Khamis, 21 Januari 2016

Bersyukurkah aku?



Assalamualaikum semua.

 
Seperti biasa Huda menaip lagi untuk entry kali ini.Hari ini Huda ingin kongsikan tentang bersyukur.

Huda perlu bersyukur yang Huda ada keluarga. Huda ingatkan diri Huda untuk sentiasa mendoakan setiap ahli keluarga agar menjadi lebih baik.Nak bahagia ,mesti  kena banyak berdoa.kan.

Huda tak ramai kawan.Tapi Huda perlu hargai kawan-kawan yang masih ada disekeliling Huda.Huda ada dengar kat radio.Datuk Fadilah kamsah ada kata,

“kalau kita nak anak kita baik,bijak.Kita kena sentiasa berdoa untuk kawan-kawan dia.Sentiasa berdoa seperti ini.Ya Allah engkau perelokkanlah akhlak kawan-kawan anakku,mudahkanlah mereka menerima ilmu dsb”-lebih kurang la,manalah Huda tiru sebijik-sebijik
.
Jadi apa salah kiranya kalau kita berdoa untuk kawan-kawan kita.Berdoa kebaikan untuk mereka kerana mereka yang meluangkan banyak masa dengan kita berbanding ibu bapa.

Huda tak kaya tapi Huda perlu bersyukur.Yang paling penting ialah kaya hati.Hati Huda tak kaya ok. 

Kaya hati maksudnya hati yang sentiasa mengingati penciptanya.Lebih kuranglah.Misalnya kita sentiasa beristigfar/berzikir dalam apa jua keadaan sekalipun.Tengah tengok tv,memasak,menulis pun boleh berzikir dalam hati.Tak rugikan kalau berzikir.Malah tanpa sedar, kita dah dapat banyak pahala.Jadi bersama-samalah kita membasahi lidah dengan berzikir.

Kita tak kaya.kita tak mewah.Kita hidup biasa-biasa saja.Tapi hati sentiasa tenang.Tenang kerana sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kita kena sentiasa programkan minda agar sentiasa positif dan ceria.Hal ini kerana,apa yang kita tulis dan apa yang kita fikirkan adalah matlamat.Yang paling berkesan ialah apa yang kita fikir.Jadi, programkan minda anda.Berubah ke arah positif untuk sentiasa menjadi insan yang sentiasa bersyukur. 

Akhir sekali,Huda bersyukur Huda dapat hidup,makan,dan masih bernyawa lagi.Itu semua nikmat. Nikmat tu bila-bila je boleh ditarik balik.Yang masih boleh makan.Makanlah selagi berdaya.Tapi berhenti sebelum kenyang  ya.Hehe.Yang masih hidup terutamanya Huda perlu beryukur dengan mentaati perintahNya.

Okey, itu saja yang Huda ingin kongsikan .Bye!