Assalamualaikum
Dah 5 bulan berlalu aku baca
pelukis jalanan. Terima kasih kepada Fatimah kawan sekelas masa di CELPAD yang
sudi meminjamkan bukunya kepada aku. Arkitek jalanan pula aku pinjam dari
housemate aku di UIA Pagoh, Ain Afiqah. Memang dari dulu aku teringin nak baca
kesemua buku Teme memandangkan ramai yang memberi komen positif. So, here we
go…
Pelukis Jalanan karya Teme
Abdullah
Mula-mula dulu ada orang cakap
kat aku buku Teme best giler siot! Aku pun inkuiri nak tahu apa kenamanya si
Teme ni. Jadi aku mula melihat instagram miliknya. Aku tak boleh tahan ketawa lihat satu post
berkaitan hari graduasi Teme. Dia tutup muka dengan buku Pelukis Jalanan.
Pada hari yang dingin di dalam
billik yang sejuk, classmate aku bercerita tentang Teme. Kemudian Afiqah kata,
“Awak kena ada buku dia sebab
buku dia penuh dengan motivasi. Awak patut ada!”, aku sebenarnya lebih suka
pinjam buku daripada beli.
Kemudian Fatimah kata,
“Tak pe Huda, nanti kita balik
rumah kita bawak buku Pelukis Jalanan bagi awak pinjam”, Fatimah tak pernah tak
sweet.
Pelukis Jalanan mengisahkan
perjalanan hidup Teme Abdullah bermula dari kehidupannya di asasi sehingga
belajar dalam bidang Architecture di UK. Di sana Teme terpaksa bertungkus lumus
mencari kerja sampingan untuk membiayai kehidupannya kerana tidak memperoleh
biasiswa. Kenapa buku ini diberi tajuk Pelukis Jalanan? Ada sebabnya. Nak tahu
pengakhiran buku ini? Kenalah dapatkan ia di pasaran ataupun pinjam kat sesiapa
macam aku. Hehe
Plot dalam buku ini sangat
tersusun. Ada bahagian yang paling sedih membuatkan sesiapa sahaja menangis terutamanya
yang berhati tisu.
Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah
Buku ini aku pinjam dekat Ain
Afiqah, my lovely housemate. Sebelum ini kalau aku outing kat Muar aku tenung
je buku ni kat Wetex Parade. Sekarang aku dah berjaya menghabiskan pembacaan.
Arkitek Jalanan mengisahkan
tentang Teme Abdullah yang kehidupannya lebih maju dari Pelukis Jalanan. Kisah
Teme di tahun akhir pengajian. Kisah cabaran dia dalam menghadapi kehidupan
sebagai pelajar tahun akhir. Kenapa pulak nama buku kedua Teme ini berjudul
Arkitek Jalanan? Ada lah sebabnya, jadi jangan melepaskan peluang untuk membaca
buku ini. Insyallah anda akan dapat manfaatnya.
Buku ini bukan hanya menceritakan
kisah hidup penulis tetapi juga berkisar tentang motivasi yang mampu menaikkan
semangat belajar dalam kalangan pelajar.
Petikan yang menarik dalam buku ini,
"Aku dah mula. Sama ada aku tamatkan dengan yang terbaik, atau aku langsung tak payah mula dahulu...", Teme
Alhamdulillah Teme dapat memgarang cerita yang santai dan menarik. Aku teringin nak baca kisah pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sebab aku nak tahu perjalanan kehidupan mereka di perantauan. Teme berjaya tulis kisah hidupnya walaupun dia mengubah sedikit jalan ceritanya agar tidak diketahui orang terdekat,
Insyallah aku akan baca 2 karya terbaru Teme bertajuk Impian Jalanan dan Empayar. Masih juga meminjam dari insan baik hati. Hee
Kenapa aku suka pinjam buku?
Sebab aku rasa pinjam lebih baik dan insyallah aku ada rezeki suatu hari nanti aku akan beli buku-buku yang memberi manfaat yang sewajarnya disimpan untuk dibaca oleh anak cucu ku kelak.
Dan Teme sendiri pernah tulis kat insta story yang dia kata,
"kepada yang terbeban nak beli buku aku korang pinjam dengan kawan pon takpe, sebab banyak benda lain yang korang patut laburkan daripada beli buku aku"
Apa pandangan anda mengenai Teme Abdullah?
2 ulasan:
pernah tengok teme dekat twitter. tapi tak sangka buku novel tu menceritakan tentang kisah hidup beliau sebenarnya. so inspiring!
@sabrinashekhahmad : iye sabrina, buku dia menceritakan kehidupan beliau yg diubah sedikit. Lepas baca buku dia memang memberi inspirasi :)
Catat Ulasan