Assalamualaikum semua
Tadi kami menghadiri Majlis Graduasi yang dikelolakan oleh
pelajar 6 rendah. Macam-macam aku rasa. Gembira, tawar, pahit dan sedap. Hehe.
Semua kawan-kawan tampak lain sebabnya hari graduasi kan,
kira hari paling kemuncak sepanjang belajar di tingkatan 6. Siap ada lagi kawan
aku yang bershawl walaupun tak pernah aku nengok dia berselendang. Dan meke up
itu memang kemestian, majoriti dak kelas sebelah.
Sekolah aku buat
graduasi sebelum exam sem3, ada sekolah yang buat graduasi selepas keputusan
UPU keluar. Walau apa pun, hari graduasi tadi sangat seronok. Yang kurang
seronok adalah montaj. Boleh diperbaiki ya dak dak lower.
Aku coretkan tentatif program :
11.00 pagi – upper 6 naik bas ke dewan rumah rehat di sabak
bernam
12.14 tengahari- berlatih nak ambil sijil
1.15 petang- solat zohor
2.30 petang- Majlis
graduasi bermula
Nyanyi lagu negaraku, negeri perak
Ucapan pengetua, Yang Dipertuan Persatuan Tingkatan Enam,
dan pengerusi PIBG
Penyerahan sijil kepada pelajar 6 atas, kami pakai jubah
akademik yang macam gambar kat atas tu.
Anugerah khas > Rais, khri, Pah
Makan ala carte – Ikan siakap 3 rasa, udang celup tepung,
sos, sayur kalian goreng, telur bistik, ayam tumis dengan bawang, kerabu mangga dan air masam manis, apa tah namanya.
Bergambar dengan rakan kelas, cikgu sejarah, cikgu Bahasa
Melayu, dan bergambar dekat wallpaper
yang comel.
4.30 petang- naik bas untuk pulang ke sekolah
5.45 petang- sampai di sekolah
Untuk hari graduasi ini kami hanya bayar RM 20 seorang. Kira
berbaloi ah. Makan pun hidang, makanan pun sedap kecuali kerabu mangga lah aku
tak berkenan. Yang tak habis hanya sayur kalian dengan kerabu mangga. Memang
mencekik habis kitaorang ni, dah lapar benor.
Masa kami makan, ada dak lower bagi goodies, dalam goodies
ada nombor cabutan bertuah. Dan... aku pun bertuah tadi. Dapatlah hamper.
Penolong kanan Tingkatan 6 kata berbelanjaan untuk form 6
tahun ini mencecah RM 5000, sekali dengan kem menuju puncak, seminar BM, dan
Majlis graduasi.
Hari graduasi sesi 2015/2016 sangatlah bermakna bagi aku.
Segala pengalaman aku di tingkatan 6 bagai terimbas kembali masa hari graduasi.
Masa dalam kelas, buat makan-makan, masa kelas pengajian am kelakar gila, masa
kelas ekonomi diam macam patung, masa kelas sejarah kerek sentiasa dan masa bm
melihat abang handsome. Hehe.
Tak sangka aku dah nak habis tingkatan 6. Lagi 20 hari saja
aku akan ke sekolah. Lagi 20 hari aku nak jumpa kawan-kawan, keluar masuk bilik
guru. Lagi 20 hari aku nak dengar sindiran cikgu aliran arus perdana terhadap
budak form 6. Semua perkara itu aku akan rindu bila aku dah tak jejak kaki ke
kelas 6A1. *sambil kesat air mata.
Aku harap budak lower 6 sekolah aku dapat perfom yang
terbaik. Kome hebat, ada pelajar sbp. Mesti skor lebih dari kami, mesti dapat
band 5. Mesti boleh jadi contoh untuk junior.
Good job dak dak lower! Graduasi yang kome buat memang aku
berkenan. Lebih elok siikittt ah dari
kitaorang. Hehe.
Akhir kata aku terharu dengan majlis graduasi tadi, akan aku
kenang buat selama-lamanya. Kan best suatu hari nanti aku pergi majlis graduasi
tingkatan 6?
Doa-doakan lah aku dapat graduated dengan cemerlang untuk
ijazah pula suatu hari nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan