Isnin, 13 April 2015

Baca novel lepas habis SPM 12/4/15


Assalamualaikum.

Aku ni tak abis-abis SPM,SPM,SPM.Entah apa-apa.Cerita SPM dah tutup okey,lepas ni tak payah tulis bab spm lagi.Aku tak janji.

Alkisahnya,aku ni peminat novel..tak kisah cerita pasal apa.Tapi yang lebih menjurus kepada genre CINTA.Rasa nak muntah pulak.

Okeyh,lepas habis je spm,aku habiskan masa aku dengan membaca novel cinta time kerja.Mana aku dapat novel?Aku rembat je sapa-sapa punya.Asal jumpa aku bedal je baca.Jahat macam penyamun, kan aku ni.Hakhakhak!

Aku pinjam.Dari macam-macam orang atau kakak.
Okey,aku senaraikan novel yang dah aku telaah dengan rajin gilos..

1.Cinta Kontrak –Nurul Ain Syuhada
2.Doktor Cinta –Dyadila
3.Suamiku tak romantic,tapi autistic –Farisha Imani
4.Coke&Sundae –Lya Abdullah
5.Lafazkan Kalimah Cintamu –Siti Rosmizah
6.Gila Kau? –Dyadila
7.Sha & Shah –Sha Ibrahim
8.Suami aku ustaz –Hannah Dhaniyah
9.Andai itu takdirnya –Siti Rosmizah
10.Gadis Edisi Terhad
11.Muhammad Al-Fatih –Abdul Latip Talib
12.Encik Sayang dan miss sweetheart –Sara Aisya
13.Gelak tergolek –Wan Azlan
14.Bukan kerana aku tak cinta-E-man Sufi
15.Apa saja untukmu sayang –Zya Za
16.Bicara Hati –Damya Hanna
17.Saya Pilih Awak –Lynn Allyna
18.Kau Perempuan Itu –Sri Sarah
19.Pergilah air mata –Hanni Ramsul
20.Diari Mat Despatch Lelaki Baik –Bahruddin Bekri
21.Aa+Bb-Hlovate

Aku cerita sikit ye..random.

Untuk novel,Bukan kerana aku tak cinta.Punya la aku khusyuk membaca membayangkan watak dalam tv.Tup-tup bahagian belakang ada gambar penulis dan penulis tu pakai tudung.At last,baru aku tahu dia perempuan.Aku ingat e-man sufi tu lelaki .Nampak macam apa je.

Karya Abdul Latip Talib.Serius best tertonggeng.Macam kisah islamik zaman dulu.Cerita yang agak susah nak faham.Tapi penulis pandai gambarkan keadaan yang berlaku.Ayat yang santai,senang nak faham,dan yang paling penting bunga sastera tu ada.Ceh,puji kemain.Itu ikut citarasa aku.Korang punya pandangan aku tak tahu.Rambut sama hitam,hati lain-lain.

Andai itu takdirnya dah banyak kali aku baca.Tetap best walau cerita agak smooth.Okey,nice job writer!Aku tetep feel yang sama.Sedih yah ampun.Tengah tunggu AIT2 pulak.Wee~
Gelak tergolek tu cerita macam apa je.Aku malas nak komen.Ikut korang la.Pada aku,budak-budak jangan baca buat rosak otak aje.Pening aku ingat cerita dia.Baik tak payah ingat.Buang Karen aje.Sorry ye..jangan marah,ini pandangan aku aje.

aA+bB,cerita ni agak santai,ada lawak,pengetahuan medic,cerita dia menarik,padat,terus kepada tajuk,bunga cerita tu lengkap,boleh jadi rujukan kalau nak buat novel.Ada teknik saspen,imbas kembali.Serius aku tak tipu.Mula-mula aku tengok la muka depan dia.Ermm,macam tak best aje!Itu lah gatal sangat mulut aku mengkritik.Bila ada orang cakap best-best.Sambil cerita sikit-sikit kat aku.Aku pun baca lepas dia.Sambung cita...Cerita dia mudah faham.Feel tu sampai.Tak de banyak huraian,jadi cerita tu padat.Aku paling suka novel yang takde huraian,aku lebih suka baca dialog.Kan best?Takde pening-pening nak fikir.Contohnya,dia pakai shawl corak biru campur kelabu.Dia jalan menyusuri lorong yang kosong. Macam tu la.Macam apa je.Buat abis Karen je baca.Hahahaha.

Lafazkan kalimah cintamu.Hahahaa.Gelak dulu.Aku gila nangis tak ingat.Menganggis aku baca tang bab awal dia.Dah le masa tu aku maca time kerja,mak cik aku yang lagi sorang dia kata “Kenapa kamu menangis?”Aku pun cakap tengah baca novel nuklian SR.Pastu dia kata ,“ohh..mak cik pun sedih baca buku tu,yang Zril nak kawin dengan sepupu dia kan?”aku pun angguk kepala.Padahal,mak cik tu dah salah tafsir,dia ingat aku baca kisah Leya.Yang benonya kisah Aqilah.Hish,hish,hish*sambil geleng pala.Tak paham aku.
Cerita aku,

Sepupu aku kata yang aku ni pengkritik yang hebat.Hahaha.Perli aku la tu.Aku kritik takde sapa larat dengo.Dengan nada,riak,gaya yang tah apapa.Okey la tu.Sekiranya aku mengkritik maksudnya di sini yang aku ni berfikir.Takde la kering je otak aku tak berfungsi.Aku rasa macam berfikir di luar kotak pulak.Rasa nak muntah pulak.Uhuk!
Pengajaran,

Aku memang suka mengkritik.Tapi takde lah melampau.Aku cakap benda yang luhur dari ceruk hati.Pheww.Aku sedar ramai yang minat novel ni beri macam-macam pandangan.Bila bukak je goodreads aku tengok ada orang komen pasal novel tu lah,novel ni lah.Bila baca rensasi depa,rasa macam penulis ni kerdil bebenor.Kesian aku nengok novel yang kena bush.Komen kemain.Cerita tak berapa menarik la,banyak typo,cerita susah faham dan cerita tu lebih baik dari cita ni rasanya.Boleh pulak banding-bandingkan dengan novel lain.Pulak dah.

Bagi aku,kita harus :

1.Renungkan diri
First,renung balik diri kita.Cari kelemahan diri kita.Jangan tundingkan jari nak salahkan orang lain,macam kita ni perfect sangat.Nobody perfect.Kita kena ingat,”What you give,you’ll get back”

2.Perbaiki diri
Dah cari apa salah kita,cuba cari cara nak ubah diri kita.Asyik fikir cons aje.Cer lihat diri kita,kita Cuma manusia.Janganlah komen bagai nak rak sampai penulis takut nak berkarya.Kesian3.
3.Ubah mentaliti

Ubah cara kita berfikir.Berikan pro and cons dia.Jangan asyik fikir negative aje .Rosak la minda kita.Kalau ada yang tak suka,cakap lah dengan cara yang lebih elok.Cara korang bush tu nampak cruel.Kesian penulis-penulis kat luar tu.Kita kena fikir jugak perasaan orang lain.Kesian novel yang takde taraf.Hish3.Penulis still boleh ubah cara dan jalan cerita kasi menarik.See,betapa positive nya aku.Wekh.*Muntah jap.

Last but not least,aku minta maaf kalau ada tersalah taip.Maaf kalau aku gunakan ayat yang menyakitkan hati dan sebagainya.Maaf jugak untuk kritikan aku yang telus.
Orite,see you next time.Bye2

Assalamualaikum.

Tiada ulasan: