Assalamualaikum.
Bertemu kita hari
ini.Syukur ke hadrat ilahi.
Hari ini aku nak rensasikan sebuah
novel yang pelik tajuknya.Bukan setakat tajuk namun begitu juga
dengan penulisnya sendiri iaitu,Hlovate.Cerita yang ku sangka tak
best,sungguh jauh meleset.Aku baca buku ni sebab aku dengar yang buku
ni best sesangat.Pengenalan aku bertemu dengan novel ni bila aku
pinjam dari kak ngah yang baik hati.Mulanya aku cakap kat kak ngah
.
“kitaorang nak pinjam novel.Nanti kak
ngah bagi kitaorang novel yang best-best”
Selamba derk aje aku order.Kurang asam
punya adik ipar.Hahahaha.At first aku tanya abang aku,mana novel yang
kak ngah janjikan.kemain sastera ayat aku
.
“Entah,takde rasanya”
Suara semacam aje.Pastu dia suruh aku
tanya sendiri kat kak ngah kat whatsup.Aku pun memang dah pelik
dengan sikap abang ngah aku.Pastu,korek punya korek aku pun redah
bilik dia yang macam sarang tikus.Hahahaha.Aku ambil plastic putih
yang ada 8 buku tebal kat atas katil dia. Akhirnya, dapat
jugak!Hancus punya abang.Duku kang.
Orite,kita sambung ye!Mukadimah yang
tak ok bagi aku.Tak ok sebab Nampak meleret.Kena ubah kasi menarik
dari biasa.Kita kena selalu ubah untuk terus berjaya.ahaks!
Cerita ni agak sempoi,menarik,susunan
ayat yang senang dibaca,ayat yang gramatis,pengakhiran yang tidak ku
jangkakan.Yang paling aku tak boleh lupa,meleleh aku baca cita ni.
Okeyh,my rensation...
Novel ini mengisahkan tentang
perjalanan kisah hidup Nur Addin Shah yang sungguh rumit.Hidupnya
bertambah rumit apabila terpaksa bergelar seorang isteri kepada Benz
Alif yang menjadi musuh ketatnya sejak di bangku sekolah lagi.Dia
kelu tanpa kata.Adakah hidupnya kekal sebagai housemate
semata-mata.Dua-dua ego dengan perasaan masing-masing.Dua-duanya
tidak sebulu.Apabila Nina, adik ipar Addin berkampung di rumah
mereka,hidup mereka mula berubah rentak.Addin yang digelar didi mula
menyenangi kehadiran Benji si suami.Hidup mereka mula berbunga
bahagia.Tetapi, bahagia mereka tidak lama.Didi baru tersedar yang
Ayie rakan yang menolongnya ketika mahu ke Lisse adalah benji.Didi
rasa yang Benz hanya mahu memainkan perasaannya.Namun atas accident
yang berlaku dia mula rapat kembali dengan Benji.Hidup mereka mula
ceria dengan orang ketiga.
Namun, dengan kekuasaan Allah Didi
keguguran.Hati ibu bapa mana yang tidak sedih atas kehilangan itu.
Addin mula menyendiri.Bnji pula sering menyejukkan hati Didi tapi
didi tetap sama. Masih meratapi pemergian si baby.Suratan takdir
menentukan yang Benji akan terperangkap dalam kesesakan jalan
raya.Kala itu,radio yang memberi ceramah mula membuka pintu hatinya
untuk mendekatkan diri dengan ilahi.Didi pula berubah atas kerelaan
hati dan nasihat di suami.
‘Daripada Allah kita datang kepada
Allah kita kembali.Jika anak itu lahir,mungkin tidak akan menjadi
anak yang baik.Maka dia reda anak itu berjumpa Tuhannya dalam kedaan
fitrah yang masih suci.Dan mungkin Allah tidak memberinya anak itu
keranadia dan isteri belum menjadi ibu bapa yang baik untuk anak
itu,walaupun mereka dah ada seorang anak.Kita perlu sentiasa
fikir.Allah takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia’
Konklusinya,Didi redha dengan ketentuan
sang pencipta.Sejak itu ,mereka suami isteri mula mendekati
Tuhannya.Mereka akhirnya bahagia bersama seorang cahaya mata yang
diberi nama Falah.
Orite,aku tahu synopsis aku panjang
berjela dan nampak tah apapa.Hahahaha.Best cita ni.Rugi kalau tak
baca.Aku minta maaf sebab ceritakan sampai habis.Tapi aku tak cerita
lagi sepenuhnya.Ada lagi adegan-adegan yang aku tak boleh lupa dan
aku tahan jari aku dari taip benda tu.Best,tak caya sudah.Mulanya aku
renung novel ni macam nak tak nak aje.Yes,aku admit yang frasa,don’t
judge the book by it’s cover itu ada betulnya.Aku rasa bersalah
sebab tak pandang sebelah mata pun dengan novel ni.
Pengajarannya di sini,
Aku baru sedar yang setiap benda tak
kira hidup atau tidak kita jangan pandang rendah sebab Allah dah
aturkan sesuatu yang sangat strategik untuk kita .
Contohnya la dalam
hidup aku sendiri.Time kerja dulu aku ada kenal sorang kakak ni nama
dia Aisyah dan aku panggil Kak Ecah.Mula-mula kenal dia macam sombong
tak mahu pandang muka orang bila bercakap.Sampai sepupu aku yang
darjah enam cakap,
“kakak tu muka macam penjahat”
Apa reaksi aku?Aku buat bodoh
le.Apalagi,aku ni pun blur jer.Boleh pulak bila Kak Ecah buat lawak
aku tak gelak,pastu beberapa saat lepas tu baru aku gelak.At last,aku
sedar yang kak Ecah ni baik.Layan je kerenah aku.Sometimes,bila dia
baik hati dia akan belanja aku apa-apa.Aku ni jenis yang tak
kisah.Bila orang bagi, aku ambil je.Janji halal boleh dimakan.Orang
kat Syria tu tak cukup makan,takut nak makan.Jadi kat sini dengan
selesanya aku menjamah makanan pasar malam yang disedekahkan oleh Kak
Ecah kepada aku. Alhamdulillah.May Allah ease you life,Kak Ecah!
Bila aku nak berhenti kerja aku cakap
la yang malam ni nak balik kampung.Dia kabo kat aku macam ni,
“Kalau kamu pergi,akak boring la.Tak
de kawan sembang.Nanti akak buat muka jahat balik la”,ujar kak Ecah
serius sambil menegok hedfonnya.
Aku pun senyum sumbing.Tengok
,realitinya jangan memandai nak judges orang sebab aku ada buat frasa
sendiri,
YOU JUGDES ME,I HATE YOU!
Macam terlalu kejam kot frasa aku
tu.Aku tahu reality dan kita punya persepsi tak sama.Mungkin bila
kita kenal seorang rakan,muka dia bengis semacam macam kak Ecah,then
dia tak senyum langsung dan tak pandang langsung muka kita bila kita
tanya macam-macam.Tapi sebetulnya dia tu memang baik.
So,not late to say you judges me i hate
you!Well,aku dapat ilham untuk reka frasa ni bila ramai orang kata
aku ni sombong.Aku sedih,tapi aku tak nak nangis.Bazir masa je.Kesian
kan aku.padan muka,sapa suruh muka sombong sangat.Huhuhuhu.
Jadi chill
and positive.Biarlah orang nak anggap kita ni apa janji teruskan
hidup dengan usaha.Orite,terlampau panjang rasanya aku
menaip.Bye!Rindu aku untuk penulisan
seterusnya.Daa,chow.
Assalamualaikum.
2 ulasan:
Assalamualaikum. Kite tgh otw dah habiskan novel tu. Novel tu dulu hot masa kt sekolah menengah. Tapi tak terbuka hati nk beli sbb lagi prefer dgn novel cintan cintun. Haha. Sekarang dah beli tapi novel aA + bB ni gabung sekali dgn novel Tunas. Jimat sikit dan puas hati bgi kaki novel. Hihi.
I like hlovate's novels and Aa bb is her first novel that I read. The book is good but for me Contengan Jalanan is her best novel
Catat Ulasan