Rabu, 21 September 2016

Gy...ah dan giat MARA


Selamat sejahtera



Aku ada seorang sepupu bernama gy...ah. Dia sebaya dengan aku. Dia seorang yang pandai bergaya. Mengikut peredaran zaman. Aku ada gak cerita pasal dia dekat entry yang lepas-lepas.


 Aku tumpang kerja dekat mak dia punya kedai. Pengalaman kerja itu tak mungkin aku lupakan.




Sekarang aku nak cerita pasal gi..ah. Dia sambung belajar di giat MARA. Asalnya dia masuk f6 tapi berhenti sebab minat dia menjurus kepada kemahiran. Kira boleh la dia tambah stok kat kedai mak dia suatu hari nanti.


 



Seperti yang aku nyatakan di atas, dia sering mengikuti peredaran zaman. Jadi mesti kekorang semua tau dah dia ambil kemahiran apa. Tak yah kasi tau la...




Kemudian, aku ada borak pasal pembelajaran dia di giat MARA. Aku ringkaskan saja,





MARA bantu kita kalo kita buka perniagaan berasaskan bidang yang kita belajar di sana.


Yuran dalam RM400*lebih kurang


Belajar dalam 6 Bulan


Dapat elaun sebulan RM200


Tempat tinggal disediakan*takpasti kena bayar yuran penginapan dan makanan atau tidak


Ada uniform khas untuk budak2 giat MARA*kadang pakai tudung putih, kadang redah tudung hitam


Ada interview sebelum belajar di Giat MARA*Kalau lepas boleh belajar di sana


Kalau budak giat MARA sambung belajar, mereka akan menerima elaun*aku tak pasti sambung belajar dalam bidang yang sama ke idak


Cuti*tak tanya


Gy...ah kata sekelas ada lebih kurang 20 orang*Ikut la berapa ramai yang apply jurusan tu


Dalam kelas gi..ah yang paling tua 24 tahun, kakak sedara aku dah 30 series pun belajar di giat MARA.


Barang belajar macam kain disediakan oleh pihak giat MARA. Itu kalo ambil jurusan menjahit.



Bila gi...ah bagitau barulah aku sedar, kita perlukan kemahiran untuk menjamin masa depan.

 Kita boleh gak jimat duit. Misalnya, engko belajar menjahit di giat MARA, bila dah keluar mesti kau dah pandai jahit baju kurung, jubah, blouse, skirt, kebaya, baju kemeja, baju melayu, baju pengantin. Kan senang, nak raya ke kenduri ke hapa boleh jahit sendiri takyah tempah mahal-mahal.


 Kalau kome belajar memasak di giat MARA kome boleh je buka catering center bila dah terel masak. Kome boleh masak memacam makanan yang kome suka setiap masa untuk tambah lemak dalam badan. hehe.



Aku rasa aku pun patut ada kemahiran macam gy...ah. Banyak kebaikan kalau kita ambil kemahiran, buat tambah ilmu pengetahuan.


Bila kita banyak belajar, baru kita sedar banyak yang kita tak tahu sebenarnya.

Kalau mengkome masuk STPM, cuti lebih kurang 8 bulan untuk tunggu masuk universiti, kome boleh ambil giat MARA dalam 6 bulan. Sedikit sebanyak dapat tambah koleksi baju kurung kat rumah. Kalau rajin buat jualan online. Masyukkk ! Bye cau dulu.



p/s : Boleh la kome pergi kedai kakak  gy..ah di butik suffiyah dekat Aeon Seri Manjung.
Nak tahu lebih lanjut tentang giat MARA? Boleh la baca di laman web rasmi giat MARA.

Khamis, 15 September 2016

Penulisan yang menarik





Assalamualaikum



Aku suka membaca. Ada yang aku baca hard copy dan soft copy. Kebanyakan penulisan yang aku gemar baca adalah novel. Sehingga kini aku dah mula kurang membaca novel kerana... aku perlu fokus kepada perkara yang lebih penting ketika ini, iaitu menjalani kehidupan dengan tenang.


Antara banyak-banyak penulisan yang aku minati adalah



Suria November


Muda setahun dari aku. Aku kenal dia sejak form3 di facebook. Dia seorang yang suka minta kawan facebooknya membaca karyanya. Tapi, Microsoft Word yang dia bagi entah mana hilangnya.
Karya dia ringkas, menarik serta ada banyak pengajaran. Hanya dengan menulis, dia boleh meraih tontonan yang agak banyak di laman web penulisan2u. Kalau lihat di blognya, dia tak post cerita sampai habis. Kalau nak baca yang full kena baca di penulisan2u atau membeli buku beliau.
Setakat ini, antara novel yang paling aku suka adalah Rainy. Dia bagi dalam bentuk pdf, tapi ceritanya tak habis dan satu lagi adalah cerita tentang Bade(hero) yang ceritanya sering di post di fb beliau suatu ketika dahulu.


Bang Bikai


Juga dikenali dengan nama Muhammad Rusydi, Penulis Misteri, dan Encik Serdahana. Penulis yang juga aku kenal melalui fb. Cerita yang beliau tulis sangat dekat dengan hati pembaca. Beliau tulis cerita yang sad ending kerana beliau nak sedarkan pembaca yang hidup ini tak semuanya indah.
Karya dia ada unsur islamik, ada hadis, ada nasihat. Semua golongan pembaca sesuai membaca karya beliau. Karya beliau banyak tulis pasal kemiskinan, paras rupa, yang banyaknya berkaitan dengan kehidupan kita.



Antara karya yang aku suka adalah Cinta bukan milik kita. Bila baca karya dia, aku boleh bayangkan sampai meremang-remang bulu roma. Ayat dia menusuk hati pembaca. Anda boleh baca karya beliau  di blog mahupun di page Encik Serdahana, Muhammad Rusydi dan Bang bikai dan membeli novel beliau secara online. Dan satu lagi karya yang aku minati adalah novel Aku Bukan Ustazah. Dalam cerita ini ada hero bernama Encik Sederhana. Tekan saja Aku bukan ustazah di google, anda boleh baca di sana.












dan...






Hlovate


Aku minat penulisan dia. Ayat dia mengancam. Banyak dah entry aku tulis pasal dia. 

< Sini > 



Jadi boleh ar baca. Novel hlovate sesuai di dramakan. Sesuai la dengan pelakon korea pilihan gueh.







Tapi, bila aku tonton drama korea yang sangat positif membuatkan aku rasa kan bagus cerita korea tu jadi novel.



Rabu, 7 September 2016

Cikgu kesayangan #3

Assalamualaikum semua.




Hasil carian imej untuk cikgu


Dah beberapa hari aku dalam kelas bila cikgu sedang mengajar aku asyik teringat dengan cikgu kesayangan aku. Cara mereka mengajar, cara mereka memadatkan waktu pembelajaran, cara mereka beri kerja sekolah dan cara mereka memberi hukuman cukup membuat aku nak kembali ke alam persekolahan.


Jika anda pernah membaca entry cikgu kesayangan #1 dan #2 anda mesti tahu kronologi cikgu kesayangan yang aku sayangi.


Bila aku taip perkataan sayangi, aku teringat Fakhri,

“Assalamualaikum Cikgu Fatimah yang kami kasihi dan kami sayangi sepenuh hati”, dia bagi ucapan selamat sebelum kelas bermula. Budak geo memang macam-macam kerenahnya. Kami yang budak eko penuh dengan skema. Hukhukhuk.


Masih cerita tentang seorang guru kesayangan aku. Paling aku ingat semasa dia mengajar kami sekelas di menengah atas. Dua tahun yang penuh suka duka. 


Cikgu kesayangan aku sangat mementingkan masa. Dia kalau murid masuk kelas lambat mesti dia akan tanya lepas murid tu masuk kelas. Bila dia dalam perjalanan ke kelas dia nampak kami ada buat perbincangan atau periksa baju masa perbarisan dia akan datang paksa kami masuk kelas untuk belajar. Sikap dia agak tegas, sebab itulah kami jadi manusia yang semakin berdisiplin skang ni. Muhaha
Bila kami tidak buat kerja sekolah, dia suruh siapkan masa tu juga. Dan mesti rakan sekelas yang dah siap tugasan juga terkena tempiasnya. Kami dinasihat benda yang agak logik. Dia kaitkan kerja sekolah yang tak siap dengan kehidupan seharian.


Begitu juga dia menasihatkan kami sepanjang waktu subjek dia tentang cabaran hidup. Itu pula semasa hujan, ramai rakan kelas tak datang. Maka, wujudnya nasihat tentang disiplin waktu kerja jika kami bekerjaya kelak. Masa satu atau dua masa dia meleteri kami perkara yang bermanfaat. Bila kawan aku picit pen atau koyak-koyak lapik meja dia akan suruh kami berhenti dan kawan yang lain akan memandang kawan yang kena tegur. Sangat malu apabila diperhatikan sebegitu.


Kalau kami tak tahu, dia acah acah suruh tanya. Tapi kami macam biasa ego, tak tahu tapi berlagak pandai. Dia lah satu-satunya guru yang sangat memahami. Cara dia adalah dengan mengugut.
“Kalau kamu tak nak tanya, saya tanya kang”, kami pun dah mula kesejukan.


Bermulalah seorang demi seorang rakan sekelas berdiri memberi jawapan. Jawapan tak lengkap kena berdiri, yang betul dia macam bajet tak bagi duduk. Inilah namanya cikgu yang sayang pelajar. Bila dah ada pelajar yang berjaya duduk dia suruh pelajar yang berdiri ulang jawapan pelajar yang berjaya duduk dengan selengkap-lengkapnya. Biasanya pelajar yang duduk itulah pelajar yang terakhir ditanya oleh cikgu. 

Kami dilarang membuka dan meyelak nota mahupun buku semasa menjawab soalan yang diutarakan.Tak lengkap lenguh kepala lutut. Hua hua huaa.


Tapi bila aku tak tahu apa-apa di form 6, aku takut nak tanya. Cikgu macam dah anggap kami semua pandai. Tapi sebenarnya kami hanya berlagak pandai dan malu nak tanya. Kan bagus ada cikgu macam cikgu kesayangan.



Cikgu punya mood ikut baju, kalau baju merah naya je kami semua. Mesti tak selamat hari tu.


Bila cikgu tanda buku, cikgu ada tulis A. Tulisan A tu aku ingat dia nak kata aku punya buku cemerlang, tapi bila aku perasaan setiap kali dia tanda buku memang dia tulis A. Rupanya itu tandatangan dia. 


Cikgu juga tak sempat tanda buku kami, dia memang selalu kutip buku setiap hari. Dan sebab itu la aku siapkan dulu kerja sekolah yang dia bagi berbanding subjek lain. 


Aku pula bila subjek dia, buku latihan dan nota aku tulis cantik-cantik. Tapi tak pernah dia tulis kata-kata semangat.


Aku rasa dia nak kami ikhlas dalam membuat kerja sekolah, bukan aci siap tiru kawan.
Bab tiru ni aku dah tulis dalam entry sebelum ini.


Cikgu kesayangan akan semak buku latihan lepas kami semua dah hantar. Dia selak-selak semua buku kami selepas itu. Aku melihat dia dengan penuh debar, lebih-lebih kawan-kawan aku yang buat kerja sekolah meniru orang. Kena lah hukumanya. Dia tengok 2 buku yang sama jawapan, dia suruh 2 murid itu berdiri dan bagi sebab. Sejak dari tu tabiat meniru dah berkurangan dari kalangan 5Akaun. Untuk subjek tu saja lah.


Cikgu sebelum keluar kelas dia bagi kerja sekolah dan pesan suruh siapkan kerja sekolah dengan sepenuh jiwa raga. Kadang kala dia suruh cari maksud sesuatu konsep. Esoknya kena tanya, tanya, dan tanya sehingga kami menulis jawapan untuk kertas SPM sebenar baru dia berhenti bertanya tentang subjek yang dia ajar...lega semuanya sudah selesai.


Cikgu kesayangan aku ada aura. Sebelum dia masuk kelas kami dah ketakutan. Baca buku selaju yang mungkin sebelum ditanya apa-apa. Kena bersedia, jangan tangan kosong sahaja. 


Bunyi tapak kasut dia pun boleh buat kami gerun. Dia dah datang, semua tunduk pandang buku laju-laju. Bila cikgu datang, terdiam sekejap.


Bila cikgu lain masuk selepas kelas dia, cikgu baru masuk kata :
“Kena marah lagi ke, muka masam je semua ?”


Kami hanya diam sebab dah tak berperasaan dan agak tergamam dengan kata-kata cikgu kesayangan yang amat bernilai, dan kadang-kadang apa yang dia cakap sangat terkena dengan kami. Jadi kami termalu sendiri. Hanya dia satu-satunya cikgu yang mampu berbuat begitu kerana dia sangat sayangkan murid-murid dia.


Cikgu kesayangan ada berpesan,
“ Kalau nak belajar, belajar sekurang-kurangnya sampai ijazah, baru hidup terjamin”


Dia juga ada nasihatkan kami tentang isu semasa, adab dengan ibu bapa dan adab mengemas kelas. Bila kelas kami kotor, sebelum mula kelas dia suruh kami sapu sampah dan kutip sampah yang ada di dalam meja mahupun di atas lantai. Katanya, baru selesa nak belajar. Ilmu pun senang nak masuk.


Biarpun kadang-kadang aku rasa nak marah dia *dalam hati lah, tapi bila aku menginjak dewasa, baru aku sedar alangkah baiknya kalau aku masih ada cikgu macam dia.



p/s : Maaf kerana ambil masa anda untuk membaca memori silam aku.


 Hasil carian imej untuk cikgu