Khamis, 15 September 2016

Penulisan yang menarik





Assalamualaikum



Aku suka membaca. Ada yang aku baca hard copy dan soft copy. Kebanyakan penulisan yang aku gemar baca adalah novel. Sehingga kini aku dah mula kurang membaca novel kerana... aku perlu fokus kepada perkara yang lebih penting ketika ini, iaitu menjalani kehidupan dengan tenang.


Antara banyak-banyak penulisan yang aku minati adalah



Suria November


Muda setahun dari aku. Aku kenal dia sejak form3 di facebook. Dia seorang yang suka minta kawan facebooknya membaca karyanya. Tapi, Microsoft Word yang dia bagi entah mana hilangnya.
Karya dia ringkas, menarik serta ada banyak pengajaran. Hanya dengan menulis, dia boleh meraih tontonan yang agak banyak di laman web penulisan2u. Kalau lihat di blognya, dia tak post cerita sampai habis. Kalau nak baca yang full kena baca di penulisan2u atau membeli buku beliau.
Setakat ini, antara novel yang paling aku suka adalah Rainy. Dia bagi dalam bentuk pdf, tapi ceritanya tak habis dan satu lagi adalah cerita tentang Bade(hero) yang ceritanya sering di post di fb beliau suatu ketika dahulu.


Bang Bikai


Juga dikenali dengan nama Muhammad Rusydi, Penulis Misteri, dan Encik Serdahana. Penulis yang juga aku kenal melalui fb. Cerita yang beliau tulis sangat dekat dengan hati pembaca. Beliau tulis cerita yang sad ending kerana beliau nak sedarkan pembaca yang hidup ini tak semuanya indah.
Karya dia ada unsur islamik, ada hadis, ada nasihat. Semua golongan pembaca sesuai membaca karya beliau. Karya beliau banyak tulis pasal kemiskinan, paras rupa, yang banyaknya berkaitan dengan kehidupan kita.



Antara karya yang aku suka adalah Cinta bukan milik kita. Bila baca karya dia, aku boleh bayangkan sampai meremang-remang bulu roma. Ayat dia menusuk hati pembaca. Anda boleh baca karya beliau  di blog mahupun di page Encik Serdahana, Muhammad Rusydi dan Bang bikai dan membeli novel beliau secara online. Dan satu lagi karya yang aku minati adalah novel Aku Bukan Ustazah. Dalam cerita ini ada hero bernama Encik Sederhana. Tekan saja Aku bukan ustazah di google, anda boleh baca di sana.












dan...






Hlovate


Aku minat penulisan dia. Ayat dia mengancam. Banyak dah entry aku tulis pasal dia. 

< Sini > 



Jadi boleh ar baca. Novel hlovate sesuai di dramakan. Sesuai la dengan pelakon korea pilihan gueh.







Tapi, bila aku tonton drama korea yang sangat positif membuatkan aku rasa kan bagus cerita korea tu jadi novel.



2 ulasan:

zarul farhana berkata...

lama x baca novel...

apekinahdotcom berkata...

Dari remaja sampai dah jadi mak orang masih lagi baca novel.