Jumaat, 20 November 2020

Review Chinese Drama Go Ahead

 

 

Hai semua, assalamualaikum




Semalam aku baru sahaja habis menonton satu Chinese drama. Rasanya dah lama tak buat review. Sekarang aku lebih berminat menonton Chinese drama berbanding Korean drama.

 

Baiklah, aku akan teruskan review Drama Go Ahead.

 

Go Ahead mengisahkan tiga orang adik beradik lain mak, lain ayah. Tapi mereka hidup bahagia sebagai satu keluarga. Saling menyokong antara satu sama lain dan tolong menolong tatkala seorang dari mereka mengalami kesusahan atau sedang bersedih.

 


Watak utama dalam drama ni ada 3 orang iaitu,


 

Li Jian Jian – Seven Tan




Ling xiao – Song Wei Long






He ZiQiu - Steven Zhang


 

Macam mana diorang boleh jadi 3 beradik?

 

Baiklah, Li Jian Jian tinggal bersama ayahnya, Li Haichao di sebuah apartment atau flat, entah la. Hahaha. Kemudian, ada sebuah keluarga polis iaitu Ling He Ping bersama isterinya, Chen Ting dan anaknya Ling xiao pindah atas rumah Jian Jian. Nak dipendekkan cerita Chen Ting meninggalkan suami dan anaknya atas sebab-sebab tertentu. Ketika Ling xiao duduk di tangga, dia diajak oleh Jian Jian dan Li Haichao untuk makan bersama hampir setiap hari.

 


He ZiQiu pula hadir dalam hidup Li Haichao apabila ibu ZiQiu, He Mei meninggalkan ZiQiu bersama neneknya. Disebabkan nenek ZiQiu bukan orang senang jadi dia mengabaikan pendidikan cucunya itu. Maka Li Haichao dengan ikhlas ingin menyara ZiQiu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sebenarnya, Li Haichao seorang duda dan dijodohkan dengan ibu He ZiQiu iaitu He Mei oleh jiran bernama mak cik Qian. Tetapi He Mei tidak mahu berkahwin lagi. Dia ada pendirian sendiri dan terus membawa diri ke Shen Zhen untuk bekerja di sana.

 



Maka Jian Jian dapat abang secara express. Dengan itu, Jian Jian seorang lah perempuan dalam keluarga itu. Jadi, ketiga-tiga anak itu tiada kasih sayang dari seorang ibu. Tapi mereka tetap teruskan hidup seperti biasa, sehingga lah ketika kedua-dua abangnya habis sekolah menengah. Ling xiao terpaksa melanjutkan pelajaran ke Singapura kerana ingin menjaga ibunya walaupun ibunya pernah meninggalkannya sewaktu kecil. ZiQiu pula sambung belajar ke UK kerana dia sedar keluarganya itu tidak mampu untuk membiayai pelajarannya. Jadi dia ambil keputusan untuk tinggal bersama ayah kandungnya, Zhao Hua Guang.

 





Setelah 9 tahun berlalu, Ling xiao dan ZiQiu pulang ke rumah. Kepulangan mereka semestinya dinanti oleh kedua-dua bapa, Ling pa dan Li pa. Tapi Jian Jian berasa akward kerana sudah 9 tahun tidak ketemu. Tetapi Jian Jian masih menganggap kedua-dua abang angkatnya itu sebagai abang kandungnya. Kemudian konflik berlaku apabila Chen Ting datang untuk menghantui hidup Ling Xiao. Ibu ZiQiu, He Mei pula menemui Li Haichao untuk memulangkan wang yang dipinjam suatu ketika dahulu.

 


Dalam pada itu, Jian Jian ada dua orang sahabat iaitu Qi Ming Yue dan Tang can. Kedua-duanya mempunyai ibu yang tidak memahami.





 



Watak yang paling aku suka adalah Li Haichao, dia seorang ayah yang penyayang, ikhlas dan bertanggungjawab. Dia ni kesian, asyik kena pergi blind date je sebab jiran-jiran risau sebab dia menduda terlalu lama. Li Haichao pandai memasak, dia dah jadi ibu dalam keluarga kecil diorang. Li Haichao juga ada kedai mi. Dengan menjual mi lah dia menyara Jian Jian, Ling Xiao dan ZiQiu.

 







Cerita ni nampak real walaupun hanya sekadar lakonan. Sememangnya wujud ibu yang macam ni. Nakkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi kadang-kadang berlebihan, membuatkan anak-anak rasa tertekan. Dalam drama ni ada 4 ibu yang berbeza sikap. Kalau korang nak tahu apa sikap 4 ibu ini, korang kena tengok sendiri. Memang best, kisah ini tentang kehidupan & kasih sayang antara ahli keluarga tanpa hubungan darah.






 


Kita tengok pula kepada tajuk, Go Ahead. Mula-mula aku tak tahu kenapa tajuk dia macam ni, asal lagu opening dia sedih giler. Lepas dah tengok beberapa episode baru lah aku tahu, ni kisah sedih rupanya. Tapi… ada je scene kelakar, yang buat korang tak kering gusi. Aku suka scene Jian Jian, Qi Ming Yue dan Tang Can, bagaimana diorang boleh berkawan masa di sekolah menengah sehinggalah menjadi housemate.








Ini pertama kali aku tengok drama Seven Tan. Ada sorang kawan aku ni, Fatimah dia cakap citer ni best. Aku pun try tengok memandangkan ada Song Wei Long gan Steven Zhang. Dan bila dah tengok, takleh berhenti. Best dan very recommended! Series weyh aku tak skip langsung.


Episode yang buat bergenang air mata:

1. Ep 5 (birthdy ziqiu, throwback Li Hai Chao ambil Zi Qiu kat kampung, ziqiu kena sindir dgn makcik2 kat kedai mi)

2. Ep 11 (Li Jian Jian sedih kedua2 abangnya pergi sambung bljr, tengok langit ada kapal terbang, naik bas sorang2)

3. Ep 23 (Zi Qiu teringat masa dia kecik, dia kena ejek dgn kawan2, "He Zi Qiu penumpang")

4. Ep 33 (Zi Qiu teringat masa kecik jalan tepi sungai, antara kenangan terindah bersama ibunya, He Mei)

5. Ep 40 (Chen Ting baca blog jian jian tulis mengenai anaknya, Ling Xiao)


Kalau sapa2 yang suka drama genre sedih & pasal keluarga sangat recommended utk tonton drama ni.

 

Aku bagi 9/10 untuk drama ini. Terima kasih kerana berjaya buat aku menangis seawal episode 1 dan 2. Hampir setiap episode aku menangis tau. T_T


Okey, itu sahaja untuk entry kali ini. 

Bye2, asslamualaikum <3

Jumaat, 16 Oktober 2020

Hanya 24 hari

 Assalamualaikum


"I coming back"



“Suatu tempat yang tidak asing bagi diriku. Melakukan pekerjaan tanpa mengira masa. Jam di dinding masih berjalan. Aku masih di sana ralit melakukan pekerjaan. Aku sedar musim covid-19, tidak perlu memilih kerja. Peluang ini harus aku ambil kerana masih ada lagi orang lain yang tiada kerja. Alhamdulillah, 24 hari yang sangat berharga. 24 hari yang akan aku ingati sampai bila-bila.”



Menghala ke tempat kerja



Pada cuti semester yang lalu, aku telah bekerja di kantin. Seperti entry sebelum ini, aku pernah berkongsi pengalaman bekerja di kantin semasa cuti semester. Boleh baca di sini,




Kisah satu

Kisah dua

Kisah tiga

Kisah empat



Awan yang ku rindui



Long story short, aku bekerja dengan kakak di kantin. Disebabkan musim covid-19, jadi tiada order masa tu. Jadi kak Jura dan mak Ity pon cari kerja lain. Semasa kitaorang masih cuti semester, bos panggil kerja. Bukan kantin sekolah tapi kantin di belakang rumah inchi bos. Kerja macam orang kat dapur. Penyediaan makanan, bungkus makanan dan hantar makanan. Sapa yang tak reti masak pon boleh kerja, latihan sebelum jadi isteri. Tiber :>



Lap dan susun sudu



Okey, aku nak share mengenai suasana tempat kerja, masa bekerja, rehat, jarak tempat kerja dari rumah, kelebihan kerja kat kantin dan skop kerja.


1. Suasana tempat kerja sangat selesa. Ada kipas dan pengudaraan yang baik.



2. Masa bekerja tak tentu, kadang-kadang jam 7 pagi, 4 pagi dan kalau ada catering untuk kenduri kahwin…masanya tidak menentu.



Berdua gan bos kecik



3. Rehat pula hanya pada waktu makan dan solat sahaja. Tapi okey la kerja macam kat dapur, kena kemas-kemas, potong-potong bahan untuk memasak dan sebagainya.



4. Jarak tempat kerja dari rumah hanya 5 minit. Alhamdulillah paling dekat dari pekerja lain.



Bahagian luar homestay



5. Kelebihan kerja kat kantin, boleh stay kat homestay bos kalau bos ajak dan pastinya esok tu kena masuk kerja sebelum subuh. Kelebihan yang kedua boleh makan makanan kat kantin. Jangan buat bos makan hati dengan perangai kita sudah. Ekekeke. Kemudian, aku juga belajar cara lipat napkin. Satu jenis je tapi. Okey lah kan. Berjaya gak aku lipat napkin semasa emergency. HAHAHAHA. Sabar je lah.



Homestay



6. Skop kerja kantin adalah potong-potong bahan-bahan untuk dimasak, menghantar makanan, membasuh segala pinggan mangkuk yang telah digunakan, mengelap meja, membasuh periuk nasi, menyapu, dan mengemop. Namun begitu, kadang-kadang ada extra kerja yang kitaorang buat. Misalnya mengemas dan membersihkan homestay. Kedua, membasuh, mengampai, melipat dan meletakkan semula cadar, sarung bantal, napkin, lapik meja ke tempat asal. Ketiga menghantar makanan lebih kat kantin di dapur rumah bos. Keempat, ambil bahan-bahan memasak kat dapur bos kalau dia suruh ambil. Kelima, mengemop bahagian depan rumah bos.



Krim melecur dan plasters wajib bawa gi kantin



Cukuplah 3 minggu lebih aku bekerja di kantin. Mula-mula rasa macam nak berhenti. Tapi disebabkan kerja ni bukan hari-hari maksudnya ada banyak order baru kitaorang kerja. Okey lah kan. Nak berhenti kerja, esok dah cuti. Jadi boleh relax sekejap. Berulang perkara yang sama sehingga nak masuk sem semula.  Nikmatnya masa lapang dengan waktu rehat kalau bekerja. Jadi, hargainya masa itu kerana ada yang bersengkang mata untuk mencari sesuap nasi. Sedangkan ada orang yang tertipu dengan nikmat dunia macam main telefon duapulohempatjam. Hahahaha, aku pon sama je.


Masjid baru Bagan Datoh



Okey, itu sahaja entry kali ini. Korang buat apa kat rumah?

 

Ahad, 20 September 2020

ERTL di rumah vs IIUM Pagoh


Assalamualaikum. Hi everyone!




Classmate



Terasa bersawang blog ini. Cuti sem belum habis lagi. Waktu yang terluang ini, aku ingin kongsikan pengalaman semasa ERTL. Pihak IIUM melakukan kelas percubaan sebelum ERTL yang sebenar. Hal ini demikian untuk memastikan capaian internet memuaskan, keselesaan belajar jarak jauh dan dikelilingi dengan persekitaran yang baik. Jika mempunyai sebarang masalah, pelajar dibenarkan untuk pulang ke mahallah atas alasan yang munasabah. Aku hanya berpeluang menghadiri kelas selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku pulang ke IIUM Pagoh tercinta.  Baiklah, aku akan teruskan kepada point utama. Ghghghghghghgh…


  

Masa ni hujan renyai-renyai





1. Makanan

ERTL di rumah seperti biasa makanan tersedia. Boleh memasak segala benda yang nak makan. Menarik bukan?

ERTL di IIUM Pagoh. Setiap hari aku melihat menu bumbu kito kat status wasep mak cik kafe. Beli atau tak? Termasuklah group wasep Edu Hub Pagoh. Pelbagai makanan delivery yang sangat menyelerakan. Sapa yang tak kuat iman jangan buka phone, nanti terbeli semua. Ghghghghghgh. Tipu jer.

“Fatin mau makan apa harini?”

 

Hanya satu makanan yang dibuat sendiri





2. Pengangkutan

ERTL di rumah tak perlu keluar ke mana-mana. Disebabkan time tu PKP jadi elok kiranya meluangkan masa di rumah sahaja dengan menghadiri kelas. Namun, jauh di sudut hati aku ingin keluar dari terperuk di rumah ini. Tapi, ada baiknya duduk di rumah yedok?

ERTL di IIUM Pagoh

Aku melihat awan, sangat cantik ciptaan tuhan.

“Fatin… cantikkan?”

“Terima kasih!”

“…awan yang cantik”.  :<







Semasa di IIUM Pagoh aku hanya keluar 3X sahaja. Sekali pergi ke Pagoh jaya, membeli barang-barang keperluan di Speedmart dan melencong terus ke Panchor menikmati makanan di restoren Haji Masjuki.







Kali kedua dan ketiga pergi ke 7 Eleven bersebelahan Mahallah. Kali pertama aku dan Fatin menikmati mee segera di sana. Sungguh enak, terkenang memori semasa bekerja di Pasar raya. Kali kedua pergi ke 7 Eleven hanya membeli dan terus pulang kerana ada polis melepak di situ. Cheese.

 







3. Kemudahan internet

ERTL di rumah memerlukan aku membeli data yang banyak untuk menampung kelas yang agak banyak. Setiap pengorbanan orang berbeza.

ERTL di IIUM Pagoh aku hanya menggunakan kemudahan wifi yang tersedia. Boleh menonton drama pada waktu lapang lagi. Ghghghgh

 


Cantikkan awan Pagoh




4. Kos sara hidup

ERTL di rumah tidak memerlukan kos. Makanan dan kelengkapan tersedia. Cukup semuanya.

ERTL di IIUM Pagoh terikat dengan pembelian makanan yang enak-enak belaka serta kelengkapan lain termasuklah pembelian barang secara online. Percaya atau tidak, menu yang disediakan oleh mak cik kafe berbeza dengan menu yang dijual semasa semester biasa. Mungkin meraikan kami yang kesepian merindui makanan ibu?




Semasa di IIUM Pagoh, ada beberapa perkara yang aku suka lakukan misalnya melakukan senaman ringan di compartment kosong (bilik Aisyah), yang ni kadang-kadang bila ada mood. Ghghghgh. Kedua, menukar menu hampir setiap hari supaya dapat menaikan nafsu makan. Memikirkan menu untuk esok menjadi kebiasaan aku dan Fatin. Melihat telefon, scroll menu, bertanya mau kah? Kalau tak setuju cari menu yang digemari. Perkara itu berulang kembali setiap hari. Pasti aku sangat rindui.







Aku tidak pasti adakah kelas online akan berulang kembali. Namun, detik ini harus aku hargai. Menghitung hari demi hari, bila agaknya kelas atas talian akan berakhir? Aku tidak pasti.








Terdapat perkara misteri di Mahallah yang telah aku gan Fatin alami. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah. Yeayy!







Aku akui, Pagoh sungguh sepi. Hanya awan yang berarak di atas sana. Kemudian pergi menjauh sedikit demi sedikit. Aku sangat bersetuju bila pelajar UIA Pagoh memuji awan Pagoh yang sangat indah. Uwu





Ayuh pulang!






Bye bilik





No more level 4






Oh iye, aku ada buat video sepanjang ERTL di IIUM Pagoh. Tetapi hanya memuatkan beberapa scene sahaja. Cukup untuk dijadikan memori sampai bila-bila. <<<Klik sini>>> atau lihat di bawah,


 


Kelas online korang macam mana?

Sabtu, 2 Mei 2020

Review buku penulisan Teme Abdullah




Assalamualaikum dan salam PKP semuanya



Pagi yang indah ini, aku ingin membuat review 4 buah novel nuklian Teme Abdullah. Siapa kenal Teme angkat tangan! Hikhik. Empat buah novel ini telah dibeli oleh kakak aku. Dia sangat meminati penulisan Teme. Begitu juga dengan aku. Disebabkan aku tidak membeli buku Teme, jadi aku hanya meminjam dari kakakku.


Empat buah buku yang aku perkatakan tadi adalah ;

1. Impian Jalanan

2. Signature Jalanan

3. Empayar

4. Empayar 2








Keempat-empat novel ini sememangnya menjadi impian aku untuk membacanya. Sebelum ini aku pernah buat review buku Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Boleh klik di sini untuk membaca review tersebut.


Kita terus kepada agenda utama,



1. Impian Jalanan





Impian Jalanan menceritakan tentang Iskandar seorang murid sekolah rendah tahun satu. Budak kecik ini sangat minat melukis dan suka berangan. Iskandar mempunyai seorang kakak yang bijak. Iskandar atau nama gelarannya Ikiy mempunyai sedikit masalah pada otot matanya yang menyukarkan dia untuk mengenal simbol. Jadinya, Iskandar terpaksa memakai cermin mata sewal usia 5 tahun. Impian jalanan juga menampilkan watak Arif dan Teacher Jayanti. 


Kisah dalam buku ini memberi inspirasi kerana kegigihan Iskandar menunjukkan bakat melukisnya melalui pertandingan melukis poster dan lukisan di mural sekolah. Cerita ini mempunyai dua babak. Babak pertama kisah Ikiy semasa zaman sekolah rendahnya dan babak kedua kisah Iskandar yang sudah dewasa bersama sahabatnya, Ahmad. Apa yang terjadi kepada Ikiy yang dulu? Sudah berjayakah dia apabila sudah dewasa? Jadi, korang kena lah baca buku ini kerana plot penceritaan yang digarap rapi dan penuh saspen.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

Aku perlu belajar yang aku mampu bahagia dengan diri aku sendiri. We have to find our inner peace. Nobody can make you happy until you’re happy with yourself.



Buku ini aku baca semasa cuti sem, tapi tak ingat cuti sem yang mana. Penulisan novel ini sangat menarik, penggunaan ayat yang mudah difahami dan mesej pengarang berjaya disampaikan kepada pembaca. Buku ini adalah adik kepada Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan.



2. Signature Jalanan







Buku ini menceritakan kisah seorang Ben yang berusia 17 tahun. Ben memasuki sekolah berasrama penuh semasa tingkatan 4. Ben seorang yang sangat aktif kokurikulum dan juga kurikulum. Ben seorang yang sangat meminati subjek Sejarah manakala, sahabatnya Oki memiliki kelebihan dalam subjek Matematik Tambahan. Joe merupakan sahabat sekelas Ben, dia seorang yang agak lemah dalam subjek matematik tambahan dan beberapa subjek lain. Alif  pula seorang pelajar yang mempunyai masalah kewangan. Zack merupakan pengerusi BADAR yang juga merupakan seorang pelajar aliran agama. Penceritaan yang digambarkan oleh Teme ringkas dan santai namun banyak pengajaran yang kita boleh perolehi. Jika sesiapa yang merindukan zaman sekolah menengah, anda disarankan untuk membaca buku ini. Pilihan yang sangat tepat!



Ayat yang aku suka dalam buku ni ;

“Tak apa Ben. Allah nampak usaha kau…”


Kisah Signature Jalanan sememangnya mengingatkan aku kepada zaman sekolah menengah yang sudah aku lalui 6 tahun yang lalu. Lamanya masa meninggalkan kita. Tiba-tiba jer dah habis sekolah kan. Seterusnya, pengalaman aku sebagai pekerja kantin di sekolah asrama meningatkan aku kepada adik-adik di sana. Aku hampir lupa nama mereka semua, ada yang aku ingat hanya muka mereka sahaja. Tapi ada beberapa orang yang aku ingat nama pendek diorang ; ban, air bandung, Syabil, Jeh, kwn jeh, spek mata. Pastu kan weyh, aku boleh bayangkan muka Ben, Oki, Joe, Alif gan Zack. Aku hanya bayangkan muka budak2 kat sekolah tu.


Ben  - Akmal Safwan
Oki  - Danial Putra
Joe   - Johan Nawi
Alif  - Fawwaz
Zack - Jehh


Seorang ni namanya Dilan (bukan nama sebenar). Aku panggil dia Dilan sebab muka cam filem Dilan. Dia sudah tidak bersekolah di sekolah asrama itu disebabkan satu hal yang telah terjadi (Dilan pun masuk sekolah tu masa tingkatan 4 sama macam Ben). Itulah kehidupan, berbuat baik pun akan disalah tafsir. Semoga Dilan berjaya walau di mana jua Dilan berada. Kak Huda gan Kak Farah akan sentiasa ingat kat Dilan. Hehehehehe.



3. Empayar








Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama mengisahkan tentang pelatih 8492 yang diterima sebagai penuntut di Madrasah Taming Sari semasa zaman pemerintahan Kesultanan Aradhanapura. Di madrasah tersebut semua penuntut, pahlawan(ketua setiap ambilan) dan penghulu akan menggunakan nama rahsia bernombor empat angka. Kenapa mereka tidak menggunakan nama sebenar? Dalam buku ini juga menceritakan kisah 8492 bersama pahlawan 1636, pelatih 6480, pelatih 2335, Datuk kanan putih, Mualim Jawa dan warga Madrasah Taming Sari. Penghulu Madrasah Taming Sari iaitu Tuan Mursyid Bija sangat tertarik dengan sifat dan ilmu yang dimiliki oleh 8492. Dalam masa yang sama Putera Aradhana Sastera telah melarikan diri dari istana. Ke manakah Putera Aradhana Sastera menghilang? Segala kemusykilan akan terungkai jika anda menghabiskan pembacaan buku Empayar.



Ayat yang aku suka dalam buku ini :

“Beginilah 6480…, apa kata kita bersahabat? Aku guru kau bila kau perlukan nasihat. Dan kau pula guru aku bila aku perlukan nasihat. Boleh?”


Sebenarnya sudah dua kali aku ingin membaca buku ini. Tetapi dua kali itu juga aku hanya baca satu per empat daripada buku kerana tiada mood untuk membaca apa-apa buku pada ketika itu. Selain itu, jujur aku katakan penggunaan nama watak empat angka memberikan sedikit kesukaran untuk aku menghayati plot penceritaan. Cewah. Baru-baru ni semasa musim PKP, aku berjaya menghabiskan pembacaan selama 2 hari. Hal ini disebabkan aku cuba mengosongkan fikiran, mengambil mood dan menghafal nama karakter untuk fokus kepada pembacaan. Penggunaan ayat yang santai dan ringkas menyebabkan aku meneruskan pembacaan untuk mengetahui jalan cerita seterusnya. Selain itu, buku ini juga banyak menulis mengenai hadis dan ayat al-Quran yang bersesuaian dengan plot penceritaan. 



4.  Empayar 2







Empayar 2 : Hikayat Mukjizat daripada Iblis merupakan kesinambungan kepada empayar yang pertama. Kisah yang kedua ini menceritakan bagaimana Jemaah Ar-Rayatusuwd di bawah pimpinan Imam Abu Aswad menceroboh Madrasah Taming Sari. Hal ini juga disebabkan oleh penghulu madrasah, Tuan Mursyid Bija yang telah meninggal dunia membuka peluang kepada mereka untuk mengambil alih pentadbiran Madrasah. Orang kanan Abu Aswad iaitu Abu Aiman seorang yang mengikut sahaja arahan ketuanya tanpa membantah. Abu Hajar selaku panglima askar Ar-Ridhwan pula seorang yang sangat baik, namun beliau terpaksa akur akan arahan ketuanya. Namun, perjuangan Jemaah Ar-Rayatusuwd hanya bertopengkan Islam sahaja. Empayar 2 akan memaparkan perjuangan askar Orang Laut di bawah pimpinan Daeng Anding untuk menyelamatkan Madrasah Taming Sari. Berjayakah mereka menyelamatkan madrasah itu dari cengkaman Imam Abu Aswad dan Jemaah Ar-Rayatusuwd?



Setakat itu sahaja review buku Teme. Sekarang aku masih menanti buku Teme yang seterusnya iaitu Selamat Tinggal Purnama. Buku ni dikeluarkan 2 jilid sekaligus. Tak sabarnya nak baca. Insyallah nanti bila-bila rajin, aku buat review pasal buku Selamat Tinggal Pernama pulak okeeee. 






Selamat berpuasa semua. Bye2