Isnin, 21 November 2016

Love in the moonlight





Hari ini aku dah habis menonton drama korea yang popular iaitu love in the moonligt atau moonlight drawn by clouds. Drama ini berkisar tentang Kerajaan semasa dinasti Josean.




Drama ini mencapai nationwide melebihi 20%. Drama ni sungguh buat aku teruja sampai marathon tonton cerita ni. Kalau kome nak tahu, drama ini diadaptasi daripada webcartoon bestseller, yang ditonton berjuta kali.




Setiap kali aku review mesti aku kata drama yang aku review tu paling best, same goes to this drama. Oh yeah!



Pelakon :



Park bo geum (Putera mahkota Lee young)




Ini first time aku tengok bogeum berlakon, sangat menjiwai watak. Sudahlah handsome, maskulin,  dan dia cakap sangat jelas sehingga kelihatan barisan gigi yang cantik. Bogeum umur 23 tahun tapi memegang watak berumur 19 tahun, sebaya la dengan aku. ~Hee! Bogeum memang kebudak-budakan bila berlakon dalam cerita ni. Tarian bombastic dia adalah terbaik, siap pakai hanbok lagi.




Leeyoung seorang Putera Mahkota yang kurang kasih sayang. Maharani meninggal dunia kerana diracun semasa dia berumur 9 tahun. Maharaja tak ambil tindakan kepada orang yang bunuh maharani sebab dia ingat maharani meninggal dunia mengejut. Jadi, Lee young ni macam jadi anak derhaka tak nak jadi pengganti maharaja dan selalu buat maharaja naik angin. Tetapi hubungan mereka kembali akrab dan putera mahkota matang dengan pengalaman - suka keluar istana nak melihat keadaan rakyat, minta pendapat rakyat untuk menjadikan sebuah kerajaan yang baik yang bakal dipimpinya kelak.



Putera mahkota suka peril-perli perdana menteri dan menteri-menteri yang berkomplot untuk menjatuhkan reputasi maharaja.


Lee young seorang yang tegas, ego dan suka marah-marah. Tapi aku suka cara dia yang tak layan anak menteri Jo nak mengorat dia. Dahl ah handsome, jaga maruah pulak tu. Hikhik




Kim Yoo Jung (Hong Sam Nom/ Hong Ra On)




Aku pernah tengok dia berlakon dalam drama embrace moon the sun. Yoo jung jadi lelaki dalam drama ni sebab ayah dia pemberontak kerjaan, jadi terpaksalah dia jadi lelaki kerana semua orang tahu dia ada anak perempuan. Bila dia dijual oleh ayah angkat yang banyak berhutang, dia telah pergi temu duga untuk jadi sida-sida dan paling mengejutkan dia lulus untuk jadi sida-sida, hebatkan perempuan pun boleh jadi sida-sida.



Dalam istana Sam Nom berkawan dengan cendiakawan bunga/putera mahkota. Suka hati dia saja panggil putera mahkota cendiakawan bunga. Setiap bicara Ra On ikhlas, suka beri kata-kata semangat dan suka main-main dengan arahan putera mahkota membuatkan putera mahkota  jatuh cinta kepadanya.  Gosip mula tersebar bahawa putera mahkota seorang gay.




Dalam istana juga Sam Nom dapat jadi Ra On, masa ni putera mahkota dah syak yang Sam Nom ni perempuan. Dia kata,


“Saya melihat sesuatu dalam diri awak, iaitu perempuan”, masa ni Ra On dah telan liur, nasib baik ji young datang selamatkan keadaan.




Ji young B1A4




Dia kawan baik putera mahkota. Hubungan dia dengan putera mahkota tak berapa erat. Tapi dalam diam ji young yang banyak bantu putera mahkota melalui kim Byung. Dia sangat sayang akan putera mahkota sebab mereka tinggal sama-sama di istana sejak kecil (ji young cucu perdana menteri}. Ji young jatuh hati kepada Ra On tapi dia sudah terlambat sebab dia nak putera mahkota bahagia, dia sanggup pendam perasaannya terhadap Ra On. Ji young dalam cerita ni pakai baju warna pastel, lakonan yang bersahaja dan muka yang tenang. Dia sentiasa tolong Ra On. Ji young jugak dapat rasa yang Sam Nom tu perempuan.




Pelakon-pelakon lain sangat membantu. Ada lawak, sedih, gembira,  cemas dan sentiasa curious untuk episode seterusnya. Bila tengok cerita ni kan, even kau tak tangok satu episode mesti kau tak faham. Cewahh kemain ayat. Love in the moonlight adalah sebuah drama  yang santai dan menarik untuk ditonton sepanjang zaman. Kalau kau tengok mesti kau senang faham ahh dan lakonan para pelakon sangat menyakinkan.



Jalan cerita yang berkesinambungan. Setiap scene mesti ada sebab. Misalnya masa bakal puteri mahkota bagi ubat kepada putera mahkota dan cicin yang dipakai oleh bakal puteri mahkota dan lain-lain. Cerita ni kan banyak yang berkait, jadi nampak menarik lagi le jalan cerita dia. Itu lah sebabnya satu episode pun tak boleh miss.




a




Pelakon kan tenang saja bila cakap, gerak mata, bahasa badan sungguh aku tahu yang mereka buat yang terbaik untuk para penonton. Bercakap pun penuh tatatertib macam betul-betul duduk dekat istana.



Yang paling tak lupa semua orang panggil bogeum Choa (yang Mulia)

Lagu/soundtrack yang paling aku suka adalah fondly goodbye oleh si kyung. Lagu yang penuh perasaan. Lagu ni untuk scene sedih.




Pelakon sangat menakjubkan. Even aku dah tahu jalan cerita, dah tengok making of ...aku sangat terharu melihat mereka menjayakan watak dengan hebat. Aku ingat cerita ni biasa-biasa saja tapi bila aku tonton baru lah aku tahu cerita ni sungguh berbeza dengan sangkaan aku.






Segala rasa yang dilontarkan oleh pelakon aku dapat rasa. Bila gembira aku gelak. Even masa making of pun crew senyum bila lihat bogeum gelak. Bila sedih aku nak nangis. Biarpun watak utama masih muda, mereka berjaya menghasilkan sebuah drama yang tak boleh aku lupa. Big claps for all of you...

1 ulasan:

Unni anje berkata...

DA TGK NI!! KLAU X SILAP LA