Jumaat, 22 Januari 2021

Study

 Assalamualaikum


Comel je mak buatkan, hehe thank you mak!




Berikut merupakan memori semasa study. Harap entry yang ditulis dapat mengenang kenangan lalu yang tak mungkin berulang kembali. Ahgitu.


1. Busy and hate copycat

2. Dunia seorang pelajar

3. Sukan Terakhir

4. Periksa

5. Keputusan SPM Huda

6. Dapat pergi UKCG

7. Huda pergi UKCG?

8. Aku dapat matrikulasi Perlis

9. Seminggu di Tingkatan enam

10. Jawapan pelik

11. Tak sangka jadi begini

12. Pertandingan netball peringkat Daerah Hilir Perak

13. Cikgu Kesayangan #1

14. Cikgu Kesayangan #2

15. Cikgu Kesayangan #3

16. Kerja kursus in progress

17. Budak eco in the class

18. Sem 2 sudah berlalu

19. Budak lower six

20. Kerja kursus in the progress

21. Mencari maklumat ekonomi

22. Tadarus al-Quran, Iftar, Qiam

23. Jamuan Raya

24. Keputusan MUET sesi Julai 

25. Majlis Graduasi Pra-Universiti Kali ke-9 Sesi 2015/2016

26. Kelebihan Tingkatan 6

27. Semester 3 sudah berakhir merangkap hari terakhir di Tingkatan 6

28. I am coming... IIUM!

29. Satu semester di CELPAD

30. Maka berakhirlah tahun pertama di UIA Pagoh terchenta

31. Mari belajar tajwid dengan mudah

32. Program Mobiliti ke Malang Surabaya

33. E-portfolio Usrah Budi 3

34. ERTL di rumah vs IIUM Pagoh

35. Selamat Tinggal IIUM Pagoh



Tak sangka lepas dah senaraikan, rupanya banyak entry pasal study. Hehehe. Bila baca entry dulo-dulo lahai, nampak sangat tak matangnya. Semoga kenangan belajar ini menjadi salah satu memori indah dalam hidupku. Bertemu dengan seseorang yang baru di setiap tingkat pembelajaran dan akhirnya terpisah membawa haluan masing-masing. Semoga kawan-kawan di luar sana sentiasa berjaya di mana jua kalian berada.


Selamat tinggal!

Khamis, 21 Januari 2021

Sabtu, 16 Januari 2021

My top 3 favourite youtuber

 

Assalamualaikum. Hai semua!


Apa khabar? hǎo jiǔ bu jiàndà jiā hǎo.



Lama rasanya tak menaip kat sini. Muhehehe. Pada waktu lapang, aku suka buka youtube dan melihat beberapa video yang menarik dan boleh tenangkan fikiran. Oleh itu, tanpa membuang masa lagi aku nak share my top 3 favourite youtuber:



1. 李子柒  Liziqi





Liziqi merupakan seorang wanita yang tinggal bersama neneknya di kota Sichuan, China. Video beliau berlatarbelakangkan kedamaian kota Sichuan yang sangat indah. Liziqi bukan sahaja seorang yang cantik tetapi juga seorang yang rajin berusaha. Jika dilihat dalam setiap video Liziqi, rumahnya indah dengan pelbagai tanaman yang tumbuh menjalar. Dikelilingi dengan bunga dan sayur-sayuran. Liziqi seorang yang berkebolehan dalam,



Memasak . Bertukang . Berkebun/bercucuk tanam . Menjahit . Mengait






Untuk pengetahuan semua, Sichuan merupakan sebuah desa di China. Walaupun Liziqi tinggal bersama neneknya di Sichuan, beliau berjaya menarik perhatian ramai peminat sehingga dikenali oleh orang China melalui video beliau. Beliau juga telah ditemu bual oleh beberapa pihak atas kehidupannya yang sangat mendamaikan.



Liziqi dan neneknya <3




Liziqi bercucuk tanam




Liziqi memasak



Melihat video Liziqi boleh mendatangkan kedamaian, menaikkan semangat, menjadikan kita rajin sikit, hehehe. Selain itu, Liziqi juga ada sound background yang tersendiri iaitu Liziqi Music. Lagu tersebut merupakan sound background music traditional Chinese. Sungguh mendamaikan. Aku juga menggunakan sound background liziqi dalam video mandarin. <Klik sini kalau nak tengok video mandarin>






Tinggal lah di mana pun, kalau rajin berusaha pasti akan berjaya!


Sebab suka tonton video Liziqi: Jadi bersemangat lepas tengok Liziqi rajin bekerja



2. 해그린달 haegreendal





Seorang youtuber dari Korea Selatan. Seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai seorang suami dan seorang anak lelaki. Anak lelaki beliau dipanggil Little Captain. Konsep video haegreendal adalah berbentuk minimalist. Seperti drama korea, haegreendal juga menampilkan banyak sudut dalam video. Beliau juga ada membuat satu video bagaimana ingin mengambil angle yang cantik semasa shoot video. Sungguh menarik!



Sedapnya :3

 


Haegreendal menonjolkan kehidupan seharian beliau semasa sendirian di rumah Ketika suami bekerja dan little captain berada di sekolah. Beliau banyak meluangkan masa dengan mengemas, membersihkan rumah, memasak, berpicnic dan bermain masak-masak dengan little captain. Baru-baru ini Instagram Sangmi.like telah dihacked. Nasib baik haegreendal ada dua Instagram iaitu  Sangmi.like dan haegreendal.

 


Bekal picnic little captain



Oh ya, pada setiap video haegreendal pasti akan diselitkan kata-kata indah berbentuk nasihat yang ditujukan khas buat penonton videonya. Kata-kata yang menarik & terkesan berjaya menyentuh hati penonton. Misalnya, 



Kata-kata nasihat dalam video haegreendal



Kadang kala, pada waktu malam haegreendal akan makan tengah malam berdua bersama suaminya ketika little captain sudah tidur. Haegreendal akan memasak snack ringan tetapi cukup mengenyangkan. Buat pengetahuan semua, haegreendal tidak memperlihatkan wajah beliau, hanya wajah little captain sahaja yang dapat dilihat dalam video.


haegreendal dan suaminya makan late night snack


Sebab suka tonton video haegreendal: nasihat yang diberikan sangat terkesan di hati.




3. Nami のくらし




Nami merupakan seorang wanita bekerjaya yang tinggal seorang diri di Jepun. Nami berkongsi kehidupan beliau seperti mengemas, membersihkan, membeli barang-barang memasak, jalan-jalan, dan memasak. Hampir kesemua masakan beliau adalah menu diet. Kurang goreng-goreng, kurang garam, kurang manis dan banyak sayur-sayuran. Sangat sesuai jika korang nak resepi diet, boleh rujuk video nami のくらし. Hehehehehe.

 


Nami dan sayur berpisah tiada. muhehehe




Makanan yang menyihatkan




Kadang kala Nami akan membawa penonton melihat keindahan kota Tokyo. Penonton dapat melihat keindahan pokok sakura, kota Tokyo, serta kemajuan negara matahari terbit tersebut.

 


Nami juga seorang peminat teh. Setiap video beliau pasti akan ada teh yang pelbagai.



Teh kucing sangat kawaii




Sebab suka tengok video nami: Menu sihat untuk hidup yang sihat!

 


Selain ketiga-tiga youtuber di atas, terdapat beberapa youtuber lain yang aku minati. Antaranya adalah,


 

Alright, itu sahaja untuk entry kali ini. Korang mesti ada youtuber yang korang minat kan, sharelah di ruangan komen okey. Boleh saya tambah dalam list. Hehehehe. zài jiànxiè xie dà jiā.

 

Assalamualaikum.