Rabu, 30 November 2016

Kelebihan Tingkatan 6


Assalamualaikum, hai kawan.


Kelas 6A1



Tingkatan 6 tak asing dalam kehidupan aku. Aku pelajar STPM tahun 2016. Aku tak sangka dapat juga masuk form 6 biarpun lewat beberapa minggu. Aku rasa semua orang tak tahu secara mendalam apa itu form 6. Jadi kali ini aku nak cerita serba sedikit tentang form 6. *Amaran : entry ini panjang gila.


       1. Subjek


Tingkatan 6 ada 3 aliran > Sains, kemanusiaan dan agama


Subjek macam masa SPM. Tapi STPM ambil minimum 4 subjek berbanding SPM yang kena ambil 9 subjek. Semua subjek belajar kena betul-betul, takde soalan yang terus bagi kehendak soalan(kebanyakan). Semuanya ada kata tersirat, macam HOTS.



Kelas 6A2




BM-Belajar tentang Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.



Sem 1-Belajar asal usul Bahasa Melayu dan fonologi/sebutan, keratan rentas lidah, apa itu diftong,vokal rangkap, pasangan minimal dan lain-lain


Sem 2- Tatabahasa.Tatatingkat tatabahasa.Belajar morfem, kata, frasa, klausa, ayat.


Sem 3- Semantik. Best gila belajar BM sem3, tak sesusah sem 2. Sem 3 paling senang sebab belajar santai-santai, belajar  wacana, variasi bahasa, retorik, laras bahasa, semantik dan pragmatik. Benda ni semua ada di sekeliling kita. Panggilan hormat, iklan, bahasa menggiat dan banyak lagi.



PAM-Wajib ambil. Minimum lulus untuk masuk Universiti.


Sem 1- Belajar pasal negara. Kena tahu bidang pentadbiran, perundangan, dan kehakiman negara. Belajar  juga pasal raja dan sebagainya. Kalau kome suka dan sayang Negara + minat = Insyallah sem 1 Pengajian Am boleh dapat A


Sem 2- Belajar buat media. Soalan bagi petikan, dari petikan kena buat graf. Baru aku tahu cara nak buat graf bar, garis, piramid, gabung dan garis komponen. Selalu tengok dalam media : surat khabar, majalah, internet, dan tv  je tapi kali ni kena ambil tahu. Kalau cuai memang susah nak dapat markah. “Asas graf adalah bar”, kata Cikgu Shah.


Sem 3 - Dari jadual kita buat teks. Sem ini kita belajar hubungan antarabangsa. Belajar pasal OIC, PBB, KOMANWEL, MS-GT, ASEAN dan lain-lain.



SEJ- Belajar pasal sejarah yang memang akan membuat semua orang bosan dan mudah tidur.


Sem1- Belajar sejarah dunia. Pasal perang, imprealisme, kapitalisme, NATO, PBB. Sure senang kalau minat+nak masuk u.



Sem2- Belajar tentang sejarah Islam. Orang Islam kena malu kalau pelajar bukan Islam pun boleh dapat A ^^


Sem 3- Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara , belajar sejarah Malaysia lebih kurang macam sejarah tingkatan 5, sejarah asia tenggara hanya belajar sejarah Vietnam, Myanmar, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Senang sangat, ingat senang semua kerja mudah.


Masa sukan form 6. Kitaorang 6 Rendah masa ni.


EKO- Gila seronok. Ekonomi takleh dipisahkan dengan duit. Hee


Sem 1-Mikroekonomi. Permintaan dan penawaran, kira-kira, lukis graf pasaran persaingan sempurna, pasaran persaingan monopoli, pasaran bermonopoli dsb. Kira best sem 1 sebab aku rasa senang. Mungkin sebab aku ambil Ekonomi Asas lebih kurang sama dengan form 4.



Sem 2- Makroekonomi. Pasal pendapatan Negara KDNK, KNK, KNB dsb. Belajar graf : kaedah AE-AS/Y , J-W, AD-AS, Md-Ms. Belajar gak tentang bank. Teori kecairan Keynes : urusniaga, awasan dan spekulasi, teori Fisher.



Sem 3- Ekonomi Malaysia. Belajar balik bab Inflasi, Kemelesetan ekonomi, alat dasar kewangan, perdagangan antarabangsa, kadar pertukaran asing, Perusahaan kecil dan sederhana, bank islam dan banyak lagi. Sem 3 mudah sebab formula tak banyak, Cuma kena rajin hafal.


2. Kerja kursus


Senang, kena kuat, rancang sebelum buat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sir kata KK kami macam thesis dekat universiti, cuma di form 6 buat yang simple. Tapi dekat u buat lebih detail. Nak masuk u pun senang sebab dah ada basic nak buat thesis.


PAM- SEM 2
SEJ-SEM 2
BM-SEM 2&3
EKO-SEM 3



Banyak jugak pengalaman boleh dapat bila jadi pengkaji, orang yang buat kajian. Seronok mengkaji, dapat tenangkan fikiran walaupun aku kena korbankan duit, masa, tenaga, dakwat printer dan bateri netbook. Untuk kerja kursus sem 2 aku ada buat entry. KLIK SINI


Teknik menjawab Pengajian Am

3. Kos sara hidup


Pergi sekolah sendiri, mak ayah bagi duit belanja sama seperti di aliran arus perdana. Tak yah duduk rumah sewa. Boleh tengok tv selalu :p masa cuti je, masa sekolah pulun belajar. Simpan duit sikit untuk buat kerja kursus. Baucer buku RM250 budak form 6 dapat ikut rezeki. Pelajar form 6 yang isi borang biasiswa layak dapat biasiswa ikut kelayakan. Duit biasiswa banyak gak. Aku tak kira berapa. Dalam surat biasiwa tulis RM70/Satu sem, tapi aku keluarkan duit biasiswa banyak gak. Boleh beli buku, bayar duit MUET, bayar ulangan : Kalau nak, baik belajar betul2, dapat simpan duit. Banyak benda lain boleh beli -__- Sem 1 dengan sem 2 je boleh ulang. Satu subjek RM50. Tak kira GST. Tambah GST jadi RM51.06. Kau ghase…




Biasiswa ni kalau nak dapat cikgu kata ikut keputusan SPM, bilangan adik beradik dan pendapatn keluarga. Purata budak yang dapat biasiwa dapat 4A ke atas masa SPM. Yang nak masuk form 6 tu, kira form 6 ni bantu golongan yang tak mampu hantar anak ke diploma, matrik. Sebelum masuk form 6, SPM dapatkan gred yang bagus dan niat belajar kerana Allah bukan niat nak dapat biasiswa ye. Hihi. Oh ya, form 6 kena bayar : yuran, duit majalah sekolah, duit kelas, duit baju Persatuan Pelajar Tingkatan Enam, duit baju sukan dan duit yang nak pakai untuk persaraan guru, beli buku dan duit kelas. Sekolah aku ada gak buat kutipan derma untuk surau dan murid yang kematian keluarga/murid yang meninggal dunia.





 
Raya 2015

4. MUET


Muet macam bahasa inggeris. Teacher kata macam BI masa PT3. Senang kalau kau minat English. Muet ada 4 task : Reading, listening, writing and speaking. Semoga senang, insyaallah dipermudahkan. Band 6 adalah band yang paling baik. Nak belajar ke luar negara pun boleh janji dapat 4 flat + muet band 4 ke atas (BI masa SPM pun diambil kira) dan lulus periksa sebelum ke oversea dan dapat tajaan.


Raya 2016

5.   Ibadah


Masa form 6 la kena tambah ibadah. Nama je orang Islam mesti buat ibadah ye dak  Buat solat malam, solat dhuha. Masa bulan puasa ada tadarus al-Quran tapi diwajibkan untuk budak KAA. Yang bukan KAA pun boleh turut serta (dekat sekolah aku). Dan ada juga majis khatam al-quran. Berbuka&bersahur bersama. Sebelum sahur solat sunat sama-sama.


 Bukan itu sahaja, kita juga boleh baca Al-mathurat. Baca masa pagi, petang baca kat rumah. Baca je kat perhimpunan sebab ada gak budak KAA baca Mathurat. Masa rehat boleh lah buat solat dhuha. 

Apa itu mathurat? KLIK SINI


Hari anugerah Kecemerlangan 2016



6. Pakaian


Tingkatan enam sekarang ni dah boleh pakai baju kurung(perempuan) dan baju kemeja(lelaki). Sekolah aku pengetuanya suruh kami pakai baju 3  kaler je, maksimum. Tudung pula tak payah nak digayakan. Pakai macam tudung sekolah, cuma di pin di bahagian dalam. Yang paling penting baju dan tudung warnanya tak menyerlah. Nanti lebih cantik/kacak dari cikgu. Hehe. Peraturan berpakaian ikut sekolah.








Tuntasnya form 6 sangat menarik, seronok, dan beri pengalaman baharu. Orang yang mengata form 6 kita takyah dengar. Fikir senang semua jadi senang, berdoa. Jangan mudah percaya dengan kata-kata orang. Masa duduk form 6 la kami jadi kuat. Kuat sebab tindakan orang sekeliling yang menyisihkan pelajar form 6. Sedih dunia je, akhirat mesti bahagia. 



Akhir sekali semoga berjaya kepada semua pelajar form 6 untuk peperiksaan setiap penggal. Buat sehabis baik untuk dapatkan 4 rata. Orang tak tahu apa itu form 6 melainkan mereka jadi budak form 6.



Dah graduated :) KLIK SINI



Form6 adalah lorong terakhir anda kerana tidak dapat panggilan UPU?



Tidak benar. Kawan aku ada dapat UPU dan matrik tapi tak pergi. Mereka lebih suka belajar di form 6 dengan senang hati, sama juga dengan aku. Heee.




Bye sekolah! Nanti rajin aku jenguk kau...Hehe




Yang nak masuk form 6 atau yang masih di form 6, aku doakan kome buat yang terbaik. Itu jalan hidup yang kau pilih, kau mesti teruskan dengan cemerlang. Semuanya boleh! 



\

Isnin, 21 November 2016

Love in the moonlight





Hari ini aku dah habis menonton drama korea yang popular iaitu love in the moonligt atau moonlight drawn by clouds. Drama ini berkisar tentang Kerajaan semasa dinasti Josean.




Drama ini mencapai nationwide melebihi 20%. Drama ni sungguh buat aku teruja sampai marathon tonton cerita ni. Kalau kome nak tahu, drama ini diadaptasi daripada webcartoon bestseller, yang ditonton berjuta kali.




Setiap kali aku review mesti aku kata drama yang aku review tu paling best, same goes to this drama. Oh yeah!



Pelakon :



Park bo geum (Putera mahkota Lee young)




Ini first time aku tengok bogeum berlakon, sangat menjiwai watak. Sudahlah handsome, maskulin,  dan dia cakap sangat jelas sehingga kelihatan barisan gigi yang cantik. Bogeum umur 23 tahun tapi memegang watak berumur 19 tahun, sebaya la dengan aku. ~Hee! Bogeum memang kebudak-budakan bila berlakon dalam cerita ni. Tarian bombastic dia adalah terbaik, siap pakai hanbok lagi.




Leeyoung seorang Putera Mahkota yang kurang kasih sayang. Maharani meninggal dunia kerana diracun semasa dia berumur 9 tahun. Maharaja tak ambil tindakan kepada orang yang bunuh maharani sebab dia ingat maharani meninggal dunia mengejut. Jadi, Lee young ni macam jadi anak derhaka tak nak jadi pengganti maharaja dan selalu buat maharaja naik angin. Tetapi hubungan mereka kembali akrab dan putera mahkota matang dengan pengalaman - suka keluar istana nak melihat keadaan rakyat, minta pendapat rakyat untuk menjadikan sebuah kerajaan yang baik yang bakal dipimpinya kelak.



Putera mahkota suka peril-perli perdana menteri dan menteri-menteri yang berkomplot untuk menjatuhkan reputasi maharaja.


Lee young seorang yang tegas, ego dan suka marah-marah. Tapi aku suka cara dia yang tak layan anak menteri Jo nak mengorat dia. Dahl ah handsome, jaga maruah pulak tu. Hikhik




Kim Yoo Jung (Hong Sam Nom/ Hong Ra On)




Aku pernah tengok dia berlakon dalam drama embrace moon the sun. Yoo jung jadi lelaki dalam drama ni sebab ayah dia pemberontak kerjaan, jadi terpaksalah dia jadi lelaki kerana semua orang tahu dia ada anak perempuan. Bila dia dijual oleh ayah angkat yang banyak berhutang, dia telah pergi temu duga untuk jadi sida-sida dan paling mengejutkan dia lulus untuk jadi sida-sida, hebatkan perempuan pun boleh jadi sida-sida.



Dalam istana Sam Nom berkawan dengan cendiakawan bunga/putera mahkota. Suka hati dia saja panggil putera mahkota cendiakawan bunga. Setiap bicara Ra On ikhlas, suka beri kata-kata semangat dan suka main-main dengan arahan putera mahkota membuatkan putera mahkota  jatuh cinta kepadanya.  Gosip mula tersebar bahawa putera mahkota seorang gay.




Dalam istana juga Sam Nom dapat jadi Ra On, masa ni putera mahkota dah syak yang Sam Nom ni perempuan. Dia kata,


“Saya melihat sesuatu dalam diri awak, iaitu perempuan”, masa ni Ra On dah telan liur, nasib baik ji young datang selamatkan keadaan.




Ji young B1A4




Dia kawan baik putera mahkota. Hubungan dia dengan putera mahkota tak berapa erat. Tapi dalam diam ji young yang banyak bantu putera mahkota melalui kim Byung. Dia sangat sayang akan putera mahkota sebab mereka tinggal sama-sama di istana sejak kecil (ji young cucu perdana menteri}. Ji young jatuh hati kepada Ra On tapi dia sudah terlambat sebab dia nak putera mahkota bahagia, dia sanggup pendam perasaannya terhadap Ra On. Ji young dalam cerita ni pakai baju warna pastel, lakonan yang bersahaja dan muka yang tenang. Dia sentiasa tolong Ra On. Ji young jugak dapat rasa yang Sam Nom tu perempuan.




Pelakon-pelakon lain sangat membantu. Ada lawak, sedih, gembira,  cemas dan sentiasa curious untuk episode seterusnya. Bila tengok cerita ni kan, even kau tak tangok satu episode mesti kau tak faham. Cewahh kemain ayat. Love in the moonlight adalah sebuah drama  yang santai dan menarik untuk ditonton sepanjang zaman. Kalau kau tengok mesti kau senang faham ahh dan lakonan para pelakon sangat menyakinkan.



Jalan cerita yang berkesinambungan. Setiap scene mesti ada sebab. Misalnya masa bakal puteri mahkota bagi ubat kepada putera mahkota dan cicin yang dipakai oleh bakal puteri mahkota dan lain-lain. Cerita ni kan banyak yang berkait, jadi nampak menarik lagi le jalan cerita dia. Itu lah sebabnya satu episode pun tak boleh miss.




a




Pelakon kan tenang saja bila cakap, gerak mata, bahasa badan sungguh aku tahu yang mereka buat yang terbaik untuk para penonton. Bercakap pun penuh tatatertib macam betul-betul duduk dekat istana.



Yang paling tak lupa semua orang panggil bogeum Choa (yang Mulia)

Lagu/soundtrack yang paling aku suka adalah fondly goodbye oleh si kyung. Lagu yang penuh perasaan. Lagu ni untuk scene sedih.




Pelakon sangat menakjubkan. Even aku dah tahu jalan cerita, dah tengok making of ...aku sangat terharu melihat mereka menjayakan watak dengan hebat. Aku ingat cerita ni biasa-biasa saja tapi bila aku tonton baru lah aku tahu cerita ni sungguh berbeza dengan sangkaan aku.






Segala rasa yang dilontarkan oleh pelakon aku dapat rasa. Bila gembira aku gelak. Even masa making of pun crew senyum bila lihat bogeum gelak. Bila sedih aku nak nangis. Biarpun watak utama masih muda, mereka berjaya menghasilkan sebuah drama yang tak boleh aku lupa. Big claps for all of you...

Khamis, 3 November 2016

Majlis Graduasi Prauniversiti Kali ke-9 Sesi 2015 / 2016


Assalamualaikum semua




Tadi kami menghadiri Majlis Graduasi yang dikelolakan oleh pelajar 6 rendah. Macam-macam aku rasa. Gembira, tawar, pahit dan sedap. Hehe.



Hari kecemerlangan 2016


Semua kawan-kawan tampak lain sebabnya hari graduasi kan, kira hari paling kemuncak sepanjang belajar di tingkatan 6. Siap ada lagi kawan aku yang bershawl walaupun tak pernah aku nengok dia berselendang. Dan meke up itu memang kemestian, majoriti dak kelas sebelah.




 Sekolah aku buat graduasi sebelum exam sem3, ada sekolah yang buat graduasi selepas keputusan UPU keluar. Walau apa pun, hari graduasi tadi sangat seronok. Yang kurang seronok adalah montaj. Boleh diperbaiki ya dak dak lower.



boleh baca kisahnya di SINI



Aku coretkan tentatif program :




11.00 pagi – upper 6 naik bas ke dewan rumah rehat di sabak bernam

12.14 tengahari- berlatih nak ambil sijil

1.15 petang- solat zohor

2.30 petang-  Majlis graduasi bermula


Nyanyi lagu negaraku, negeri perak

Ucapan pengetua, Yang Dipertuan Persatuan Tingkatan Enam, dan pengerusi PIBG

Penyerahan sijil kepada pelajar 6 atas, kami pakai jubah akademik yang macam gambar  kat atas tu.

Anugerah khas > Rais, khri, Pah

Makan ala carte – Ikan siakap 3 rasa, udang celup tepung, sos, sayur kalian goreng, telur bistik, ayam  tumis dengan bawang, kerabu mangga dan air masam manis, apa tah namanya.


Bergambar dengan rakan kelas, cikgu sejarah, cikgu Bahasa Melayu, dan bergambar dekat  wallpaper yang comel.

4.30 petang- naik bas untuk pulang ke sekolah

5.45 petang- sampai di sekolah

Untuk hari graduasi ini kami hanya bayar RM 20 seorang. Kira berbaloi ah. Makan pun hidang, makanan pun sedap kecuali kerabu mangga lah aku tak berkenan. Yang tak habis hanya sayur kalian dengan kerabu mangga. Memang mencekik habis kitaorang ni, dah lapar benor.




Masa kami makan, ada dak lower bagi goodies, dalam goodies ada nombor cabutan bertuah. Dan... aku pun bertuah tadi. Dapatlah hamper.



Penolong kanan Tingkatan 6 kata berbelanjaan untuk form 6 tahun ini mencecah RM 5000, sekali dengan kem menuju puncak, seminar BM, dan Majlis graduasi.



Hari graduasi sesi 2015/2016 sangatlah bermakna bagi aku. Segala pengalaman aku di tingkatan 6 bagai terimbas kembali masa hari graduasi. Masa dalam kelas, buat makan-makan, masa kelas pengajian am kelakar gila, masa kelas ekonomi diam macam patung, masa kelas sejarah kerek sentiasa dan masa bm melihat abang handsome. Hehe.


Masa ice breaking bersama pelajar 6 rendah


Tak sangka aku dah nak habis tingkatan 6. Lagi 20 hari saja aku akan ke sekolah. Lagi 20 hari aku nak jumpa kawan-kawan, keluar masuk bilik guru. Lagi 20 hari aku nak dengar sindiran cikgu aliran arus perdana terhadap budak form 6. Semua perkara itu aku akan rindu bila aku dah tak jejak kaki ke kelas 6A1. *sambil kesat air mata.




Aku harap budak lower 6 sekolah aku dapat perfom yang terbaik. Kome hebat, ada pelajar sbp. Mesti skor lebih dari kami, mesti dapat band 5. Mesti boleh jadi contoh untuk junior.




Good job dak dak lower! Graduasi yang kome buat memang aku berkenan. Lebih elok siikittt  ah dari kitaorang. Hehe.


Masa simfoni Hari Raya


Akhir kata aku terharu dengan majlis graduasi tadi, akan aku kenang buat selama-lamanya. Kan best suatu hari nanti aku pergi majlis graduasi tingkatan 6?






Doa-doakan lah aku dapat graduated dengan cemerlang untuk ijazah pula suatu hari nanti.