boleh sebab dah masuk dalam sistem. Jadi, fikir lah masak-masak sebelum nak tukar jurusan ye.

@Layyin : Satu semester. Sebenarnya masa taaruf week tu ada English Placement Test. Saya tak lepas band yg diperlukan utk masuk kulliyah, jadi saya belajar bhs inggeris kat celpad. Masa hujung sem kena ambik balik ept. kalau still tak lepas band kena masuk celpad balik. Tempoh maksimum kat celpad 2 tahun = 4 semester.

Secret Garden berkata...

hi sis from celpad kan and then pergi pagoh? nak tanya, contoh dh lepas EPT and ken pergi pagoh, ada lagi ke tawe dekat sana untuk students yg baru masuk ni? ke terus belajar? ada apa2 documents yg perlu kami bwk tak? thank you ^^

Rahsia Hati Huda berkata...

@Secret Garden : yup. Takde. Tawe sekali je kat gombak.. Haah terus belajar. Tak perlu. Kad matrik je kena bwk. Kalau nak mohon ummatic schorlarship atau one off boleh la bwk document2 penting. Surat twrn mula2 dpt masuk UIA tu wajib bwk, sbb nnti kalau nak mohon apa2 bantuan kena ada benda tu.

Wijaya berkata...

salam kak. sye student sem 1 ni ada lagi kat pagoh. hahah. nak tanya pasal tukar course sbb sye tourism and ada terpikir nak tukar kaed. sye nak tnye, apa maksud akak 'ikut turn' dlm tukar course tu? dan kwn akak yg dpt tukar tu, dia tukar dari course apa ke apa ye?

Rahsia Hati Huda berkata...

@Wijaya : waalaikumsalam.Ouh yeke, welcome to Pagoh hee~ ikut turn tu maksudnya kan ramai org yg tukar kos ni kalau awak baru hantar mungkin lagi satu dua sem baru dpt sbb dia nak proses org yg hntr permohonan tukar kos yg dah hntr dari awal dari awak. Mcm classmate akak 3 org yg dah tukar ke gombak, sorang masa 2nd sem dah tukar ke kaunseling. Yg kedua dia dpt tukar kos masa 3rd sem ke hs even dia hntr masa awal2 sem lagi. Kwn akak yg last ni dia tukar ke edu masa 4th sem dah kat Pagoh. Yg keempat ni tak jadi nak tukar ke kaunseling, dia dah dpt email tapi disbbkn dia syg dgn kos yg dia ambik sekarang, jadi dia bagi alasan taknak tukar. Once kat Imaalum kita kat bwh nama tu dah tukar kos, suka ke tak suka kita kena jugak tukar kos. Mcm tu. Jadi wijaya kena lah fikir sebaiknya, pastinya ada pro n cons. Ikutlah kata hati dan dan buatlah pilihan yg bijak okey :) Akak doakan urusan wijaya dipermudahkan

Unknown berkata...

nak tnya..kat uia pagoh boleh ddk umah sewa tak?

Rahsia Hati Huda berkata...

@unknown : Boleh aja sih. Nanti masa daftar tu bagitahu mo nak stay off campus.

Muiz Danial berkata...

Salam bang..saya dpt uia pagoh untuk sambung degree..saya lepasan stam tsoi dpt kos bahasa melayu aihh..boleh je kan kalau saya mintak nk tukar kos kat gombak tu..kalau boleh..agak2 lama mana tu..perlukah saya pergi ke department pagoh dan department gombak sekaligus kalau nk mintak tukar?

Mun berkata...

Salam sis nak tanya. Kan UIA ni international kan. Kat Pagoh pun ada ke students dari luar negara mcm kat Gombak? Saya tengok gmbr2 orang mcm byk budak melayu je.

Rahsia Hati Huda berkata...

@Muiz Daniel : waalaikumusalam. Awak kena tanya AMAD berkaitan pertukaran kos. Boleh je nak tukar kos. Lama mana tu tak boleh pasti sbb AMAD yang akan uruskan ikut permohonan. Kalau permohonan awak baru lagi, AMAD akan uruskan permohonan pljr yg dah lama hntr. Kwn akak ada yg sampai 3 semester di Pagoh, baru dpt pindah gombak. Tu yg paling lama. Yg paling cepat pon ada, satu sem kat Pagoh terus boleh pindah. Ikut giliran mcm tu. Tapi nak lebih pasti boleh call AMAD IIUM uruskan pertukaran kos tu. Pergi ke department tu xsure, awak boleh try. Tapi call AMAD dulu. Boleh google no telefon AMAD.

Rahsia Hati Huda berkata...

Waalaikumussalam. Ada je pljr international kat Pagoh, tapi tak ramai. Haah memang gmbr bnyk pljr Melayu. Tapi ada jugak international mcm dari Indonesia, China dsb. Biasanya pljr international ambil course encom, arcom dan tphm.

Nazif berkata...

Salam kak, nak tanya andai kata apply COP lpstu gagal, bolehh apply lagi ke? Ke stkt ni member akak smua dapat cuma beza cepat/lambat sahaja,dan kena skor la kan utk dapat tukar Tu?

Rahsia Hati Huda berkata...

@Nazif : Waalaikumussalam. Kena tunggu dulu sama ada Nazif dpt tukar programme atau tak sbb ambil masa jugak. Kadang satu sem dan kwn akak ada yg sampai 4 semester baru dpt tukar kos. Tak pernah lagi akak tengok yg gagal dpt tukar programme. Haah diorg semua dpt sama ada cepat atau lambat. Skor tu xsure. Tapi lebih baik buat yg terbaik masa masih kat kos tu sbbnya nnti boleh jadikan subjek yg dah ambik sebagai subjek elektif. Good luck!

MS Atiyah Roslan berkata...

Hai, boleh saya tahu subjek2 under kos ni?

Rahsia Hati Huda berkata...

@MS Atiyah Roslan : Hai tiya! Saya ambil kos MLCOM. Kos ni ada subjek linguistik, sosiolinguistik, komunikasi antara budaya, kesantunan berbahasa, semantik, morfologi & sintaksis dan bnyk lagi. Ada jugak subjek wajib universiti dan subjek elektif yg perlu diambil. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh taip iium schedule. Semua subjek ada kat sana utk setiap kos.

MS Atiyah Roslan berkata...

Boleh tak klau saya nk mintak tlg ajarkan step by step cara daftar?

MS Atiyah Roslan berkata...

Hai wijaya! Awk baru masuk kan? Jadi mesti ingat step2 u tuk daftar start dri dpt offer letter. Boleh tlg saya tak ajarkan step by step?😅

MS Atiyah Roslan berkata...

Saya memerlukan pertolongan. Boleh sis check email tak? 😢

Rahsia Hati Huda berkata...

Boleh2. Sy dah check email tapi xdpt pon dari sis. Boleh email semula di nurfarah_huda@yahoo.com

nananana berkata...

Hai assalamualaikum, saya nak tanya, asasi TPHM dan HS di UIA belajar subjek yang sama ke ? Untuk asasi TPHM, adakah haluan untuk sambung degree nanti sama? Saya harap sis jawab soalan saya ;)

Rahsia Hati Huda berkata...

@nananana : Waalaikumussalam. Saya pelajar direct intake. Tapi sy tanya kawan yg dari asasi. Ni jawapan dia "Yes asasi kita belajar sama je. Sbb waktu asasi kan cuma ada science and art based. So tphm under arts, sama je bljar dengan HS. Yes.. sama je utk degree.. tphm cuma ada satu je course bila masuk kulliyah which is Bach. of TPHM. But since asasi kita semua bljar benda yg sama, so if nak tukar kos, boleh je.. but depends on the vacancy course tu la. Tphm best btw haha".
Harap jwpn ni membantu nana. Good luck nana!

Tia Leona berkata...

Assalamualaikum sister, can I get your another address of medsoc so I can ask your few things??thank you☺️☺️

Rahsia Hati Huda berkata...

Sure can. You can dm me on instagram. Username @nurfarah_huda

Tanpa Nama berkata...

Sekarang akak dah jadi apa

snoopy berkata...

assalamualaikum,kalau sy amik diploma teknologi maklumat kat uthm,boleh ke sambung degree encom kat uia?^^

Rahsia Hati Huda berkata...

@tanpa nama: Sekarang akak tengah intern. Doakan akak mudah dpt kerja ya :):)

@snoopy: Waalaikumussalam. Akak tak sure, tapi boleh try mohon kat upu. Rasanya boleh, tapi mcm biasa kalau pljr direct intake kena exempted ept dan apt. Insyallah boleh, kena mahir bhs inggeris kalau nak ambil encom. Good luck snoopy! I wish you all the best.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya la agak2 course tphm ni peluang kerja dia cerah x harap dpat jwab

The Dahlia berkata...

Hai assalamualaikum akak. Nak tnya, untuk MLCOM ni ada program exchange student ke?

Rahsia Hati Huda berkata...

Hai Dahlia, ada. Kawan akak pergi exchange program ke Turki selama satu sem di University Sakarya, Turkey.