Sabtu, 2 Mac 2019

Cuti sem sebulan

Assalamualaikum




Masa mula2 naik sem haritu kitaorang jogging 


Sudah lama tidak bersua. Sekarang dah masuk week 6 di UIA Pagoh. Jadi, aku curi sedikit masa untuk menaip entry ini.

Selama cuti sebulan, aku menjaga anak sedara yang baru saja bersunat kerana kakak sulung first time ada anak yang bersunat jadi mak aku yang menjaga sepanjang tempoh berpantang. Boleh lah main dengan diorang. Hehe



My love <3



Kemudian, kami pergi ke kenduri sepupu abah dan terus ke Pahang untuk menghantar anak buah kesayanganku pulang ke rumah mereka. Bila anak sedara tinggal di rumah aku suka masak-masak sebab diorg suka makan kek dan ice cream. Bila diorg dah balik ke Pahang aku seolah kehilangan dan hiba menyelubungi diri. Sebabnya. selama mereka duduk sekali dengan aku, aku selalu buli diorang dan diorang suka mengusik aku. Jadi bila diorang dah takde... rumah jadi sunyi. Aku takde dah adik. T__T



Sebenarnya aku study week masa duduk kat rumah selama 3 minggu. Jadi aku hanya study kat rumah. Bila sudah 3 minggu berlalu aku pulang ke UIA Pagoh untuk menempuhi exam Tilawah II. <Nak nota Tilawah boleh klik sini> Boleh dikatakan masa aku sampai UIA Pagoh tu, Blok B2 memang sunyi. Hanya aku sorang dalam bilik yang memuatkan 8 orang penghuni. Selama beberapa hari tersebut aku tinggal sebilik dengan Aqilah. Sempatlah mengulang kaji untuk tilawah II kerana balik awal. Takpe, balik awal pon okey. Insyallah tak jadi apa-apa sebab ada je orang tak balik dan tinggal dalam bilik seorang diri sepanjang study week.






Sempat lagi selfie sebelum masuk dewan exam







Kemudian, aku pulang ke Perak dan mencari kerja. Untuk pengetahuan semua,peluang pekerjaan di kawasan rumah aku tak berapa nak ada. Jadi, aku hanya berpeluang untuk bekerja di kantin sekolah. Actually aku pernah kerja kat kantin tu selama seminggu pada cuti semester yang lalu. Boleh klik di sini untuk baca. Aku kerja kantin selama 3 minggu. Mula-mula kerja orang ingat aku kak Farah (kembar aku). Hakikatnya aku orang yang berbeza. Tapi layankan aje. Diorang bukan tahu pon. Muhehehehe.





canteen mate <3



Aku kerja kantin waktu sekolah. Manakala pada hari sabtu dan ahad aku meniaga takoyaki citarasa asia di waterfornt Bagan Datoh, betul-betul berada di hadapan replika kapal di tepi sungai Perak. Replika kapal tu atas darat uollls. Hahaha.



Takoyaki Citarasa Asia, kalau nak jual takoyaki boleh search fb dan ig. Gambar ni aku ambik masa masakkan utk groupmate entrepreneurship sem lepas :) Sos takoyaki dah basi sebab lebih 2 minggu tak guna. So ada bonito flakes dgn kuewpie je, rasa dia tak jauh beza... tapi kalo ada sos lagi sedap!




Alhamdulillah, dapatlah sedikit duit belanja. Sebenarnya aku suka kerja time cuti sem, kalau ada masa waktu study pon aku nak kerja, sebab nak cari duit  dan nak cari pengalaman. Semoga aku dapat cari kerja part time yang menjamin masa depan dan boleh diletakkan di dalam resume seperti guru ganti. Doakan aku supaya dapat peluang itu dan berani untuk mohon di PPD.




 Untuk cuti sem yang akan datang aku harap dapat ambik lesen kereta ataupun mengambil short sem untuk mengurangkan credit hour masa long sem di samping memendekkan tempoh study. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Gituuu. Insyallah. Semoga yang membaca ni pun dapat memanfaatkan cuti sem atau cuti anda sebaiknya... wish you all the best!