Sabtu, 4 Januari 2014

Doddle Comelku



Assalamualaikum Semua...


Hari ini saya cuba-cubakan lah jari-jemari saya untuk membuat doddle dengan menggunakan 

Paint Tool SAI.

Susah jugak sebenarnya.Saya belajar pun dari internet...

Mula-mula tengok tak faham,tapi tengok lama-lama barulah faham sikit-sikit.

Bab mengajar orang buat doddle memang saya tak berapa pandai,tapi sedikit tips untuk  

membuat doddle untuk anda semua.Hanya 4 langkah mudah.

Jadi,di sini saya sertakan doddle yang  telah berjaya saya buat...

Tak cantik sangat..!Sorry...

Gambar yang saya edit menggunakan Paint Tool SAI ini discan terlebih dahulu sebelum diedit.

1.Lukis gambar kartun di kertas A4.

2.Scan gambar tadi dan setkan gambar jenis png ,preview gambar tu dulu..,lepas tu 

croop,muat-muat pada kartun yang korang lukis.(Nak lukis terus menggunakan Pain Tool SAI 

pun tak apa)

3.Buka Paint Tool SAI ,tekan fail dan pilih gambar yang telah discan.

4.Boleh mula mengedit ikut pilihan hati.


Yang ini doddle pertama saya :

Gambar sebelum diedit



Selepas diedit menggunakan Pain Tool SAI inilah hasilnya,




Yang ini pula doddle kedua saya :

Ini gambar sebelum diedit,
 




Ini pula hasilnya selepas diedit menggunakan Paint Tool SAI, (cun tak?Hehehehe...)






Saya belajar buat doddle ni dari kembar saya,dia pulak belajar dari seorang kakak di 

facebook,kalau tak silap saya namanya Fiqah.

Kalau nak buat doddle kena ada banyak kesabaran.

Susah jugak Sebenarnya nak buat doddle.

Akhirnya, doddle saya menjadi jugak.Syukur alhamdulillah.

Okeyh...Itu sahaja paparan dari saya untuk anda semua pada kali ini.

Semoga mendapat manfaat darinya.

~Sharing Is Caring~

Rajin-rajinkanlah jemari-jemari anda untuk meninggalkan komen.Sekian,terima kasih!


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh